Monday, December 16, 2013

Pam Spectra 3 dan Spectra M1 To Let Go [sticky post]

Assalamualaikum dan haii..

Dengan berat hatinya saya nak war-warkan di sini bahawa saya nak letgo pam kesayangan saya both Spectra 3 dan Spectra M1. Kedua-duanya terutamanya Spectra 3 sangat-sangat banyak membantu breastfeeding journey saya selama lebih setahun ini. Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan saya nak letgo kedua-dua pam ni.

Spectra 3-sangat best. Sangat berjasa. Usia da lebih setahun. Saya da pernah servis sekali so conditionnya Insya-Allah still tip top. Tapi sayangnya sejak pindah ke Putrajaya, saya tak dapat port yang sesuai untuk pam sebab Spectra 3 kan pakai elektrik. Boleh plak surau kat opis saya ni takde plug point. Arghh..seminggu saya tak mengepam tauuu..tengahari je balik rumah df Saif terus. Makanya saya beli Spectra M1 yang ada rechargable battery. Da ada pam baru, so nak letgo la pam lama.

Aksesori semua lengkap untuk double pump. Aksesori semua pun still baru sebab tukar semua sekali masa servis hari tu. Kotak pun still ada. Tu storage bottle hanya sebagai contoh je.

 
Saya siap tambah filter to prevent backflow

Harga beli : RM388 (double pump) + filter RM15
Harga letgo : RM200 + free 5 storage bottle BumbleBee (baru punya tak pernah guna) + free postage 
update : SOLD to zai

Spectra M1-pam keluaran baru yang sangat best jugak terutamanya sebab function rechargable battery tu. Lagi pam ni ringan sangat. Baru 500gm je berat dia. Saiz dia lagi kecik dari smartphone. Saingan terkini kepada FS. Nak beli FS tak mampu la kan ribu riban so beli la Spectra M1 ni. Function tambahan yang best adalah dia ada massage mode. So sebelum pam tu, massage2 dulu untuk stimulate susu. Pastu ble tukar la pada suction mode untuk pam susu macam biasa. Ada 5 level boleh adjust. Memang best. Lagi dia da siap2 ada filter to prevent backflow so lebih hygiene di situ. Tapi sayangnya saya terpaksa juga letgo pam ni. Sebabnya sehari selepas saya beli pam ni, saya positif pregnant 2nd. Automatic susu merudum dasyat so saya buat keputusan untuk stop pam di opis. Tapi saya akan teruskan bf Saif di rumah-InsyaAllah. Saya guna pam ni baru 4 kali je. Ikutkan boleh je kalau saya nak simpan je pam ni sampai bersalin tahun depan tapi masa tu nanti warranty da tak laku plak. So sementara usianya baru seminggu jagung ni, baik saya letgo sementara warranty masih fresh.hehe..

Aksesori semua lengkap untuk double pump. Kotak pun still ada tapi tak masuk dalam gambar. Sangat-sangat baru. Baru minggu lepas beli ni.

Perbandingan antara motor pam Spectra M1 dan Lenovo saya. Comey je kan?

Harga beli : RM480
Harga letgo : RM470 + free 5 botol BumbleBee (baru punya tak pernah guna) + free postage
Update: SOLD

Nak tau lagi lanjut tentang Spectra M1 boleh tengok video ni

Sesiapa yang berminat, boleh e-mail saya ye : didie_kawaii@yahoo.com 

13 comments:

  1. aduyai.. berminat nye yang m1 tuh... ishh

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. spectra M1 ada lagi. spectra 3 sold.

      Delete
  3. Salam, please check email k..interested nak beli spectra M1 tu

    ReplyDelete

  4. nad..aku duk google sbb nak cari spare part spectra 3 skali jmpa belog ko..baru tau ko prgnant..lama x blog walking..geng la kita yerk...due bulan baper nad?

    ReplyDelete
  5. Nad..aku duk google sbb nak cari spare part spectra 3 tu skali smpi kat belog ko..baru tau berita gembira ni..nmpak no da lama x blog walking..tahniah...geng la kita,.ko nnt due bulan brapa ?

    ReplyDelete
  6. SANGAT BERMINAT DENGAN PAM SPEKTRA M1
    MASIH AVAILABLE LAGI?
    dan sudilah jemput ke blog saya
    http://enrdenatureshop.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum
    pam spektra M1 masih available lagi?
    dan sudilah jemput ke blog saya jgk ya
    http://enrdenatureshop.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. jemput ke blog saya
    tq
    pam spectra M1 masih available?

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...