Monday, October 28, 2013

Nebes Nak Terkeluar Jantung

Hari ni ada interview mengejut kat JPKK. Serius nebes sgt. Dah lama tak nebes macam ni. Da la malam tadi mimpi nak beranak tapi tak jadik sebab alarm hp tetiba berbunyi. Hoohhh..nebes mungkin sebab harapan menggunung tinggi. Apapun keputusannya, redha. Tawakal je nih.

Persiapan untuk hari ini. Beg kuning tu isi fail. Berat gile weiii..

P/s: lapo la plak. Bawak bekal roti tapi malu nak makan. Ramai orang. Jangan perut kruukk kruukk kat dalam tu sudah..aiii..bila la nak start ni..



Thursday, October 24, 2013

Dapur Ke Playroom


Bila playroom letaknya dekat dengan dapur, ini lah jadiknya. Pantang mama leka, cepat2 dia seludup barang2 kat dapur bawak masuk ke bilik. Tambah plak si anak asyik la dok fefeeling masterchef, bawang dan tepung pun jadi mainannya. Tak cukup2 ke mainan yg mama beli? Takpela..pasni boleh la mama rileks tak payah masak, Saif take over keja memasak ye..


Wednesday, October 23, 2013

Mengemas Tengah-tengah Malam

Bila seorang mak tak boleh tido akibat minum kopi petang tadi, inilah kejanya. Takde keja cari keja sebenarnya. Mengemas playroom anak bujang kekdahnya.

Eh..sebelum ni saya penah kata saya tak buat playroom untuk Saif kan. Tapi sejak saya alihkan tv lagi sebijik ke bilik belakang, Saif suka sangat lepak situ tengok tv. Bilik tu actually bilik tamu la kononnya. Pada asalnya hanya ada sekeping tilam bujang dan sebijik meja je. Then bertambah dengan rak tv dan tv. Then sikit demi sikit saya mula letak mainan Saif kat bilik tu. Then jadik la playroom! Ok gak la ada playroom ni sebab kurang sket sepahnya kat living hall.

So bosan2 malam ni, saya pun pi la ubah susun atur ABC evamatic tu. Sebelum ni saya susun secara berterabur tanpa ikut susunan warna. Macam serabut plak. So saya cuba ubah susun ikut warna plak.

Sebelum..berterabur..

Selepas..susun ikut warna..ok la, tak nampak serabut sangat macam sebelum ni

Susun semula meja dan mainan


P/s : da ada angan-angan nak cat bilik ni jugak.ehm..tunggu je la jadik buat ke dak. Eh da pukul 12.30 tgh malam da. Ehm..lelaplah wahai mata..



Monday, October 21, 2013

Banoffee Pie

Ni gara-gara menyahut cabaran si Yana la ni. Terliur plak dok nengok pie yang meleleh-leleh manis gitu. So apa lagi..meh kita mengepie di dapur.

Bahan-bahannya :
  • sepeket biskut cream cracker ( nak guna biskut lain pun boleh. saya campur dengan biskut marie n biskut tiger yang Saif takmo makan.Hehh..)
  • sebuku butter
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1/2 cawan fresh milk/susu cair
  • Sekotak whipping cream jenis dairy (1 Liter - tapi tak guna semua)
  • sesikat pisang. (xtau apa nama pisang saya beli kat tesco tu..tulis namanya canvendish? amboih omputih sangat pisang ni..xtau la apa nama melayunye malas nak google. belasah je laa..)
So now  let me show you step by step how to make this pie. Gituuuu..cakap omputih sebab pisang nama omputih..

1. Hancurkan biskut hingga menjadi serbuk. Biskut ni kita nak buat cam base dia la. Nak guna blender boleh, nak tumbuk ngan lesung pun boleh. Takde gambo biskut yang dihancurkan so kita move to step no.2. Heehh..

2. Cairkan butter. Saya cadang nak buat sikit je, so saya just main agak2 je butter tu dalam setengah buku gitu. Korang ikut resepi asal ye.

 3. Butter da cair, meh kita tuang kat biskut crumbs kita tadi tu.

 
4. Then butter n crumbs tu di gaul sebati dan ditekan-tekan kasi padat. Sudah padat gitu, simpan base ni dalam freezer jap lebih kurang 15 minit nak bagi base ni keras.

 5. Sementara tu meh kita buat caramel pula dengan menggunakan susu pekat. So susu pekat ni just masak dengan api sederhana. Sebaiknya kacau sentiasa sebab tak nak bagi dia hangus rentung plak.

 6. Bila color susu tu da bertukar kecoklatan dan jadi likat gitu, tuangkan fresh milk. Jangan terus bubuh semua, bubuh sikit-sikit tengok tahap kelikatannya tu. Tak nak terlalu pekat dan tak nak plak cair. Gaul-gaul seia sekata.

7. Bila da seia sekata tu, tuangkan ke atas crumbs yang da sejuk keras tadi tu.

 8. Gini la rupanya. Then simpan kejap dalam freezer sebab nak bagi keras sket caramel tu. Kejap je dalam 10-15 minit je. Sementara tu boleh la pi iron baju laki kejap.

9. Da siap iron baju laki, sambung lagi tugasan kita.Bila caramel tu da keras sket, boleh la letak hirisan pisang atasnya. Lagi banyak pisang lagi mabelesss!

10. Then tibalah aksi watak utama kegemaran saya. Whipping cream! Saya guna kotak kecik 200ml je sebab nak buat sket je kononnya. Oleh kerana selalu failed bila putar whipping cream jenis dairy ni, so kali ni saya gunakan blender. Buh gula sket dalam sesudu. Then treeettttt...blend..Tengah blend tu tetiba blender terhenti sendiri. Bukak tengok..waaa...da kembang kental da cream kita. Mabelesss!!

11. Akibat kedekut nak beli kotak besar, so whipping cream ku cukup-cukup je la nak menyelimuti pisang-pisang tu semua. Grr..kalau ikut tekak saya, lagi banyak cream, lagi mabelesss!

12. Then hias la topping atas tu ikut suka. Saya just susun hirisan pisang n tabur chocolate chip je. Then simpan dalam chiller semalam.

 13. Pagi tadi seawal subuh, bukak peti ais terus potong pie ni. Walllaaaa!!Memang mabeles! Caramel kat bawah tu agak manis tapi diseimbangkan dengan crumbs di bawah dan cream yang tak berapa manis di atasnya. Tambah plak bila tergigit chocolate chips tu..perghh..heaven!!


So..berjaya gak mencuba resepi baru ni. Korang bila lagi? Hehehe..


Friday, October 18, 2013

Pengubat Stress

Takdela stress manapun. Cuma keja je menimbun2. But still kena positifkan diri, buang segala aura negatif. Syuhhhh...

Ambik langkah tenangkan diri dengan makan aiskrim! My faveret ever-Magnum Almond. Perghhh..terbaekkkk!

Favoretooo..

Ehmm..melting..

Ni pun pengubat jiwa gak ni. Buah hati pengarang jantung mama. Aiii..rindu plak kat budak tecit nii..

Ok..nak pi wat bayam goreng plak. Petang ni laki den balik. Yeahhh!


Akhirnya..Ketupatku Menjadi!

Memang da jadi kebiasaan mak saya untuk anyam ketupat sendiri setiap kali raya. Tak kisahlah raya puasa ke atau raya haji. Dan setiap kalinya juga saya belajar anyam ketupat ni tapi masih failed. Grrr..tension. Rasa cam tak lengkap pakej diri bila tak reti anyam ketupat. Ngehehe..

So balik kampung mak hari tu, saya cuba belajar lagi. Kali ni tengok betul-betul!  Rupanya selama ni saya silap anyam. Sepatutnya anyam secara memasukkan tetapi saya anyam secara selit menyelit. Patut la asyik jadik tikar je..hehehe..Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya..akhirnyaaaa..jadiii!! Gembiranya macam satu nikmat hidup telah dipenuhi. #yoyoeeejee..

My first ever ketupat..

Cuma frust sket sebab saya terlupa nak bawak balik ketupat ni nak bagi MIL. Beria-ia saya tekun anyam ketupat satu demi satu sampai abes semua daun. Siap pakej isi beras dalam tu lagi. Pastu lupa plak nak bawak balik! Aiiii..baru je nak tunjuk kat MIL skill terbaru menantunya ni.

Papa Saif kata, "Tu laaa..nak eksyen la tu anyam ketupat sendiri. Kan da tertinggal ketupat tu. Padan muka...hahahaha.."

Alaaa...frust. (*_*)

Wednesday, October 16, 2013

Sambutan Aidiladha..sederhana tapi bermakna..

Hari ni ada yang da start keja ke? Hiiii..saya sambung cuti lagi sehari. Raya haji tahun ni ikut plan asal, 2 hari di kampung saya di Johor (ahad dan isnin) dan 2 hari setengah kat kampung papa Saif di Tampin, N9 (isnin petang, selasa, rabu).

Tapi bila da ada kat kampung saya tu, mak n abah keep on tanya nape tak balik N9 hari selasa tu je (pagi raya)..alasan utama kami sebab tahun ni kami ada ambik bahagian buat korban kat N9 atas nama Saif so bila da ada nama tu, kena la ada sekali time nak sembelih tu kan. Tapi bila mak n abah keep on tanya, saya pun serba salah jadiknya. Bagitau papa Saif..just bagitau je takde pun request nak extend waktu balik. tak sangka plak papa Saif faham2 je dan ble bertolak ansur n kata "takpelah..kita balik esok pagi je lepas sembahyang raya".

Owhhh..happynye tak terkata. Bagi saya tu la korban paling besar-merendahkan ego dan bertolak ansur. Yipppppiiieee! Happy sangat sebab tak perlu la kitorang dok rush nak siapkan masak lauk pauk secepat mungkin. Lagipun satu lagi sebab yang buat saya serba salah nak balik awal sebab adik saya tengah berpantang kat umah mak saya la ni. So sambil bertungkus lumus kat dapur, mak juga kena berkejar2 uruskan adik saya n anak2 dia. Kesian mak kena buat semua sorang2. Bila saya ada at least ble la jugak sikit sebanyak tolong itu ini. Bukanla nak kata saya ni rajin sangat ke tapi rasa tanggungjawab tu ada. N terima kasih jugak kat papa Saif sebab berkorban melayan Saif sementara saya sibuk kat dapur.

So seawal pagi raya, saya siap2 pack barang semua sementara papa Saif pi sembahyang raya. Dia balik je, semua da siap tinggal gerak je. Seb baik la kampung saya kat muar tu xde la jauh mana setakat sejam je puuunnn..tapi rasa ralat la jugak sebab tak dapat tunggu time sembelih n lapah korban kat umah mak. Actually atok ada buat korban kambing, sembelihnya kat umah je so tu la kalau boleh mak saya nak papa Saif ada kot ble la tolong2 lapah daging semua. Tapi last minute bgtau, kitorang pun da ada plan korban tempat lain, so dengan berat hati terpaksalah tinggalkan jugak. Takpelah..kambing 2, 3 orang tukang lapah sekejap je.. (sedapkan hati)..

So sebaik sampai Tampin, lepas  makan seadanya terus pi surau plak. Nak tengok lembu kekdahnya. Tapi lembunya sampai lambat, ada la sejam kot menunggu. Tau je la menunggu dengan si Saif yang tak reti dok diam ke sana sini, penat dibuatnya. Tapi saya tak tunggu lama. Lepas sembelih, ambik bahagian sendiri terus balik. Papa Saif je yang stay kat surau sebab memang da jadik rutin dia sejak dulu melapah daging korban semua. Saya n Saif balik umah, mandi pastu terus tido kepenatan..krooohhh..sampai la papa Saif balik baru la saya terjaga.huhuhu..

Ok,.so itu je la cerita aidiladha saya.  Sederhana sahaja tapi bermakna. Ok. Jom layan gambar.

Menu pagi raya
Da kat Tampin. Tengah tunggu lembu

Gilir2 tukar dukung. Melasak tak ingat budak ni. Pantang lepas, asyik la nak panjat tangga surau..aiihhh..

Berdiri atas meja konon tengok orang main seremban

Sabotaj. Dia pi pijak orang tu punye seremban.huhu..

Finally lembu sampaiiii

Ni la dia lembu bahagian Saif

Detik 2 dikorbankan

Tengok dari jauh je. Tak berani tengok dekat..

Posing jap sementara tunggu selesai sembelih lembu

Aksi Saif 1

Aksi Saif 2 - cuba tarik tali kipas tapi tak sampai

Aksi Saif 3 - buat perangai

Aksi Saif 4 - drama bila dihalang merayap sana sini

Papa Saif potong daging

Seronok tengok aktiviti gotong royong macam ni..



Saturday, October 12, 2013

Saif Kat TV

Jom tengok Saif kat tv sekarang!

Saif Al Fateh?

Takkkk..Saif Ali Khan laaaa

Salaam namaste. Jom relax2 layan hindustan. Takmo fikir keja yg stress..


Friday, October 11, 2013

Dilema Seorang Blogger

Assalamualaikum dan haiiii...

Fuuhhh..selesai pun rutin seorang suri. Menyapu, mengemop, kemas dapur, kemas bilik semua, basuh baju dan terus sidai..dan sekarang giliran saya tersadai. Saya jangkakan esok adalah hari yang sibuk buat saya so lebih baik saya selesaikan segala kerja rumahtangga malam ini supaya esok tak terkejar2. Sudah jadi rutin saya setiap kali waktu rehat hari Jumaat saya akan balik rumah untuk mengemas apa yang patut. So untuk Jumaat esok, saya da boleh rehat sedikit.

Sibuk. Semua orang pun sibuk dengan tuntutan kerja masing-masing. Cuma letihnya menjadi seorang saya adalah kerana skop kerja saya menuntut kesempurnaan. Sejujurnya saya bukanlah seorang perfectionist tapi entah sejak bila saya mula tidak cincai membuat kerja. Saya ni pemalas jugak sebenarnya tapi kadang2 bila orang letak harapan tinggi pada kita so tak boleh la nak main cincai2.

Selain mengajar, skop kerja saya turut menuntut saya membuat design. Macam2 jenis design. Banner, bunting, poster, buku program, kalendar, annual report dan macam2 lagilah. Tapi saya suka kerja saya ni. Design memang jiwa saya. Tapi demi memenuhi ekspektasi orang, saya menjadi cerewet dengan design saya. Sometimes saya da siap design satu buku, tetiba saya rasa macam tak puas hati. Rasa cam tak best. Terus saya reject dan buat design lain. Nak buat design baru bukannya sekejap. Nak mencari sumber grafik je pun da makan berhari2. Sometimes testing font tu, font ni je pun da makan sampai sehari.

Sebab tu la saya kata tadi - penatnya menjadi saya.

Kebanyakan orang tak tau. Tau2 ok design da siap, da boleh publish untuk printing. Yeahhh..orang tak tau bila mendesign ni senget sikit tak boleh, font tak sesuai pun boleh jadi isu, salah eja lagi lah masalah besar. Kot ada seploh kali proofread makanya seploh kali jugak la kena dok alter sana, alter sini.

Sama jugak kisahnya dengan menulis blog ni. Menulis satu entri adalah tugas yang memenatkan bagi saya. Nak edit gambar, nak masukkan watermark,  nak mengarang pastu nak proofread lagi. Pesen saya, saya akan preview beberapa kali untuk check kalau2 ada salah eja. Kadang2 ayat macam tak best pun kena alter balik.

Sebab tu tak suka update guna tab. Jari letih, otak lagi letih.

Bila letih gini, mula la rasa macam malas nak update blog. Pernah terlintas untuk terus stop dari arena blog. Tapi bila lama tak blogging rasa cam jiwa kosong plak sebab saya tak dapat share apa yang saya nak share. Sharing adalah cara saya untuk bertukar2 pendapat dan idea selain daripada untuk meluahkan rasa di jiwa.

Contoh la saya buat entri untuk share cara saya buat homeschool untuk Saif. Kalau saya tak update perkembangan homeschool ni dalam blog, agak2 rajin tak saya nak teruskan buat homeschool tu? Saya tak berapa suka update selalu dalam FB sebab medan FB terlalu luas dan umum. Manakala blog adalah medium buat orang yang mempunyai minat yang sama dengan saya. Dari situ boleh la bertukar2 cerita, pengalaman dan idea. Tuntutan untuk sentiasa update perkembangan semasa itulah yang membuatkan kita jadi lebih rajin. Tapi pada masa sama jadik letih sketla banding dengan orang lain. Kalau waktu rehat biasa orang dok borak gosip terkini, saya plak sibuk update blog dengan muka ketat mengadap komputer.

Tapi sebab sekarang ni agak sibuk, saya cuba limitkan masa untuk update blog ini. Saya nak tumpu kerja opis saja from 8 to 5. Update blog hanya di rumah, tu pun kalau sempat.

Boleh ke ni...?


Thursday, October 10, 2013

Nak Update Blog Tapi

Serius saya rasa bersalah ni..keja banyak bertimpa-timpa. Tapi masih ada hati nak update blog. Tak baiknya rasa.

Aaaahhh..perasaan apakah iniiii..

Byeee..

Wednesday, October 9, 2013

Susunatur Bekas Garam Dan Rempah

Assalamualaikum dan haiiii..

Lama rasanya tak kongsi cerita pasal susunatur ek. So kali ni saya nak kongsi la susunatur bekas garam dan rempah kat dapur saya yang nan hado ini. Bekas garam idaman saya sebenarnya nak yang macam ni..

atau macam ni

sumber : google

Suka jenis yang seramik gini. Ada jumpa bekas macam ni kat Jusco tapi bila memikirkan keadaan dapur yang terhad dan bersistem terbuka, so saya tangguhkan hasrat sehingga ada rumah sendiri nanti. hehehe..bukan pe, takut Saif capai-capai, pecah nanti. Mama jugak yang meroyan tepi dapur..

Ok, meh saya reveal bekas garam dan rempah saya yang sebenarrrrr...

Hanyalah bekas plastik yang dibeli 4 tahun lepas kat pasar malam Karak je punnn..masa tu takde fikir nak color match-match semua ni so main taram beli warna-warni. Semua bekas ni saya letak kat rak plastik kecik ni kat rak dapur gas. Senang nak capai tiap kali memasak. Dulu saya letak bekas ni semua kat bawah, tiap kali masak dok berperang dengan Saif yang berebut nak ambik bekas ni semua. So bila da letak kat atas-selamat.

 Saiznya yang kurus tinggi memaksimumkan bahan di dalamnya. Paling suka sebab kayu manis yang panjang-panjang tu pun muat dalam ni. Oh ye, sudu pun muat masuk terus dalam ni senang. Rak atas ni ada bekas garam, serbuk kunyit, lada hitam, kayu manis, asam keping dan serbuk aji. Serbuk aji saya letak dalam bekas nescafe je-dianaktirikan sebab jarang guna. Hoho..

Bahagian bawah untuk rempah ratus.

 Bekas 4 biji tutup silver tu macam biasalah beli kat IKEA. Semua orang confirm ada kan. Yang tutup putih tu plak doorgift kenduri kawen. Doorgift rumah sape la ni, sangat la bermanfaat.


Ok..tu je la kisah bekas garam dan rempah saya..byeee..




Tuesday, October 8, 2013

Nak Marah Tapi...

Bukan nak marah. Memang marah pun sebenarnya. Tadi memang saya tengah hot gilerrr..bertekak dengan apek kedai gas. Poyo giler apek tu, pasni jangan harap aku nak datang kedai ko lagi.

Ok..fullstop.

Tak nak berterusan marah. Nak berterusan marah pun tak boleh sebabnya ketibaan parcel ini. Pagi tadi memang papa Saif ada sms bagitau dia ada beli barang. Supposely tengahari ni barang tu da sampai. Memang kebiasaannya barang dia beli online akan dipos ke alamat opis saya sebab admin akan terima barang tu. So balik daripada bergadoh ngan apek keji tadi tu, terus ambik parcel dia bawak naik opis.

Beli gadget apa lagi ntah papa Saif ni. Suka sangat beli gadget online.

So saya pun sms la papa Saif bagitau barang dia beli da sampai. Then papa Saif suruh saya check tengok. Biasalah dia suruh saya check dulu barang dia beli takut rosak ke apa ke boleh pulang semula ke kedai. Mula-mula cam malas la nak check. Tunggu dia balik nanti dia check la sendiri ye dak. Tapi papa Saif suruh jugak saya bukak. Katanya "Barang untuk ayang.. :) " 

So saya pun bukak la parcel tu. Bukak-bukak je......

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 Handphone???

Hati da berdebor da masa ni. Tapi tak nak terlebih excited takut kecewa. Mana la tau kot hp tu dia beli untuk kakak dia ke, adik dia ke kan..mana la tau...

So saya sms balik tanya "Hp?"

Pastu tanya lagi "Biar betoiii??"

 "Betoiii laaa.." Balas papa Saif.

Ya Allah..kegembiraan apakah ini..Serius cam nak nanges. Memang da nanges pun. Giler terharu kot. Adehh..tisu da abes plak. Seb baik ada shawl ble kesat2 air mata ni..Hiiii..Thank you so much sayangggg!! Love you more more and moreeeeeee!!

Actually hp saya memang da problem kebelakangan ni. Tapi saya degil tak nak beli hp baru sebab rasa cam sayang duit kot. Lagipun saya da ada tab(tu pun hasil subsidi papa Saif..:)) , so hp ni just guna untuk sms and call je. Saya suruh papa Saif ambik hp lama saya kat umah dia kat KL. Hp lama tu pun papa Saif jugak yang bagi dulu. (^_^) Tapi minggu sudah dia bagi alasan kata tak jumpe hp lama saya tu. Rupa-rupanya...mmmm..senyum lebor je la..

Haa..dalam parcel tu, selain hp, ada jugak pendrive dengan ape benda ntah tu macam pemadam ke apa dengan macam butang baju melayu?? Memula ingatkan papa Saif beli tu jugak (sebab pendrive saya pun baru kena virus..hehe..) tapi rupanya tak. Free gift la tu kot dari kedai.

Free gift

Rasa sayang nak say goodbye kat hp ni. Dan dan hp baru sampai, tetiba hp ni berfungsi dengan elok plak..Aiihh..

Sms-sms antara saya dengan papa Saif. (^_^)


p/s : Terus hilang rasa marah tadi. Papa Saif ni memang suka buat surprise tauuuuu...bikin hati makin sayang.... Err...ni bukan kisah riak tau. Sekadar berkongsi rasa gembira, bahagia dan teruja! (^_^)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...