Friday, September 6, 2013

Kemas Ruang Stor : Part 2

Kemas stor pun nak siap main part-part konon. Huhu.. untuk makluman sebenarnya entri part 1 tu sebenarnya entri basi sebelum bulan puasa lagi. La ni da nak habis raya da. Dengan gap selama lebih sebulan tu, stor saya da kembali kepada keadaan asal sebelum dikemas dalam part 1 tu ha..kuikui

 Papa Saif memang rajin tolong mama bab bertukang bagai tapi bab nak kemas peralatan bertukang tu je yang tak berapa nak rajin. Longgok-longgok gitu aje..takpe..mama tak marah pun..

 Dah namanya raya, automatik balang kuih tutup merah tu berlambak-lambak jadinya. Bila nak cepat, main selit je celah mana ada ruang..sighh...not good..

Mula la mata saya jadik semak memandang padahal bilik tu bukan selalu masuk pun. Tapi tetap tak suka tengok serabut. Pastu mulalah dialog..

"Abang..abang..ayang rasa kan..ayang rasaaaa..."

"Ehmm...nak beli apa plak lagi ni.." Eh? Papa Saif macam tau-tau je isi hati saya ni.

"Ayang rasa kan..kena beli rak kayu lagi satu la. Rak yang hari tu tak muat la nak letak semua benda. Tu haaa tupperware banyak-banyak tu da bertingkek-tingkek atas rak dapur tu..tak muat ruang da.."

"Sukahatilah..."

Ayat suami redha. Saya suka..muahahaha...

So atas persetujuan bersama, maka belilah rak kayu lagi satu ni. Beli sama dengan rak buku tu. Rak kayu yang ni yang kecik sikit. RM59 - para dia lebih kecil cuma ada 3 papan je. Yang rak kayu first tu RM129 - para ada 5 papan, lebih besar dan kukuh. (Baru tau dari entri Aty rupanya ada bahagian ASIS kat IKEA untuk barang yang display/rosak tapi harga lebih murah-rugi).

 Takpela, da beli pun. Ini raknya.

 Setelah disusun apa yang patut terutama tupperware bertingkek-tingkek. Tapi bila tengok gini rasa tak sesuai plak tupperware tu susun atas sekali. Kena rombak semula la nanti.

 Bahagian majalah lama yang takde la lama sangat tapi masih sayang nak buang. Sesekali baca semula jugak

Rak yang lama dikemaskini. No more balang kuih terselit sana sini.

 Manfaatkan storage box oren yang kononnya beli untuk rak buku tapi tak jadi

Buat simpan balang kuih tutup merah tu dengan loyang baking

 Siap kemas seadanya.

Another side of view..phewwww..bilik ni sekarang da jadi bilik iron baju jugak

Walaupun bilik ni dimanfaatkan sepenuhnya sebagai tempat simpanan barang tapi tetap perlu kemas sebab sesekali family saya datang, mak n adik da dok bilik lagi satu. So sometimes abah nak lepak-lepak sendirian, abah suka lepak baring tido kat bilik ni. Sebab tu kena sentiasa kemas la at least tak bersepah.

p/s : Rasa cam nak beli satu lagi rak nak suusn baki2 kotak dan comforter yg ada tu.muahaha..tapi papa Saif awal2 da kata tak nak lagi beli rak kecik tu sebab susah nak kena pasang setiap satu kayu tu. Beli yg besar lagi senang pasang. Ehmm..kena fikir-fikir lagi..


10 comments:

  1. ahaha..part beli lagi tu comel je...kdg mmg kena melabur sket nk bg ruang kemas dan manfaat kan..

    ReplyDelete
  2. cantik2.. saya pun tinggal 1 bilik la berkubang.. weekend ni kena habiskan marathon mengemas

    ReplyDelete
  3. haiiai..nmpk gaya kene beli jgk lah rak kayu ni..nk kemas stor jugak hoiii...hadia kawen berlambak2..boleh jual tak ehh???hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hadiah kawen kalau tak nak guna hadiahkan semula kat orang lain plak..huhu..

      Delete
  4. good,thanks nad bg inspirasi.err lps ni nk kne g ikea gak le.mmg nk beli rak kayu ni jgk.huhu.and bru tau jgk nape beza harga 129 dgn 59.kihkih.bru je lps komen kt blog aty.haha

    ReplyDelete
  5. nampak kemas je... Saya tak berkesempatan nak beli lagi rak ni... SEkarang ni semua barang letak atas lantai je.... sempit jadinya

    ReplyDelete
  6. Kemasnyer.. Umah ros nnt bwah stor tu je bilik stor.. Bilik ke-3 harus jd tmpat gosok jugakk.hahha

    ReplyDelete
  7. I Looking for this used rack, nak jual tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni xde rasa nak jual. still fully used.

      Delete
  8. Suka la entri ni...banyak manfaat. Boleh la saya jadikan panduan nak kemas bilik stor. Terima kasih sis sebab berkongsi idea mengemas

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...