Wednesday, October 9, 2013

Susunatur Bekas Garam Dan Rempah

Assalamualaikum dan haiiii..

Lama rasanya tak kongsi cerita pasal susunatur ek. So kali ni saya nak kongsi la susunatur bekas garam dan rempah kat dapur saya yang nan hado ini. Bekas garam idaman saya sebenarnya nak yang macam ni..

atau macam ni

sumber : google

Suka jenis yang seramik gini. Ada jumpa bekas macam ni kat Jusco tapi bila memikirkan keadaan dapur yang terhad dan bersistem terbuka, so saya tangguhkan hasrat sehingga ada rumah sendiri nanti. hehehe..bukan pe, takut Saif capai-capai, pecah nanti. Mama jugak yang meroyan tepi dapur..

Ok, meh saya reveal bekas garam dan rempah saya yang sebenarrrrr...

Hanyalah bekas plastik yang dibeli 4 tahun lepas kat pasar malam Karak je punnn..masa tu takde fikir nak color match-match semua ni so main taram beli warna-warni. Semua bekas ni saya letak kat rak plastik kecik ni kat rak dapur gas. Senang nak capai tiap kali memasak. Dulu saya letak bekas ni semua kat bawah, tiap kali masak dok berperang dengan Saif yang berebut nak ambik bekas ni semua. So bila da letak kat atas-selamat.

 Saiznya yang kurus tinggi memaksimumkan bahan di dalamnya. Paling suka sebab kayu manis yang panjang-panjang tu pun muat dalam ni. Oh ye, sudu pun muat masuk terus dalam ni senang. Rak atas ni ada bekas garam, serbuk kunyit, lada hitam, kayu manis, asam keping dan serbuk aji. Serbuk aji saya letak dalam bekas nescafe je-dianaktirikan sebab jarang guna. Hoho..

Bahagian bawah untuk rempah ratus.

 Bekas 4 biji tutup silver tu macam biasalah beli kat IKEA. Semua orang confirm ada kan. Yang tutup putih tu plak doorgift kenduri kawen. Doorgift rumah sape la ni, sangat la bermanfaat.


Ok..tu je la kisah bekas garam dan rempah saya..byeee..




12 comments:

  1. biar simple tapi berguna masak...hehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha...tajuk comell.. :D bekas sementara awk yg plastik tu pun comeyy..hehe. bekas idaman garam awak tu cantik.. betul, seswai sangat kalau ada dapur tinggi yang anak kecil tak boleh capai..isaw jatuh nak kena kemas kita jugakkn..kikiki. tak kena anak takpe lagi..

    cam sy, hubs yg pilih bekas garam&rempah.. sbb hubs sy jenis suka masuk dapur tolong masak :) so bajet dia ala2 masterchef so pilihan dia suma yang stainless steel. ahhaha..layankan je..:)

    ReplyDelete
  3. Cik hani pun guna bks doorgift.kecik2 je

    ReplyDelete
  4. akak pun letak garam2 ni smua kt atas..klu tak, anak2 pn masak skli hahaha

    ReplyDelete
  5. asal senang nak capai untuk masak sudahhh..heee

    ReplyDelete
  6. 6 in 1 Pop-Up Spice Bottle Jar Container Rack Set

    6-piece set with pop-up rubber lids
    A stylish rack with an elegant design for a sleek and modern look
    Convenient see-through container adds visual appeal
    A must-have accessory for every kitchen
    Each container holds up to 4oz of your favorite spices


    Package includes

    6x Pop-up Spice Container
    1x Storage Tree

    Puan boleh dapatkan bekas rempah comel nie dgn harga yg berpatutan dri sy...feel free 2 sms/wechat sy 0178715809

    ReplyDelete
  7. kalerful jadik dapur...btw yg penting is KEMAS...kan kan? :)

    ReplyDelete
  8. Hehe.kita pun ada jar yg lebih msa kawen kita.letak rempah ratus jugal.hee.

    ReplyDelete
  9. salam perkenalan..nice blog..i pun suka susun2 cam nih..nmpk kemaslah dapur u.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...