Monday, December 30, 2013

Pregnant + Breastfeed

Syukur sangat la pregnancy kali ni aku diberi lebih kekuatan. Masa mengandungkan Saif dulu, 1st trimester hazab nauzubillah sampaikan aku tobat tak nak ngandung lagi. Tapi bila masuk 2nd trimester automatik terus ok, terus rasa..boleh lagi ngandung lagi ni..bahaaha..sebab tu boleh termengandung adik Saif ni plak.haha..

Even kali ni kurang mabuknya banding dulu tapi cabarannya pulak berbeza. Mengandung kali kedua dengan masih bfkan Saif. Serius rasa mencabar mental dan fizikal aku.

Mengandung dan still bf-bermakna diri aku ni da jadik 3. Satu untuk diri sendiri, satu untuk baby dan satu lagi untuk Saif. Means mental dan fizikal aku ni kena bersedia untuk 3 jasad ni. Aku rasa sebab tu Allah kurangkan mabuk2 aku tu so aku boleh teruskan bf Saif. Allah tu adil kan.

Ikutkan sebenarnya susu memang da tak banyak pun. Kekadang tu aku rasa Saif tu bf just sebab nak lepas gian je. Tapi mengamuk-ngamuk gak la budak tu tengah2 malam kalau dia rasa tak puas bf. Aku memang takboleh nak buat pe. Ni semua hormon, mak pak milk booster pun da tak ble membantu. Pastu bila susu da tak banyak, bila Saif bf, memang sakit sungguh la weiii.. pahala...pahala...pahala...

Aku ada rasa macam nak wean-off je tapi sayang plak rasanya lagi 5 bulan je lagi dia nak 2 tahun. Lagipun susah nak wean-off Saif ni sebab dia memang reject botol bila kt umah. Kat taska elok je boleh minum siap taska request botol panjang lagi sebab minum tak cukup. Kat rumah jangan harap la, lagi rela dia berlapar daripada kena minum susu guna botol. Aku ada cuba bagi guna botol straw tapi dia sedut 2,3 kali je dahhh..

Tambah cabaran lagi sebab Saif masih belum pandai cakap nak mintak susu ke, nak cakap lapar ke..Yang dia tau bila nak susu dia akan buat bunyi "ehekkk..ehekkk.." sambil kaki menggelitik ketagih tak sabar. So aku nak bagi dia susu botol pun aku tak tau bila masa nak bagi. Bangun pagi aku bagi, dia buat dek. Tengahari aku buat lagi, dia buat dek. Malam buat lagi pun dia buat dek. Susu habis buang gitu je. Dia tetap nak yang mama dia punye jugak.

Sekarang ni baby bump tak ketara sangat lagi. Tapi aku risau gak setiap kali Saif nak susu, dia main terjah melompat kat perut ni. Kadang sambil bf sambil kaki tak reti diam tendang perut. Adohaiii..

Aku ada baca artikel yang kata, bila pregnant susu akan berubah rasa jadi masin disebabkan hormon gitu la. Tapi Saif relax je enjoy minum lagi. Mungkin belum cukup masin lagi.

Aku nak pelbagaikan makanan untuk Saif pun aku tak berapa nak mampu. Ye la even aku tak mabuk teruk macam dulu, tapi still bau-bauan dapur dan makanan tu ibarat satu penyeksaan bagi aku. Aku taip perkataan 'makanan' ni pun aku da rasa loya nak muntah. Wekk..so macam mana aku nak sediakan makanan untuk Saif. Paling-paling pun aku bagi dia coco crunch. Tak pun keropok ikan feveret dia. Kalau papa dia memanjang bagi coklat je. Alahaiii..kesian anak aku mana nak dapat khasiat.

Macam malam tadi, aku demam. Tak larat langsung. Aku bagi je coco crunch as dinner Saif. Sudahnya tengah2 malam budak tu bangun mengamuk lapar kot. Aku offer bf pun dia tak nak, da kering kontang agaknya. Terpaksa la bangun bagi dia minum air kotak Kid. Baru la senyap budak tu. Hari-hari biasa, papanya la terpaksa je la tapau makan malam. Kesian anak ngan laki aku tak dapat makan homemade food. Tunggu mama sihat nanti mama masak sedap2 eh.

Hari-hari aku dia supaya Allah terus murahkan rezeki Saif, moga dia dapat terus bf sampai 2 tahun. Aku pun harap aku dapat terus survive. Insya-Allah..


8 comments:

  1. good luck mama...u can do it...insyaallah...moga semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete
  2. in sha Allah..lg 5 bulan je lagi..

    ReplyDelete
  3. Sedih akk baca..mmg byk btul pengorbanan seorg ibu kan sis..
    Hari ni akk ada meeting kt sek..
    Aish lgsg xmo minum botol..
    Susu tpung yg akk bg tu pun dia xnk..
    Tu nk tggu tek akk jgk.
    Susu mmg byk lg..tp ada msa merundum jgk esp bila period..huhu
    So skg ni dok nk cari susu apa yg aish nk minum..huhu..

    ReplyDelete
  4. semoga tetap kuat semangat..ibu mengandung Allah akan tolong

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah..we can do it! Shahadah mmg nampak wlpn da bf die haus sebab masin..padahal baru 3 bulan..=_=

    ReplyDelete
  6. mmg mencabar nk jd 3in1...
    hope kuat semangat demi ank2...
    support BF...

    dliby2112@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. Nk jd 3in1 mmg ssh...
    Sm2 kt support BF...

    eriqueetiqaz.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. sabar ye kejap je tu. pasni boleh masak yg best best untuk anak. aku dulu, kadang seminggu tak masak tau. pastu umar lain mcm sgt dengan aku. tak mesra. bf kan dia dah taknak, susu aku masin. pastu laki aku cakap, ha tu lah u dah jarang masak untuk dia, tu yg dia jauh dengan u. sedih aku tau. makin dah okay, aku rajinkan diri masak walaupun balik kje nauzubillah penat gilaaa...

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...