Tuesday, November 26, 2013

Misi Mencari Taska

Assalamualaikum dan haii..

Saya mengupdate blog lagi..bila saya mengupdate blog maknanya saya sedang kebosanan tahap gaban..hoho..bosan hoho..rasa macam diri ini tidak wujud (eh..macam iklan Wrigley's peppermint plak).

Fine..takpe..takpe..

Ok, meh saya nak citer sket pasal misi mencari taska untuk Saif. Hari pertama lapor diri tu saya da terus ambil cuti 2 hari kononnya nak mencari taska Saif la ni.

Hari pertama tu saya meronda ngan mak, tak banyak tempat saya ronda. Juz area presint 11 je. Actually saya da google dulu taska2 yang ada kat putrajaya ni so just tuju je la. Taska presint 11 yang saya jumpa adalah Taska Wadi Yusma. Taska ni tak banyak la parent yang review. Saya dapat tau pasal taska ni pun sebab ada seorang blogger yang hantar anak dia ke sini. Tapi masa saya lalu depan taska tu, kebetulan ada polis tengah singgah taska tu. Was-was plak nak singgah. So terus blah..kuikui..

Kemudia saya pi ke taska KPM dengan harapan kot la hantar taska under kementerian ni boleh dapat murah la kan. Tapi penuhhhh..sempat la jugak saya meround dalam taska tu, cantik dan besar. Setiap range umur ada bilik sendiri. Masa saya datang tu, semua budak tengah bergelimpangan tido..huhu..kagumsss..macam mana la diorang boleh latih budak2 ni tidur serentak. Oleh kerana situ penuh, saya pun keluar je la. Tp isi juga borang, kot-kot ada kekosongan ke nanti diorang akan pangggil.

So 2 taska tu je la yang saya roung.kuikui..area Presint 11 tu banyak tadika je,taska kurang sket. Kalau ada pun, awal2 saya da call penuh.

Malam tu saya dok pujuk2 papa Saif supaya ambik cuti esok gak sebab nak cari taska sama-sama. Bukan pe, bila cari sama2, pendapat pun boleh dipertimbangkan sama2. So papa Saif pun dengan hati yang tak berapa nak rela terpaksa la ambik cuti. kuikuiii..

So hari kedua tu kami meronda area Presint 9 plak. Hajatnya nak cari yang dekat dengan area rumah la ofkosnye. Eh lupa jap. Pagi tu kami singgah dulu Taska Wadi Yusma Presint 11 yang saya tak jadi singgah semalam tu. Anak owner yang layan pertanyaan kitorang. Rasa cam kureng plak bila dia kata taska tu just jaga budak je. Takde belajar-belajar. Paling-paling pun diorang just bukak vcd learning song je. Ada kekosongan kalau nak masuk segera. Dan kelebihan lagi taska ni dekat sangat dengan rumah, tak sampai 5 minit pun. Tapi hati saya macam ehmm..macam ehmm..takpelah,kita survey yang lain dulu. Oh ye, yurannya RM320.

Presint 9 memang banyaakkkkk sangat taska. Rasanya setiap lorong yang kitorang masuk tu ada taska. Tapi tak semua la kitorang singgah. Terus aim taska yang da ada dalam list hasil google.

Taska pertama yang kami jumpa di Presint 9 adalah Taska Generasi Gemilang.
First impression bila sampai je taska ni, saya terus suka! Sebabnya teachernya semua pakai baju seragam. Pastu bila ada parent datang hantar anak, teacher akan ambil dukung bawa masuk sorang demi sorang budak. Sempat saya memgintai ke dalam taska, budak2 tengah berkumpul mungkin nak buat aktiviti. Pada masa sama ada orang yang sedang mop lantai, means kebersihan diutamakan. Extra marks di situ! Tapi sayangnya taska tu da penuh untuk kemasukan segera ni. Tapi untuk kemasukan tahun depan da dibuka tapi kena tanya la kat ownernya dulu.

So kami pun pi jumpa ownernya. Ownernya dok jaga Tadika Generasi Inpirasi kat Kompleks Kejiranan Presint 9. Baik orangnya. Untuk kemasukan tahun depan ada kekosongan. Tapi yuran sudah naik maaa!!Sebelum tu kami tanya yuran adalah RM270. Tapi mulai tahun hadapan yuran da naik ke RM350. Gulp!Banyaknya naik! Kalau setuju, terus bayar yuran bulanan+deposit 1 bulan+yuran tahunan RM150. Total RM850. Ehm..memandangkan duit banyak da abes time pindah hari tu..maka dengan berat hati terpaksa la K.I.V dulu taska tu. Tapi hati dok teringat jeeee..kuikui..

So kami teruskan rondaan kami...

Cari pulak Taska Sinaran. Actually saya da call dulu owner Taska Sinaran tu, dia suruh datang lepas pukul 5 tapi saya serbu jugak datang. Hehehe..bila sampai je, teachernya kuar. Takde rupa teacher. Macam rupa bibik dengan baju lusuh dan rambut kusut masai. Terus ada bad impression di situ..kuikui..Dia tak bagi masuk dalam, takpelah. saya pun macam tak minat. Tanya yuran. RM350 jugak! Oh my taska! Semua pakat naik harga jugak ke.

Round lagiiiiii...

Jumpa plak Taska Bijak Cerdik. Ada banyak review yang bagus la tentang taska ni. Masa saya datang jenguk pun, teachernya tengah buat aktiviti dengan budak-budak kat luar. Comel je. Tengok-tengok eh macam kenal je sorang budak kat situ. Anak kawan saya rupanya! Syok la kalau Saif pun dapat taska situ jugak. Tapi bila call owner, katanya da penuh.Even untuk kemasukan tahun depan pun da penuh. Maybe sebab taska ni murah sket yurannya-RM300. Tu pasal semua orang berpusu2 daftar taska ni. Sayang sangatttt..

Lagii ada satu lagi taska yang kami jumpa. Taska Gemilang kalau tak silap. Masa saya sampai tu macam terdengar teachernya tengah menjerit suruh bebudak senyap. Terus rasa macam..eh ko da kenapa nak jerit2 kat budak (padahal Saif pun selalu kena jerit ngan mama..ngehehe). Teacher yang kuar senyum je. Sempat saya jeling ke dalam tengok budak2 tengah duduk beratur dengan jari kat mulut tanda silent. Saya tak tanya banyak, juz tanya yuran je. Yang ni lagi mahal RM400. Saya pura2 berminat mintak borang then terus blah..kuikui..

Ada taska yang besar-Taska Alam Ria. Taska ni bangunan dia sebijik cam banglo warna warni gitu, ada gate n cctv. Suka! Tapi harganya pun alahaiii..based on yang saya google yurannya la ni RM420. Tahun depan tak tau la naik harga ke dak..confirm la naik seiring semua barang pun harga naik kann..

Ada banyak lagi taska sebenarnya tapi kami tak singgah semua. Lagipun kebetulan masa tu papa Saif nak cepat ada urusan lain tengahari tu. Even ada banyak taska, tapi tak nak la sebab terdesak so main taruk je anak kat tempat sembarangan kan.

So korang rasa taska mana jadi pilihan saya?

Saya masih belum buat pilihan hari tu.

Hari ketiga kan saya da start kerja semula. Lunch hour tu saya singgah sekali lagi ke Taska Wadi Yusma. Kali ni saya masuk dalam taska, tengok keadaan dalam rumah tu macam mana. Actually taska ni rumah 2 tingkat lot tepi. Hanya bahagian tingkat bawah saja diorang tempatkan budak2. Masa saya datang tu, budak2 semua tengah tido bergelimpangan tengah rumah. Diorang bentang toto banyak2 semua budak tido ramai2. Situasinya lebih kurang je macam taska KPM tu cuma taska KPM dalam bilik. Ni semua kat living hall je. So rasanya situ la tempat tido, situ la tempat main, situ la tempat makan..tapi kat situ ada 4 orang yang jaga. 4 penjaga dengan 20 budak rasanya ok kot. Banding ngan taska-taska lain, seorang teacher-10 budak. So ada 3 teacher-30 budak. Lagi pack kan. Actually based on apa yang diberitahu, piawaian JKM memang macam tu. 1 teacher-maximum 10 budak bagi umur 1-2 tahun (kalau tak silap). Kalau bawah setahun 1 teacher-maximum 5 budak je. So tak boleh la nak expect teacher nak bagi fokus kat anak kita sorang je bukannya macam pengasuh di rumah.

Setelah borak-borak ngan owner Taska Wadi Yusma tu, terus saya setuju hantar Saif ke situ. Tapi test hantar sebulan dulu. Kalau serasi boleh teruskan. Kalau kureng, saya akan tukarkan ke taska lain. Owner tu pun kata biasanya kalau dalam tempoh sebulan, budak tak serasi taska tu, memang dia akan suggest cari taska lain. Ok la tu, maknanya takdelah dia ni nak memaksa dok ngan taska dia je kan. Dia tetap nak jaga kepentingan budak lain expecially yang baby. Paling kecik kat situ ada baby 3 bulan.

So, bulan 12 nanti la baru saya start hantar Saif. Buat masa sekarang, neneknya jaga. Lunch hour je saya akan balik df Saif (nanti saya cerita masalah saya nak mengepam kat opis baru ni..sobsss). Ok, bye..


12 comments:

  1. Nadt tak try vonad?taska akak lupe tempat dia kat mane area putrajaya.tapi tadika kat flat kerajaan presint 15...ni link fb diaorg...https://www.facebook.com/TaskaTadikaVonad/info

    ReplyDelete
  2. wah ni betul2 boring yer..
    taska kat ketha tu dah cuba jenguk tak? ramai yang kata situ bagus.. umur 3 tahun diorang dah ade belajar.. 4 tahun mmg dah pandai la.. ramai mak2 yang suka taska situ.. cuba la.. sy pun nak jgk ngantor thaqif kat sana

    ReplyDelete
  3. mahal taska sekarang ye..aku anta kat umah orang pon rm300 (area JB kot)..maklum la diorg nak bayo gaji pekerja lg kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sini pengasuh kat rumah susah nak cari. kalau ada pun da ramai.

      Delete
    2. ketha kat blok E4 tu.. kompleks E.. nadt punya opis kat kompleks E kan?? eh.. pepandai jer teka hahaha.. rasanya yuran less than RM300 kot ikut umur

      Delete
    3. eh bukan. opis nadt kat presint 4, galeria PjH, sebelah KBS.

      Delete
  4. hi nadt :)
    kite pun dulu pening cari taska...sggp tu hajat hati nk hntr kt darushuffaz kt p.diplomatik tu tp mhl..huhu 500/month...tp depo nk masuk pun dkt 2k..huhu
    last2 kami hntr kt nilai impian..xpe la sbb dok nilai kan..mmg rate skng ni rata2 dh 300-350
    alhamdulillah taska ni mmg among d best!!

    nurul
    comfortcloset.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Bab yg paling susah nak buatkan....nasib baik anak2 sy mertua sudi jagakan

    ReplyDelete
  6. hi nad.....tgh google mencari taska alih2 termasuk blog nad....
    kite amalina yang ganti nad unit multimedia kkbentong.... :)
    neway, selamat berkenalan....hihihi

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...