Friday, October 18, 2013

Akhirnya..Ketupatku Menjadi!

Memang da jadi kebiasaan mak saya untuk anyam ketupat sendiri setiap kali raya. Tak kisahlah raya puasa ke atau raya haji. Dan setiap kalinya juga saya belajar anyam ketupat ni tapi masih failed. Grrr..tension. Rasa cam tak lengkap pakej diri bila tak reti anyam ketupat. Ngehehe..

So balik kampung mak hari tu, saya cuba belajar lagi. Kali ni tengok betul-betul!  Rupanya selama ni saya silap anyam. Sepatutnya anyam secara memasukkan tetapi saya anyam secara selit menyelit. Patut la asyik jadik tikar je..hehehe..Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya..akhirnyaaaa..jadiii!! Gembiranya macam satu nikmat hidup telah dipenuhi. #yoyoeeejee..

My first ever ketupat..

Cuma frust sket sebab saya terlupa nak bawak balik ketupat ni nak bagi MIL. Beria-ia saya tekun anyam ketupat satu demi satu sampai abes semua daun. Siap pakej isi beras dalam tu lagi. Pastu lupa plak nak bawak balik! Aiiii..baru je nak tunjuk kat MIL skill terbaru menantunya ni.

Papa Saif kata, "Tu laaa..nak eksyen la tu anyam ketupat sendiri. Kan da tertinggal ketupat tu. Padan muka...hahahaha.."

Alaaa...frust. (*_*)

8 comments:

  1. clap...clap...terror la nadt...anis bab anyam ketupat memang fail..benak betul nak faham...haha

    ReplyDelete
  2. saya raya hari tu kat rumah mertua..anyam ketupat sebijik je menjadi..

    ReplyDelete
  3. vahhhhhh pandai! rara ni nan hado.mmg x menjadik lah ketupat aku.idak le reti.tau mkn je.

    ReplyDelete
  4. ekin teror wat ketupat...
    tetibe...
    hehehehe

    ReplyDelete
  5. Hahaha..part tertinggal tu aty tergelak....

    Teror anyam ketupat..mmng hebat...aty tak pernah cube pon..selalu kalau nak raye beli sarung dah siap lepas tu isi beras jer...ngeee

    ReplyDelete
  6. usaha tangga kejayan nadt. kira ok lah tu menjadi, kalo aku ni haa... kelaut jawabnye! ntah ape yg ku belit muahahaha!

    ReplyDelete
  7. tahniah sbb dh berjaya anyam ketupat! hehe

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...