Saturday, December 28, 2013

Bila Aku Reset Minda

Banyak kali aku ulang baca post aku semalam. Terima kasih pada yang komen bagi semangat. Tapi apa yang aku tulis semalam tu dok terbayang2 kat otak aku. Kebetulan semalam aku letih gile, sangkut jem kat parking area punye pasal, balik umah aku terus collapse. Aku biar je papa Saif layan karenah Saif yang macam2 tu. Malas nak ambik port, kepala aku sengal.

Collapse2 pun, kepala yang sengal ni tetap tak boleh henti berfikir. Aku fikir macam2. Aku cuba 'reset' minda aku. Bunyi macam positif tapi serabut gak otak aku ni.

Lama fikir, baru aku sedar. Aku ni termasuk dalam golongan orang2 yang tak bersyukur. Macam mana nak bersyukur kalau aku asyik dok banding diri aku dengan orang yang nasibnya lagi baik daripada aku. Tak pulak aku nak banding diri aku dengan orang yang lagi susah dari aku.

Hidup orang lain lagi heaven daripada aku, apasal aku nak sakit hati plak kan. Orang tu nak balik keja lambat ke, orang tu nak ada bibik yang siap2 mandikan anak dia ke..apa nak kisah kan. Tu pilihan yang dia buat untuk mudahkan hidup dia. Aku..aku sendiri yang pilih tak nak ada bibik, pastu nak sakit hati sebab orang lain senang ada bibik. Alah..orang lain pun takde bibik, takde pun nak bising macam aku..Apa punye teruk aku ni kan.

Aku 'reset' minda aku lagi. Ikutkan..kalau pun aku kena balik lambat, aku still dapat tatap senyum manis anak aku setiap kali aku balik rumah (walau wajib melalak dulu kat pintu taska). Cer banding plak dengan orang yang balik lambat tapi tiada senyum manis yang menanti sebab masih belum dikurniakan rezeki anak ataupun anak da takde(al-fatihah). Tu pun aku nak sakit hati ke. Ape punye teruk aku ni kan.

Aku baru je kena balik lambat sejam dua pun da bising. Camne plak orang yang keja doktor kena stay on call 24 jam? Lagi kesian kan. Ish..ish..apasal aku tak ble fikir ek?

Aku mungkin kena outstation sampai seminggu. Baru 'MUNGKIN'. Tapi aku da paranoid macam2. Tu la masalah utama aku-paranoid. Orang lain keja pramugari kena fly 2 minggu direct pun takde merungut macam aku ni. Ape daa..

Aku jadik lemah satu je sebabnya-ANAK. Aku memang tak boleh dan tak pernah berpisah dengan Saif. Even aku nak tinggalkan dia kat taska pun aku da meleleh air mata apatah lagi kalau kena tinggal lama. Setakat ni selagi boleh seret ke mana pun aku akan tetap seret Saif. Biar aku bersusah payah asalkan aku tak susah hati.

Dulu masa kursus PPK, aku tebalkan muka mintak tolong kawan yang bawak bibik, mintak bibik dia jagakan anak aku sekali. Kesian bibik tu nak kena handle 2 baby. Hii.. Masa kursus CPCM plak, aku heret mak aku dok hotel sekali untuk jaga Saif sementara aku berkursus. Kali ni kalau lakiku tak dapat ikut, kira confirm la aku akan heret mak aku lagi. Hiii..

Aku tak kisah la orang nak judge aku ni demand ke, mengada2 ke..lantak la. Aku tak boleh halang orang daripada judge life orang lain. Sebab aku sendiri pun adakalanya terkhilaf 'ter'judge orang lain macam post aku semalam kan.
(-_-)

Aku beranikan diri tanya kat orang opis, "ehm..kalau meeting yang jauh2 lama tu boleh ke bawak family?"

"BOLEH. BOS PUN BAWAK FAMILY DIA JUGAK."

Serius aku lega sangat bila dengar jawapan tu. Aku mula nampak sisi-sisi positif keja aku ni. Tapi aku akan lagi lega kalau tak perlu pi meeting tu semua. Muahaha!

Sebelum ni aku selalu rasa aku ni supermom. Di saat kawan2 mengeluh macam2 perihal kerja dan family, aku takde plak nak mengeluh. Serius xpenah stress pun. Semua benda aku take it easy, positif je. Tapi sekarang ntah apasal aku ni makin lemah, da macam loser. Padahal aku baru je dok sini sebulan tapi macam2 aku dok judge. Entah2 kat sini ada 1001 perkara yang lebih baik, mana la tau kan.Ok..boleh tak aku nak salahkan hormon2 yang mengganggu emosi aku yang secara kebetulan muncul serentak bila aku start life baru kat sini. Hiii..tapi kamu baby yang baik sebab kurang buat mama muntah selalu. Kalau tak, confirm lagi stress.

Aku tak nak jadi loser, aku nak jadi supermom.


P/s: aku da delete post semalam yang sungguh negatif tu. Aku minta maaf kalau ada yang terasa.

4 comments:

  1. bersyukur apa yg ada.

    berusaha apa yang tiada.

    banyak-banyakan doa

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Betul tu nadt. Dulu ms awl2 sy dpt keje gomen then kena berjauh ngn husb n anak, sy stress sgt2. Dan tipu klu sy x compare diri dgn org lain. Lg stress. But then mg kena reset semua bnda wpun amik ms agk lama. Manusia. Xpernah lari dr silap. Silap ny kta membuat perbandingan dgn org lain. Apa pun. Stay cool beb. Kte pernah je bw arissa ke swak ms outstation. Hihi.

    ReplyDelete
  3. Semoga sentiasa positif ye sis..
    Semoga dipermudahkan..
    Klu bab2 tggl ank nk kena g kursus2 ni akk pun stress wooo..

    ReplyDelete
  4. Good nad! Aku th ko boleh. Kat kolej pun ko seorang yg positif. Ni baru Nadia supermom Saif.

    Eh, rindu kt saif hoiiiii!

    Love,
    Fiza

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...