Tuesday, October 1, 2013

Saif 1 Tahun 4 Bulan

Da hampir seminggu berlalu baru nak cerita. Owh Saif anak kesayangan mama yang comey manja mucuk-mucuk ni..Makin hari makin buat mama geram dengan keletah kamu. Bukan geram marah, tapi geram aiiii comeyyyy sangattttt! (kalau tak mama sendiri puji anak sape lagi kan?hehe)

Semalam papa Saif kata "Saif ni lambat cakap laa.."

Lambat cakap dia kata?

Padahal Saif ni da pot pet pot pet becok mulut dia. Cuma dalam bahasa dia sendiri. Memang dia masih tak boleh nak balas apa yang kita cakap tapi dia da faham apa yang kita cakap.

Contoh la saya kata "Saif..jom mandi.."

Terus dia buat gaya nak bukak baju dengan seluar, pastu menonong masuk bilik ambik tuala dan tunjuk bilik air.

Waktu malam pun bila saya kata "Saif, jom tido.."

Terus dia menonong masuk dalam bilik, terus bergolek atas tilam.

Kalau dia nak biskut, dia tarik tangan saya ajak pi dapur dan tunjuk tupperware biskut dia sambil kata "nakk..nakk..nakk.." Selagi ko tak ambik, selagi tu la dia dok ulang "Naakkkkk...."

Kalau dia da yakk, dia akan kata "Yakk..." sambil tepuk-tepuk pampers dia.

Itu antara cara komunikasi dia.

Banyak lagi arahan-arahan yang dia da faham cuma dia tak boleh nak balas cakap balik. Komunikasi satu hala gitu. Jangan sangka anak tak tau. Dia tau, faham dan ingat sebenarnya apa yang kita selalu cakap. Jangan terperanjat kalau tetiba satu hari dia menjawab balik apa yang kita cakap.

Dan saya sikit pun tak risau Saif tak boleh cakap betul lagi. Sebab memang kebiasaannya budak lelaki memang lambat dari segi komunikasi berbanding budak perempuan. Ye, kalau nak bandingkan Saif dengan sepupu-sepupu dia yang semuanya perempuan, semuanya setahun lebih da boleh bercakap. Even pelat tapi kita da boleh faham, tapi Saif belum lagi ke tahap itu. Takpe..saya tak risau sangat as long as Saif ada effort untuk 'berbunyi' even hanya 2,3 patah kata.

Ok la..Meh la layan gambar keletah Saif..campur-campur gambar baru dan lama..

Kan da kata, kalau kotak tak masuk kepala dia, dia yang masuk dalam kotak. Pastu jerit mintak tolong tak dapat keluar.huhu..

Tak perlu risau nak berebut tab dengan Saif. Tab ni jadik tempat duduk dia je. Kekadang jadik tapak dia berjoget (sabo je la). Application dalam tu dia hanya akan tengok bila saya ada sama. Kalau saya tinggalkan dia berdua dengan tab je jawabnya tab tu akan dicampak dan dia akan ikut saya ke mana jua.

 Tiru mama nak pakai cekak jugak

 
Another..tau charger tu nak dibuat ape? Korek telinga!

 Ok..ini mama yang buli. Kena jadik model inner magic.huhu..

Jangan salah faham. Bukan dia saje2 nak pakai rantai macam gugurl tapi memang hobi dia kalau jumpa sebarang objek bertali, dia akan terus sangkut kat leher. Huhu..Eh, mainan tu pun bukan dia punye. Kakak Asha n Isha yang punya.

 
Pantang jumpa beg. Terus sangkut kat tangan, heret sana sini.. (-_-)'

 
  Mama tak ajar pun awak bawak beg camtu tau!

 Ok la..gambo yang nampak cam imam muda sket

 Sejuk hati mama. Pantang bentang sejadah, terus sujud sambil kata "Allah". Ni sampai ke luar bilik diheretnya sejadah ni sekali.

 Percubaan untuk memakai baju sendiri

 Bila tak berjaya, merajuk campak baju, nangis marah..perangai sape awak ikut ni..hoho

 Ko mampu bawak kereta pakai kaki je? Hoho..

Tak sia-sia papa belikan kereta. Jadik port makan dia. Tiap kali bagi biskut, terus dia dok dalam kereta ni makan. Bagus..tak sepah..

Skill terkini. Pandai da tunjuk nak tu nak ni.."Nakk..nakk..tu..tuuuuu"

Silap besar saya! Sebelum ni Saif tak pernah tau yang kerusi tu boleh dipanjat. Sekali tu saya panjat kerusi sebab nak ambik barang atas rak, depan mata Saif. Terus dia tiru! Terus dia panjat kerusi jugak. Adoii..la ni kerusi kalau tak guna samada kena susun stack atau cabut tang tempat duduk tu. Bila nak guna baru pasang balik. Aiiihhh..seb baik kerusi ikea ni senang nak bukak pasang seat tu..

 Tengok TV pun sambil berdiri atas kerusi..aihhh..TV mama tinggi sangat ye..sorry tak dapat nak agak tinggi rendahnya

 Tetiba satu hari dia beria-ia dok "Yeahh!" Yeahhh!" sambil buat gaya melompat (tapi tak lompat pun). Agaknya belaja kat umah pengasuh kot, bebudak ni main lompat-lompat agaknya tu yang dia tiru.


 
Da boleh terima makan buah dengan syarat! Bagi dia makan sendiri. Potong kiub kecik, bagi garpu then dia makan sendiri. Banyak plak tu. Good job!

Dulu-dulu mama pakaikan bip ni ko tak nak. Ni da besar baru sibuk nak pakai.

 Gaya menumbuk lesung batu ni. Mama tak penah menumbuk lesung depan Saif ni. Belaja kat umah ibu ye? Bagus..boleh jadi Masterchef..

 Paling sejuk hati bila tengok Saif tido..cium puas-puas!!! (mama buli pakaikan jam tangan pink kakak isha punye..hihihi)





5 comments:

  1. saif dah besar!! hehe,samelah dgn aish, byk peel, mulut bokbek bokbek, klu ckp pun dh banyak yg dia paham :)

    ReplyDelete
  2. semoga Saif membesar dengan sihat ...

    ReplyDelete
  3. hehehehe saif saifff~ bijak lah awak ni.

    ReplyDelete
  4. takpe nnt ckp ngan papa saif...nnt saif dah ckp jangan tak terlayan potpet tau...huhuhu akak dah alami...fayel asik la mama itu mama ini...mama dan mama lagi semua mama

    ReplyDelete
  5. seronok tgk keletah saif tu..sama cam ank aku sbb lebih kurg je kan umur diorg tu..tp saif leboh beruntung dpt minum susu ibu sampai sekarang kan...respect tul la kat ko nadt..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...