Tuesday, November 26, 2013

Tragedi Lenovo di Air Terjun

Assalamualaikum dan haii..

Sebenarnya hari ni plan nak cerita menda lain tapi sebab memorycard kamera M.I.A, so cerita yang lain la. Nak cerita pasal hp lenovo kesayangan yang cik abang hadiahkan tu.



Saya bukan nak cerita pasal dia punya spesifikasi bla..bla..whatsoever tapi nak share tentang kehebatan lenovo ni. Hebat tang ape? Meh nak citer..

9 November 2013..saya join kawan2 berpiknik anak-beranak. Actually salah sorang geng kami iaitu Ayu nak celebrate besday anak bujangnya. Celebrate sesama geng je. Ada la 6 orang geng kami, masing-masing bawak anak sendiri tanpa suami.kehkeh..Nak buat camne suami masing2 busy.Hanya penganjur program je bawak encik suaminya.Oh ye piknik ni buat kat Air Terjun Chamang kat Bentong. Ni 2nd time la pi sini, 1st time pi dulu zaman semua masih anak dara lagi.hehe..

Sebelum pi piknik, papa Saif pesan "Tak payah mandi. Saif baru baik demam."

Orait bos. Memang tak plan nak mandi pun, malas nak sejuk2 basah mandi air terjun.

Tapi...bila da sampai sana..mula la menggeletik tengok air sungai. Port kami pilih tu memang cantek la, air pun cetek je sesuai la kalau nak bawak anak2 main2 air kat situ. Lepas makan, sorang demi sorang mula mencecah air.

Saif? Saya letak dia berkaki ayam atas pasir pun dia menangis geli ko tauu.. first time pijak pasir kekdahnya. Mengengada!

Pastu saya dukung je la Saif duduk kat batu. Kat batu tu ada la macam air mata air yang kuar. Saya intro air sungai yang sejuk tu kat Saif. Menggeletik dia tak nak. Eii..memang mengada2. Pastu saya letak dia berdiri kat pasir sungai tu, membiarkan air tu lalu atas kaki dia. Alaa..paras buku lali je pun. Lama-lama dia ok.

Bila dia da ok dapat sesuaikan diri dengan air sungai tu, mula la saya gedik nak bagi dia air yang dalam sikit. Saya bawak dia ke batu tepi sungai. Situ air dalam sikit la, alaaa...dalam paras lutut Saif je kot. So saya pun dok atas batu tu, rendamkan separuh kaki saya dalam air sambil riba Saif. Separuh kaki Saif pun dalam air la. Saif diam je sengih-sengih, muka macam cuak.

Tengah dok main renjis-renjis air ngan bebudak ni..tetiba saya teringat sesuatu. Jantung rasa cam nak terhenti. Tau kenapa? Sebab hp saya dalam poket seluar dan bahagian seluar semua da terendam dalam air. Rasanya da dalam 10 minit berendam kaki kot.

Dengan muka cuak, saya kuarkan hp. Sah! Basah habis! Wahhhh..my lenovo!!!

Terus bukak casing, bateri semua n jemur atas batu. Saya pura-pura tenang..rilex...rilex...padahal dalam hati mampuih aku nak menjawab ngan papa Saif ni.

Dalam sejam menjemur, bila check tengok masih ada sisa-sisa air dalam hp. Rasa cam nak nangis je. Tak berani nak onkan, takut short keee..

Balik tu, pinjam  hairdryer ngan salah sorang geng, si Ika. Kat rumah dia jugak, terus ku hanginkan hp tu. Tapi masih jugak berwap. Waaaa!!!

Balik rumah, ku sambung lagi mengeringkan hp tu. Tak cukup gitu, jemur lagi kat tengah panas. Tengok masih ada wap sikit2 kat tepi hp tu. Saya cuba onkan hp. Boleh on, gambar semua keluar tapi kesan tompokan air jelas kelihatan kat skrin. Waaa!!

Saya bawak pi kedai repair hp, dia tak terima. Katanya tak boleh simply keringkan gitu je. Plak! Orang kedai tu suruh hantar ke kedai Lenovo sendiri. Aahhh..mana nak cari kedai Lenovo plak kat Karak ni. Sudahnya pasrah bawak balik hp dengan hati kecewa.

Bila papa Saif balik, dengan muka cuak bagitau "Abang...hp masuk air..."

Respons papa Saif?

"Haaa..tu la. Tak dengar cakap abang. Abang da kata, jangan mandi. Jangan mandi. Ayang degil mandi jugakk..kan da kena. Derhaka lagi..Dah. Ni last abang belikan hp. Pasni jangan harap abang nak belikan lagi."

Waaahhh..giler kau tak menangis dengar laki cakap macam tu. Waahhh..mana ada mandi. Orang main rendam kaki je laaaaaa...tak tipuuuu...

Dengan hati yang sedih, saya simpan hp tu. Terpaksa la pakai hp lama Nokia yang ada ringtone bunyi katak krookk krookk tuuu..

Saya ingatkan hp tu da tak ble diselamatkan lagi.

Sehinggalah bila da pindah, saya cuba on semula hp tu. Eh, hidup lagi. Berdebar tunggu skrin utama muncul. Bila skrin da kuar...wahhh...da elok da..clear semua da takde wap air ke tompokan air ke semua da takde. Dan semuanya pun berfungsi dengan baik macam sediakala. Gile hebat! Hp da terendam dalam air pun boleh hidup lagi. Cayalah!

Hati lega..at least hilang la rasa bersalah saya kat papa Saif. Lenovo memang hebat!


8 comments:

  1. kira masih rezekilah yer.. sy pakai tab lenovo .. hihihihi ..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    Allah permudahkan utk sis..
    Klu akk pun mmg guling2 kot nangis..huhu

    ReplyDelete
  3. hahahaha..drama sungguh la... ayat asben..sentap ooii... alhamdulillah ok dah... :)

    ReplyDelete
  4. berdebar2 baca n3 nadt... adeh. sib baik ok lg lenovo tu.

    ReplyDelete
  5. Bila baca kehebatan lenovo tuh dah terendam dlm air pun leh hidup kembali...terasa nak curang dari samsung ke lenovo boleh x nad...hahhahah Umi Qi ada wishlist nak beli hp hujung thn nih...tp masih berkira2 jenama apa...bgussssssssss ye lenovo aummmm

    ReplyDelete
  6. saspen je baca...rezeki adik baby gitu...

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...