Monday, April 29, 2013

Celebrating Aish is 1

Morning. Hari rasa betul-betul Monday Blues. Rasa aaahh..malasnya nak bangun pi keja. Sampai la ni masih dok gosok-gosok mata, ngantuk. Maybe penat Jumaat sampai Ahad dok pi sana sini.

So nak cerita la Sabtu lepas saya berjaya jejakkan kaki ke besday party Aish. Sampai lebih kurang pukul 5 lebih gitu. Tetiba rasa berdebar, tetiba rasa cam nak patah balik je sebab fikir "Eh, dia ingat ke tak aku ni sapa ek?" Hehehe.. Tapi eden control macho masuk.

Sampai kat poolside tu, dok tercari-cari dak Erin. tak nampak plak batang hidungnya. But nampak sorang perempuan ni macam Erin, rambut pun panjang cam Erin, mesti adik Erin. Terus jumpa, salam bagi hadiah Aish.Setel. pastu dok serbu meja buffet plak. Mcam-macam ada sampai tak tau nak makan apa. Sudahnya ambik laksa, kek batik coklat yg sedap meleleh2 tu, nuget sket ngan lamb kot (serius xtau nak ambik pe tapi tau papa Saif mesti suka nak makan ni. macam tamak nak ambik semua)

Masa pi ke khemah makan tu, nampak la satu meja ni dengan muka-muka yang macam kenal. Memang cam la si Bonda Daaliya dengan Erina. Tapi masa tu tak tegur-tegur lagi sebab saya utamakan isi perut dulu.Hahaha..

Upah sudu bagi senyap
Da kenyang perut suka hati la.. :)

Sudah kenyang perut basuh tangan mulut semua. Barulah rasa nak pi tegur diorang. Time tu Wawa pun ada. Tak perasan bila dia sampai atau memang dia da sampai lama. So dengan muka setebal Note10.1 inch, saya beranikan diri pi tegur. Sebab saya fikir kalau saya tak tegur sekarang, tak tau la pasni ada peluang jumpa lagi ke tak.

So saya pi tegur Bonda Daaliya dulu (tak ingat nama Bondanya, aiyakkk).

"Haii..ni bonda Daaliya kan.." Tegur saya. Mesra tak, mesra tak.

"Haii..ehm..siapa ek ni." Saya agak da mesti tak cam punya. Tetiba rasa nak terjun dalam pool.

"Ni Nadia. Sama group gojes blogger. Ingat tak Nadia Hairi."

Pastu tetiba Erina menyampuk "Hoo..Nadia..Nadia yang buat design car sign tu ke.."

Terus semua orang.. "Haa..ye..yang design tu.."

"Yang design ada gambo orang pakai peplum tu.."

Hahaha..Thanks god diorang ingat.

So pastu borak-borak kosong jap dengan Bonda Daaliya dengan Erina. Daaliya mengamuk taknak naik dari kolam. Si Akil plak tantrum sebab tak sihat. Si Naila pun sama tak mau keluar kolam. Punyalah bersusah payah tarik diorang keluar kolam jap nak ambik gambo ramai2. huhu..

 Erina, Wawa ngan Bonda Daaliya (smpai sekarang tak hingat nama-ampunnn)

Anak dara berbalut tuala je. Yang boboy tantrum.huhu.. Saif siap kerut kening tengok Daaliya melonjak2 nak masuk kolam. haha..

Tak lama pastu baru lah Erin turun. Aish sebelum tu da turun dulu. Comey putih melepak budaknya gitu. Then kitorang gerak plak kat tempat potong kek. Bebudak semua kejakunan terpusing-pusing kepala nak tengok elmo dan apabenda lagi ntah Sesame Street tu.


Cantik keknya. Masa nak potong kek, zappp tangan Aish lepuk kek tu. hahaha..haah..Takde gambo potong kek ek.


Alalalala..tomey..

With Erin and Aish yang comey. 2-2 budak da berpeluh kepala rambut pun melekat2.huhu..

With Erina. Terpusing-pusing nak bagi budak ni tengok kamera. :p

  Haa..elok pun gambar. Tapi Akil busy nak tengok Elmo..huhu..


Saya tak tunggu lama sangat. Anyway Erin, thanx a lot sebab sudi jemput kami. Makan sedap! Lepas potong kek tu, terus kami choww sebab nak pegi tempat lain plak. Nak pi bangsar ada hal, pastu otw nak sampai rumah tu singgah tesco kepong plak mengshopping barang dapur. Penat mak. Balik rumah pengsan. zzzzzz..

 Goodie bag. I like!

Dan-dan budak ni terus bukak selongkar isi goodie bag

 Main gigit-gigit cawan memang faveret. Dok celah kaki mama ni lagi la feveret.


"To Aish, happy besday buddy! Be a good boy. Dont notty2. " Pesanan penaja dari Saif. (^_^)

Friday, April 26, 2013

Masak Singgang Untuk Saif

Semalam ambik Saif daripada rumah bs, saya perasan Saif macam selsema. Takdelah tahap kejap-kejap sroott sroott tapi sesekali bila bersin tu meleleh hingus gak la. Pastu kejap2 nak tenyeh hidung. Tambah tak best bila sesekali dia batuk jugak. Even macam tu pun, Saif aktif macam biasa so tak risau sangat la.

So untuk bekalan Saif hari ni saya decide nak buat masak singgang ikan siakap. Kunyit kan bagus kalau selsema. Kebetulan ada ikan siakap dalam petiais so try la buat. Tak tau la Saif suka ke tak.

Bahan-bahannya : Seketul ikan siakap, bawang besar holland, bawang putih, halia, kunyit dan asam keping sket


Panaskan air dalam periuk then campak je semua. Tutup periuk then biar je dia masak sebati menggelegak. Giler kacang.


Siap! Oh ye, bila da menggelegak tadi saya masukkan carrot. Wajib ada sayur dalam menu Saif.



Organizing Tudung

Dah kata da pasni korang akan hadap cerita pasal organizing plak sampai la tamat GA Sioca tu. Haha.. Kali ni nak share pasal camne saya organize tudung. Alaa..benda simple je pun. Korang mesti lagi hebat kan.

Sejak beranak sorang ni, tudung ekspress memang sentiasa jadi pilihan utama. Senang..tinggal capai dan zaaasss..siap! Kot nak pakai tudung bawal atau shawl nak melilit bagai tu, mungkin kena prepare sejam lebih awal sebab Saif akan bergayut-gayut kat kaki selagi mamanya  tak siap. Sebelum ni saya gantung tudung ekspress ni semua guna hanger kecik. Makan space weii..

Then saya bertukar kepada hanger jenis bulat-bulat ni. Jimat space tapi rasa cam serabut. Pastu terpaksa selak tudung sana sini nak cari lubang mana masih kosong. 

 
Hanger bulat-bulat

Then kawan opis promote plak hanger jenis klip ni. Rasanya lebih praktikal. Beli secara berjemaah dapat harga lebih murah - RM23. Murah tak? Ke ada harga lain yang lagi murah. 

 Hanger klip

 Lebih praktikal


Tudung bawal dan shawl plak saya simpan dalam drawer. Kemas dan senang nak cari.


Kawan-kawan sekalian : Mintak tolong klik SINI ye. Terima kasih.

Thursday, April 25, 2013

Kotak Harta Karun

Kotak ni dah lama jadik peti simpanan harta karun saya sejak zaman bujang dulu. Asalnya adalah tempat simpanan brooch sebab saya suka kumpul brooch. Tapi lama kelamaan brooch saya makin susut bilangannya. Kemudian bila nak cepat, saya sumbat je macam-macam benda dalam kotak ni. Senang nak travel bawak terus satu kotak ni. Yang bestnya kotak ni ada banyak partition so lebih organize di situ.

Disebabkan busy sokmo, kebersihan dan kekemasan kotak ni memang selalu diabaikan. So hari ni semangat sikit nak bersihkan. Sebelum tu keluarkan segala isi perut harta karun. Then guna wet wipes Saif dan lap keseluruhan. Takde la lap beria sangat, asal rasa bersih ok da - saya tak capai tahap hygiene freak lagi. Da bersih, susun je la balik ikut family masing-masing. Brooch dengan brooch. Barang kemas dengan barang kemas. Getah rambut dengan getah rambut. Gitu la kisahnya.

SEBELUM
 Yarabbi - bercampur-aduk. Yang putih2 tu sisa bedak sebenarnya.

 SELEPAS
Barula sedap sket mata memandang ye dak.


Kawan-kawan sekalian : Mintak tolong klik SINI ye. Terima kasih.

Wednesday, April 24, 2013

Light Cheesecake Gebusss

Haii..hari ni mama Saif fefeeling jadik chef nak cerita cara-cara buat kek ye. Namanya pun nak jadi supermak so kena la terer serba serbi (terer la sangat). Tetiba je rasa nak buat cheesecake yang gebu macam kat Jusco selalu jual rm10 tu. Haa..terus google "resepi cheesecake gebu." Terus la keluar resepi, tiru sajalah. Kalau korang was-was dengan resepi saya ni ble cek semula resepi asal dari blog Kak Hasue.

First, kenalah introduce dulu bahan-bahannya. Mudah je, perlu 7 jenis bahan je.

Bahan-bahan :
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Seterusnya adalah cara-cara nak buatnya. Senang je.

1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk.


2.Masukkan pula butter/marjerin,kacau lagi sehingga cair. Cukup sekadar butter tu cair, tak perlu sampai mendidih. Padamkan api dan ketepikan.


3. Asingkan putih telur dan kuning telur.


4. Pukul putih telur sehingga berbuih then masukkan gula halus sehingga menjadi meringue.


-meringue ialah adunan putih telur dan gula yang betul2 ringan, bila pekat tu kita tarik whisk tu dia jadik bertanduk dan tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan. See gambar di atas? Magic kan tak tumpah. Kegebuan kek ni bergantung pada kegebuan meringue ni. Kalau meringue tak jadik maka tak jadik la kek korang nanti. Tips : Make sure bekas yang digunakan untuk pukul meringue ni benar-benar kering, tak boleh ada setitis air/minyak pun.


5. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang. Kembang sket2 pun da kira ok.


6. Then masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika.


7. Ble la titikkan esen vanilla/perahan lemon.


8. Ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan.



9. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2).. (Agak musykil dengan gambar ni. Tangan kiri pegang bowl, tangan kanan pegang senduk. Macam mana saya ambik gambar ni? Pakai gigi ke..kaki ke..musykil (o_0)' )


- dah diadun sebati -

10. Gris acuan kek dengan marjerin then taburkan tepung pada keseluruhan loyang tu. Tujuannya supaya kek  tidak melekat dan mudah dikeluarkan. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek.


11. Bakar pada suhu 150 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar). Part ni paling mencabar sebab oven panas, nak menatang plak loyang isi air panas masuk dalam oven memang mencabar mental lah. Eh, da naik coklat oven saya ni. Tu tandanya rajin masak. :p


Hasilnya..taraaa!!!


Biar sejuk dulu tau baru keluarkan. Bila sejuk tu automatik kek ni akan renggang sendiri daripada loyang dan senang la nak keluarkan. Then sejukkan dalam peti ais baru la lagi sedap makan.

Sedappp..tak tipu. But saya rasa maybe next time kalau nak buat maybe ble lebihkan sket cheese tu kot bagi rasa cheese tu lebih naik. Bawak balik kek ni ke KL bagi anak buah makan, diorang suka! Padahal minggu sudah mama diorang belikan kek yang sama kat tesco tapi diorang takmau. Yang saya buat ni diorang suka plak. Tak tau la kot nak bodek hati aunty kan. Seronok tengok orang suka makan.

Komen papa Saif : "Sedap. Sama macam yang beli kat Tesco/Jusco. Berapa kos buatnya ni? Susu rm3.90, telur 3 biji kira singgit la..tepung 80gm..bla..bla..ok..kos keseluruhan lebih kurang rm8. tapi tesco punya portion kecik. maybe satu adunan ni ble buat 2 portion. 1 portion rm10, 2 portion rm20. Dengan modal rm8 ble save rm12. baloi la buatnya.."

See? Buat kek pun kena kira belanjawan tau!


p/s : Kawan-kawan sekalian : Mintak tolong klik SINI ye. Terima kasih.

Monday, April 22, 2013

Giveaway Istimewa Mei "Jom Kemas Rumah Bersama!"

Dah lama tak join Giveaway ni. Actually saya sangat suka baca cerita kamu semua tentang kemas rumah dan organizing semua. Secara lahiriahnya saya bukanlah seorang yang spesis organize punya orang. Tapi perangai saya ni suka mencuba semua benda tau. So bila saya baca orang ni kemas macam ni, saya pun cuba buat. Orang tu organize macam tu, saya pun cuba buat jugak. Lama-kelamaan benda ni da jadi macam habit dan akhirnya macam rasa tak best plak kalau tak organize.

Nak share cerita organize kat rumah saya? Hehe..malu kot. Maklumlah rumah sewa je so perabot pun limited. But maybe saya boleh kongsikan macam mana nak organize dalam keadaan yang limited. haaa..mampu ke?

So sebagai permulaan, maybe ble check semula post saya yang lepas tentang organizing pakaian Saif.


- Tak tau sejak bila menjadi habit saya akan sidai baju mengikut kategori. Seluar sebaris. Then baju lengan pendek sebaris. Then baju lengan panjang sebaris. Kemudian susun-susun ikut color. Pastu jarak antara setiap hanger adalah lebih kurang sama, takde terlalu dekat. Takde terlalu jauh. Papa Saif kata saya cerewet. Entah..rasa biasa je. -


- Ini pula kisah almari baju Saif. Rasa seronok tengok baju tersusun begini berbanding main sumbat je dalam storage box sebelum ni. -

Ok. tu je dahulu sebagai mukadimahnya. Bersedia untuk muntah dengan cerita organizing yang ntah apa-apa ntah lagi lepas ni. Huhu..


Kawan-kawan sekalian : Mintak tolong klik SINI ye. Terima kasih.

Susah hati bila anak demam

Takde angin takde ribut tetiba je Saif demam. Pukul 2 pagi kot bila terjaga nak susukan Saif, rasa badan dia panas. Masa tu sedapkan hati kata takde pape kot sebab Saif ni memang spesis badan n kepala dia panas sket bila tido. Tapi tak lama tu masa nyusukan Saif, Saif bukak mata. Kemudian dok pusing kiri pusing kanan macam tak selesa. Pastu mula ekkk..ekkk..ahhh..sudah..nape Saif ni?

Ambik termometer tenyeh kat telinga, teett tengok suhu 38.2! aaahh..sah demam ni. Angkat Saif dodoikan dia, masa ni dia da mula merengek. Kejutkan papa Saif yang tengah sedap kroiiihh kroiihh minta ambikkan mangkuk isi air dengan tuala nak lap Saif. Terkebil-kebil kejap papa Saif apasal plak ble demam ni? Padahal sebelum tido tadi bukan main sihat walafiat bermain sampaikan tido lambat, kol 10.30 baru masuk bilik nak tido. Bukak baju Saif, lap ngan tuala basah. Apa lagi melalak la budak tu pagi-pagi buta. Bila suhu da turun sket baru dia dapat tido semula. Alahaiii..

Pagi Ahad tu terus pi klinik. Nak pi klinik faveret kami Klinik Norma tapi tutup plak. pi klinik lain tapi tak puas ati dengan consultationnya. Masuk bilik tanya "Nape ni?" Kita jawab la "Demam start kol 2 pagi."

Doktor cek suhu. "Ehmm..demam. Ok, saya bagi ubat demam. Ada selsema tak?"

Saya jawab "Takde. Just hingus meleleh sbab menangis ada la."

Tapi doktor kata "Mata dia berair tu tanda selesema. takpe saya bagi ubat selsema."

3,4 saat kemudian doktor tu kata "ok, saya bagi ubat demam dan selsema."

Saya masih menunggu bait-bait seterusnya kot nak menerangkan punca demam ke atau any latest virus or whatsoever.

Tapi takde. Dan doktor tu pun ulang kata "OK."

So dengan berat hati dan kurang puas hati saya pun bangun keluar. takde pun nak cek kot anak demam sebab sakit perut ke. Takde pun tanya ada rashes ke. Cettt..at least cakap la "Puan, pantau suhu anak puan ye. kalau 3 hari tak elok, suhu masih tinggi cepat-cepat ke hospital ye.sekarang ni memang musim demam.Cuaca kejap panas kejap hujan, tu sebab ble demam. bla..bla.."

Itu pun tak reti nak cakap ke. Interpersonal n intrapersonal ke lautttt! Baik saya je jadik doktor. Saya pun tau anak demam kena makan ubat demam.

Balik rumah sambil bebel-bebel dalam kereta. Seb baik bukan saya yang bayar bil.

 Demam ahad pagi..berlengging balut ngan tuala basuh. Elok je ble tido basah2 gitu. Ni da lepas makan ubat.

Siannya anak mama.. :(

Malam balut ngan kain lampin basah plak..elok je tak melawan even kesejukan. Pasrah. Sebelum tu masukkan ubat kat montot sebab suhu tinggi da cecah 38.7.

 Nangis bad mood taknak kena ambik gambar.

Cadangnya kalau Isnin pagi tak elok jugak, saya nak EL je. Tak sampai hati nak hantar anak tak sihat merengek-rengek kat orang. But Alhamdulillah, pagi tu dia bangun tido da sihat even mengada-ngada nak berkepit je dengan mamanya. Cek suhu pun Alhamdulillah da turun bawah 37. Lega..baru senang hati nak pi keja. Tak mo sakit-sakit lagi ye sayang.

Tak tau apasal tetiba demam. Papa Saif kata demam nak pandai jalan kot sebab malam Sabtu tu dia eksyen datang kat papa berdiri pastu lepas tangan. Huhuhu..




Friday, April 12, 2013

Alahai Couscous

Malam tadi dok perah idea lagi nak masak apa la untuk bekal Saif esok. Hari-hari nasi dengan sup dok la rotate sup ayam, sup ikan, sup sayur, sup telur, sup kentang..bosan. So terfikir nak buat macaroni goreng je la senang.

Bukak-bukak gobok dapur, benda pertama yang saya nampak adalah kotak Couscous. Eh, serius lupa ada beli bendalah ni rupanya. Terus tukar niat nak masak couscous la plak.

Kotak couscous

Sayang plak nak buang kotak tapi tak buang menyemak plak. so gunting perkataan couscous dan tampal kat bekas. jangan lupa expired date.


First time tengok rupa couscous ni, butir-butir halus rupanya macam biji sagu. Saya ingatkan macam honeystar tu.huhu..

Rupa couscous. camni rupanya. main beli je.

Berdasarkan pembacaan saya sebelum ni, couscous ni part of pasta. So saya pun dok la rebus couscous tu macam rebus pasta biasa. Bila da rebus baru tergerak hati nak tengok instruction masaknya macam mana. Ambik balik kotak, tengok instruction, laa...tak payah masak pun takpe. tuang air panas pun shoul be ok. Takpelah, masak pun boleh gak. Would be better la kan sebab betul2 masak. (sedapkan hati).

Ok, dalam 10 minit gitu saya tengok couscous saya apa sudah jadi. Dia sudah kembang. Tapi tak macam yang saya expect. Saya expect dia kembang macam sagu tu ha. Tapi ni kembang malu-malu gitu. Termenung jap. Sebab saya cadang nak buat couscous goreng (kononnya couscous tu ganti nasi la kan)., tapi macam tak sesuai je. Blur kejap. Pi bukak internet, pi la dok google resepi couscous untuk baby. 

 Rupa couscous setelah direbus. Macam nasi hancur.

Dan hasilnya...taraaaa!!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Macaroni goreng!


Sebab saya rasa saya da silap dan saya tak tau nak buat apa, saya buang je couscous tu dan rebus macaroni plak. Yeahhhh..itulah menu bekalan Saif hari ini. Macaroni goreng! Yeahhhh! Entah apa-apa ntah!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...