Wednesday, January 30, 2013

Bila Saif 8 Bulan


Dah lama tak update perkembangan Saif. Saif da 8 bulan seminggu baru la berkesempatan nak update. Sebagai ibu memang seronok melihat perkembangan Saif dari mula lahir sehingga sekarang. Daripada mula-mula dulu baiiikkkkkkkkkk sangat sampai la ni da jadi manjaaaaaaaaaaaaa sangat. Tak boleh berenggang dengan mamanya. Memang membataskan pergerakan saya tetapi saya bersyukur dan gembira sebab itu tandanya kasih sayang yang saya beri padanya telah melimpah ruah sehingga tak pandang orang lain da. Memang anak omak la!

Sebelum masuk 8 bulan hari tu, Saif da mula angkat montot sebagai langkah pertama untuk mula belajar merangkak. Tapi sehingga kini, angkat montot tu je la, goyang-goyang depan belakang, pastu penat puuupp! Dia jatuhkan badan dia, lagi senang menyusur katanya.

- action je lebeh -

Gigi sudah ada 4 batang. Mula merasa trauma tiap kali nak df sebab memang terasa giginya yang tajam tu. Sebelum ni just gigi bawah je so tak terasa sangat sebab lidah dia akan mengalas setiap kali df. Bila da ada gigi atas ni, rasa lebih mudah untuk dia gigit biskut. Kruukk..krukk bunyinya bila gigit biskut, seronok mama dengar.Hihi..


- payah nak ambik gambo gigi budak ni tau -

- seronok tengok dia makan biskut kruukk kruukk bunyinya -

Perangai makin mengada-ngada. Balik dari kampung minggu lepas dia dapat pe'el baru, suka buat bunyi mengada-ngada. Ekkk..ekkk..bunyinya. Ble naik stress bila tiap kali dia buat bunyi tu sebab semua benda akan jadik tak kena. Dah pandai campak-campak barang. Contoh kalau dia da bosan dok kat walker dan dia nak kuar, pujuk la macam mana pun bagi mainan@barang apapun, semuanya dia akan campak tanda protes. Seb baik mama kau ni penyabor tau tak!

Mulut makin becok. Makin banyak bunyi yang kedengaran. Maaa..maaa.. baaa... baaaa.. jeee..jeee..teehhh..teehh. ...ndddee..neeennn..drrrrr.. Celik bijik mata terus je bunyi "nnndehhh..dehhh..."sambil mata tengok kipas. Berbual dengan kipas agaknya say "Good morning kipas!" Bercakap tu dengan beria-ia plak tu macam berborak betul.

Sehingga kini juga perjuangan untuk bf masih diteruskan. Alhamdulillah masih ada rezeki untuk Saif walaupun stok semakin kritikal. Kena usaha lebih giat lagi nih. 


Tuesday, January 29, 2013

Panik Bila Saif Hilang!

Bukan rupa sebenar - sumber:google

Ini cerita fresh yang baru berlaku beberapa jam lepas. Pukul 2 pagi, saya terjaga bila Saif main tampar-tampar muka saya. Klepeekk..klepeekk bunyinya. Tak puas tampar mama, tampar papa plak. Adeh..ngantuk dan letih, saya tak hiraukan Saif sebab yakin tak ada apa yang perlu dirisaukan sebab katil da bukak, so risiko jatuh katil tu memang da takde.

Saya terlelap sedangkan Saif masih rancak bermain, merayap sana-sini. Tiba-tiba terjaga, saya nak peluk Saif kat sebelah, dia takde. Saya bingkas bangun. Tengok plak sebelah kanan kot-kot tergolek tepi tilam, pun takde. Cepat-cepat angkat selimut kot-kot Saif sembunyi bawah selimut. Terus plak tolak Encik Suami yang sedang tido, menyangka Encik Suami tertindih Saif time tido, pun takde.

Saya da panik. Saif hilang!

Saya rasa macam hilang akal sekejap. Sambil goncang-goncang Encik Suami saya dok terjerit-jerit "Abang! Bangun bang! Saif mana???! Saif takde!"

Encik Suami pun cepat-cepat bangun mencari sekitar kiri kanan tilam pun takde. Tiba-tiba terdengar suara halus "Ekk..ek.."

"Haaa..tu dia Saif.." Encik Suami menunjuk pada Saif yang da tergolek hujung tilam. Dia tersepit antara tilam dan almari so tak boleh nak gerak da. Nak meniarap bangun semula da takboleh so dia terlentang je dengan muka happy tak bersalah buat mama risau nak gugur jantung dibuatnya tadi.

Ilustrasi hodoh - tempat Saif ditemui


Cepat-cepat Encik Suami angkat Saif ke atas tilam semula. Sengih je budak ni. Encik Suami pun terbahak-bahak gelak tengok mamanya kalut, muka da pucat bila anak hilang tak sampai seminit.
(Terus terfikir, macam mana la perasaan ibu bapa yang hilang anak cth macam William tu.. :(

Bila keadaan da tenang, Encik Suami kata "Sakitlah ayang pukul abang tadi."

Errkk..ada pukul ke?

"Ya, ayang pukul. Tumbuk gedebukkk kat dada ni ha. Tapi ok la, abang rasa batuk abang cam da ok sket lepas ayang pukul tadi."

Langsung tak sedar! Punyalah panik sampai apa yang saya buat pun tak sedar. Actually mungkin saya boleh nampak Saif kalau saya carik cermin mata saya dulu. Ni da panik terus meraba-raba carik anak dengan mata rabun, memang la tak jumpa. Terus fikir, kena buat lasik ni. Susahnya mata rabun tengah-tengah malam carik anak pun tak jumpa. Aiihh..

Monday, January 28, 2013

Jangan Pandang Ringan Walaupun Nampak Ringan

Tension, banyak post pending sebab tertinggal cable hp kat rumah. Susah betul bila ultrabook ni tak dapat detect bluetooth. Kena claim warranty la nampaknya. Saya memang tak suka post tanpa gambar. Haihh..

Berbalik pada tajuk, pagi ni baca post ringkas daripada Ben Ashaari pasal anak dia, macam biasa la. [post]. Yang menarik perhatian saya bila dia menyelitkan cerita tentang anak jirannya yang da berusia setahun lebih jatuh katil. Pada awalnya bajet takde pape sebab anak tak menangis beria. Tapi beberapa hari kemudian, kepala anak mula membengkak. Bila bawak jumpa doktor rupanya ada darah beku, tak pasal-pasal kena bedah.

Kesian, benda macam ni memang da selalu sangat berlaku. Sesetengah ibu bapa pandang ringan perkara ni sebab menganggapnya sebagai kebiasaan. Tu budak da setahun lebih, da kira besar jugak la tu. Kalau baby? Yang kepalanya masih lembut? Aduii..ble kemik kepala dibuatnya. So saya tak faham bila ada sesetengah orang lagi rela anak jatuh katil 3,4 kali pun takpe, tetap tak nak bukak katil asalkan bilik nampak kemas dan cantik dengan adanya katil, xde la nampak cam rumah pelarian ntah apa-apa ntah. 

Ada ambik pendekatan letak bantal dan toto keliling katil in case anak jatuh pun still jatuh di tempat beralas. Tapi sedar tak tentang cara anak tu jatuh? Kot time jatuh tu leher anak terkehel ke, nauzubillah. Tak pun da jatuh, tergolek plak bucu almari yang tajam. Adoii..

Sama jugak casenya dengan carseat. Dari awal lagi kena train anak dok dalam car seat. Kalau anak tak mau dok dalam car seat, anak dan ibu kena dok kat belakang jadik mem besar. Biar papanya je drive. Tak paham jugak perlu ke mesti nak dok sebelah driver jugak sambil pangku anak. Case serius anak kawan saya sendiri masa tu berapa bulan ntah, baby lagi la masa tu, terhantuk ke dashboard bila accident berlaku. Luka luaran tak nampak serius tapi dalaman? Memang kena operate kepala weii. Time tu nak menyesal pun perkara da berlaku. Kesian anak kecil jadik mangsa kealpaan ibu bapa sendiri.

Actually memang takboleh pun ibu pangku baby kat depan. Sebab pernah dulu makcik pangku baby kat depan kena tahan polis time roadblock, kena pindah dok belakang. Polis memang tak bagi pangku anak dok depan sebab bahaya. Samada ibu dan anak dok belakang jadik mem besar atau dudukkan anak dalam car seat.

Pernah jugak saya nampak anak diletak dalam car seat. Bagus. Tapi yang tak bagusnya anak yang masih taraf baby tu dok dalam car seat kat belakang. Mak ngan bapaknya kat depan. Kot tetiba baby tu muntah ke, tersedak ke, mak pak pulak tengah rancak berborak kat depan langsung tak perasan apa jadik kat anak.

Keselamatan adalah keutamaan dan bukanlah perkara main-main. Bak kata Ben, jangan pandang ringan walaupun nampak ringan.

Wednesday, January 23, 2013

#Wordless Wednesday : Aksi-aksi terlampau lagi melampau


 

 




Aksi-aksi seterusnya terpaksa disekat atas faktor keselamatan.

Sekian.

Monday, January 21, 2013

Bye Bye Katil Kecintaan

Dah macam-macam alasan saya bagi.
Dah macam-macam pujuk rayu saya beri.


Tak berhasil.

Pasrah.

Selama ni bila Encik Suami sebut-sebut pasal nak bukak katil, saya pekakkan telinga. ~Lalalala..tak dengar..tak dengar..Tapi entah lama kelamaan saya makin rasa tak sedap hati. Sebab da banyak kali bila saya terjaga waktu malam, Saif memang da sipi-sipi lagi nak terjun dari katil dengan muka excited. Dia ingat jatuh tu best agaknya. Syukur Saif masih dalam lindungan malaikat penjaga. Saya percaya memang ada malaikat yang menjaga anak-anak kecil.

Antara alasan yang saya beri "Mak abah kita dulu takde pun bukak-bukak katil, takde pun jatuh." Confident je saya tak pernah jatuh masa kecik-kecik dulu.

Jawab Encik Suami, "Katil zaman dulu lain, ada penghadang kat hujung tu. Katil ayang ni mana ada penghadang hujung tu."

Ada betulnya jugak. Dah kalah 1-0 kat situ.

Dan satu sebab lagi, saya tak percaya diri saya sendiri. Sebab saya ada masalah bila tidur tapi pada masa sama buat benda di luar kawalan. Multitasking kekdahnya sampai bawak ke tidur! Contohnya saya boleh sms sambil tidur. Banyak kali da Encik Suami dapat sms ntah ape ape ntah daripada saya. Dan pernah masa dalam pantang, saya mengantuk sangat masa menyusukan Saif. Masa tu menyusukan sambil duduk bersandar. Dan saya sangat pasti yang saya memang takde letak Saif atas tilam bila saya terlelap. Tau-tau je bila saya tersedar, Saif da siap-siap tidur atas tilam. Beberapa kali jadik macam tu. Dan beberapa hari sudah sambil mamai-mamai saya peluk Saif yang sedang merayap atas katil dan saya golek kiri kanan kiri kanan sambil peluk Saif. Tetiba saya tersedar, "Eh, apa aku buat ni?" Terus cepat-cepat baringkan Saif kat bantal dia. Terkejut sekejap dengan perilaku sendiri.

Bab mengigau toksah cakap la, memang diwarisi dari generasi ke generasi.

Dan tak mustahil kalau satu hari saya sendiri yang 'ter'tolak Saif jatuh dari katil! Astaghfirullahalazim..semoga tak berlaku macam tu.

Juga setiap kali mandi waktu pagi sebelum pi keja, memang risau sangat kalau-kalau Saif jatuh. Kejap-kejap bukak pintu bilik air mengintai Saif kalau-kalau terjaga. Dan memang kerap Saif terjaga masa saya tengah mandi. Terus dia merayap laju nak terjun katil, nak join mandi sama kekdahnya. Kelam-kabut saya kuar angkat Saif dan letak dia kat lantai. Dan terpaksa berus gigi kat dalam bilik sambil pujuk-pujuk Saif yang tetap beria-ia nak ikut mandi sama. Aiihh..

Saif tak pernah jatuh katil lagi. Tak pernah dan saya tidak akan pernah biarkan perkara tu berlaku. Sedikit pengorbanan TERPAKSA saya buat agar rekod tidak pernah jatuh katil itu tidak tercalar. Saya tak nak bila da terhantuk, terjatuh tergolek baru nak terngadah.

Petang Sabtu nak indah, tibalah moment itu. Moment yang mana katil kecintaan saya akhirnya ditanggalkan. Diburaikan. Bye-bye my dear katil. Baru berangan nak deko bilik ala-ala hotel, mana datang bilik hotel takde katil. Suka la tu Encik Suami sebab dapat mematahkan ego saya yang beria-ia tak nak bukak katil sebelum ni.

Saya pasrah. Demimu Saif, takpelah...saya pejamkan mata saja melihat bilik yang sudah rongak tanpa katil. Hanya tilam yang terlentang menghiasi ruang. Jiwa rasa kosong. Tak best, memang tak best. Biasanya saya akan campak dulu sejadah dan telekung atas katil sebelum pakai sembahyang. La ni, saya campak juga tapi terpaksa plak nak bongkok ambik kat tilam. Tak bestnya!

Dan nak jadi sejarah pagi Ahad itu, Saif jatuh juga akhirnya. Tapi nasib baik katil da takde, hanya jatuh dari tilam. Tu pun jatuh atas bantal yang seriously saya tak tahu bila masa bantal tu da ada siap-siap kat tepi tilam menyambut Saif yang tergolek (sekali lagi Saif dilindungi..syukur Ya Allah). Selamba je dia sengih tanpa rasa bersalah padahal mamanya nak sakit jantung tengok anak da tergolek. Alhamdulillah..ada hikmah tersembunyi bila dengar cakap suami. Bayangkan kalau saya masih berdegil tak nak bukak katil, pasti saya akan diselubungi sesalan dan rasa bersalah kalau ditakdirkan Saif memang akan jatuh katil pagi tu. Dan pasti Encik Suami akan membebel sambil terus kapak katil yang buat Saif tergolek jatuh katil sampai bengkak kepala atau terkehel kaki atau apa-apa je la yang tak ingin saya bayangkan. Syukur semua tu memang tak berlaku.

Dan bila saya cakap dengan Encik Suami nak pasang balik katil bila Saif da besar, selamba Encik Suami jawab, "Time tu takut adik Saif jatuh pulak."

Aaaah..pulak!

p/s : La ni bila masuk bilik, rasa macam lapang pulak. Sedapkan hati!

Friday, January 18, 2013

Impian 2012 Tercapai Pada 2013

Perghh..lately busy yang amat. Makin lama rasa makin menyampah plak dengan manusia-manusia kat opis ni yang empati tahap zero. Nak update blog kat opis la ni memang tak dan la. Harapkan balik umah nak online, hajat nak melawat blog rakan-rakan tapi ada je keja yang ntah ape ape ntah yang dibuat. Hari ni takde basuh baju, rasa relax sikit ~ xde kaitan.

Back to topic sebelum Saif terjaga ajak tido dalam bilik, kan sebelum ni saya da cerita pasal meja makan idaman saya tu. [post]  Gigih saya ambik cuti hari Jumaat lalu semata-mata nak beli meja IKEA. Haha..Selagi tak dapat selagi tu saya akan ungkit sampaikan Encik Suami pun pasrah, ok la jom kita pi beli. Saif kena tinggal umah bs, kalau Saif ikut, memang tak muat kereta. Huhu..

Tak ingat idea bernas sape ntah yang bagi idea pasal bukak kotak untuk muatkan meja tu dalam kereta. Memang marvellous! Tapi saya tak bukak pun kotak tu but just saya lipatkan bahagian ruang kosong pada tepi kotak tu untuk muat-muat masuk dalam kereta. But idea tu memang memberi inspirasi pada saya bahawa kotak tu sebenarnya yang menyemakkan ruang!

Maka tercapailah impian saya. Dah sampai ke rumah tu, satu ke hal pulak nak memasangnya kan. Manual pemasangan diberi so ikut je la. Senang je. Kerusi tu semua saya yang pasang sendiri sambil tengok-tengok Saif yang lena tido (multitasking itu penting). Meja je la perlu Encik Suami yang pasangkan sebab saya tak berapa nak paham manualnya(slowww). Huhu.. Meja tu dah la pasang kat ruang tamu sebab sambil pasang sambil Encik Suami nak tengok cerita Lagenda Budak Setan 2 kat TV. Cett..kata tak suka movie Melayu tapi layan jugak!


 Tangan pegang manual, mata hadap TV

Tau sangat da apasal Encik Suami beria-ia nak tengok cerita melayu petang-petang ni..

"Mama, Saif nak tolong, ble?" kata Saif sambil buat muka cute.

"Wahhh..spanar ni macam nyumm..nyum jek..ngapp!" 
" SAIIFFFFFFFF!!!!" pitching mama pun naik.


Mari kita tengok hasilnya menggunakan kamera canggih. Hp camera tak dapat beri efek yang mengagumkan. Hehe..


 
 
Smart kan? Hehehe..da memang feveret sendiri harusla puji sendiri.


 Untuk Saif tidak dilupakan. Mama beli feeding set n mangkuk + cawan warna warni pelangi IKEA.

Ayam tandoori berempah sempena merasmikan meja makan baru dan sebagai tanda terima kasih pada Encik Suami sebab pasangkan meja.

 
 Masak lemak labu yang bukan faveret papa tapi faveret mama..hehe..

Thursday, January 17, 2013

Hentikan prejudis

 Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Pertamanya, saya nak ucap terima kasih banyak-banyak pada rakan-rakan yang ada memberi galakan dan motivasi untuk saya meneruskan misi breastfeeding ini. Tapi dalam pada tu macam biasa pasti ada Anonymous yang tak faham bahasa, maybe failed subjek Bahasa Melayu dalam SPM.

Baca betul-betul...fahamkan.

Sukacita saya tegaskan di sini bahawa saya tidak pernah sekali-kali nak kondem mana-mana ibu yang memberi fm kepada anak mereka. Saya tahu ada sesetengah ibu yang fanatik dengan susu ibu ni melabel pemberian fm ni ibarat memberi susu lembu so anak pun akan jadik anak lembu.

Baca betul-betul post saya tu, tang mana saya ada sebut pasal lembu. Sesiapa yang kata minum susu lembu jadik anak lembu tu, dialah lembu yang sebenarnya. Dah elok-elok anak manusia nak dikata anak lembu plak. Siap ada yang menangis-nangis sebab terpaksa beri anak minum susu lembu macam lah anak tu akan bertukar jadik lembu.

Saya sendiri tak faham kenapa bila sebut fm je nak kaitkan dengan lembu. Padahal banyak fm lain yang susu kambing, susu soya tapi tak pulak disebut-sebut. Kesian lembu, asyik jadik mangsa cemuhan.

Memang saya dalam dilema untuk memberi fm kepada anak saya tapi bukan kerana fm itu susu lembu tapi kerana saya menyalahkan diri saya yang tak berusaha sungguh-sungguh untuk terus meng'supply'kan SI kepada anak saya (sehingga kini saya masih cuba-InsyaAllah). Perasaan saya boleh diibaratkan bagai ibu yang hendak melepaskan anak pada hari pernikahan. Anak yang selama ini menjadi tanggungjawab kita, nak diserahkan tanggugjawab itu kepada orang lain. Tak ke sedih tapi saat itu tetap akan tiba. Bezanya cepat atau lambat saja. Ok, da mengarut. Berbalik pada topik, saya rasa adalah lebih baik saya bagi fm daripada membiarkan anak kelaparan dek prejudis terhadap fm.

Kebetulan semalam saya baru terbaca satu post daripada seorang ibu ni dalam satu group di FB. Ibu ini tegar menahan anaknya daripada makan sehingga si anak mencecah usia 1 tahun semata-mata nak mencapai status ekslusif breastfeeding sehingga 2 tahun (means fully bf tanpa campur minuman/makanan). Tapi akhirnya tewas bila si nenek yang tak sanggup lihat cucunya kelaparan menyuapkan makanan. Reaksi si cucu? Makan dengan selera sekali. Ye la, patutnya masa 6 bulan lagi da makan, dok tahan-tahan tak bagi budak tu makan apa kes kan.Lain la kalau dia memang spesis tak nak makan. Kehidupan zaman sekarnag tak boleh disamakan dengan zaman dulu. Maaf kalau pendapat saya ini salah.Tapi kalau kau memang boleh ekslusif bf sampai 2 tahun, saya memang tabik springgg..

Satu lagi senario adalah bila ibu yang memperjuangkan SI ini dok kondem-kondem pasal susu lembu. Tapi bangga cerita bagi anak makan macaroni cheese, pasta cheese..bla bla cheese bagai. Bukan ke cheese tu sendiri dibuat daripada susu lembu. Dah tu anak kau makan makanan berasaskan susu lembu takpe pulak kan.

Sesungguhnya saya memang bangga bila dapat menyusukan Saif sehingga saat ini. Tapi saya tak pernah memandang rendah akan khasiat fm. Maaf kalau pendapat saya ini salah tapi walaupun ada yang menyatakan khasiat fm bersifat sintetik iaitu buatan dan bukannya semulajadi tetapi khasiat tetap khasiat. Vitamin tetap vitamin walau dari mana ia berasal. Saya tak tau pulak kala-kalau vitamin dalam fm boleh berubah jadi sel penyakit, sori saya tak tau. Cuma yang pastinya SI memang yang terbaik, tiada tandingannya walau disaingi oleh pelbagai jenama fm.

So, harapan saya buat ibu-ibu yang bf, teruskan usaha murni kita, toksah nak prejudis pada orang lain. Nikmat Allah bagi anytime boleh ditarik balik. Dan pada ibu-ibu yang memberi fm, jangan mudah terasa dan melenting tak tentu pasal bila sebut pasal pemberian fm. Ini saya punya post sikit pun takde sebut walau satu pun perkataan lembu tapi kau Anonymous da melenting tak tentu pasal nak terasa apahal. Ini pun sama je prejudis jugak.

Yang pastinya kecik-kecik dulu saya memang minum fm. Alhamdulillah sihat walafiat hingga kini, ok je boleh pun masuk universiti. Harapnya Saif pun begitu malah lebih bijak lagi dengan tambahan khasiat SI.

Sekian, hentikan prejudis.

Wednesday, January 16, 2013

Dilemanya..aaa..

Third post for this new year?? Oh my..betapa saya perlu mencuri sedikit masa untuk menghadap blog kecintaan. Rindu nak melawat blog rakan-rakan, membaca perihal perkembangan anak, mengorek resipi solid food even mencari panduan menghias rumahku syurgaku. Ahh..semua itu seakan berlalu, tak sempat nak catch up dek waktu.

Hari ini, malam ini Saif nampaknya tidur lena. Alhamdulillah. Semoga Allah terus permudahkan urusan saya dalam membesarkan Saif. Dalam pada membesarkan Saif ni, kini saya dalam dilema. Sebabnya? Yaa..susu saya makin merudum. Stok dalam freezer makin menyusut sehingga bikin saya cuak. Bila kira-kira tak sampai 50 oz pun yang tinggal. Oh my..

Dah tu, apa yang dilemanya..Dilemanya la ni saya mula berbelah bahagi samada mahu mula memperkenalkan fm pada Saif. Memang sekarang ni stok masih ada, susu saya masih ada tapi saya khuatir andai kata suatu hari tibanya Hari Merudum Sedunia, masa tu saya baru terhegeh-hegeh nak cari fm nak bagi Saif, khuatir masa tu Saif refuse so nak sumbat apa kat anak tu?

Saya kalau boleh, seboleh-bolehnya cuba untuk menyusukan Saif selama mungkin. Bila mana saya perlu membuat keputusan samada perlu beri fm atau tidak, saya sungguh berat hati. Sungguh-sungguh berat hati! Rasa kejamnya saya merampas hak Saif dengan sengaja. Kenapa saya kata sengaja? Sebab puncanya pun datang dari saya. Saya yang malas mengepam, saya yang abaikan rutin mengepam sometimes pam sekali je kat opis. Saya yang tak jaga makan minum saya. Puncanya memang datang daripada kekhilafan saya sendiri. Bukannya sebab memang takde susu langsung ke atau sebab-sebab penyakit ke apa ke. Tapi sebab saya mama yang malas!

Tambah pula lagi, Saif sekarang da mula demand susu botol. Rekod dunia hari ini, 4 botol yang saya bekalkan habis licin tanpa saki baki! Gembira dan bangga! Walhal sebelum ni susu asyik terbuang je tak minum habis. Ehm..bila Saif da mula minum susu banyak ni saya pun cuak, mampu ke saya menampung bekalan untuk hari-hari seterusnya? Eh..apasal sedih plak ni, patut gembira la kan anak minum banyak.

Saya harap sangat perjalanan untuk menyusukan Saif ni akan berterusan selama yang mungkin. Tiada perasaan yang lebih indah bila bertentang mata dengan Saif waktu menyusukannya. Sambil-sambil main tarik2 rantai, kaki dok kuis sana sini. Walaupun malam perlu berjaga bila si anak datang nak mengempeng, itu la antara nikmatnya menjadi seorang ibu. Seronok, saya sayang moment indah ini dan harap ia akan berterusan.

Dan sekarang, baru la terhegeh-hegeh nak mengepam 3 kali kat opis. Sukar mencuri masa tapi kena buat juga. Doakan misi saya ni berterusan selama yang boleh.

Amin..


Tuesday, January 8, 2013

Saif suka Oat kurma!

Sejak Saif da pandai makan (dan memilih makan), rasanya hampir setiap hari kot saya bukak group solid food kat FB selain daripada blogwalking mencari idea-idea baru untuk makanan Saif. Saif baru 7 bulan ++ so masih tak banyak pilihan makanan yang boleh masuk ke perutnya. But ada jugak la yang saya tak follow sangat food chart tu pun. Asalkan anak tak sakit perut so kira ok la kan.

So, hujung minggu yang aman damai saya mencuba setapak ke hadapan dengan memperkenalkan oat kepada Saif. Nak beli oat ni pun jenuh berfikir mana satu yang nak beli ek. Ada 2 pilihan, Regular dan Instant. Tak tau pilih mana satu. Instruction pun takde kat pack oat tu. So hentam sajalah ambik Instant. Balik umah, check kat solid food group, alamak salah daa..instant tu oat yang da proses, tinggal curah air panas je. Takpelah, at least still better daripada instant food yang lain kan. Takpe..takpe..kot time travel atau nak cepat masak, Instant Oat ni pasti akan sangat membantu, saya yakin.

Organic rolled oat. Jenuh gak nak mencarik ni.

Panjang lebar punya intro. Meh masuk pada cerita sebenar iaitu cara-cara buat oat kurma.


Oat ni saya blend halus supaya bila masak takdelah seketul-ketul nak kena telan. Sama la macam bubur nasi jugak kan. Lepas blend saya terus masak kat dapur. Even namanya instant tapi naluri saya yang paranoid takut oat tak masak dengan air panas je, so saya masak jugak. Air secukup rasa mengikut naluri keibuan masing-masing. Err..ni saya masak guna periuk kat dapur sebab hujung minggu ada Encik Suami yang boleh layan Saif melalak. Hehe..


Dah menggelegak tu, saya campur je la dengan puri kurma secukup rasa. Kan senang tu. Kacau-kacau sampai sebati, kejap je da pekat. So boleh la tutup api. Tunggu sejuk jap then ready to eat.


Bubuh separuh mangkuk untuk first time bagi Saif merasa oat. Kapasiti perut budak tu kecik lagi kot, so tak payah banyak-banyak. Apapun biar mama yang rasa dulu.Ehmm..sedap gak. Pandai mama buat. Hehe..


Dan resultnya, Saif suka! Kejap-kejap nganga nak dan nak lagi. Lambat suap siap ketuk-ketuk walker lagi. Makan sampai habis! Mama bangga dengan Saif. Good boy!

Monday, January 7, 2013

Saya Sayang Rice Cooker Saya!

Banyak-banyak sayang juga buat Erin yang telah memberi idea bernas dan mantap yang berjaya menyelamatkan duit poket saya. Tidak perlu lagi slow cooker, rice cooker biasa aja pun boleh. Tak de lagi bunyi 'ketikkk' dapur yang boleh buat Saif bangun menjerit mencari mamanya dalam gelap.

First step : Bubuh je beras dan air secukup rasa dalam rice cooker tu. Sementara tunggu menggelegak tu, boleh la pi mandi dengan senang hati. Dont worry, tak hangitnye la setakat tinggal 10 minit untuk mandi. Lain la kalau korang mandi sampai sejam kan memang la hangit.

Amaran keras:  jangan tutup ricecooker ni tau sebab nanti airnya akan meruap keluar. Abes sume butir-butir nasi melekat kat tutup periuk korang (pengalaman). Biar je ternganga rice cooker tu.

Step 2 : Da selesai mandi, meh jenguk bubur kita. Ok, da menggelegak, boleh la masukkan puri sesedap rasa. Macam gambar di atas ni, saya letak puri carrot + sweet potato + ayam cincang. Biar mereka menggelegak sebati hingga mencapai tahap kepekatan yang dikehendaki. Sementara tunggu menggelegak sebati tu bolehla pakai baju, mekap2 semua. (ehh..baru nak pakai baju ke.. :p )

Step 3 : Taraaa! Siap! Turn off rice cooker, then cedok la panas2 tu masuk dalam termos. Siap da bekalan untuk anakanda tercinta. 3 step aje pun ha. Sedap ni tau. Err..bubur Saif ni takpayah blend da sebab beras da sangai n kisar halus siap2. Lagipun Saif lagi suka bubur yang ada butir-butir. Bubur blend halus dia da tak layan.

Yang penting senang. Sekejap pun sekejap. Rasanya 30 minit setel da siap masak + mekap2. hehe.. Selesai masalah den. Sayang rice cooker. Banyak jasanya. Steam buah n sayur untuk buat puri pun guna rice cooker ni je senang. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...