Thursday, September 5, 2013

Rak Buku

Dari dulu dok meroyan nak rak buku sangat kan..haaa..Alhamdulillah sekarang ada dah.Hehe.. Ikutkan hari tu memang da karang cerita berjela pasal pi IKEA cari rak buku tu kan tapi sebab kealpaan diri sendiri hingga terdelete entri sendiri (padan muka) so ini la baru nak mula cerita semula.

Misi mencari rak buku ni da bermula seawal Ramadhan yang lalu...


Pada asalnya da confirm sesangat da nak rak ni. Siap-siap beli storage box color oren tu jugak tau. 
 
Bila sampai kat bawah, termenung jap tengok ukuran 220cm dengan berat yang maha gabak, muat ke masuk dalam kereta ni? Tu papa Saif tengah google berapa panjang ukuran kereta dia ble muat.Huhu..

Tapi mungkin tiada jodoh ketika itu..saya terpaksa say bye bye rak buku sebab takut tak muat masuk dalam kereta..sobsss...

TETAPI!!

Bila raya menjelma, confident level kembali memuncak. Setelah beberapa kali membuat ukuran dan dok adjust seat tang sinun tang sinin (bahasa apa aku ni), akhirnya keputusan sebulat suara dicapai! Rak buku pasti muat dalam kereta!

So sehari sebelum baraan kat rumah Aty hari tu, kami pun menerjah IKEA lagi. Untung laki saya redha je mengikutkan napsu shopping bini dia ni haa..huhu.. So aim nak terus beli rak tu. Saya nak jeling-jeling benda lain pun papa Saif da bagi isyarat suh jalan cepat-cepat sebab pastu nak pi attend kenduri plak. Ok, so terus la menuju ke bahagian bawah tu, ingat lagi tu kat rak mana.huhu..

So sementara papa Saif pi ambik troli barang tu, saya pun dok melilau-lilau tengok sana sini. Biasala mata pompuan memang suka melilau-lilau kot ada benda menarik boleh beli lagi kan. Sekali tengok kat tepi tu ada display set rak buku Billy. Sama jenis la tu dengan rak yang sana nak tu. Tapi dalam set tu ada satu rak yang kecik sikit. Bila kecik sikit tu maknanya harga pun lebih murah. Yang asal saya nak tu harga RM169. Yang kecik sikit ni RM125. Fikir dok fikir, buku saya bukan banyak sangat pun. Rasanya rak kecik je pun da memadai. So akhirnya ubah fikiran ambik rak yang lebih kecik tu. Papa Saif pasti lebih gembira sebab bininya berjaya membuat pembelian bijak. Hehehe..

So balik daripada baraan rumah Aty tu, malam tu jugak papa Saif terus pasangkan. Saya tak suruh pun tapi dia sendiri baik hati nak pasangkan terus. Thank u abang cayang!

Tengok betapa gigihnya suamiku sampai tak sempat nak tukar baju..huhu..

 Agak senang nak pasangnya..tu tanda bulat-bulat banyak2 tu untuk pilih nak besar ke kecik bukaan rak buku tu..anytime nak tukar just alih je ke lubang2 yang lain tu..tapi cam buruk sikit la sebab nampak lubang-lubangkan ntah macam hape tapi tak kisah la..small matter je tu ble pejamkan mata je buat tak nampak..

 Siappp!! Tengok ada besar, ada kecik bukaan rak tu ikut sesedap rasa saya je..ruang besar kat tengah sebab nak buh majalah kononnya..

 Bila da siap susun..ini je kedudukan terbaik yang kumampu sebab da tak tau nak letak mana rak buku ni kekdahnya..muahaha..ada banyak ruang kosong lagi, nanti la nak ambik buku papa Saif tambah lagi banyak..

 Buku bukan banyak mana pun buat pe rak besar-besar kan? 

 Ubah fikiran nak rak yang open semuanya sebab nak letak mainan Saif dan nak mudahkan dia capai sendiri mainan dia. Dah kata takde playroom kan..sobss..

See? Tercapai matlamat mama. Sepah sikit takpe asalkan senang dia nak main-main dan ambik buku sendiri. (^_^)


Automatik tempat rak buku ni saya namakan Learning Corner sebab jadik port untuk Saif main-main dan baca buku. Boleh la kan...


11 comments:

  1. cntik. sy punya lebar utk rak buku. haha

    ReplyDelete
  2. Kemas jer.. Ros pun nnt nk g ikea beli rak mcm tu :)

    ReplyDelete
  3. akak ada...tapi buat tempat letak simpan cadar, baju ...nak letak ruang tamu besar sgt...akak beli kat ikea rak 4 segi letak ruang tamu

    ReplyDelete
  4. bila dah letak buku, frame gmbr n mainan yg kalerful tu terus nmpk bombastik rak ni..! cun!

    ReplyDelete
  5. heeee..beshhnye su teringin nak ada rak buku ni..tapi tu lah..belum ade buget lagiiiii..heee

    ReplyDelete
  6. yang ni pun dh ok sangat dah nadt oii..tp tang menan saif tu, daku memahami mu..kena la selalu kemas..sbb lopong mcm tu je kan..kalau ade box tu boleh sorok2 dlm tu je..hihi

    ReplyDelete
  7. berapa RM rak tu ek? dh lama mengedam rak buku... (--)

    ReplyDelete
  8. adeh jenuhla encik somi tu memasang kiki


    hye nadt!

    -My, mommies gojes..-

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...