Friday, November 15, 2013

Hari Terakhir Di Kolej

Last but not least. Ini yang saya selalu sebut. Tak suka sebut ni last..ni last..jadi last selama-lamanya baru tau. Paham tak yang saya maksudkan ni?

Barang2 opis semua da angkut semalam. Saya panggil 5 orang je student untuk tolong angkat barang, satu kelas semua datang. Owhh dear..ada jugak yang berdrama air mata tapi saya masih control macho hokeyy..hari ni tinggal satu kotak je lagi nak angkut.

4 tahun membina kenangan di Karak nan korok ni memang macam-macam yang da dilalui. Actually not bad sangat laaa..at least still dekat dengan KL, anytime boleh turun KL lagi. Tapi kalau nak berulang alik setiap hari tu memang tidak la, parah. Mujur akhirnya doa saya dimakbulkan. Dapat juga kami tiga beranak tinggal bersama.

Tempat kerja saya-Kolej Komuniti Bentong pun not bad ape. Saya suka keja sini. Saya boleh buat kerja multimedia yang saya suka. Cuma bila datang segedebuk macam2 program serentak, mula la nak stress. Tapi tu mana-mana tempat pun akan lalui kan, bukan saya sorang je alami macam tu. Kawan-kawan kat sini pun semuanya supportive. Even ko tak geng dengan orang tu pun, tapi bila tiba masa nak kena run program, semua akan bagi komitmen sepenuhnya. Memang terbaekk!!Saya akan sentiasa rindu kamu semua..

Paling best tempat kerja dekat dengan rumah. 5 minit je kot. Boleh drive kereta dengan aman damai pi kerja. Lepas thumbprint boleh sempat lagi makan kat luar. Ehmm..saya mesti akan rindu roti sardin kedai Kak Tini dan soto+bergedil dua kat kedai Sabri.

Banyak lagi urusan tak setel lagi. Astro tak cabut lagi. Pastu nak kena pi bank nak mintak surat akuan. Nak update buku bank jugak. Nak setelkan urusan KWSP. Pastu nak jemput mak kat Temerloh plak. Dont worry, saya da isi borang pelepasan waktu kerja ye untuk setelkan semua ni. Hehehe..

Ok lah..till then, saya akan rindu semuanya yang ada di sini..panjang umur InsyaAllah jumpa lagi..


8 comments:

  1. rasa sedih tetap ada kan nadt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..mcm2 perasaan bercampur baur..

      Delete
  2. semoga dipermudahkan di tempat baru nanti ye sis..
    selamat maju jaya..

    ReplyDelete
  3. life goes on.. semoga terus berjaya di tmpt baru

    ReplyDelete
  4. Hi..kolej komuniti bentong...saya dari KK ledang..salam kenal...

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...