Tuesday, December 3, 2013

Saif Kat Taska

Assalamualaikum dan haii..

Tadi baca Rara post pasal princess 2nd day kat taska, saya pun nak post gak la.hehe..

Sebelum tu, nak cerita dulu pasal hari pertama. Semalam tak sempat nak citer (da mula busy kononnya..). Semalam mula-mula hantar Saif, dia senyap je. Budak taska tu ambik dia pun dia senyap je, masih blur lagi kot tambah mamai baru bangun tido. Tapi bila dia da dibawak masuk, saya pulak bye bye dari pintu, mulalah dia melalak. Waaa..mama tak sanggup dengar lama-lama. Kiss kiss kejap pastu mama cepat-cepat blah. Hati mama memang tisu..

Tengahari tu call taska, owner tu kata Saif nangis. Tapi bila bukak cd Upin Ipin dia senyap gelak-gelak. Pastu bila cd da abes, suasana jadik senyap, dia teringat mama dia, dia nangis lagi. Kejap-kejap senyap, kejap-kejap teringat mama nangis lagi. Lepas je end call dengan taska, terus berderai-derai air mata mama Saif ni. Mesti budak sebelah meja ni pelik tengok tetiba nangis. Hiii..

Menjelang petang, rasa tak sabar sangat nak ambik dia. Agak-agak nangis lagi tak ek. Masa sampai, dia tengah senyap dalam rumah. Bila nampak je mama, terus dia bangun jerit "Maaaa!!" Waaa..sungguh touching perasaan itu. Masa ambik tu, dia macam dedar nak demam. Agaknya stress sangat kena tinggal sampaikan nak demam kot. Hii..tapi bila balik rumah terus hilang dedar, bukan main ceria main itu ini.

So hari ni hari kedua hantar Saif ke taska. Hopefully better than yesterday la. Masa dalam kereta dia dok behave lagi. Tak tau lagi nak kena hantar taska lagi kot. Sampai taska, dukung dia..masa nak serah kat budak taska tu..Saif da mula melalak. Siap peluk saya kuat-kuat lagi tak nak lepas. Cam kelako pun ada sebab dia peluk guna tangan dan kaki kuat-kuat. Tapi budak tu ambik jugak dia, dia melalak. Budak tu cepat-cepat bawak masuk dalam, buka cd kartun, terus senyap. Hiii..

Budak anak owner tu kata Saif minum susu ok, habis dia minum. Waaahh..sungguh surprise. Macam tak caya je, siap kata tak cukup lagi. Maybe ye jugak kot sebab maybe dia tengok semua budak minum botol so dia pun minum la jugak. But budak tu kata Saif macam susah nak minum susu. Dia banyak gigit2 puting botol tu. Maybe sebab puting botol keras dan lubang kecik, susu susah keluar. Yang saya guna tu brand Pureen ngan Spectra. Saiz M. Saya pun baru tersedar, maybe tu puncanya selama ni dia kureng minum susu. Dia susah nak minum, dia jadik malas nak minum. So budak tu cadangkan tukar puting yang lagi lembut n lubang besar.

Celah mana kat putrajaya ni nak cari puting botol anak pulak eh..jawabnya tengahari nanti keluar merayap lagi la jawabnya cari puting botol anak. Korang ada cadangan tak puting brand apa yang sesuai yang lembut?


5 comments:

  1. alamanda la jawabnya nad...kalau rajin poie bangi nun...ada manjaku....ngeee

    ReplyDelete
  2. pigeon...sangat recommended....

    ReplyDelete
  3. pigeon...cam nmpk gelang2..mmg suka guna y itu..

    ReplyDelete
  4. salam..just nak bgth taska generasi yang pakai baju seragam tu betul2 depan umah wawa,, hehehe
    nak cari puting lembut senang jer..g area presint 9 kedai DARULSALAM.. (femes kedai ni even dr JOHOR datang nak beli pampers) then cakap nak beli puting jenama DR BABY kaler kuning tu.. balik terus basuh stim - dulu anak wawa nak DF xnak puting tp alhamdulillah ngan puting ni dia nak.. tp xrecommended nak bg puting ni kat taska.. seyes takut ada masalah lain.. tp sebagai permulaan baby its ok.. tp jenama pigeon memang nurse NICU yang cadangkan.. tp kalau baby xbiasa jgn bg takut nanti dia fobis ngan puting plak.. slow2 ok.. wawa da banyak pengalaman n kalau nak info area putrajaya ni just inform wawa ok.. wawa sedia membantu..

    ReplyDelete
  5. tula tuh..sama macam aish la..
    kat rumah pengasuh kemahen lagi dia minum botol..
    kalau kt rumah takmo langsung
    nasib susu badan masih cukup lgi untuk aish

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...