Sunday, March 31, 2013

Hurry!! Safety Gate To Let Go (Ini adalah sticky post)

Ini adalah sticky post. Sila scroll ke bawah untuk post terkini.

Akhirnya, publish juga entri untuk letgo safety gate ni. Sebelum ni kawan opis saya da chop dulu, tapi bila dia ukur dinding rumah dia, tak cukup panjang plak. So maybe rezeki korang-korang la plak kalau ada la yang nak beli safety gate ni.

Brand : Sweet Cherry (Without extension)

 With extension
 
 Buku panduan pun ada disediakan

 Most important thing : Ukur dulu! Without extension ia akan cover maximum hingga 81 cm.

 Saya cuma provide 1 extension saja so dengan 1 extension ni supposely boleh cover hingga 88 cm.

 Kotak semua masih ada lagi

So, macam mana? Ada mau? Jangan lupa, balik rumah terus ukur dinding rumah masing-masing ye. Dan safety gate ni saya nak letgo dengan harga RM120 sahaja including the extension. Condition totally new la kan dah kata tak muat nak pasang kan. Oh ye, COD je la ye memandangkan gate ni agak gedabak untuk dipos mungkin akan tambah lebih banyak kos penghantaran. COD area Karak, Gombak, Kepong, Bandar Manjalara, Bandar Sri Damansara, Mutiara Damansara dan Sg.Buloh. Kalau nak jumpa kat IKEA atau The Curve pun boleh gak.Ada gak alasan saya nak ajak papa Saif pi IKEA. Hehehe..

So yang berminat, cepat-cepat la ye. Minggu ni hari Rabu-Jumaat (27-29 Mac)saya cuti so boleh la kalau nak hantarkan. PM me at email : didie_kawaii@yahoo.com



Monday, March 25, 2013

Saif 10 Months





Alahaaiiii anak..sekejap je da 10 bulan rupanya. Lagi 2 bulan nak masuk setahun da. Entah apa-apa perangai la ni dok berkepit plak ngan puting tu. Dia dok selongkar dapur jumpa plak puting pastu dok harak sana sini. Padahal masa kecik-kecik dulu orang bagi tak mau pun, siap dibalingnya puting tu, tak sedap katanya!Tapi ni dia bukan hisap beria pun, dia buat gigit-gigit pastu ketuk-ketuk kat lantai. Gatal gusi kot sebab lagi 2 gigi atas da keluar. Maknanya la ni da masuk 6 batang gigi kesemuanya. Good job son!

Alhamdulillah..semakin besar ni nampaknya semakin mudah dihandle. Pelik jugak bila orang kata lagi senang jaga anak newborn, kalau da besar nanti lagi susah nak jaga. Setakat ni takdelah rasa susah pun, rasa lagi senang ada la sebab dia da  pandai ikut sendiri kita nak pi mana pun. Cuma kena pantau kelasakan dia la sebab suka memanjat sana sini. Arahan pun dia da paham sikit-sikit. Kalau kata “NO”, “STOP!” then Saif pun stop sekejap daripada jenayah yang dia nak buat then buat muka sengih sambil kenyit-kenyit mata. Rasa nak lempang laju-laju, geram comel sangat!

Main jelir-jelir lidah plak. Ni papa yang ajar.. (-_-')

  Da share belum ek gambo aksi kamikaze ni?

Start bulan lepas lagi la ni setiap hari saya latih Saif untuk tatih. Anak kalau tak dilatih mana dia nak tau. Saif agak suka la tatih ni, dia akan melangkah dengan excited even terhuyung-hayang. Makin berani lepas tangan bila meniti kat sofa tu. Kekadang dengan selamba dia bersandar kat sofa, lepas tangan padahal badan terhuyung hayang lagi. Aiii..berani betul.

 Ni dia selamba lepas tangan 2-2 tapi badan masih sandar kat sofa la..

Masih dengan perangai suka bangun awal pagi seawal Subuh. Macam pagi tadi, papanya bangun pukul 5.30 pagi nak siap-siap pergi work, dia dengar bunyi pintu terbukak je terus automatik berpusing bangun dan terus merangkak menuju pintu bilik air. Padahal tengah tidur masa tu! Telinga lintah betul. Tapi lepas je papa balik, Saif pun merengek semula ngantuk. Bagi susu, tido semula. Senang mama nak beroperasi sebelum pergi work.

 Muka bucukk mengantuk bila nak pi umah pengasuh, tu la sapa suh bangun pukul 5.30 pagi. Pastu bising nak tido.

Haaa..yang bestnya Saif da pandai lambai tangan bye bye. Agak lama jugak latih Saif untuk bye bye ni. Start 7-8 bulan kot saya da latih bye bye setiap kali tinggalkan dia kat rumah pengasuh. Kebiasaannya dia akan buat selamba sambil mata sibuk nak tengok pokok la, ayam la, kucing la. Buat tak heran je mama dia nak pi work. So pada hari yang bersejarah tu, macam biasalah saya bye bye tapi tak pandang pun Saif sebab nak tutup pintu. Tetiba pengasuh kata “Eh, Saif bye bye la.” Bila saya toleh tengok memang betul la dia bye bye. Elok plak tu dia bye bye dengan lambaian yang betul. Terus saya patah balik peluk Saif kiss kiss muah muah semua. Terharu anak da pandai bye bye rasa nak menitis air mata. Haha..drama queen betoiii!

Macam biasa Saif masih dengan perangai susah nak makan. Dah la minum susu sikit (still 3oz), makan pun ikut mood. Ada masa mood ok dia makan banyak sampai habis semangkuk. Datang mood ke laut,makannya tak sampai 10 suap pun. Ada satu masa tu dia nganga je setiap kali orang suap. Kita pun excited anak selera makan ni, suap..suap..dan suap lagi. Rupanya dia dok kumpul kemam makanan tu semua dalam mulut. Perasan bila tengok pipi makin kembung pastu makanan tu mula meleleh keluar dari mulut (mulut masih tutup rapat). Lama-lama dia tak tahan, dia luahkan semula semua makanan dia dok kumpul tu. Aiii..sabo je la. 

10 bulan dan saya masih terus berjuang habis-habisan untuk terus bf Saif. Teruskanlah murah rezeki anak ini Ya Allah. Amin.

Wednesday, March 20, 2013

Safety Gate Untuk Saif

Sebenarnya sudah agak lama kami beli safety gate. Masa tu Saif belum pandai merangkak pun lagi. Baru nak pandai menyusur. Tapi kami beli jugak sebab masa tu adik saya duduk dengan saya, dia bawak anak dia sekali si Aina bam bam yang berusia 2 tahun. So kami membeli safety gate tu dengan harapan untuk mem'block' Aina daripada masuk ke dapur sesuka hati.

Yang best dan bijaknya adalah kami beli safety gate tu tanpa mengukur jarak laluan terlebih dahulu. Akibatnya tak boleh nak pasang sebab tak cukup panjang! Papa Saif beli plak extension (tanpa mengukur jugak lagi!), still tak cukup jugak. Bila nak beli lagi, extension bagi model safety gate kami tu da kehabisan stok. Akhirnya projek safety gate tu terbengkalai begitu sahaja. Terbiar la safety gate tu terperuk dalam bilik stor. Aina bam bam pun bebas keluar masuk dapur. Huhu..

Dan sekarang bila Saif da pandai merangkak laju dan memanjat sana sini, ruang dapur boleh jadi satu tempat yang bahaya. Actually, dapur adalah satu tempat yang bagus jugak untuk explore (yeahh..punggah tupperware sana sini, punggah periuk kuali, ketuk-ketuk botol storage..(-_-') ). Pastu suka nak tarik lesung batu kat bawah dapur tu, terhempap karang baru tau. (Aii..mana la nak simpan lesung tu ek) Belum lagi kalau dia mengutip apa-apa sisa makanan atau sampah yang tercicir. Eishhh! Setakat sepahkan dapur tu bukanlah isu besar bagi saya. Kalau sepah, kemas je la kan, apa masalahnya pun. Cuma yang tak bestnya bila saya memasak, Saif akan memanjat berpaut pada saya siap goncang-goncang lagi, kan bahaya tu kalau-kalau saya lost control n  kuali minyak panas terbalik ke. Lagi satu masalah, Saif asyik la nak menuju tong sampah. Haaa..itu memang BIG NO NO NO!!

Maka projek safety gate dihidupkan kembali.

Gigih pergi ke kedai lagi, dengan harapan stok extension da ada, tapi non hado gak. Ahhh..boleh habis stok extension plak. Tension mama dibuatnya. Pasrah, nampaknya terpaksa la beli safety gate model lain. Kali ni kami lebih bijak (belajar daripada kesilapan lalu), ukur dulu sebelum membeli. Safety gate yang baru ni sekali pakej dengan extension.So muat la dinding kami. Saya tak berapa berkenan dengan safety gate baru yang dibeli tu sebab designnya tak serasi dengan jiwa saya. Tapi terpaksa la beli jugak demi anakanda tercinta.

Tak berapa berkenan di hati tapi asal ada boleh laaa..

Sangat berguna untuk menghalang Saif main-main dengan hos mesin basuh tu. Sometimes dia suka main alas kaki tu jugak. Eishhh..Tetiba rasa alas kaki tu sangat buruk. Tetiba rasa nak beli alas kaki baru. Huhu..

Percubaan Saif untuk memanjat pagar. Lepas tu terjerit-jerit suruh bukak.


Even da ada safety gate ni pun, tak la selalu saya tutup. Saif tau-tau je kalau tutup gate tu, mesti dia akan melalak sebab tak boleh masuk dapur. So saya biarkan je gate tu terbuka, bebas Saif masuk dapur tolong mamanya 'mengemas'. Saya pun jarang memasak so kurang la bahayanya. Saya memasak hujung minggu saja bila papa Saif ada so maknanya hanya hujung minggu sajalah gate itu akan berfungsi. Saya akan pekakkan telinga dengar Saif melalak nak masuk dapur, takpe..papa Saif ada boleh tengokkan. Hehe..

So, safety gate yang sebelum ni saya nak let go. Nanti saya buat post baru untuk let go safety gate tu ye.

Boleh plak nak buat teaser sebelum let go gate eh..hehe..



Monday, March 18, 2013

Sebelum meniti 3 series..

Haa..tahun ni tahun last (but not least) sambut besday as sweet twentiesss.. tahun depan nak masuk 3 series pulak ye. Macam tak percaya pulak, sekejap je masa berlalu. Hati masih fefeeling muda belia remaja, kedutan pun nampaknya tiada. Haha..jaga-jaga wehh..da jadi mak orang ni lagi la kena jaga tu jaga ni. Jangan sampai orang terconfuse kita ni makcik-makcik plak. Tak ke haru tu..eishhh..

Sambutan besday tahun ni..takde la giat menyambut bagai. Maybe sebab saya dan papa Saif memang spesis yang tak biasa menyambut-nyambut bagai ni so takdelah kesah sangat. Yang penting wish itu wajib ada. Ingatan orang tersayang terhadap kita la hadiah yang paling bermakna sekali tauuu..Takdelah taburan intan permata, hadiah gadget android ke, gelang emas sedebuk ke..takde..semua tu takde..dan saya pun memang tak reti nak memintak kot. Hadiah bukannya untuk masa ulangtahun je tapi ikut suka la nak bagi bila pun. Saya spesis kalau rasa nak hadiahkan sesuatu, hadiahkan je anytime tak perlu tunggu hari-hari istimewa ke apa ke. Papa Saif pun spesis yang sama. Serasi berdua di situ. Huhu..

Dah tu apa kes plak gambar di bawah ni? Kata tak celebrate! ni ape cer??

- excited sungguh anak teruna sorang ni. Menyeringai! -

Serius takde plan apa-apa langsung. Papa Saif pun takde cakap pape. Just hari Ahad semalam, saya ajak papa Saif keluar konon nak pi tengok Karnival Sihat Bersamamu kat pekan tu je pun. Boring giler karnival tu, 5 minit je kitorang singgah terus chow. Papa Saif kata "Jom la pi Bentong, abang nak pi Watson."

Saya on je. Best gak jalan jauh sket. At least ble cuci mata. Sampai Bentong, jalan ke Watson tu sesak. Tak tau la plak hari Ahad, jalan tu ada pasar pagi. So saya cadangkan "Kita pi Guardian la.." So papa Saif pun pusing kereta ke Guardian. Saif tido dengan khusyuk dan tawaduk, saya sorang turun ke Guardian belikan barang papa Saif sambil meng'pow' beli barang2 saya la pulak. Hehe..

Selesai di Guardian, ingatkan nak terus balik je. Tetiba papa Saif pusing seround lagi kat bandar Bentong tu. Saya pelik "Nape abang pusing lagi ni?"

"Ntah..abang pun tak tau nape abang pusing lagi ni." Jawab papa Saif selamba.

Saya dengan naifnya berfikir, 'ehmm..pening la tu salah pusing jalan...'

Tiba-tiba papa Saif berhenti di depannnn.......Secret Recipes! Masa tu da mula senyum lebar da. Tapi Saif tengah lena tidur masa tu, kesian plak nak kejutkan dia. So papa Saif bagi duit, suruh saya beli kek. Hehehe..dengan girangnya pergi membeli.Lalalala..tapi takde kek sebijik. Kalau ada pun besar sangat mcam kek kahwin,tak baloi rasanya. Membazir beli bebesar nak makannya 2 orang je pun. So saya beli la yang slices tu je. Beli la 4 slices je. Cukup la buat-buat rasa.

Then terus la balik Karak. Sampai traffic light Karak, tetiba papa Saif belok lagi.

"Tetiba rasa nak makan KFC plak.." kata papa Saif selamba then terus kuar keta mengtapau.  Saya setia menunggu dalam kereta dengan Saif yang masih khusyuk tido.

So itu la kisahnya Ahad lepas. Takde plan ape-ape pun tetiba papa Saif belikan Secret Recipes ngan KFC. Makan tapau di rumah je la sebab Saif tido, kesian nak kejutkan. Padan muka kau nak tak dapat makan dalam restoran aircond, makan kat rumah je nasib baik ada kipas kat dapur. Huhu..

Kepada papa Saif, terima kasih atas segalanya. Ayang tak mintak gelang emas, gajet android tu sume (tapi kalau abang bagi, kecik tapak tangan nyiru ayang tadahkan), cukuplah ayang mintak abang setia hingga hujung nyawa.  Moga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke syurga di samping anak-anak yang soleh. Amin.

Wednesday, March 13, 2013

Suatu Ketika...

Suatu ketika dahulu. Penuh petiais dibuatnya. Ini lebih kurang 5 bulan lepas punya gambar.

Sekarang. Tinggal 4 paket je! Agak kritikal dah ni. Icepack lagi banyak daripada stok ebm. Arghhh!!

Ya Allah..murahkan rezeki anakku. Permudahkanlah urusanku untuk menyusukan anakku selama yang mungkin Ya Allah.. Amin.


Wednesday, March 6, 2013

Belajar Jatuh Untuk Belajar Bangun



Tajuk di atas adalah statement daripada Papa Saif. Ada benarnya. Selebihnya adalah kata-kata untuk cover sebab anak jatuh tergolek depan mata lepas tu senyap-senyap tak bagitau mama.

Hehehe..kelakar video ni. Kalau tension, tengok video ni terus tergelak. Tengok beribu kali pun gelak jugak. Haiii anak, kamu memang penghibur duka lara mama dan papa.

Tuesday, March 5, 2013

Busy Amat!


*sumber : google
Busy yang amat sangat. Tahap nak terkucil terb**ak pun kena tahan-tahan!Satu tahap rasa nak meroyan balik rumah peluk anak kunci pintu tak nak kuar rumah setahun.

- ambik gambar dari angle paling kemas padahal sebelah kiri laptop tu da berserabut kertas ngan buku menimbun. Pc untuk keja lain, laptop untuk keja lain. Tak termasuk aktiviti mengepam sambil minum air. Multitasking kekdahnya. Tak tengok lagi saya mengajar dalam kelas sambil beristighfar urut dada tarik nafas dalam-dalam selalu.. (-_-')

p/s : cabaran dalam mencari rezeki yang halal...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...