Thursday, September 12, 2013

Perbualan Bapak-Bapak

Sumber : google.com

Hari tu papa Saif jumpa ngan kawannya kat OU. (Nyampah jumpe kat OU macam berdating plak). So papa Saif cerita la hasil borak2 dengan kawan dia tu.

Si kawan tu dok cerita pasal anak dia tak nak makan (anak dia sebaya Saif beza beberapa hari je). Bagi macam2 pun tak nak makan. Kalau bawak keluar berjalan bila nak singgah makan, dia akan makan dulu sementara tu bini dia bawak anak dia jalan2. Dia abes makan tukar shift, dia plak bawak anak dia jalan2 sementara bini dia plak nak makan.

Papa Saif plak cerita dengan bangga uuuuu Saif ok je makan. Even Saif makan sikit2 tapi atleast ada makan la jugak. Kalau makan luar pun Saif elok je boleh duduk kat babychair hadap makan. Tapi dengan syarat tak lebih sejam. Kalau sampai sejam, mula la dia resah nak turun.

Dapat saya bayangkan mesti papa Saif cerita dengan bangga sambil kembang kempis hidung.hehe..jangan marah ye bang.hehe..

Pastu papa Saif tanya saya "Mainan fisher price tu memang bagus eh?"

Saya jawab la "Memang bagus la sebab mainan berkualiti."

"Saif ada mainan fisher price kan? Lion tu fisher price kan?" Tanya papa Saif lagi.

"Haa..ye la. Nape?"

"Takdela, kawan abang tu kata dia pun belikan anak dia mainan fisher price".

Eceeehhh...bapak2 pun taknak kalah. Ingatkan mak2 je yang suka up kan anak masing2. Nak tergelak rasa. Tak sangka plak bapak2 pun bila jumpa ceritanya pasal anak jugak. Ingatkan tau citer hal politik jaa..


3 comments:

  1. hahaha kelakar lah entry nadt ni.tapi mmg bapak2 mcm tu.sume cm tu.suami rara pon cm tu.hehehe

    ReplyDelete
  2. hhehhe..su kadang senyum gak tengok hasben n kawan2 dia citer pasal anak.pastu siap masing2 tunjuk gambar anak2 kat henset..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...