Monday, September 23, 2013

Terapi Ala Mak Mak

Korang suka tanam pokok bunga tak?

Saya suka. Maybe diwarisi daripada hobi mak saya. Rasa tenang je bila tengok pokok segar bugar. Macam terapi gituu..Sebelum kawen ada la beberapa pokok bunga yang saya angkut dari rumah mak. Tapi bila mengandung, kemalasan melambung so banyak pokok yang mati. Cuti bersalin 3 bulan kot, sape yang nak jaga pokok tu ye dak.

So, berkuatkuasa balik daripada Cameron raya hari tu, saya mulakan balik hobi menanam pokok ni. Tapi saya tak suka sangat pokok yang berbunga-bunga. Saya lagi suka pokok jenis berdaun. Nampak hijau je. Satu-satunya pokok bunga yang saya ada hanyalah pokok bunga ros yang beli kat Cameron hari tu. Alhamdulillah, masih segar bugar hingga kini.

Saya takdela beria sangat jaga pokok ni. Just siram 2 hari sekali. Kalau musim hujan lagi senang tak payah siram..huhu..pastu kalau tengok ada banyak rumput rampai menyemak dalam pasu barulah saya merumput sikit-sikit then gembur-gemburkan. Tu je.

Sekarang tengah aim nak tanam pokok untuk masak cam serai, daun kesum, limau purut, pudina tu semua. Tapi tak berkesempatan lagi nak pi nursery cari pokok so memadailah dengan yang ada sekarang.

Ros merah

Pandan ambik kat umah jiran MIL. Seb baik hidup.

Daun kunyit baru bertunas. Yeah!

Sejuk hati tengok pemandangan ni..

  Tak sah kalau takde kaktus bila da sampai Cameron kan

Tambah seronok bila Saif pun join main tanah sama! Takpe..biar terkena kotoran demi pengalaman (macam tagline sabun basuh baju).

Kaut tanah pakai tangan..

Masuk dalam pasu kosong..(kepala tu terpusing-pusing tengok motor lalu)

Then tuang semula..yeahhh! Dan ulang dan ulang lagi..abes seluar baju berlumuran tanah..

p/s : Jangan lupa cuci tangan dan kaki bersih-bersih dengan sabun antibakteria. Mandi terus senang.


5 comments:

  1. ok lah tu.rara pon suka.hehe.tp sbb duk umah MIL dan xde tanah sgt.so xleh nk menanam sgt~

    ReplyDelete
  2. nadt, meh nak bagitau.

    wa klu tanam pokok. semua nya mati. ini serious.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tangan panas namanya tu..huhu..bela pokok plastik je la jawabnye..hehe

      Delete
  3. nakk sgt ada tanah walau sekangkang kucin. tp semua dh dah di tile kan. so tanam je pokok daun pandan, daun kari dan lumau purut dalam pasu je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. umah ni pun takde tanah kak..semua main tanam dalam pasu je ni ha..

      Delete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...