Monday, September 2, 2013

Vacuum Oh Vacuummmmmmmm

Lama tak update blog ni haa dekat seminggu tak sihat memanjang, sakit-sakit badan semua dibuatnya. Rumah pun da jadik kapal karam, tak dayo nak kemas eh.

Dalam pada tak larat nak kemas tu, gigihkan jugak la nak vacuum rumah maklum la da hari Jumaat, petang karang laki den balik, terkojut karang tengok umah tak serupo umah eh ni apasal tukar channel nogori.fm pulok ni. Ok la..ok la..tukar tune semula. Ok, so nak vacuum la macam biasa dengan vacuum yang da nazak lagi hazab dengan hose yang da tercabut saya solitape semula je, dengan handle yang da pecah pun saya solitape je. Selagi boleh lanyak, kita lanyakkan je ye.

Tengah dok syok vacuum rasanya dalam 5 minit kot, tetiba macam bau hangit. Tapi saya buat dek je teruskan mengvacuum. Makin lama makin rasa tak sedap hati. Bila toleh belakang tengok vacuum da berasap-asapppppp weiii!! Tanjat mak terus melompat tutup suis kat plug n terus dukung Saif masuk dalam bilik sebab takut vacuum tu meletup. Kuikui..Lama saya dok diam dalam bilik ngan Saif lebih kurang 10 minit nampaknya tiada letupan berlaku, barula berani keluar semula. Bila keluar bilik, asap da takde tapi bau hangit makk aaiii..terus bukak segala pintu tingkap luas-luas ambik oksigen..  fuuhhh..fuhh...

Dengan termaktubnya peristiwa itu bermakna tamat la juga riwayat vacuum tersebut. Pada masa yang sama hati gembira sebab boleh beli vacuum baru tanpa rasa bersalah, yeahhh!! Mari kita google apakah vacuum yang best di pasaran. Tapi yang tak bestnya sebab tak de review yang banyak tentang vacuum kat malaysia ni. Maybe vacuum belum menjadi keperluan utama rumahtangga kat malaysia ni. Sighhh..

Takpe..dengan hati gembira hari Sabtu tu pi la SengHeng Bentong nak beli vacuum (da tak dapat nak attend besday party Qi n open house Ekin maka berjalan ke Bentong pun jadik la..). Masuk-masuk je tu dia tersergam deretan vacuum menunggu tuan untuk dipilih. Rambang mata mak.

Mak da mula rambang mata nih..comeynye kamu semua aiii macam kak tonnn..

Tapi hati da set kata nak yang cordless kebetulan ada satu! Dan murah plak tu cuma RM300 lebih je! Rupanya murah sebab tinggal display set tu je yang tinggal tu pasal dia bagi diskaun kawww kawww. Kecewa..tak nak la yang display set tu, ada calar-calar2 sket. Pastu budak SengHeng tu kata yang cordless tu kuasa suctionnye kureng so terus reject. Maka beralih kepada vacuum jenis standard yang lain.


Setelah pung pang pung pang pikir punye pikir, akhirnya saya pilih vacuum ini berjenama Electrolux. Based on review yang ciput, mostly Malaysian suggest Electrolux is the best.


Buah hati pengarang jantung yang baru walaupun ijo..Ijo pun ijo la..

Ciri utama yang saya suka adalah bagless so mudah nak bersihkan. Tambahan plak ruang filter tu lutsinar so ble nampak kalau dust da penuh kat dalam tu. Vacuum ni kuasanya 1600w, kira kuat da tu.

Lagi satu ciri saya suka handlenya adalah besi so takdelah isu handle pecah macam sebelum ni punye jenis plastik.  Tu tengok tu assistant da tak sabar nak tolong vacuum..huhu..
 
 Maka dengan ini say good bye to my old vacuum yang da banyak berjasa. Terima kasih atas saat-saat indah kita bersama sehingga akhir hayat kamu wahai vacuum (sampai da cedera parah berbalut2).

Dan adakah saya berpuas hati dengan vacuum tersebut? Jawapan saya, YA! SANGAT PUAS HATI! Malam tu jugak saya vacuum bilik yang bertaburan habuk gara-gara papa Saif drill dinding (dan bukak kipas!). Saya setkan paling low dan hasilnya kuasa suctionnya sudah cukup kuat dan paling best bunyinya tak bising macam sebelum ni. Tidak la tahap senyap langsung, still ada bunyi ngenggg tu tapi agak merdu sepoi-sepoi bahasa gitu bunyinya. Tak perlu risau Saif terjaga dari tido. Saya suka bila karpet saya jadi bersih tanpa habuk..suka! suka! Berbaloi sangat dengan harganya yang murah pun cuma RM270 sahaja!! Mama gembira! Terima kasih papa Saif kerana merealisasikan impian mama! Muahhhh!!

 Da penat vacuum rumah, jom pekena L.A. Coffee Kopiko hasil pengaruh iklan TV. hehe..beli kat SengHeng redeem dengan point dapat la harga sepaket ni RM7.50. Kalau tak retail pricenya RM12.90, yeke hopefully dia tak tipu la.huhu..Terus beli 2 paket tamak bebenor.

p/s : Ada orang tanya nape beria nak beli vacuum, guna je la penyapu (bunyi macam aku ni malas benor nak menyapu ye..). Maaf sejak beranak kecil ini, penyapu bukanlah pilihan utama terutamanya untuk membersihkan karpet yang setiap hari penuh habuk biskut bertaburan. Paling malas sebenarnya nak kena berebut penyapu dan penyodok sampah dengan Saif (saya ada penyapu tapi hanya untuk ruang dapur). Kalau vacuum, Saif tak berani rebut bila da on. huhu..Tambah plak papa Saif ada masalah resdung so sedaya upaya saya cuba buat rumah saya bebas habuk dan vacuum sangat membantu saya membersihkan habuk tanpa perlu habuk berterbangan.So harap maklum ye. Terima kasih.


12 comments:

  1. drooling tgk hijau!!@__@
    cantik hoii.kalo xmo,campak je ke puchong ni nadt.daku sedia menerima.tp dgn syarat adalah FREE.hahaha:p

    ReplyDelete
  2. Aty rase pakai vacum lg bersih kan...pakai sapu habuk berterbangan....:)

    ReplyDelete
  3. Tahniah sis.. tercapai jugak hajat... hehehe

    ReplyDelete
  4. betul nadt..sejak ade asyraf ni, penyapu tu utk sapu dapur je sikit2..kt hall semua hentam pakai vacuum je senang..habuk pun tak beterbangan kan..takdelah episode budak kecik dengki mak dia pegi pijak habuk tu..hihihi

    ReplyDelete
  5. vakul saya pun rosak jugak tak berganti lg. bole masuk dlm list yg ni

    ReplyDelete
  6. waaa...
    mesti lepas nie semakin rajin mengemas rumah sbb ade vacuum baru
    hihihhii

    ReplyDelete
  7. oh review anda membuatkan daku teruja nak mendapatkannye 1 di pasaran! hehehe

    ReplyDelete
  8. cantik la, oww bila nk beli vacum jugak ni..mmg aim nk yg cordless tu, tp mahaiii..huuu

    ReplyDelete
  9. i beli vacuum tp 2 3 kali je guna..yg lain sapu pakai penyapu..haha!malas nak hangkut vacuum tu..boleh x camtu?wakakakaa

    ReplyDelete
  10. saya punya vacum pun brand electrolux. Hadiah kahwin. Memang sangat puas hati guna. Prefer juga guna vacume sebab rumah penuh habuk. Kalau guna penyapu, berterbangan habuk tu.

    ReplyDelete
  11. Setakat ni vacuum terbaik keluaran Amway....sedut habuk Dan kalo lantai basah, siap boleh sedut air di lantai...memang puashati

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...