Friday, October 11, 2013

Dilema Seorang Blogger

Assalamualaikum dan haiiii...

Fuuhhh..selesai pun rutin seorang suri. Menyapu, mengemop, kemas dapur, kemas bilik semua, basuh baju dan terus sidai..dan sekarang giliran saya tersadai. Saya jangkakan esok adalah hari yang sibuk buat saya so lebih baik saya selesaikan segala kerja rumahtangga malam ini supaya esok tak terkejar2. Sudah jadi rutin saya setiap kali waktu rehat hari Jumaat saya akan balik rumah untuk mengemas apa yang patut. So untuk Jumaat esok, saya da boleh rehat sedikit.

Sibuk. Semua orang pun sibuk dengan tuntutan kerja masing-masing. Cuma letihnya menjadi seorang saya adalah kerana skop kerja saya menuntut kesempurnaan. Sejujurnya saya bukanlah seorang perfectionist tapi entah sejak bila saya mula tidak cincai membuat kerja. Saya ni pemalas jugak sebenarnya tapi kadang2 bila orang letak harapan tinggi pada kita so tak boleh la nak main cincai2.

Selain mengajar, skop kerja saya turut menuntut saya membuat design. Macam2 jenis design. Banner, bunting, poster, buku program, kalendar, annual report dan macam2 lagilah. Tapi saya suka kerja saya ni. Design memang jiwa saya. Tapi demi memenuhi ekspektasi orang, saya menjadi cerewet dengan design saya. Sometimes saya da siap design satu buku, tetiba saya rasa macam tak puas hati. Rasa cam tak best. Terus saya reject dan buat design lain. Nak buat design baru bukannya sekejap. Nak mencari sumber grafik je pun da makan berhari2. Sometimes testing font tu, font ni je pun da makan sampai sehari.

Sebab tu la saya kata tadi - penatnya menjadi saya.

Kebanyakan orang tak tau. Tau2 ok design da siap, da boleh publish untuk printing. Yeahhh..orang tak tau bila mendesign ni senget sikit tak boleh, font tak sesuai pun boleh jadi isu, salah eja lagi lah masalah besar. Kot ada seploh kali proofread makanya seploh kali jugak la kena dok alter sana, alter sini.

Sama jugak kisahnya dengan menulis blog ni. Menulis satu entri adalah tugas yang memenatkan bagi saya. Nak edit gambar, nak masukkan watermark,  nak mengarang pastu nak proofread lagi. Pesen saya, saya akan preview beberapa kali untuk check kalau2 ada salah eja. Kadang2 ayat macam tak best pun kena alter balik.

Sebab tu tak suka update guna tab. Jari letih, otak lagi letih.

Bila letih gini, mula la rasa macam malas nak update blog. Pernah terlintas untuk terus stop dari arena blog. Tapi bila lama tak blogging rasa cam jiwa kosong plak sebab saya tak dapat share apa yang saya nak share. Sharing adalah cara saya untuk bertukar2 pendapat dan idea selain daripada untuk meluahkan rasa di jiwa.

Contoh la saya buat entri untuk share cara saya buat homeschool untuk Saif. Kalau saya tak update perkembangan homeschool ni dalam blog, agak2 rajin tak saya nak teruskan buat homeschool tu? Saya tak berapa suka update selalu dalam FB sebab medan FB terlalu luas dan umum. Manakala blog adalah medium buat orang yang mempunyai minat yang sama dengan saya. Dari situ boleh la bertukar2 cerita, pengalaman dan idea. Tuntutan untuk sentiasa update perkembangan semasa itulah yang membuatkan kita jadi lebih rajin. Tapi pada masa sama jadik letih sketla banding dengan orang lain. Kalau waktu rehat biasa orang dok borak gosip terkini, saya plak sibuk update blog dengan muka ketat mengadap komputer.

Tapi sebab sekarang ni agak sibuk, saya cuba limitkan masa untuk update blog ini. Saya nak tumpu kerja opis saja from 8 to 5. Update blog hanya di rumah, tu pun kalau sempat.

Boleh ke ni...?


9 comments:

  1. salam, nice n3 nadt..tuntutan kerja kita, kadang2 org xfaham. Kite keje gunting2 bju, walaupun blaja bidang lain. Tp dah minat kan..hadap je lah. Mcm design gak, gunting bju ni nampak simple, tp sbnrnya byk kena pikir sebelum mula. Kalau salah kena ganti. Ada calculation, xleh salah sikitpun. Kalau salah, 'cacat' lah outcomenya. Huhu..

    ReplyDelete
  2. Yes boleh nad...dimana ada kesempitan...disitu ada jln...grab the chance!

    ReplyDelete
  3. kalau akak tak boleh....kat rumah mmg takde masa tgk blog...huhuhu

    ReplyDelete
  4. Aty update blog hanye pd waktu mlm..biler semua kerja dah setel..anak dah tidur.. :) kekadang waktu2 gak laki layan movie tgh mlm..jd tu kire waktu tuk kiteorg jugak...eerrr...aty boleh update blog sambil berborak dn layan tivi kekadang smbil mkn..huhu..jd jgn heran kalau spelling kat blog aty bnyk nau silap...ngeee

    ReplyDelete
  5. saya update blog di opis.. komen dan blog walking time lunch guna phone...
    hope gigih la semangat kite ye wahai bloggers

    ReplyDelete
  6. yes. tuntutan keje di opis dan menjadi ibu di rumah memang membataskan masa nak update blog. aida setuju. and setuju juga bila mana kita tau kita nak update blog and sebab tu kita meneruskan sesuatu itu. share dgn blogger frens yg lain...
    aida most of the time ~ schedule certain post. menaip bila ada masa. upload gambo bila ada masa. save. and akan peruntukkan satu masa lebih kurang dlm 2-3 jam utk update blog and scheduled kan few posts :-)
    blogwalking? mlm. sambil-sambil tgk tv :-)

    ReplyDelete
  7. pelan2 kayuh nadt..sy pun asek rasa tak nyempat je nih..uhuks :)

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...