Thursday, November 21, 2013

Rumah Baru

Assalamualaikum dan haii..

Rumah sewa baru sebenarnya. Alhamdulillah..17/11/2013 bersamaan hari Ahad adalah tarikh bermakna bagi kami berhijrah dari Karak ke Putrajaya. Sepatutnya nak gerak hari Sabtu tapi sebab lori problem, last minit tukar lori lain so tu yang membawa ke hari Ahad plak.


Berpindah bukanlah proses yang mudah. Bermula dengan proses packing barang seorang diri ditemani Saif. Tapi saya lagi prefer packing sendiri sebab saya akan tau barang ni dalam kotak ni, barang tu dalam kotak tu. Kalau ramai2 yang campur tangan, confirm pening nak cari semula.

Ni pun ada jugak barang yang saya tak jumpa sebab last minit hari Jumaat mak datang, mak repacking balik benda2 yang saya da pack. Mak da ada banyak pengalaman berpindah sana sini so dia lebih tau, so redha je la bila dia dok suruh susun semula. Cara saya susun ikut kategori tempat asal barang tu, tapi cara mak adalah ok..sumbat semua dalam kotak, selagi ada ruang, lapis2kan.. sumbat2kan..

Fine..

Oh ye..actually proses nak dapatkan rumah sewa ni pun tak mudah. Seminggu sebelum tu kami da merayau ke Putrajaya cari rumah. Alhamdulillah, hasil provokasi papa Saif, kami dapat rumah ground floor kat apartment Putra Damai, Presint 11. Da elok sangat la tu sebab dekat jugak nak pi keja. Even sewanya mencekik dengan harga RM800, kami terima je sebab da terdesak kan. Terus kami bank in deposit 2+1+api air RM200. Korek la segala savings yang ada.

Cabaran bermula bila hari keesokannya tuan rumah kata nak jual rumah tu pulak! Padahal kami da bayar deposit nak sewa dah! Terbakar..memang saya terbakar..mana pulak nak cari rumah sewa lain pulak. But then tuan rumah kata dia ada satu lagi rumah kat tingkat 9. Saya macam..ehmm..tingkat 9..ehm..macam leceh je tingkat tinggi2 ni, jenuh pindah nak angkut barang ni. Tapi kami terima jugak la, da terdesak kan.

Mula-mula tuan rumah tu si suami kata sewa rumah tingkat atas RM750. OK la murah sikit dari yang bawah tu. Tapi tetiba datang bini dia kata RM800. Siap kata "Kalau awak tak nak, ada je orang nak sewa RM1000 rumah ni. Baik saya sewakan kat orang tu je."

Perghhh..kerekkkk gile mokcik ni. Takpe..takpe..ko kerek la ngan aku sekarang. Aku doakan orang yang konon nak beli rumah ko kat bawah tu loannya tak lulus! Padan muka!

So terpaksa jugak la sewa rumah tingkat 9 tu dengan harga RM800. Actually urusan sewa menyewa ni semua papa Saif uruskan, saya tak tengok pun rumah tu semua. So Ahad tu bila sampai rumah tu, masuk dalam je..saya macam..ehm..macam..macam tak best je..macam tak best je..

Ni bukan masalah tak bersyukur. Saya bersyukur Allah bagi rezeki kami ada rumah untuk berteduh. Tapi dengan conditionnya yang alahaiiii..kenapa la tuan rumah ni teruk sangat?

Dapur kecik satu hal. Tengok kat sinki ada kuali n pinggan mangkuk yang ehm..tak tau la berapa tahun punye tak basuh. Nak muntah tengok. Mak mentua saya yang datang sama tu yang tolong angkut letak luar, then bersihkan sinki. Pastu paip dapur plak macam nak pecah dengan air kuar meleleh sampai basah dapur.

Tengok pulak toilet..ehm..bersih lagi tandas student kat kolej dulu. Saye pelik..tuan rumah kata rumah ni dia jadikan homestay sebelum ni. Homestay supposely kena sentiasa bersih kan? Pastu katanya dia ada upah bibik bersihkan. Betul ke bibik tu bersihkan? Macam tak berus bertahun-tahun je.

Saya ni ada jugak rumah sendiri yang disewakan kat orang. Tapi sebelum disewakan memang kami make sure condition rumah ok, apa yang rosak semua dibaiki sebelum penyewa masuk. Siap cat baru lagi. Ni rumah ni, apa jenis tuan rumah la tak ambil berat langsung pasal rumah. Nampak sangat nak untung je.

Mak saya la tak berhenti membebel. Dok ulang kata "Keciknye rumahhhh..ni bukan rumah harga rm800, patutnya RM250 jeeee.." Dok ulang-ulang "Eiii..mak tak berkenan la toilet dia tu..eiii..tak berkenan langsung.."

Saya ni yang da terdesak dan terpaksa ni buat-buat pekak je. Alaa..saya bukannya tak pernah dok rumah kecik. Masa belajar dulu, penah je menyewa bilik kat rumah kedai atas.

Mak mentua plak bisik kat saya "Mak ko tu tak biasa dok rumah kecik, sebab tu dia bising. Macam mak ni da penah dok rumah kecik, so ok lagi. Tapi la ni kalau diberi rumah gini dengan sewa RM800 pun mak tak nak..tapi terima je laaa.."

Saya senyum je.

Ikutkan dulu-dulu masa abah still kerja, rumah pegawai pun takdelah besar sangat. Biasa-biasa je tapi selesa. Dan lagi pulak bila da pencen, dok rumah yang dibuat sendiri, rumah mak abah memang humang aihhh besar sampai kalau dari living hall nak pi toilet kat belakang boleh singgah jap minum air kat dapur sebab jauh.ngehehe..kalau nak dibuat perbandingan, saiz rumah sewa saya sekarang ni adalah lebih kurang saiz living hall rumah mak. So, ble faham la kenapa mak dok bebel je tak sudah.

Rumah sewa saya kat Karak sebelum ni pun besar. Rumah teres kata kau mana nak banding ngan apartment kan. Rumah dulu saiznya lebih 1400sqft dengan sewa RM400, tapi rumah la ni saiz 800sqft dengan sewa RM800 memang la jauhhhh bezanyaaaa...

Disebabkan dari rumah besar pindah ke rumah kecik, barang-barang saya pun saya da tahap tak tau nak susun macam mana da. Kotak-kotak barang yang macam tak berapa nak guna, semua saya sumbat dalam satu bilik umpama jadi stor. Perabot saya kan banyak, xtau da nak susun camne. Mak saya pun bebel "Tu laaa..asyik la beli barang IKEA je pastu da tak tau nak letak mana da kan.."

Yee..mana la nak tau akan pindah ke rumah kecik gini. Dan sehingga entri ni ditulis, kain baju semua still dalam beg, tak susun lagi dalam almari. Takde mood lagi..hehe..

Harapan saya moga cepat-cepat la dapat kuarters. Kalau tak dapat teres, dapat apartment pun saya tak kisah yang penting selesa. Sekarnag ni saya hanya mampu set dalam otak "Syukur..syukurr aku dapat rumah yang dekat dengan tempat kerja."

Mak pun dok ulang kata "Cepat la ko dapat kuarters. Mak rela datang tolong ko pindah lagi."

Punyalah mak tak berkenan dengan rumah tu kan. Hehehe..

Syurga kami kini..ni je la yang sempat kemas..yang lain-lain still karammmm..

16 comments:

  1. sabar2.. buat slow2.. biasa la pindah umah..

    ReplyDelete
  2. allahuakbar nadt... mahal nya sewa.. dan lg 1 nak haku sepak kan aje mulut makcik tu. Tp nak buat mcm mana kan, kite dah terdesak. Moga mudah semua urusan kehidupan nadt dan keluarga ye..

    ReplyDelete
  3. ni ke ruang tamu rumah skrg nadt? rumah teres kan? Ya Allah mmg kecik lah.kecik tu xde hal.tapi kalau kotor mmg xbaik lah tuan rumah tu kan.hmm sbr lah eh nadt.minta2 cpt dpt kuaters.

    ReplyDelete
  4. hakikatnya duk kat bandar gini la nadt, umah kecik tapi sewa mahall, mak-mak kita mmg xkan faham sbb dia x dok kat sini mcm kita..hahaha, rumah kt kg mmg la murah, tgok je la beza rumah kat bandar dgn kampung, rumah kt temerloh tu harga 200K++ dpt teres gedabak, cer kat sini dpt la apartment je, x pun flat je, klu nk beli teres kena ada 500K ke atas..nangis. dulu masa memula kawen tunggu dpt umah skrg ni kitaorg sewa flat 500square feet harga 500 sebulan, toilet semedang berbau, bau naik dr tangki taik agaknya, dapur tahap laga bontot, bangla dimana2, dahlah flat kotor, lif busuk..sabor jelah.

    ReplyDelete
  5. mahal nak mamps...!!!! pastu tuan rumah punyer teruk cegitu..bertabah lah nadt...dalam mase ni ko try ar carik2 lagi umah yang lain...tuan rumah tu ade potensi nak buat perangai kalau awal2 dah cegitu gaye nyer tuh.... -semoge dipermudahkan segala- insyaa Allah.. :)

    ReplyDelete
  6. suka dengar nadt dah duduk sekali dgn suami..

    ReplyDelete
  7. sedey plak baca sebab dekat jea ngan umh wawa ni.. xpe.. wawa tahu tempat tu mcm mana.. nice to meet u.. harap cepat dpt kuarters la yea..

    ReplyDelete
  8. smg cepat dpt kuarters ye.. sabar jela kan...

    ReplyDelete
  9. Mahal sangatkan..jenuhlah nak bertahan...

    Kalau area2 kajang banyak ajer rumah sewa...yg harga jauh lebih mruah

    ReplyDelete
  10. sesudah kesulitan akan ada kemudahan..
    semoga semua dipermudahkan..y lebih seronok adalah..nadt sudah bersama suami ari2..he3

    ReplyDelete
  11. su pernah duduk situ.mmg kecik je..sewa mase tu rm600..tinggkat 14 jugak

    ReplyDelete
  12. sini rumah memang cekik darah..semoga kamu cepat dpt quarters..doakan sya jugak untuk beli rumah sendiri

    ReplyDelete
  13. kurang ajo betol tuan rumah tu, sakit betol ati bace..
    grrrrr bapak la mahal rm800, kite klu rumah mahal tp bersih terjaga tu lain lah kisahnye..
    emm..semoga cpt dpt kuaters :)

    ReplyDelete
  14. Huhu putrajaya property mmg mahal. Rasa mcm x reasonable pun ye jgk. Sy pun tgh cari2 rumah sewa fully furnished area putrajaya.. Double storey end lot, 4bedroom RM5k sebulan...phewww...memang angkat kaki lari jauh2 la....

    ReplyDelete
  15. sy pernah survey sewa rumah area situ..dulu masa kawasan tu x membangun..sewa dlm rm 500-600 shj..tp sekarang..dengan adanya sekolah dan lain-lain kemudahan..sewa dah naik ke rm 700-800..itulah keadaan di bandar..rumah kecik tapi mahal.rumah landed xyah cakap la..taman Desa Pinggiran Putra..rumah landed..tp sewa bleh tahan mahal..tapi ramai orang berebut menyewa sebab dekat dengan putrajaya..x perlu tempuh jem..apa2 pon bersyukurlah dapat rumah yang dekat dgn tmpt kerja..kalau tak..hari2 tempuh jem..tension..hehe..kalau sewa murah tapi kos minyak mahal.tambah tolak stil sama jugak..yg penting travel time kita jimat..x perlu tempuh jem..hehe

    ReplyDelete
  16. Cantik..kemas.sesuai citarasa saya

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...