Sunday, November 10, 2013

Syukur..Dapat Pindah

Assalamualaikum n haii..

Semalam letak teaser Alhamdulillah,  macam2 tekaan yang timbul ye. Ramai yang teka betul. Mana yang ada add FB saya pun maybe ada yang da tau. Mana yang geng gojes, lagilah da tau.

Ye..betul..sudah sahih saya mendapat surat arahan berpindah tempat kerja ke Putrajaya.

Err..sape yang teka saya peknen lagi tu sila doakan untuk batch tahun depan ye. Ngeheheh..

Actually saya da mula cuak sebab kawan yang buat rayuan berpindah da dapat result hari Khamis tu. So bila saya masih tak dapat jawapan, pagi Jumaat tu saya call ke JPKK. Nak tanya result interview tu da ada belum. Pegawai tu jawab "Kami akan keluarkan surat. Kalau awak dapat surat tu maknanya dapat la, kalau tak dapat, maknanya tak la. Takpe..nanti kami akan fakskan surat tu. Kalau ADA la untuk awak.."

Pegawai tu jawab macam tergesa-gesa cam nak cepat je so saya tak tanya banyak. Just say "ok".

Makanya sepanjang hari Jumaat tu saya berdebar tiap kali telefon berbunyi. Kot-kot admin call bagitau ada fax untuk saya. Tapi nan hado. Kalaupun ada yang call semua yang takde kena mengena. Cett..

So tengahari tu saya and the geng kuar makan kononnya sekali la farewell untuk seorang lagi kawan yang dapat berpindah ke KK Jerantut. Beria la konon ni farewell untuk Nina, pasni da tak dapat makan sama lagi da.

Kengkonon farewell utk Nina yg pakai tudung pink tu..tak sempat sampai opis da tau berita saya dapat pindah plak. So kira pakej sekali farewell saya gak la ni.

On the way balik makan tu, masa tu dalam kereta, saya terima sms dari KJ (ketua jabatan tau bukan Khairy Jamaludin). Katanya "Tahniah, dapat bertugas di JPKK."

Terbeliak jugak la baca sms tu. Macam tak percaya.  Terkedu. Biar betoiii..ke main2 je ni. Geng2 da bising suruh saya call KJ minta kepastian tapi saya tak mau. Cam segan plak nak tanya2. Tapi geng saya tu punye la excited nak tau, dia sendiri call KJ, tanya!

"Hellooo..hp nadt da abes prepaid, ni yang saya call kan ni. Betul ke nadt dapat jpkk? Haaa?? Da sampai surat??" (Pandai je kata prepaid saya da abes padahal saya pakai postpaid.ngehehe)

Bila dengar kata da sampai surat, serentak semua menjerit histeria dalam kereta. Macam sawan pun ada. Tapi saya..macam speechless..perasaan bercampur baur antara happy dan..sedih. juga automatik macam2 yang saya mula fikirkan..hal rumah..rakan2 opis..dan yang paling utama..Saif..

Surat..

Happy..sape tak happy bila akhirnya rentetan hidup PJJ akan menemui noktahnya. Akhirnya kami tiga beranak akan tinggal bersama. InsyaAllah..

Tapi serius pada masa sama hati rasa berat nak meninggalkan bumi Karak ini. Memang la saya selalu kutuk Karak ni korok tapi dari segi kerja dan tempat tinggal, saya memang da cukup selesa. La ni kalau tak sempat buang sampah waktu pagi, lunch hour sejam pun sempat lagi balik umah buang smpah pakej mengemas umah lagi. Pastu kalau nak tengok Saif kalau dia tak sihat pum, anytime je. Dan rumah yang saya duduk la ni memang saya sayang.  Macam2 kenangan ada di rumah ni.

La ni saya giat survey rumah yang berdekatan untuk ke tempat kerja nanti. Saya bukan tau sangat pun kawasan sana tu, hantam sajalah. Nak apply kuarters tapi entah bila zaman la akan dapat.

Yang utamanya Saif..saya tak tau macam mana nak sampaikan berita ni pada pengasuh Saif. Entah apa la perasaan dia. Dan lagi Saif..boleh ke dia adapt dengan suasana dan persekitaran baru? Boleh ke dia adapt dengan pengasuh baru sebab Saif ni memang memilih orang..

Dan saya sendiri boleh ke adapt dengan suasana kerja baru yang totally berbeza dengan tempat kerja saya sekarang.. (sejujurnya saya rasa seram sejuk dan macam tak best setiap kali ke jpkk sebelum ni.ntah..)

Itulah..di sebalik rezeki yang diterima ini, pada masa sama kenalah sedia akan nikmat-nikmat yang ditarik balik..

Tapi ini semua rezeki. Rezeki jangam sekali2 ditolak. Saya masih ingat, masa saya menghadap pengarah untuk memaklumkannya permohonan pindah saya bulan lepas, pengarah kata "Situasi awak ni takdela kritikal sangat. Ada yang lebih kritikal. Dan saya akan bagi sokongan penuh hanya pada yang benar2 kritikal saja. Tapi untuk awak ni saya akan sokong jugak.ehm la tapi dengan pengganti. Lagipun kalau saya cuba halang pun tapi kalau Allah kata tempat awak kat sana, awak akan tetap dapat walau saya halang macam manapun."

Serius saya pasrah gile bila dengar pengarah kata gitu. Umpamanya "boleh berharap tapi tak payah nak harap sangat la.." dan memang saya da berserah sungguh, rasa confident gile memang takkan dapat sebab ada orang lain yang  lebih kritikal.

Tapi Allah da tetapkan rezeki itu untuk saya sekeluarga. Allah lebih tahu..Allah knows what's best for us.

Ok now..prepare mental n fizikal. Sedialah misi berkemas dalam seminggu nan suntuk ini..

P/s: sapa tau rumah sewa area putrajaya or yang berdekatan dengannya, sila imform A.S.A.P. kalau boleh yang tak jauh sangat nak ke KL sebab papa Saif keja kat Bangsar.


7 comments:

  1. tahniah! alaaa seronoknya takyah nak PJJ dah..happy for u!

    insyaAllah boleh punya sesuaikn diri dgn tempat baru

    ReplyDelete
  2. congrats nadt...smoge dipermudahkan segalanye...

    ReplyDelete
  3. pas ni hidup lebih teratur yea....tahniah!
    try cari umh area Puchong....dekat utk awak laki bini... :)

    ReplyDelete
  4. Whoaa congratz! Dapat BPN huh? By chance, selalu lah kite bersua muka lps ni. Hihi

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...