Thursday, November 7, 2013

Masalah Ricecooker

Assalamualaikum dan haii..

Saya ada masalah dengan rice cooker saya ni. Rice cooker saya sebelum ni baru pakai dalam setahun kot tapi sebab masalah kabel yang macam terbakar. Saya suspect kabel tu terbakar sebab 'short circuit' bila air dalam periuk melimpah masa cubaan memasak bubur dahulu kala. Tapi saya baru perasan masalah ni bila tiap kali masak nasi, saya kena ketatkan kabel dulu baru lampunya menyala. Takut la kalau dibiarkan berterusan, silap haribulan satu rumah plak 'short', naya je. So penyelesaiannya, saya beli la rice cooker baru.

Ni la rupa kabel yang cam terbakar tu. Ada kesan hitam rentung di situ kan..

Tapi kan..tapi kan..

Ada masalah sket dengan rice cooker baru ni. Actually masalah besar la jugak di mana nasi yang saya masak menggunakan rice cooker baru ni akan cepat basi! Imagine eh..saya masak nasi waktu pagi pukul 6 lebih gitu, bila saya balik keja petang pukul 5 lebih gitu, bila bukak periuk..ehmm..bau masam nasi basi! Padahal guna rice cooker lama sebelum ni ok je. Masak hari ni sampai ke esok pun ok je takde basi-basi. Da beberapa kali jadi macam tu. Saya ingatkan masalah beras ke, tapi bila tukar beli beras baru, pun masalah sama berulang! Nasi cepat basi!

Saya suspect maybe berpunca dari tutup periuk tu. Kedua-dua rice cooker saya ni jenis jar. Ikutkan ricecooker baru patutnye lebih hygiene sebab piring tutup periuk tu boleh ditanggalkan untuk dibasuh. Hari-hari saya basuh tau! Tapi still jugak basi. Dan bau-bau masam basi tu tak hilang dari tutup periuk tu even saya da lap dengan sabun semua. Aiihhh..periuk lama plak jenis takde getah, so kena lap direct terus kat periuk tu. Eh korang paham ke apa saya cakap ni? Takpe, meh saya tunjuk gambar untuk lebih pemahaman.

Rice cooker lama. Getah keliling tu semua melekat terus tak ble tanggal. Nak bersihkan lap terus je kat situ. Tapi benda alah bulat lubang wap tu ble tanggalkan basuh.

Rice cooker baru. Benda alah piring tengah yang ada lubang 4 biji tu boleh ditanggalkan dan basuh. Hari-hari basuh. Even getah tepi-tepi tu pun lap. Tapi nan hado, cepat basi jugak nasiku! Saya da cuba masak tanpa tutup periuk sebab taknak wap melekat kat tutup, tapi cepat basi jugak. Sobss..

So sebab da fed-up dengan nasi yang asyik basi je, so saya keluarkan semula rice cooker lama merisikokan diri masak guna yg lama tu ok je, takde basi pun. Tapi risau gak kot tetiba meletup ke periuk tu sebab kabel tu agak meragukan kan.

So korang ada cadangan penyelesaian tak selain daripada beli rice cooker baru yang lain?

p/s : Saya tak suka rice cooker yang tutupnya boleh bukak terus tu..

 

12 comments:

  1. errr...bukan ade jual kabel tu saje ke kt kedai? xpun pkai kabel rice cooker baru tu kt rice cooker lame. selalunyer same je...hehe..semoge berjaye!

    ReplyDelete
  2. penyelesaiannya cuba tukarkan kabel baru tu pegi ke periuk lama...pastu masa masak nasi cuba letak kain diatasnya...supaya air tak melimpah keluar....smile :)

    ReplyDelete
  3. sng je, masak pakai ricecooker baru. lps msk n dah makan, nasik yg belen2 tu biar sejuk jap pastu masukkan dalam peti ais (bertutup). time nak makan, keluarkan kejap biar dalam 20-30min, pastu panaskan balik dlm periuk (letak air sikit bg basah). xpun kalau ada microwave panaskan je dlm microwave.

    ReplyDelete
  4. Kena ramas2 beras betul2 bru nasi xbasi.. Lagi satu, guna periuk yang tak melekat tu.. Ia boleh on suis 24jam.. Periuk xkering.. Mcm ros guna brand panasonic :) heheheh

    ReplyDelete
  5. beli lagi rice cooker lain! hahaha.

    sorry nadt..daku mmg tak tau nak tolong mcm mana... hehehehe

    ReplyDelete
  6. periuk jenis jar mmg mcm tu kot... mungkin yg lama awk tu jenis elok.

    ReplyDelete
  7. sama mcm rice cooker akk..huhu..tp akk seharian la br basi..

    ReplyDelete
  8. hmm cite pasal rice ccoker,rara ada 2 lg rice cooker hadiah kawen x guna lg.huaaaa~

    ReplyDelete
  9. Brand ape? Mak sy punya macam ni gak. Brand panasonic. Mak saya ada complaint gak nasi cepat basi. Tapi tak ingat lepas berapa bulan digunakan.. Cuba cek bahagian wap dah bukak ke belum..

    ReplyDelete
  10. Brand pe ni? Saya punya brande Khind. Dulu cepat basi nasi, sekarang baru ok. Saya pun tak tahu pasal pe

    ReplyDelete
  11. hi, sy pun ada masalah sama, nasi cepat basi.. last2 beli periuk nasi baru.. rasa kabel tu ada jual kat kedai kot. cuba beli kabel baru, masak nasi guna periuk nasi lama.

    ReplyDelete
  12. better beli periuk ngan penutup yg separate macam brand national..aku mengalami masalah yg sama masa pakai periuk jenis ni,,cpt je basi..so bertukar lah kepada brand mak2,,national :) ~ haizum_irusmas~

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...