Thursday, November 14, 2013

Mengemas Part 3

Haiii..hari ni da hari rabu..cuak pulak. Rasa macam banyak je benda tak pack lagi ni. Hari2 tido dekat kol 2 pagi. Datang opis dengan mata panda. Penat dan mengantuk sangat. Petang tadi saya rasa ngantuk sangat, da hampir pukul 4 gitu. Saya konon nak lelap kejap. Tau2 je, kawan datang kejut, "Nadt,bangun. da pukul 5.30 ni..ko memang tak set alarm ke.."

"Ya Allah..Anak aku...da pukul 5.30..aku da lambat ambik anak aku.." Terus terkujat bangun. Penangan letih punya pasal. Sorry Saif..mama tak sengaja..

Keseluruhan progress rasanya 60% da pack. Yang tinggal sekarang cuma barang dapur means barang2 masak tu la. Saja tak simpan lagi konon2 rajin nak masak lagi. Ada sesetengah benda saya da masuk kotak, tetiba tadi nak guna, daaaa terpaksa bukak kotak semula. Tu malassss tuuuu..oh ye rak2 dinding pun tak tanggalkan lagi. Bab tu kena tunggu papa Saif jugak la setelkan.

So hari ni saya fokus kemas semua pakaian. Seb baik banyak beg so boleh sumbat banyak2 beg. Bila da sumbat banyak2, mak aiihhhh..berat nak mampuiihhh..naseb la sapa yg tukang angkat beg semua ni nanti..

Baju kerja saya. Sikit je kan. Saya kira2 ada la dalam 30 pasang tapi yang saya selalu pakai dalam 10 pasang je sebab tak payah iron. Dasar pemalas iron baju. Muahahaha..

Hanger semua ikat guna getah. Seb baik still simpan getah2. Ni tak termasuk hanger baju Saif sebab tengah guna sidai baju Saif. Sempat lagi basuh baju dia tadi. Lagi 2 hari ni tak kose da nak basuh2 baju.

Da siap pack baju. 

Ini la jadinya bila mengemas dengan Saif yang belum tido. Sibok nak main beg tp dia tak kacau baju2 yg saya da pack dalam beg lain. Ni pun kacau kejap je. Kol 9 dia da tido. Senang mama teruskan operasi.


5 comments:

  1. Kalau akk mau pengsan kot..haha..
    Barang umh akk byk sgt..wiwu

    ReplyDelete
  2. Moga semua dipermudahkan kan nad.. Ros pun bykk kotak nnt.. :(

    ReplyDelete
  3. mmg penat kalu pindah nadt. sabar je laaa
    dh pindah umah baru pun penat gak nak kemas unpack.
    tp sronok.

    ReplyDelete
  4. mst penat kan nadt.huaaaaa xpelah.hope sume ok =)

    ReplyDelete
  5. mengemas sekali dengan anak nadt..
    mengemas sorang suami jauh memang kena tabah la kan.. nlh pack2 je la, kalau berat kena tunggu ada lelaki angkat la

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...