Monday, October 21, 2013

Banoffee Pie

Ni gara-gara menyahut cabaran si Yana la ni. Terliur plak dok nengok pie yang meleleh-leleh manis gitu. So apa lagi..meh kita mengepie di dapur.

Bahan-bahannya :
  • sepeket biskut cream cracker ( nak guna biskut lain pun boleh. saya campur dengan biskut marie n biskut tiger yang Saif takmo makan.Hehh..)
  • sebuku butter
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1/2 cawan fresh milk/susu cair
  • Sekotak whipping cream jenis dairy (1 Liter - tapi tak guna semua)
  • sesikat pisang. (xtau apa nama pisang saya beli kat tesco tu..tulis namanya canvendish? amboih omputih sangat pisang ni..xtau la apa nama melayunye malas nak google. belasah je laa..)
So now  let me show you step by step how to make this pie. Gituuuu..cakap omputih sebab pisang nama omputih..

1. Hancurkan biskut hingga menjadi serbuk. Biskut ni kita nak buat cam base dia la. Nak guna blender boleh, nak tumbuk ngan lesung pun boleh. Takde gambo biskut yang dihancurkan so kita move to step no.2. Heehh..

2. Cairkan butter. Saya cadang nak buat sikit je, so saya just main agak2 je butter tu dalam setengah buku gitu. Korang ikut resepi asal ye.

 3. Butter da cair, meh kita tuang kat biskut crumbs kita tadi tu.

 
4. Then butter n crumbs tu di gaul sebati dan ditekan-tekan kasi padat. Sudah padat gitu, simpan base ni dalam freezer jap lebih kurang 15 minit nak bagi base ni keras.

 5. Sementara tu meh kita buat caramel pula dengan menggunakan susu pekat. So susu pekat ni just masak dengan api sederhana. Sebaiknya kacau sentiasa sebab tak nak bagi dia hangus rentung plak.

 6. Bila color susu tu da bertukar kecoklatan dan jadi likat gitu, tuangkan fresh milk. Jangan terus bubuh semua, bubuh sikit-sikit tengok tahap kelikatannya tu. Tak nak terlalu pekat dan tak nak plak cair. Gaul-gaul seia sekata.

7. Bila da seia sekata tu, tuangkan ke atas crumbs yang da sejuk keras tadi tu.

 8. Gini la rupanya. Then simpan kejap dalam freezer sebab nak bagi keras sket caramel tu. Kejap je dalam 10-15 minit je. Sementara tu boleh la pi iron baju laki kejap.

9. Da siap iron baju laki, sambung lagi tugasan kita.Bila caramel tu da keras sket, boleh la letak hirisan pisang atasnya. Lagi banyak pisang lagi mabelesss!

10. Then tibalah aksi watak utama kegemaran saya. Whipping cream! Saya guna kotak kecik 200ml je sebab nak buat sket je kononnya. Oleh kerana selalu failed bila putar whipping cream jenis dairy ni, so kali ni saya gunakan blender. Buh gula sket dalam sesudu. Then treeettttt...blend..Tengah blend tu tetiba blender terhenti sendiri. Bukak tengok..waaa...da kembang kental da cream kita. Mabelesss!!

11. Akibat kedekut nak beli kotak besar, so whipping cream ku cukup-cukup je la nak menyelimuti pisang-pisang tu semua. Grr..kalau ikut tekak saya, lagi banyak cream, lagi mabelesss!

12. Then hias la topping atas tu ikut suka. Saya just susun hirisan pisang n tabur chocolate chip je. Then simpan dalam chiller semalam.

 13. Pagi tadi seawal subuh, bukak peti ais terus potong pie ni. Walllaaaa!!Memang mabeles! Caramel kat bawah tu agak manis tapi diseimbangkan dengan crumbs di bawah dan cream yang tak berapa manis di atasnya. Tambah plak bila tergigit chocolate chips tu..perghh..heaven!!


So..berjaya gak mencuba resepi baru ni. Korang bila lagi? Hehehe..


19 comments:

  1. aduh....kena try gak ni...bakal fenomena gak nanti ni...ngeeee

    ReplyDelete
  2. tu diaaa...hahaha lawa oii topping siap ada coklat cips...sedap kannn...eh mcm nk buat lg pulak...eh! :p

    ReplyDelete
  3. huwaaaaaaaaaa sedap yer....Umi Qi kena sahut cabaran buat gak nih...senang giler kot kan nad....nad cantik buang potongan nih tau...sukaaaaa

    ReplyDelete
  4. pehhhh.. x buleh jadi nih haha.. esok pi giant beli barang!

    ReplyDelete
  5. amboiiiii.iklan nya sgtttttttt meleleh~ eh rara pon xreti pukul whip cream tu.bila pukul mst terlebih.mencik.

    ReplyDelete
  6. meleleh lah naddttt! terbahek.
    pandai sifu nana ajor ni.
    ni second masterchep.
    suka tgk mu masak nadt oi!
    kalau la kita berjiran...ari2 aku bertenggek umah mu.
    hahahaha!

    ReplyDelete
  7. perghhh sedakkk nye..kena buat nih...

    ReplyDelete
  8. Wah..blh try guna ni.sbb senang nk buat.xguna oven

    ReplyDelete
  9. eh.. boleh guna blender yek? nak try gak la.. kemaruk da tgk u all sume buat ni...

    ReplyDelete
  10. Waaaahhhhhh! Argh... terliur terliur.. bila tah nak buat nih... heeee..

    ReplyDelete
  11. wah dah mula berjangkit semuanya...mula2 terliur tengok yana buat sekarang bertambah lagi terliur tengok nadt buat

    ReplyDelete
  12. kite pun slalu jgk failed putar whipping creame..oo senang jgk ye klu blend je..aritu dh nak wat..tp takut xmenjadi lg..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...