Tuesday, November 5, 2013

Ikan Dori Goreng Tepung & Sweetsour Sauce

Assalamualaikum dan haiiii...

Lamanya aiiihh tak update blog ni. Banyak benda nak share cerita sebenarnya. Tapi hari tu terbatas sebab busy dengan program kolej. La ni program da setel tapi memorycard kamera saya plak tertinggal kat opis. Tau je la saya memang tak berapa gemar entri tak bergambar.

Setelah sekian lama, hari ni cuba jugak la update berbekalkan gambar2 yang ada dalam tab je la. So hari ni just nak share resepi ikan dori goreng tepung dengan sweetsour sauce. Melayunya kata masak masam manis la. Cuti bersenang lenang ni konon nak try la resepi baru.

Actually ini adalah pertama kali saya masak sendiri ikan dori. Selama ni makan ikan dori kat kedai atau hotel time kursus je. Dan masih terbayang-bayang sedapnye menu ikan di Manhattan Fish Market. Nyummmsss..

So hari Ahad lepas saya cuba cari ikan dori di Tesco. Ada! Bagi yang tak tau, ikan ni takde dijual sekor2 ye. Ikan dori dijual dalam bentuk filet dan dibungkus secara paket. Dan harganya pun murah je. Satu paket saya beli ni baru rm5.90. Dalam satu paket tu ada la 5 keping filet ikan dori. Beli sepaket je dulu, nak cuba.

Dalam paket

Rupa ikan dori yang telah dinyahbeku. Potong kecik2 bentuk kiub. Perap sekejap dengan sedikit garam dan lada sulah.

Bancuhan batter : telur 1biji, tepung gandum 4 sudu, tepung jagung 1 sudu, garam, lada sulah dan air. Bancuh pekat.

Celup ikan dalam bancuhan batter. Then goreng minyak banyak dan betul2 panas.

Sambil goreng ikan, sediakan bahan sweetsour sauce. Senang je korang semua mesti da terer kan. Bawang besar, bawang putih, halia dan lada dibuang biji. Ni saya buh lada sikit je sebab nak bagi Saif makan sama. Saya da start introduce makanan pedas sikit2 kat Saif.

Tumis je la semua bahan tu.

Agak2 bawang da layu sikit, masukkan sayur campur. Senang, tak payah nak masak sayur lain da. Lauk ni da lengkap pakej semua.

Bila sayur pun da lembut, masuk plak sos tomato, sos cili, sos tiram n air sesedap rasa ikut tekak masing2. 

Haaa..ni rupa ikan dori da siap digoreng. Da rupa cempedak goreng pun ada. Ratah gitu pun sedap. Kejap2 tangan saya dok gatai ratah n ratah.hehe..

Oh ye..jangan dilupa assistant masterchef pun busy menolong kat dapur ye..hehe..

Hasilnya..taraa! Sos tu tuang time nak hidang makan je tau. Jangan tuang siap2, nanti tepung ikan tu jadik lembik serap kuah.

Ok..siap da update 1 entri. Selamat mencuba. Daaa..





6 comments:

  1. Boleh cuba..klu hubby akk ni xbrp kot..tp klu ank2 mmg kompem pulun..tq sis

    ReplyDelete
  2. tq resepi.....gulllp dr tgk kt ig dh suke

    ReplyDelete
  3. http://norfaezah-zakaria.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. selalu masak ikan dory nie ala2 fish and chip...licin

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...