Wednesday, December 18, 2013

Saif Tantrum

Minggu ni kiranya da masuk minggu ke-3 la kan Saif dok taska. Maknanya da masuk 3 minggu jugak la dia mengtantrumkan dirinya. Saif bukan jenis boy yang lasak ganas2 gitu. Saif ni jenis yang lembut n senyummmmm jeee..so bila tetiba tantrum tu rasa macam alahaiiii..anakku..nape ni sayang oiii...

Errr..mungkin jugak sebab nak dapat adik ni kan sebab tu perangai tantrum tu makin menjadi.

Saya takde la syak taska tu ada dera Saif ke apa ke. Memang dia menangis-nangis setiap kali dihantar dan dijemput balik. Tapi dalam pada menangis tu, bila saya suruh bye bye kat budak taska tu, ok je dia bye bye. Maknanya ok la tu kan. Kat rumah pun ok je main-main macam biasa, sengih-sengih macam biasa. Budak kalau trauma ke apa ke dia akan tukar watak biasa jadik pasif n asyik nangis. Saif ok, macam biasa. Pernah saya try sekodeng waktu tengahari tapi tak nampak pape sebab langsir tutup semua kan. Tapi suasana senyap je masa tu, takde plak suara Saif nangis (sebab budak taska tu kata Saif nangis dari pagi sampai petang). Pastu dengar plak owner taska tu dok berzikir menidokan budak, so saya rasa ok la tu kot. Naluri keibuan saya ni pun rasa Saif selamat dan ok di situ cuma dia sedih je tak dapat melekat dengan mamanya 24 jam.

Cuma entah la mungkin dia nak tunjuk protes sebab kena tinggal kat taska, makanya bila kat rumah selalu gak la tetiba je dia nak meleding-leding mengamuk. Tau meleding tu camne. Tu haaa..dia dongakkan kepala dia sampai melengkung badan. Kalau tak disambut memang berdentum terlentang ke lantai. Asal ada benda tak dapat je nak meleding. Penah sekali tu saya jemput dia balik. Dalam kereta biasala borak2 dengan dia. Biasanya dia akan sengih2 la. Tapi time tu Saif bolayan je, siap muka tu tengok luar tingkap keta, tak pandang mama pun. Muka masam. Merajuk!

Tak dapat bukak pintu bilik. Dia melalak2 siap menyelit celah-celah tu.

Pastu sejak peknen ni, susu makin kureng tapi Saif still df. Malam-malam buta kalau dia mengempeng tak dapat susu, tengah malam buta tu jugak la dia mengamuk. Cam malam tadi, pukul 3 pagi, dia mengamuk2. Ingatkan sebab dia tak jumpa nenen ke apa, tapi bila bagi dia mengamuk2 tolak siap merajuk pi penjuru katil telekup muka nangis. Alahaiii..jenuh mama papanya dok pujuk. Lama pujuk..baru la dia diam. Try offer nenen lagi, dia nak plak. Baru la tido semula. Mama papanya plak bijak bestari da tau kena ajar anak botol, tapi tak ready pape. Nak bancuh susu pun air panas pun takde. Nak masak air panas tang tu jugak lagi la mengamuk anak teruna tu karang. Seb baik la dia terima gak offer nenen tu walau ntah susu ada ke takde.

Pagi-pagi hantar dia ke taska, bila parking je depan taska tu, dia tau dah. Dia start da resah dan berbunyi ehekk..ehekk..Bila serah je kat budak taska terus waaaa...melalak tak ingat dunia sampai merah-merah muka. Mama ni keraskan hati je la, nak buat camne da terpaksa. Kalau la mama boleh jadi suri rumah, memang mama lagi rela dok umah hadap kamu 24 jam je sayang oiii...

1hb Jan 2014 nanti akan hantar Saif ke taska baru. Taska KPT. Hopefully Saif dapat la sesuaikan diri kat sana. Takmo tantrum lagi.


1 comment:

  1. Oloh..oloh..pity saif..
    InshaAllah lelama nti get used la

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...