Tuesday, December 31, 2013

Penutup Tirai 2013


sumber : google

Ramai yang buat entri penutup 2013 so aku ikut je la buat. Dasar pentiru. hahaha..

Pagi-pagi buta otak aku da pening. Aku da thumbprint in pukul 7.45 pagi. Pukul 7.55 pagi aku nak kuar breakfast, aku 'ter'thumbout. hahaha..aku ingatkan aku dok touch pass keluar rupanya terthumbout. Seb baik belum kol 8. Aku thumbprint in balik.hehehe..pening sistem tu dibuat dek aku.

Ehmm..apa yang aku nak buat kesimpulan tahun 2013 ni ek? Aku belek-belek entri aku sepanjang 2013 ni..memanjang cerita pasal anak jeeee..tak pun pasal susun atur.muahaha..

Ciknaa cerita pasal rezeki, ok la aku tiru dia je la senang. Muahaha..Cerita pasal rezeki. Rezeki ni ada macam-macam bentuk. Dari segi aset, Alhamdulillah..sikit demi sikit kami tambah. Insya-Allah dalam proses untuk rumah yang ke...ke berapa? ke-2? ke-3? ke-4? Tu nanti aku cerita bila betul-betul da ada dalam tangan tapi confirm tu InsyaAllah.

Dari segi kesihatan..Alhamdulillah tahun ni takde peristiwa warded di hospital. Demam-demam penghapus dosa tu biasa. Saif pun Alhamdulillah membesar dengan sihat dan aktif even kurang makan, kurang susu. Tak tau nak buat camno lagi dah.

Dari segi kerjaya..Alhamdulillah akhirnya permohonan ke-4 aku untuk berpindah diluluskan. Even happy akhirnya da tak PJJ, dapat hidup lengkap sebuah family..tapi aku sedih jugak tau tinggalkan kolej terchinta tu. Dah..dah..takmo dikenang lagi. Aku nak nangis ni.

Dari segi keluarga..Alhamdulillah bila da tak PJJ terus Allah tambah bilangan ahli keluarga aku hahahaha..Aku selalu dok sebut2 ngan kawan2.."Selagi aku PJJ, selagi tu aku takmo peknen lagi. Dulu aku peknen sorang2 pun da seksa. Ni kalau peknen lagi dengan nak handle Saifnya lagi, taktau la aku ni mampu ke tak." Allah tu Maha Mendengar kau tau. On the spot aku pindah Putrajaya, minggu depannya tu terus peknen. Hebat tak? Aku nak gelakkan diri aku sendiri ni. Kahkahkah..

La ni segala urusan rumah tangga aku serah kat papa Saif. Terpaksa redha je dia tu. Ngehehe.. hari-hari balik keja aku terus terbongkang. Layankan bongkang aku ni, maunya Saif tu kebulur tak makan ape. So balik keja, papa Saif la yang layan Saif tu main..makan..Oh ye..makan malam pun semua papa Saif sediakan. Beli je la jawabnya. Aku tak lalu nak masak. Nak suruh papa Saif masak pun aku tak lalu sebab aku tak suka bau menumis tu semua. Redha je la papa Saif. Mesti dia bajet bila da tak PJJ, dia ble makan homemade food yang sedap2 tapi rupanya tidak. Ngehehe..Bertabahla sampai mabuk ni hilang.

Saif pulak da setahun 7 bulan. Macam cepat je budak ni besor tapi kitorang still anggap dia baby lagi. Still main geletek2 "alaalalala baby..alalala baby.." Saif pun suka fefeeling baby lagi. Kekadang tetiba dia merangkak-rangkak macam baby. Bahahah..Tengok ar..adik da kuar nanti dia membabykan dirinya lagi tak.

Tahun baru ni jugak Saif akan tukar taska baru. Hari ni hari terakhir dia la kiranya kat Taska Yusma tu. Aku rasa cam sayang plak nak tukarkan dia sebab taska baru jauh sket. Heheh..even Saif still melalak beria tiap kali tinggal kat taska tapi da ada perkembangan sikit la, da kurang menangisnya even setiap kali aku datang jemput dia akan buat drama terjerit pekik dulu. Taska ni ok je.

Eh..cerita pasal taska plak. ok..ok..banyak da aku bebel ni. Tu je la yang dapat aku recall sepanjang 2013 ni. Tu la masalah aku asyik hilang ingatan je. Moga kita semua terus dipanjangkan umur menikmati rezeki di bumi Allah pada tahun-tahun mendatang dan terus dikurniakan kesihatan yang baik dan keluarga yang bahagia. Insya-Allah..


6 comments:

  1. semoga dipermudahkan segalanya akan datang

    ReplyDelete
  2. hebat mu nad...seminggu tak PJJ terus lekat...kih kih kih....

    ReplyDelete
  3. kan.. bila dah duduk sekali baru rasa betul2 hidup bekeluarga kan nadt.. good luck for 2nd baby yg bakal lahir nanti.. 24 jam dah tak cukup..hihi

    ReplyDelete
  4. saif dah nak jadi abang dah..hihi..tahniah =)

    ReplyDelete
  5. Congrats on your pregnancy.. ^^

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...