Friday, November 22, 2013

Tempat Kerja Baru

Assalamualaikum dan haii..

Amboiii..semuanya pun serba serbi baru. Ngehehe..rasa cam poyo plak. Padahal still bawah jabatan yang sama cuma kononnya ke HQ la.

Da masuk hari ke..ehm..berapa ek..ikutkan hari ke-5 tapi sebab awal-awal hari tu apply cuti 2 hari so maknanya hari ketiga la ni. Da masuk hari ketiga da confident pergi kerja tanpa menggunakan waze. Dekat dan senang je jalannya, cuma tak berapa confident sebab saya ni spesis buta arah. Hiii..actually semalam pun balik rumah da tak guna waze. Lancar je perjalanan setakat ni. Tambahan pulak sekarang ni kan da start cuti sekolah so maybe sebab tu kurang sket la tahap kesesakannya tu. Setakat ni pi balik kerja dalam 10-15 minit da ble sampai.

Kad staf masih belum dapat so sehingga hari ini masih menggunakan pas pelawat untuk masuk ke opis. Setiap pagi kena tulis nama dulu, ambik pas baru naik atas. Pastu kalau belum pukul 8, kad pelawat ni tak boleh touch lagi, tak valid. So dok la melangok tunggu staf lain sampai, baru la saya menyelit sama masuk. Macam pagi tadi, da sampai awal tapi sebab melangok tunggu orang nasib baik sempat thumbprint da pukul 7.59 masa tu.

Nak kuar pi toilet pun kena touch kad ni dulu.. (*_*)

Sebenarnya perkara ni bukanlah perkara baru bagi saya. Masa still kat kolej dulu pun, ada la beberapa kali pi ke JPKK ni so da tau da sistem keluar masuk dia macam mana. So no big deal la. Tapi macam saya ni entah apa kebenda ntah da berapa kali terlupa bawak wallet ke opis, so dokumen pengenalan diri semua takde. Hampes. Mak guard tu pun da tau da. Dia bagi je pass tu kat saya. Tapi ada la kena tulis maklumat diri sket. 

So far, sepanjang 3 hari ni..apa yang saya boleh katakan adalah..ehmm..macam..ehm..a little bit boring. Amboihhh..berani ko nak judge boring ye. Karang kalau da sibuk tak cukup kaki tangan pandai dok komplen plak. Hiii..Maybe sebab akak yang saya nak kena ganti tempat dia tu kuar kursus so saya masih takde kerja la yang nak diberi. Kalau tak, takkan la saya ada masa nak update blog berjela gini kan. Kehkehkeh..takpelah, bersenang lenang buat masa sekarang sebelum kesempitan masa di masa akan datang. 

Actually saya memang da maklum, bila keja di sini, kebanyakan orang memang takkan ada di opis sebab semuanya kena keluar atas urusan kerja. Kebanyakannya kena ke kolej-kolej untuk buat bengkel, seminar, taklimat and whateva la. Gulpp! Saya tak kisah sebenarnya keluar2 ni, cuma as long as saya dapat ambik Saif on time (bila da hantar ke taska nanti), it's ok. Ada sorang akak ni kata, nanti merasa la pi Sabah Sarawak, program kat sana. Gulpp lagi! Celah mana boleh ke saya bawak Saif nanti. Takpe..takmo fikir tang tu lagi..chillax duluuu..

Sepatutnya ada sorang lagi yang lapor diri sama ngan saya, tapi dia tangguh 2 minggu. Maybe bulan 12 nanti la baru saya dapat jumpa dia. Hope boleh jadik geng. (^_^) Setakat ni saya tak pernah kuar makan ngan sape2 lagi kat sini. Diorang ada ajak, tapi saya terpaksa tolak dengan muka manis sebab memanjang la saya ni lupa bawak dompet!!Grr..

Oh ye..PC takdok lagi so setiap hari merengkek bawak laptop. Seb baik la ultrabook so ringan sikit la. Sebab dok angkut beg laptop je n tak bawak handbag tu pasal asyik tertinggal je hp la, dompet la. Pagi tadi da turun lif ke bawah teringat hp tertinggal, da nak kena naik atas semula ambik hp. Tapi line kat sini kureng la. Banyak sms saya orang tak dapat dan orang sms saya, saya tak dapat. Grr..Tapi ok la since ada wifi kat sini, mana yg ble wasap, wasap je. Tak pun pm kat FB je. 

Hadap laptop sambil pekena OldTown White Coffee..amboihh senang lenang goyang kaki ko ye..

Ok la..banyak plak ceritanya ni padahal bukan ada kerja pun. Kehkeh..ok, nanti sambung cerita benda baru yang lain pulak.


6 comments:

  1. slmat brtugas d tmpat baru nadt! :-)

    ReplyDelete
  2. selamat bekerja di tempat baru dan buat kawan baru.best gitu haa.

    ReplyDelete
  3. hai..

    http://norfaezah-zakaria.blogspot.com/

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...