Monday, September 23, 2013

Rutin Mengelap Dapur

Ni baru cerita pasal mengelap dapur. Belum lagi cerita pasal membersihkan dapur secara keseluruhannya. Menyapu, mengemop tu tak masuk dalam ini bab. Ini tentang lap saja. Mengelap dapur lebih ringkas, setiap malam mesti dilakukan. Ye la waktu malam je la yang dapur da clear semua takde nak masak-masak or makan-makan lagi kan yang akan buat tambah kecah dapur.

Bagi saya tujuan utama lap dapur selain nak bagi bersih adalah sebab nak elakkan semut. Sometimes missed lap dapur, paginya tengok da berderet semut atas meja. Aihhh..rumah ni memang banyak semut.

Lap dapur - hanya perlu tuala untuk lap dan bahan pencuci. Masa diperlukan cuma 10-15 minit, bergantung berapa besar dapur (merangkumi KC, meja makan, dapur memasak, sink).

 Set meja makan berwarna putih memang perlu bersihkan selalu. Benda wajib atas meja adalah botol sos, mayonis dan bakul untuk isi roti dan makanan kudap. Saya tak suka meja terlalu kosong, rasa macam tak bermanfaat..huhu

 Tiada KC ribu riban, hanya kabinet murah je tapi sangat membantu susunatur lebih kemas. Saya spesis suka display barang2 yang guna selalu. Tak suka nak bongkok-bongkok ambik barang dalam kabinet. Dalam kabinet hanya untuk simpan stok makanan dan tupperware-tupperware. Tu pun saya nak rombak susunaturnya kemudian. InsyaAllah tunggu kesempatan masa je.

 Bahan pencuci yang biasa digunakan. Actually tak suka sangat bau yang serai wangi ni sebab cam bau pencuci lantai. Prefer guna yang tengah tu KiwiKleen. Febreeze wajib ada untuk hilangkan bau kat fabrik. Cif sebagai pembantu untuk menyental kotoran degil di sink dan dapur memasak. Ambi Pur untuk hilangkan bau selepas memasak. Dan yang kecik tu of course la clog remover kan. Saya suka try macam2 jenis pencuci, mana yang lagi best. Ni tak masuk lagi bab pencuci lantai dan tandas lagi. Banyak koleksi pencuci kat rumah ni rupanya.hoho..

p/s : Patutnya September ni nak join cabaran "BILIK UTAMA" susunatur sioca tapi sebab kerja susun atur hanya dibuat waktu malam time anak da tido so tak dapat nak ambik gambar dalam bilik utama, gelap la kan anak tido tutup lampu. So, kemas dapur je la yang dapat. Takpela, simpan entri dapur ni untuk cabaran akan datang - maybe. :)


5 comments:

  1. Cik hani stkt lap dpr mmg buat lps msk.tp klu mop lntai seminggu skli je.basuh singki plak dlm 3hr skli.

    ReplyDelete
  2. dapur aida kecik! semua aktiviti makan minum masak situ :-(
    but mengelap memang sentiasa la. elak semut. elak cicak. elak lalat!
    i dun like!!!

    ReplyDelete
  3. Aty nak beli serai wangi tu asyik luper jer..sbb umah baru ni kemain bnyk semut...gggrrr... kesian kat anak...

    ReplyDelete
  4. aloo jeles kat tupperware pink awak tuuuuuu..heee

    ReplyDelete
  5. phewww...terkagum tengok kekemasan dapur awak..simpan entri ni ok..insyaAllah akan tiba 'turn' dapur..;)

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...