Friday, September 27, 2013

Makeover Meja Kerja


Masa mula-mula papa Saif bawak balik meja ni, saya rasa macam nak marah pun ada sebab meja ni warna kelabu yang memang tak berapa berkenan. Lagipun design nye nampak sangat macam meja komputer kat makmal sekolah. Tapi da beli nak buat camne, redha je la. Nak memudahkan dia buat kerja. Meja ni letaknya di ruang tamu sebab sambil buat kerja boleh sambil tengok TV sambil boleh layan Saif panjat-panjat kerusi. Rumahku pejabatku kekdahnya.

So saya alaskan meja ni dengan kain pua kumbu yang beli kat Sarawak. Sungguh la warna biru tu tak masuk sungguh dengan tema ruang tamu saya (hitam + putih + merah). Tapi nak buat camne tu je yang ada daripada tak beralas.

Semalam masa saya merayau-rayau dalam kedai House DIY ( sementara tunggu kerja printing siap), terjumpa satu gulung pembalut ni. Saya fikir ini alas biasa selalu buat alas dalam laci tu kan. So beli. Bila bukak plastiknya, owhh rupanya ni alas yang ble lekat cam sticker gitu. Eh, first time jumpa benda ni. Terus blinggg!! Idea muncul!

 Bahagian bawah ada panduan macam mana nak tampal. Tape guna untuk ukur meja then potong je alas ni ikut garisan yang da ada tu. Tak perlu risau senget benget.

 See? Boleh kopek macam sticker biasa. Then lekatkan je macam biasa. Just kena hati-hati la sebab tak nak senget dan tak nak ada gelembung udara.

 Da siap lekat!

Barulah serasi dengan tema!


p/s : Alas ni materialnya nak kata plastik macam kertas, nak kata kertas macam plastik. Tapi teksturnya licin je. Best! Da macam corak meja betul!

10 comments:

  1. Comel design pembalut tu..lawa..
    Bila tampal nmpk mcn surface meja yg asal

    ReplyDelete
  2. nadt..pesal ko selalu jumpe benda pelik2..rasa nk g carik

    ReplyDelete
  3. penah nmpk tp tak tergerak lak nak amek..hee..nice idea!!

    ReplyDelete
  4. Tampal kat dinding pun boleh rasanya...pernah tengok gak.mm

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...