Thursday, February 28, 2013

Giler Kentang!

Hari minggu sudah, saya sms papa Saif supaya beli kentang. Sms saya lebih kurang begini :

"Tolong belikan kentang. Da abes. Beli lebih sket, ble buat stok."

Dan bila papa Saif sampai rumah, ini yang diberinya.


Betul-betul banyak kentang! Kata papa Saif :

"Murah je, beli sekarung ni baru RM7.50. Lagi berbaloi-baloiiii..kata nak buat stok."

Ehm..tak tau la tu sindir ke apa. Ikhlas la kot. Takpe la duit dia pun yang beli, bukan duit saya. hehehe... ni kentang banyak2 ni tak tau la tahan berapa lama. Macam nak buat kenduri ghopernye. Sudahnya sebab nak abeskan kentang tu maka buat la macam-macam menu kentang requested by papa Saif. Malam tu makan kentang sokmo sampai muak. Huhu..

 - mashed potatao -

 - sheperd pie -

Untuk Saif mesti la ada menu sendiri kan. Saif memang sangat suka makan kentang. Menu dia mesti ada kentang baru ada selera nak makan banyak. Segala jenis sup..sup ayam, sup ikan, sup bayam pun sume mesti letak kentang. Menu feveret tentulah kentang blend ngan broccoli n cheese. Comfirm licin. Err..sheperd pie tu pun Saif makan gak, tapi saya gantikan beef dengan ayam.

- Kentang dan broccoli kukus -

 - blend dengan cheese + air sket -

 - buat sekali banyak, terus buat stok.

 
 - bukti budak ni giler kentang. Nganga bukan main luas tak menyempat sampaikan nak ambik gambar pun bergegar. -

 - Licin. Puas ati mama. -

Kentang pun kentang la, layankan aje selera western anak, asalkan ada selera nak makan.



Wednesday, February 27, 2013

#Wordless Wednesday

- apa akal saya nak buat kali ni..mmm -

 - nak turun la.. -
 
- dekat sikit, saya yakin boleh -


 - takutttt..tolong.. -

 - adooiii maa..tolong.. -

 - berjaya akhirnya! dapat upah kiss-kiss mama! -


Monday, February 25, 2013

Saif 9 Bulan


Hari ni bersiaran dari rumah. Fefeeling suri rumah gitu. Alkisahnya pagi tadi seawal jam 6 pagi pengasuh Saif call bagitau tak ble jaga Saif hari ni sebab dia tak sihat. Termenung kejap saya di subuh hari. Aiii.. EL la jawabnya. Saif da melompat-lompat gembira kat sebelah, tau-tau je mamanya kena cuti kerja jaga dia hari ni.

Dah alang-alang cuti ni bawak la Saif pi klinik untuk check up. Ingatkan 9 bulan ada cucuk campak, takde eh? Kecewa plak takde cucuk, hehe..Tapi yang bestnya sesi timbang berat. Alhamdulillah, kali ni da naik ke 7.2 kg. Kalau tak sebelum ni maintain 6.7 kg selama 3 bulan berturut-turut. Kecik comel lote je ikut baka maknya kata nurse. Hehe..

Tak lengkap rasanya kalau tak cerita pasal perkembangan budak hensem ni bila da masuk 9 bulan kan. Alhamdulillah, Saif makin baik behavenya. Betul la orang kata perangai budak ni berubah-ubah. Sebelum ni kan pantang kena tinggal je nak melalak keluar anak tekak. Hampir-hampir nak beli buai elektrik, nasib baik sabar tak jadik beli. La ni kalau kena tinggal, pandai la dia ikut nak merangkak ke menyusur ke. Pagi tadi rekod buat pertama kali saya berjaya masak tanpa gangguan Saif. Sebelum tu da tidokan Saif dulu, lena dia tido, mama pun mula projek kat dapur. Siap masak 3 jenis lauk lagiiii..Siap sempat mandi wangi2 lagi. Owhh..heavennya rasa.

- Sometimes teman mama memasak kat dapur sampai tertido-tido, lama sangat mama masak..hehe -

Pastu la ni dia da pandai fokus bila tengok TV terutamanya iklan. Sebelum ni hapah tak mau tengok TV, nak ikut mama je 24 jam. La ni kalau tengah main-main, tetiba keluar bunyi iklan, cepat-cepat dia toleh. Terdiam penuh khusyuk tengok. Dia paling suka iklan susu apa tuh Dutch Lady eh yang ada budak lelaki create tiang yang bila berlari sambil ketuk tiang tu kuar bunyi lagu Happy Besday tu..apa aku tulis ni. Yang pastinya iklan tu la. Dari dapur pun kalau dengar bunyi iklan tu, dia ble terdiam pastu sengih sorang-sorang. Saya perhatikan mostly iklan yang Saif suka tengok adalah iklan susu sebab ada budak-budak pastu ada lagu yang ala-ala merdu gitu.

 - khusyuk tengok Spell It Right -

- "Apa laa..eja tu pun salahhhhhh!"

Mulut makin becok. Tadi kat klinik pun ada sorang baby lebih kurang baya Saif gak menangis masa kena timbang. Sibuk mulut Saif bercakap "Aaaa..aaaa..." Agaknya dia nak cakap, kenapa nangis? Jangan la nangis. Hehe..Pastu ada sorang baby lain masuk, pun dengan peramahnya dia tegur, "Aaaa...aaaa" Haii..betul-betul ikut perangai papanya ni kuat bercakap. Haha..

Dari segi makan plak, memilih gak la. Actually suap apa pun dia nganga je. Tapi dapat la dalam 3,4 suap. Menu feveret dia adalah kentang. Hari-hari kentang, baru la dia makan banyak. Kalau takde kentang, makan cinonet je. Cheese pun dia suka. Bagi kentang cheese atau roti bakar cheese, nganga aje sampai abes. Haiii....selera omputih nampaknya anakku ini.

Advance terus ke meniti. Dah pandai meniti baru la laju merangkak. Skip step la tu. Bab memanjat memang da cukup terer. La ni pandai da panjat berdiri sendiri kat sofa, pastu pandai plak tu turun ke lantai sendiri. Tambah pandai lagi naik bouncer sendiri, pastu main enjut2 dalam tu. Amboii..terbalik karang baru tau.

 -berani lepas tangan tu. perasan da besar sangat la tu -

Waktu tido plak, tak kira la tido awal ke, tido lewat ke tapi asalkan waktu subuh pukul 6 tu  memang dia da terbuntang bijik mata la dengan mulut bising suruh mama bangun. Aiii..jadi masalah sket di situ sebab bila saya nak mandi tutup bilik mandi memang melalak meraung-raung la kena tinggal kat luar sorang2. Padan muka,sape suruh bangun awal.

Dah 9 bulan, perjuangan breastfeeding masih diteruskan. Alhamdulillah..semoga rezeki ini berterusan. Amin.

Friday, February 22, 2013

Alkisah di JPN

Dah lama saya buat IC baru. Hari ni baru sempat nak pi ambik. Tu pun nasib baik ada kawan yang ingatkan pasal IC tu, kalau tak, memang jawabnya IC saya tu jadik pekasam kat JPN.

Tak lama menunggu giliran, nombor saya dipanggil.

"Nak ambik IC baru." Kata saya sambil menghulurkan IC lama. Encik JPN mengambil IC lama saya tanpa melihat muka saya. Matanya tertumpu mencari IC baru saya dalam himpunan kad yang diikat dengan getah. Tak sampai seminit, kad saya dia jumpa.

Matanya membelek IC baru saya. Kemudian mendongak melihat saya pula.

"Comey laa.." Spontan dia berkata.

"Haa..comey?" Saya terpinga-pinga jap. Blur. Pada masa sama saya mengambil IC baru saya daripada tangan Encik JPN itu.

Encik JPN senyum.

Saya terus keluar.

Masih blur. Gambar cikai takde mekap langsung even lipstik tu pun dia kata comey. Padahal tu gambar sebelum makan pure marine collagen. Agaknya kalau buat IC la ni selepas makan PMC tu, apa agaknya Encik JPN tu akan kata.

Jelita?

Menarik, tertarik kau memang daboomm?

Korang dapat capai tak apa moral of the story post saya kali ni?

Moral of the story : Pi la buat IC baru. Sepuluh hengget je pun.

 
Gambar sebelum : IC lama


 Gambar selepas : IC baru

p/s : Nampak beza muka dulu ngan sekarang. Seb baik bukan artis, kalau tak, mesti orang da fitnah saya buat pembedahan plastik atau cucuk botox.

Wednesday, February 20, 2013

Suspek Pepijat!


Ini gambar belakang Saif. Petang tadi masa nak ambik Saif, bs tunjuk kesan bintat2 merah kat belakang Saif. Ewww..banyak, macam geli menengoknya pun ada.

Mula-mula saya suspek semut. Biasalah budak tengah sibok merayap, kena gigit semut tu da lumrah la kan. Bila citer kat Encik Suami, dia kata kalau bintat banyak pastu rapat2 tu tandanya kena gigit pepijat. Aaahh..sudah. memang bintat2 tu rapat2. Maknanya kena gigit pepijat la ni?

Terus cek celah tilam, bantal, selimut semua takde pun pepijat. Rasanya takde kot sebab cadar tilam ni pun ada anti bug protection. Maybe punca dari rumah bs. Sok nak cakap ngan bs, suh dia cek rumah dia betul2. rumah dia bersih tapi mana la tau kot ada pepijat tersembunyi kan.

Kesian Saif. Saya tak pernah kena gigit pepijat so tak tau la ada rasa gatal ke tak tu. Tapi saya yang menengoknya ni pun rasa meremang bulu roma. Eiii..

Jujurlah Bila Berniaga

Saya yakin kebanyakan orang pernah membeli barang secara online. Saya tak terkecuali. Shopping online memang superb senang. Even nak makan pun boleh secara online. Order online then ting!! "Pizza delivery!"

Saya memang suka online shopping. Kalau saya berada dalam zon 'tak busy' memang dok klik sana sini je la cari barang nak dibeli. Lagi plak bila da ada baby, banyak barang2 baby terutamanya baju yang susah nak carik di kedai boleh dapat secara online. Senang!

Saya tak pernah lagi ditipu tahap beli barang tapi tak dapat barang. Cuma yang tak bestnya bila ada sesetengah peniaga ni yang tak jujur. Pernah sekali tu saya order baju warna putih saiz 3 months. Yang dia post kepada saya baju color merah saiz 12 months. Ikutkan takde masalah pun, at least barang dihantar jugak la kan. Masalahnya tau-tau je la anakku Saif tu masa kecik-kecik newborn dulu kulitnya tampuk-tampuk manggis gitu, nak pakaikan baju color merah menyala? Jangan..saya tak sanggup anak saya jadik bahan gelak orang. Dah tu Saif tu kecik, bagi baju saiz besar mana ble nak pakai.

Saya PM dia kata nak tukar baju tu dengan color putih. Saya tak kisah pun kalau kena tanggung kos penghantaran semula sebab saya memang nak baju tu. Tapi dia tak reply PM saya. saya tunggu 2,3 hari pun dia tak reply. Amboihh..time orang nak beli laju ke reply. Bila da ada problem camni, kau buat senyap pulak?

Apa lagi, saya pun PM la sound bab customer relationship management bagai barulah dia reply. Katanya dia tak online so tak baca PM saya padahal saya cek facebook dia, ada je dia reply komen kat wall dia setiap hari. Auta la tu. Pastu dia kata baju saya nak color putih tu da abes stok. Kalau abes stok bagitau la awal2, yang pandai2 ganti color lain sape suruh. Saya minta dia ganti balik duit saya, baju merah tu saya nak pulang semula. Tapi dia kata takpe, dia pulang duit, baju tu tak payah pulang. Cuak la tu! Tapi baju merah tu memang saya tak pakaikan pun kat Saif sampai la ni sebab saya rasa baju tu bukan hak dia. Seb baik betul dia pulang duit tu. Dan peniaga tadi saya da blacklist even dia promo kaw-kaw murah lagi. Nyampah!

Terbaru, saya ada beli barang lagi. Dengan orang lain plak la. Barang ni kena tempah. Saya bayar deposit lama da. Dalam sebulan dia wat senyap, saya PM bila ble dapat barang. Dia kata kalau nak, buat full payment nanti dia pos minggu tu jugak. So saya pun buat full payment. Bagi alamat semua ok dia kata akan pos mnggu tu. Tunggu punya tnggu. Minggu tu berlalu gitu je. Minggu depannya saya dengan sabar PM lagi, da pos ke. Dia kata dia akan pos Sabtu minggu tu (berapa banyak minggu tu daaa). So saya sabar tunggu lagi. Selasa minggu depannya lagi saya masih tak dapat barang saya PM lagi, saya mintak tracking number. Dia bagi. Tapi bila saya cek, no record found. Fikir positif maybe pejabat pos tak update lagi. Tunggu lagi punya tunggu takde jugak!

Pastu baru kejap tadi saya cek nombor tracking tu, parcel tu baru dipos hari ni! Bayangkan la daripada 3 minggu lepas punya cerita kata nak pos, tak pos-pos jugak. Nombor tracking tu saja dia bagi awal-awal kononnya dia da pos padahal tak pos pun lagi. Bengang. Tengok la minggu depan sampai ke tak barang tu. Nampaknya sorang lagi akan masuk blacklist.

Peringatan daripada saya, kalau nak meniaga biarlah jujur. Kalau memang tak sempat nak hantar, bagitau je lambat hantar. Takpe, kalau dapat customer timbang rasa macam saya, saya memang akan sabar menunggu. Kalau rasa susah nak bagi komitmen bila berniaga tak payah la berniaga. Kita beli online sebab nak cepat tapi kalau dapatnya lambat baik tak payah.

Wednesday, February 13, 2013

Review : Digital IQ Warmer Avent

Haiii..Hari ni semua bekerja ke? Nasib badan hari ni masih bercuti. Ikutkan hati memang nak pergi kerja banyak kerja yang tergendala. Tapi sebab bs Saif pi bercuti so saya ambik la cuti EL hari ni. EL la sangat padahal da plan pun. huhu..

Berbalik pada topik, ini adalah post yang da lama terperam menjadi jeruk dalam draft ni. Lama peram sebab malas nak transfer gambar. Memang da jadi kemalasan saya untuk cucuk kabel tak kira la kamera ke, hp ke..malas.

Da masuk perenggan ketiga pun tak start cerita lagi ni apa da melalut. Ok..ok..nak cerita la ni. Nak cerita pasal satu lagi gajet yang memang awesome. Haa...bagi ibu-ibu yang bf baby (samada masih atau pernah), mesti familiar dengan penggunaan warmer kan. Macam-macam brand warmer ada. Yang biasa mommies guna adalah LittleBean, Autumnz, Snowbear, TommeeTippee dan Avent. Warmer ni semua jenis yang pusing-pusing tombol tu kan nak set suhu 40 darjah, 70 darjah atau 100 darjah tu kan. Sebelum ni saya beli warmer Little Bean untuk kegunaan bs. Ok la warmer ni memang membantu cuma mengambil masa yang lama untuk panaskan ebm (antara 10-15 minit gitu). Sempat la anak meraung-raung baru la ebm suam-suam kuku.

Alkisah masa kursus PPK hari tu kan saya ada bawak Saif tapi tak bawak warmer plak. Balik ke Karak malam tu tapi sebab da lewat malam, segan nak ketuk pintu umah bs nak ambik warmer so pi ketuk umah opismate plak. Pinjam warmer. Macam canggih warmer dia ni, first time tau kewujudan Digital Warmer ni. Oh ye, warmer ni daripada brand Philips Avent.

Bila da guna, memang terbukti akan ke'best'annya (apa bahasa aku guna ni). Kalau setakat nak panas ebm tu, 2 minit je da ble siap! Pantas dan tuntas kekdahnya. Terus daku berkenan, balik kursus terus google carik beli warmer ni. Selagi tak dapat selagi tu meroyan. Haha..

So, bila dah dapat memang teruja la kan. Warmer ni saya letak kat umah saya. Umah bs still pakai LittleBean tu. Actually warmer ni saya gunakan lebih untuk tujuan panaskan solid food Saif. Memang la mudah. About 5 minutes, Saif's solid food da ready!

Apa yang lagi bestnya adalah, warmer ni sebab digital kan so kita boleh pilih suhu samada room temperature, chiller or freezer. Kot nak panaskan ebm dari chiller,pilih menu chiller then setkan amount (oz), dan dia akan terus start panaskan dengan sangat pantas!

Tak payah banyak cerita, meh layan gambar baru clear pandangan masing-masing ye.

Ni dia rupanya.

Belah kiri tu adalah pilihan menu dia. Gambar botol susu kalau nak panaskan ebm dan gambar mangkuk tu untuk panaskan solid food. Bawahnya ada gambar rumah untuk room temperature, gambar peti ais untuk chiller dan gambar snowflakes untuk freezer. Tengah-tengah tu pilihan amount. Kot nak panaskan ebm 2 oz, tekan je la button tu sampai 2 oz. Then dia terus la start panaskan.

Bila da siap, lampu kat tengah tu akan menyala semua dan berbunyi "Tiitt..titt..tittt.." So boleh la keluarkan. Kalau tak kuarkan terus pun, dalam masa beberapa minit dia akan shut down sendiri.

Bukak je penutup tu untuk kuarkan. Yang ni saya panaskan solid food. Gunakan storage cup yang dapat masa beli blender Philips Avent dulu tu. Actually any storage pun boleh guna. Even nak masukkan botol Heinz puree tu pun boleh tapi kena check label dulu la tahan panas ke tak.

Dia ada cam sudip kat tepi tu so ble la 'sungkit' storage tu naik. Panas, kena pegang dengan kain. Tapi luaran tu je panas tapi dalamnya tu suam-suam sesedap rasa je. Memang secukup rasa untuk terus bagi anak makan.

So, tu je la review saya mengenai warmer ni. Memang best. Saif da start drama saya tak layan dia. K, bye.

Friday, February 8, 2013

Terjebak jugak akhirnya..huhu..


Benda tengah hot sekarang apa lagi kalau tak Pure Marine Collagen ni. Kekdahnya dari dulu lagi zaman anak dara memang la selalu ambik Soy Collagen tu, terbukti keberkesanannya tau. Sampaikan kawan opis pun tak cam "Eh..lecturer baru ke tu? " Hahaha..bangkit dari mimpi. Tapi bila bf anak ni kena lah memilih sket supplement apa nak diambil. Bulan lepas ada beli vitamin kat farmasi yang ada macam2 ingredient la royal jelly la, EPO la macam2 la. Resultnya, jerawat besar2 naik aiiihh..Tension mak. Sakit tau kalau Saif datang gigit dagu ni tang jerawat tu, maunya Saif sket lagi nak makan penampor. Haha..

Ingin nak ambik Beautskin Essence yang kononnya ramai artis consume tu, tapi since saya ni bf anak lelaki so hasrat tu terpaksa dilupakan. Tak tau la betul ke tak tapi ramai kata, benda tu melibatkan hormon kewanitaan gitu so nanti hormon tu berpindah ke anak jantan yang bf tak pasal-pasal anak tu jadik 'sutun', jangan salahkan ibu mengandung ok! Apapun anak didahulukan, kecantikan tetap diutamakan. Giteww..haha..

So bila baca blog Aty n Farah Keifli tu, tergoda la jugak dengan PMC ni. Benda natural yang belum diproses apa-apa Insya-Allah boleh diyakini tiada negative side effect. Kalau ada side effect pun yang positive je gitewww. Sapa tak tergoda weii tengok gambo sebelum penuh jerawat batu keliling muka, lepas makan PMC ni licin mulus kekdahnya. Pastu kulit pun jadik putih mulus gebus lagi suci.

Nak jadik cerita, tengah saya dok gebang pasal PMC ni, tetiba kawan opisku nyampuk "Eh, cuba kau tanya Nisa tu, dia ada jual la PMC tu. Murah je."

Haahh..apa lagi.Lepas abes lunch terus daku berdesupp ke opis dengan suara manja menegur "Haiii..Nisaaa..I dengar u ada jual PMC ye..Eii..minat la nak try." (baca dengan suara gedikkss lebih berkesan gitu)

So lepas pung pang pung pang saya pun beli la PMC tu. Murah ooo..RM15 je untuk Gred AAA 100gm. Ye la, da satu opis sendiri mana la ada cas penghantaran ye dak? Hehe..alkisah tambah kedekut lagi, saya share PMC ni ngan kawan opisku jugak. So bahagi 2 la sorang 50gm RM7.50 gitu. Jimat tak? Jimat tak? Hahaha.. Namanya pun nak try so try sesikit dulu udah le. Agak-agak berkesan mulus gitu daku order la 5 karung lagi. Haha..

Balik rumah jap tengahari tu dan-dan saya terus basuh n rendam. Kena basuh banyak kali la bagi bersih, hygiene la sket. Step seterusnya malas saya nak cerita. Korang nak tau, korang beli la ye nanti tukang jual tu akan cerita camne stepnya. Tak pun pakcik google kan ada. Saya just nak share yang daku da beli benda ni je. hahaha..

Okess..kalau kulit saya da mulus nanti, saya upload la gambo banyak2. Time tu korang jangan muntah plak tengok blog ni penuh bertempek mukaku saja. Hahaha..tapi kalau lama terperam tak upload gambo tu maknanya tak berkesan la kot atau daku lupa nak makan PMC tu sampai berkulat setahun. Hahaha..

Sekian.

Tuesday, February 5, 2013

Biskut Cair Di Mulut Rapuh Di Tangan

Hujung minggu sudah saya terlebih gigih macam-macam resipi saya eksperimentasikan. Dah lama plan nak buat biskut ni tapi tertangguh sebab takda tepung atta. Puas dok carik satu karak ni takde ha. Kat KL pun takde. Balik Johor masa cuti maulidur rasul hari tu pun takde. Aiyakk..Tapi entah macam mana hari tu pi kedai, stok tepung atta da kembali di kedai Karak. Selamat...

So, meh saya nak share kekdahnya sket. Ni pun resipi cedok je. Hehe..

 Bahan2nya :
  • 3/4 cup tepung atta
  • 1/8 cup tepung jagung = 1 sudu besar
  • 1/2 cup unsalted butter
 Kekdahnya : 
  • Pukul butter hingga kembang. Camne nak tau da kembang. Tengok ar butter tu da jadik lembut dan warnanya berubah jadik light yellow gitu kira da kembang la tu.
  • Pastu gaul je la ngan tepung (gambar takdapat ambik sebab tangan da penuh tepung). Kalau cam terlembik ke, agak2 la tambah tepung sket.
  • Boleh bahagikan adunan dan tambah perisa kegemaran korang susu FM, kurma, cheese, apple dll. Saya  bahagi 2 adunan je, satu saya campur puri kurma, satu lagi saya campur ngan cerelac.
Then bentukkan ikut sukahati korang. Kemudian bakar dengan suhu 190 darjah celcius dalam 20-25 minit gitu.

 Ini dia hasilnya. Macam hangus tapi tak sebenarnya sebab warna puri kurma tu yang buat jadik gelap. Hehe..


Tunggulah tengok Saif makan ke tak biskut ni. Buat aje, tak bagi pun lagi. hehe..Tapi saya da test rasanya not bad la. Memang betul2 rapuh, masuk mulut terus cair. Potensi untuk biskut ni berterabur pun agak tinggi. Hehe..

Selamat mencuba!

Tofu Kurma With Love


Kagum tengok ibu-ibu dalam group solid food FB yang rajin amat hias macam2 rupa makanan. Salah satunya ni lah yang saya tiru ni. Hehe..Menu simple lagi kacang. Just steamkan tofu then potong guna acuan love ni. Bajet penuh kasih sayang la tu. huhu..Kuahnya tu plak jangan kau letak air gula merah macam taufufah kat pasar malam tu. Kuahnya tu gunalah air rendaman kurma. Agak-agak la nak manis tahap mana. Sesuai sebagai breakfast atau minum petang.

Sekian.

Monday, February 4, 2013

Tolonglah prihatin dengan keselamatan anak

Hari Jumaat yang redup, saya bersenang-lenang melayan blog sambil sekejap-sekejap mata memerhati Saif yang leka bermain merayap sana sini.

Tetiba terperasan Saif senyap je. Biasanya kalau Saif senyapppp je maknanya ada la tu 'jenayah' yang dia tengah buat.Saya jengah tengok dia tengah tunduk. Saya sergah, HAAAHHH!! Terperanjat Saif. Saya tengok Saif tengah kunyah-kunyah sesuatu. Allahh..apa plak yang dia kutip kali ni.

Saya korek mulut Saif, terasa objek keras. Eshh..apebenda ni. Masa tengah korek-korek tu, tetiba Saif tertelan benda tu. Macam tercekik, panik gila da masa tu (teringat kisah anak MommyCha tercekik epal). Saif da menggelupur. Cepat-cepat saya angkat Saif tonggengkan dan tepuk kuat-kuat belakang Saif. Bluweekk..benda tu keluar dari tekak tapi masih tak keluar dari mulut. Saya korek lagi mulut Saif dan berjaya keluarkannya! Fuuhhh..

Tau apa yang Saif dok kunyah tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||
 Tau ni apa?

 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 Jawapannya - BATU!

Berderau darah saya bila tengok benda dalam mulut Saif tu adalah batu! Bayangkan la kalau betul-betul Saif tertelan tadi, macam mana nak keluarkan? Agak-agak perut budak halus macam Saif ni boleh hadam ke benda keras macam batu ni? (memang batu pun). Memang tak la dan saya tak sanggup nak bayangkan apa yang Saif (dan saya!) perlu lalui kalau nak keluarkan batu tu dari perut.

Sebab tu la beribu kali da saya selalu cakap dengan Encik Suami, rumah kena sentiasa kemas dan bersih. Ok, tak semestinya kemas tapi bersih menjadi kemestian. Kalau dah namanya bersih tu mestilah bebas daripada segala habuk, sampah dan apatah lagi batu! Kebersihan ni la yang akan menentukan tahap kesihatan dan keselamatan anak tau. Tau je la budak besar Saif memang la ni sedang melalui fasa kutip sana kutip sini. Bayangkan weii anak jiran saya kutip ulat gonggok masuk mulut. Yukkksss!

Rumah kena BERSIH! Ini yang saya selalu tekankan. At least seminggu sekali mesti mop lantai. Lagi2 lantai dapur sebab Saif selalu merayap nak 'tolong' mamanya di dapur. Nasib baik dapur jarang berasap kecuali hujung minggu so kurangla stress nak mengemopnya selalu. Karpet juga kena dibersihkan selalu. Sometimes tak perasan pun ada semut kat karpet, tau-tau je badan anak da merah-merah kesan kena gigit semut.

Haa..saya nak tambah sket pasal isu bukak katil sebelum ni. Ada kawan saya tanya, "Eh, memang kena bukak ke? Tak bukak tak boleh ke?"

Jawapan saya senang je, terpulang pada sejauh mana buasnya anak masing-masing. Tak pun cuba korang jawab soalan di bawah :

1. Anak korang time tidur buas tak berguling sana-sini?
2. Anak korang ada tak bangun pukul 2,3 pagi dan gigih bermain dengan aktifnya atas katil?
3. Anak korang tak pandai turun katil sendiri dengan sopannya kan?
4. Anak korang jenis ngempeng malam so memang tak boleh nak asingkan dia tido tempat lain, tido kat toto bawah contohnya?
5. Design bilik korang jenis ada dinding belok2 macam segitiga so tak boleh rapat katil ke dinding?
6. Anak korang da pernah jatuh katil lebih 3 kali?

Jika kebanyakan jawapan korang adalah Ya, so buka katil boleh jadi satu keperluan. Tak semestinya satu kemestian tapi boleh jadi satu keperluan. Bagi 6 soalan di atas, jawapan saya memang Ya kecuali no.6 sebab saya da ambil langkah pencegahan terlebih dahulu sebab saya da ble nampak risiko, hazard dan bahaya di situ.

Point saya di sini adalah keselamatan anak adalah yang paling utama duduk ranking no.1 gitu dalam carta. Sedih bila dengar baby lemas dalam baldi bila merayap sendiri ke bilik air, bapa tertindih baby ketika tidur hingga lemas, baby koma jatuh katil, baby tercekik penutup air tin. Ya Allah..sedih saya dengar. Ya la, benda kalau nak jadi memang akan jadi. Tu da qada' dan qadar. Tapi kalau kita da ambil langkah pencegahan, at least sekurang-kurangnya kita da cuba menghalangnya daripada berlaku. Kalau jadik jugak, wallahualam tu da ketentuan-Nya.

Percaya atau tidak, setakat ni Saif tak pernah jatuh di bawah jagaan saya (jika hanya berdua!). Kat rumah bs, Saif pernah jatuh, dengan papanya pun Saif lagila da banyak kali tergolek dum dumm..Saya tak berniat nak memanjakan Saif. Even kalau dia nak memanjat pun, saya biarkan tapi dengan pemantauan. Agak-agak macam nak jatuh, saya da bersedia. Berbeza pendekatan dengan Encik Suami, katanya biarkan je dia jatuh. Bila da jatuh baru dia belajar. Tapi bila da jatuh melalak kepala bengkak, agak-agak sape yang kena pujuk dan jaga Saif? Saya jugak sudahnya!

Saif pernah tergolek ke lantai semasa belajar meniarap. Kepala kena lantai, tak kuat sangat pun, melalak je kuat. Kesannya maybe dia trauma, sejak tu memang dia tak pernah bergolek kat lantai. Even atas karpet pun tak berani. Dia hanya berani bergolek atas katil @ tilam @ atas mamanya.

Overprotective? Saya tak kisah dilabel overprotective. Tak salah pun nak overproctive, anak sendiri wei. Bukannya anak kucing ke atau anak beruang. Susah payah mengandungkan, melahirkan, takkan tak jaga betul-betul.

p/s : Kejadian kunyah batu tu TIDAK berlaku di rumah saya sebab tu saya bengang!


Friday, February 1, 2013

Breakfast n Lunch Saif

Minggu ni saya rajin sikit nak buat menu berbeza untuk breakfast dan lunch Saif. 2 bulan sebelum ni Saif pulun je makan menu yang sama untuk breakfast dan lunch. Ye la, umur bawah 8 bulan masih lagi limited pilihan menunya. 8 bulan da matang sikit so boleh try n error macam-macam menu.

Tambah rajin lagi sebab Encik Suami tiba-tiba balik malam tadi (hari ni kan cuti wilayah-serius saya tak tau). Woha! Malam tadi tetiba buat video call, saya pun pelik apasal laki aku ni dok dalam gelap, tak nampak hape. Pastu lakiku itu pusing hp canggih dia tu, saya nampak ada macam huruf n nombor.. J..K..*..958* . Eh, macam no.plat keta aku je. Terus jengah keluar, nampak la Encik Suami yang tengah kekeh-kekeh gelak. Cett! Tak cakap pun nak balik, tak mau bukak pagar baru tau! Nasib kau la hari ni bini malas masak nasi, makan roti paratha segera la jawabnya!

Ok, abaikan cerita tadi tu. Point sebenarnya bila Encik Suami ada so boleh la saya menyingsing lengan lama-lama berkecah kat dapur sementara dia mengulit berdengkur bersama Saif.

So menu Saif hari ni adalah seperti berikut :



Gigih menulis kat board lagi gitu. Sebabnya apa tau? Takut lupa nak masak apa sebab banyak sangat menu bergelumang dalam otak ni sampaikan tak tau nak masak mana satu. Even malam tadi pun gigih study resipi2 sampai dekat kol 12 tau. Padahal resipi ciput je. Hehe..

So, inilah menu breakfast Saif hari ni. Yogurtlicious Oat Kurma Pear Kelasss Kawww Giteeeww. Makk oiii panjangnya nama. Padahal kekdahnya sama je cam oat kurma yang pernah saya buat sebelum ni cuma + puri pear + yogurt. Pastu letak la hirisan pisang sebagai hiasan dan boleh lenyek-lenyek untuk bagi Saif makan. Ini je kekdahnya kalau nak bagi Saif makan buah sebab Saif tak suka makan buah begitu saja. Haiihh..

- Oat masak dengan air -
- Da menggelegak, tambah la puri kurma + puri pear -
- Da masak, tutup api, biar sejuk jap -
- Da sejuk @ suam-suam kuku barulah bubuh yogurt -
- Last but not least, hias dengan hirisan pisang -
- Siap da!Senangnya! -

Pastu yang ni plak macam biasa la bubur ayam + sayur yang very the simple in the world main campak-campak je. Asalnya nak buat bubur tumis ngan butter ala-ala Blog Saya Hot tu tapi fikir-fikir balik takut Saif tak makan plak, rugi. So buat yang biasa aje la. Any eksperimen ble buat esok lusa time hari cuti. Anyway, blog Maghfarah tu memang menjadi sifu dan sumber inspirasi saya. Best tau, macam2 resepi ada, pi la tengok.

- Masak bubur macam biasala, saya tambah air rebusan sayur yang dijadikan stok -
- Da menggelegak, masukkan ayam cincang halus, tambah air lagi bagi masak betul -
- Bila ayam da masak, campak plak puri sayur ikut sukahati -
- Biar menggelegak lagi bagi pekat sikit, then ble off rice cooker -
- Siap! Takde hiash-hias da yang ni -

Hopefully Saif makan la yang ni. Lately dia macam kureng selera plak, memilih makan la tu. Seb baik mama kamu ni gigih tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...