Wednesday, September 18, 2013

Superbuy dan TreatPoints Maybank

Awas! Ini adalah entri super berjela sebab saya nak beri explanation sepenuhnya supaya takde yang terkeliru.

Masa saya post pasal iron steamer yang dapat free tu ada yang tanya macam mana nak dapat tu kan. Saya da jawab siap-siap - redeem menerusi Superdeal. Silap sebenarnya. Bukan Superdeal tapi Superbuy. Patut la pueh saya taip url superdeal tapi nan hado.huhu..

So apakah itu Superbuy tu?

Actually Superbuy ni adalah online shopping mall yang mana korang ble beli macam2 kat sini. Alaa..sama je konsepnye macam Lelong.my gitu. Cuma bestnya kat Superbuy ni, kita boleh redeem Maybank Points kita kat sini. Diulangi - MAYBANK Points - sahaja. Tang redeem tu la yang dapat free tu. huhu..

Nampak tak kat atas tu ada link Redeem Your Maybank Points Here

Lain-lain bank tak laku di sini.huhu..

Saya percaya kebanyakan daripada kita mesti ada Kad Maybank kan? Tak kisah la debit card or credit card. Setiap perbelanjaan kita menggunakan kad tu ada dapat point so daripada point tu la kita boleh redeem macam-macam jenis barang.

Macam mana nak cek points? Login M2U, pi klik kat link Redeem tepi tu. Nanti dia akan kuarkan berapa banyak points korang da ada. Points ni dia akan calculate total debit card + credit card. Korang tak payah susah-susah nak kira sendiri.

Tak banyak mana points saya yang tinggal sebab da redeem bulan lepas

Saya nak cerita, macam mana nak dapatkan points untuk redemption tu. Ok, saya bagi contoh saya punya iron steamer tu. Ok, ni contoh je tau sebab saya tak tau berapa banyak point yang papa Saif redeem masa tu. So kita andaikan nak redeem iron steamer tu memerlukan point sebanyak 25000 points. Bunyinya macam kita kena belanja RM25000 kah untuk dapat 25000 points? Tidak. Bukan macam tu. Secara mudahnya meh kita rujuk nilai points kat gambo di bawah.


Faham kan apa yang gambo tu maksudkan. Ok la saya bagi contoh kat sini. Andaikan setiap minggu papa Saif isi minyak keta RM50. Isi minyak kereta RM50 sahaja tapi dapat point 250points. Sebulan ada 4 minggu, 4 kali isi minyak keta RM50 = RM200 = 1000points. See? Betapa mudahnya mengumpul points. Tu baru points tang isi minyak. Points tang perbelanjaan lain?

Tambahan plak lagi papa Saif guna kan American Express Card a.k.a AMEX so kelebihannya di sini adalah tak kisahla swipe anytime anywhere automatik dapat 2x points. Kalau swipe waktu weekend ble dapat 5x points (ada masa tertentu boleh dapat 10x points).Contoh la saya shopping mopping kat IKEA total RM200. Swipe guna AMEX dapatla 1000points. Tak cukup tu, kalau swipe on weekend, dapat pulak rebat 5%. Apa plak rebat 5% tu? Contoh la da belanja RM200 tu dia akan bagi rebat 5% means macam diskaun RM10 la. Maknanya kita hanya perlu bayar RM180 je untuk barang bernilai RM200. Points dapat, rebat pun dapat. Tak ke untung?

Saya seronok shopping hari Sabtu sebab papa Saif akan offer untuk swipe kad dia. Yahoo! (pastu buat-buat lupa nak bayar balik..hahaha)

Tapi tu untuk AMEX Card je la. Maybankcard biasa tak dapat kelebihan macam tu. Cuma kurengnya AMEX Card ni tak semua tempat provide. Mostly prefer Mastercard or Visa kan.

Ramai orang sangka penggunaan kad kredit ni akan menyusahkan dan menjerat diri. Ye, memang betul jika anda tidak bijak mengawalnya. Saya pun pada asalnya tak suka guna kad kredit. Tapi papa Saif keep on galakkan saya guna kad kredit. Belanja kat pasaraya TF yang bape hengget tu pun nak guna kad kredit. Sebelum ni kan papa Saif keja Maybank, department kad kredit plak tu so sebab tu dia tau selok belok nak manipulate penggunaan kad kredit tu untuk dapat keuntungan semula kat kita.

Ada sorang staf kat department papa Saif dulu tu, setiap kali dia nak kuar beli barang contoh kat MYDIN ke, dia akan tanya sapa-sapa ada nak kirim beli barang tak. So dengan pembelian barang orang lain, dia swipe kad dia, dia dapat point. Pastu tuntut balik duit kat orang yang mengirim tadi. Tu cara mudah la nak kumpul point.

Bayangkan la masa TreatsFair, ada yang datang dengan berjuta-juta points. Juta-juta points tu kalau diredeem boleh la kot dapat kereta sebijik (tapi bank tak offer kereta..hehe). Padahal orang tu bukannya nak redeem sangat pun dah namanya kaya ble swipe juta-juta apalah sangat redeem2 bagai tu. Tapi da alang-alang peluang diberi dapat barang free, sapa tak nak kan.

Kebanyakan orang da target awal-awal barang apa dia nak. Then start la kumpul points. Sometimes nak dapat 50000 points tu kena kumpul selama 5 tahun baru dapat points sebanyak tu. Ni contoh je la. Saya tak pernah target nak barang apa-apa pun. Bila-bila masa saya nak beli barang, saya akan terus tolak je nilai points yang saya ada. Tak kuasa nak kumpul lama-lama. Lagi plak sekarang ni bank da limitkan tempoh redemption selama 3 tahun je. Lebih 3 tahun kira expired la, da tak boleh redeem.

Pastu pemilihan kedai pun penting. Pilih kedai yang ada menawarkan EzyPay 0% Installment. Contoh kedai yang ada tawarkan EzyPay ni macam SengHeng. Means kalau kamu swipe RM2K, so memang exactly RM2K tu sahaja la yang kamu perlu bayar, takdenye interest2 or riba2 bagai. RM2K tu biasanya ble buat installment hingga 2 tahun. So bahagi la 2K dengan 24 bulan. So setiap bulan bayar la fix RM83 sebulan. Ini contoh je la.Kalau nak cepat habis bayar, boleh pilih nak bayar dalam tempoh 12 bulan atau 6 bulan. Kalau tak silap saya, kalau kita bayar abis lebih awal pun boleh dapat rebat.

Saya bagi contoh lain lagi. TV harga RM1K lebih. Tolak points yang ada + rebat penggunaan American Express, kami dapat beli TV dengan harga RM700 lebih je. Untung ke tak untung?

Eh bestnya SengHeng or SenQ ni, kalau jadi ahli dapat points jugak. So tolak nilai points kad maybank + points kad keahlian SengHeng + rebat = lagi banyak diskaun dapat.

Saya tau ada yang pasti akan kata tak suka berhutang. But contoh la macam kes perlukan duit secara mengejut. Selalunya time servis kereta la. Da spare siap-siap RM300 untuk servis kereta. Tupp tupp bila da siap servis, total bil RM1000! Tak terkujat mak tengok bil tinggi gitu? Celah mana nak ada RM1000 selepuk sekelip mata? Bukannya boleh masuk buku 555 pun. Takkan tetiba nak pinjam duit kat mak bapak kot semata-mata sebab nak bayar duit servis kereta. Sori la saya memang takkan sesekali pinjam duit ngan mak bapak. Savings? Celah mananya hoiii tetiba nak kuarkan savings dengan tak bawak buku akaun bagai. Pinjam ngan kawan-kawan? Saya lagi rela makan Maggi setiap hari tapi nak pinjam duit dengan kawan memang takkan sama sekali, boleh kerat jari.

So di sini pentingnya kad kredit tu. Time emergency macam ni la perlu guna. Bukannya tetiba nampak ada beg Coach new arrival dan dan ko terus swipe, tu memang sengaja bikin hutang. Kecualilah duit gaji korang memang cukup banyak malah berlebih-lebih untuk setel bayar abes setiap bulan.

Cuma sukacita diingatkan di sini, bila da guna tu jangan tak bayar plak. Apa yang saya selalu buat setiap kali da swipe tu, balik rumah terus login M2U check da masuk ke tak apa yang kita swipe tadi. Kalau da masuk, terus je bayar habis. Setel. Saya sentiasa beringat. Guna kad kredit sebab nak POINT sahaja dan bukannya sebab saja-saja nak buat hutang. Saya pun tak suka kalau ada nilai kat outstanding balance tu, cepat-cepat saya akan clearkan tinggal 0.00 je.

Ikutkan nafsu, boleh aje saya nak borong satu IKEA tu. Tapi pastu terduduk nak bayar bulan-bulan? Jangan cari pasal.

Kenapa tak guna debit card saja?

Penggunaan RM1 debit card cuma dapat 1x point sahaja. Means kalau nak kumpul 30000 point, kamu kena spend RM30000. Mampu? So mana lagi untung, swipe dapat 1x point saja atau swipe dapat 2x / 5x points?

Mana lagi untung beli barang saja-saja atau beli barang pastu boleh redeem barang lain FREE?

Ubah mindset yang kad kredit ni untuk berhutang. Salah. Kad kredit hanyalah medium pembayaran.

Dulu-dulu saya kurang senang jugak sebab setiap kali nak bayar barang kat kaunter, kena menunggu orang depan yang tengah swipe kad kredit. Kebanyakannya chinese la. Dalam hati saya kata "Takde duit tapi nak beli barang jugak pastu asyik swipe je."

Tapi sekarang bila saya da tau macam mana nak manipulate dan uruskan kad kredit tu, baru la saya faham kenapa ramai yang memilih untuk swipe saja. 

Selain daripada penggunaan direct swipe di kedai, kita boleh jugak dapat points dengan setkan pembayaran bil secara auto kredit. Contoh saya setkan untuk bil Celcom saya. Nanti setiap 8hb, tetiba saya dapat sms daripada Celcom "Thank you for your payment". Maknanya bank da kreditkan la tu. Point dapat, bil tak miss bayar. Just bayar balik je bil yang dikreditkan tu.

Tapi ada jugak yang saya buat auto debit. Macam insurans, saya buat auto debit. Auto debit memang betul-betul tolak amount dalam akaun kita. Pun dapat point jugak tapi kureng sket la.

Auto kredit ke, auto debit ke..ni semua papa Saif yang buatkan. Dia yang ambik borang, saya isi je, then dia yang hantar untuk proses. Dah namanya keja bank, senang la kan. Tapi tu dulu la. Sekarang da tak keja bank da. huhu..

Da melalut cerita pasal kad kredit plak. Hoho..sebenarnya nak sampaikan tentang macam mana nak kumpul points yang banyak tu. Ok, saya nak berbalik kembali pada Superbuy tadi. Cuma yang tak berapa best sekarang, maybe bank pun nak untung lebih so dia naikkan rate redemption points tu. Sebelum ni rate untuk redeem bagi setiap 100points=RM1 (kalau tak silap). Tapi sekarang bank da naikkan rate tu jadi 250points=RM1. Rugi 150 points di situ. Baru berkuatkuasa baru-baru ni. Means kalau sebelum ni nak redeem barang harga RM100, saya cuma perlukan points sebanyak 10000points. Tapi dengan rate sekarang, saya perlukan 25000 points untuk redeem barang bernilai RM100. Faham tak?

Ko tengok sekarang ni nak redeem iron steamer ni perlukan points lebih 60K. Gulpp!! Hari tu papa Saif redeem tak sampai 30K points pun rasanya.

Sebab tu hari tu papa Saif cepat-cepat redeem segala points dia yg ada tu dapatla iron steamer. Saya pun redeem segala points yang saya ada dapat la food processor dengan weight scale digital. Ok la kan, sape nak bagi barang free.

TAPI sekali lagi saya nak ingatkan, kalau kamu bukan jenis yang boleh control nafsu perbelanjaan, sila say bye bye to kad kredit. Anda hanya menempah lubang hutang free.

p/s : Entri ini bukan nak galakkan korang guna kad kredit tapi sekadar memberi pencerahan tentang macam mana nak manipulate penggunaan kad kredit untuk dapatkan points supaya boleh redeem barang free.

8 comments:

  1. Tq for sharing sis..akk blm guna lagi kad kredit

    ReplyDelete
  2. thanks a lot for sharing... memang sangat2 membantu.. fai baru jer apply amex ni semata2 nak dapatkan points. hihi...

    ReplyDelete
  3. Tq nadt. Kita skrg dok simpan 1 aeon kredit kad. Guna utk beli brg dapo sambil kumpul point

    ReplyDelete
  4. thanks for ur info...tp x semua bank link ngan seng heng kan...maybank mmg link ngan seng heng ke?? sbb sy baru nk apply kad kredit maybank coz sy pn mmg guna debit maybank....sblm nie ada guna kad kredit bank rakyat my dad punye..(coz dia pn xnk guna)..actually, xpernah guna pn..tp bila di tanya sengheng akan swipe habis then dia ckp kot2 bank akan kenakan interest...so,xjd la nk swipe..

    ReplyDelete
  5. menarik. saya setahun sekali mesti redeem. bolehlah dapat 60000 point setahun.

    ReplyDelete
  6. Adakah anda memerlukan pinjaman? atau memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan, dan jika ada, sila hubungi kami di: jeffersoncarsonloanfirm@hotmail.com

    nama:
    Jumlah Pinjaman yang diperlukan:
    negeri:
    negara:

    ReplyDelete
  7. Salam.nak tanya boleh..macam mana nak daftar installment maybank

    ReplyDelete
  8. Saya baru jer dapat tahu mengenai kelebihan kad maybank ikhwan ni dari sahabat saya.Dia dah guna selama setahun lebih dan katanya sememangnya menjimatkan sebab minyak petrol sekarang dia dah boleh jimat.Maklum lah dapat vaucer petronas free2 jer.
    Insyaaalah saya akan try apply nanti
    peluang perniagaan

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...