Wednesday, May 29, 2013

Celebrating Saif is 1

Takde sambutan besar-besaran. Party-party semua memang takde rasa nak buat. Pernah terlintas cam nk buat, maklumlah anak 1st semua nak beria kan, tapi tu la lintasan hati tu hanya sekadar melintas sekali lalu je. Malas nak fikir. Nasib la kamu Saif..mama papa spesis malas nak menyambut segala hape.huhuhu...

Even takde party ke ape, sambut tetap sambut tapi kecil-kecilan je la just 3 beranak hadap muka masing2 je. Itupun inisiatif mama, ikutkan papa makan breakfast kat kedai mamak pun da kira celebrate. APTB.. (-_-)'

Nasib baik hari Jumaat tu seluruh Malaysia pun cuti meraikan besday Saif so ble la nak plan jalan2 sket.

JUMAAT (24 MEI 2013)
  • Breakfast kat kedai mamak bentong
  • Pi TF bentong ada sale, Saif siap tertido dalam troli
  • Terus balik KL, papa Saif nak pi solat jumaat, kami bantai tido
  • Plan nak bawak Saif main2 kat ikano cancel sebab dia tido smpai kol 6 lebih
  • Pi umah kawan sekolah, hantar tempah baju raya. Sempat ar Saif bagi pelepuk free kat muka anak dara orang tu.. (*_*)'
  • Pi dinner and makan kek kat Secret Recipes depan umah je pun..
  • Balik
Mulakan hari dengan breakfast ni kedai mamak TMK Bentong sudaaa..

Tido dalam troli..alalala..cian..

Dapat sippy cup baru guna straw..suka..kejap2 nak sedut sampai tersedak..

Cian kak Insyirah kena lepuk ngan dak Saif ni..kak Insyirah kuat kan, tak nangis pun, senyum lagi ada.. :p

Makan simple je.. (^_^)

Bagi can makan kek pun payah..bukak mulut kecik je..xpe..mama abeskan..ngehh

SABTU (25 MEI 2013)
  • Papa Saif ada kelas so APTB lagi (-_-)'
  • Kelas papa Saif abes awal so petang tu dapat la pi Tesco. Tak plan nak beli pape tapi terjumpa mainan yg best dan murah so belikan jugak utk Saif. Beli murah je sebab lion mahal da bagi in advance.hehe..
  • Balik

Mainan macam gendang ble pusing2 ketuk2 kuar lagu n lampu..suka la dia sebab memang hobby dia bergendang ketuk-ketuk tu..


AHAD (26 MEI 2013)
  • Papa Saif ada program ceramah pe ntah so once again APTB.. (-_-)'
  • Papa Saif balik lepas zohor terus siap2 nak pi kenduri rumah bs Saif. Tapi sebab ujan lebat n jem, lambat sampai, meja semua da siap kemas. Frust betul sbb nak pi besday party airell pun tak dapat. APTB lagi.. (-_-)'
  • Pi pasar malam
  • Balik

 Da pakai baju cantik-cantik tapi tak dapat pi kenduri..frust..tu wat bibir ape tu bajet sexy kaa..


Boring kan aktiviti celebrating 3 hari cuti ni kan. Takpela, yg penting ingatan tulus ikhlas tu ada.huhu..

To my dear little MUHAMMAD SAIF AL FATEH, moga kamu jadik anak yang soleh, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, menjadi anak yang patuh kepada ajaran agama dan taat kepada ibu bapa. Mama and papa love you so much!


Thursday, May 23, 2013

Periuk Belanga UK Da Sampaiiii!!Yahoo!!

Kemain kau hari tu kata confuse la nak beli Tefal ngan Lion, sudahnya beli 2-2 jugak. Hahaha..mak-mak memang susah nak control nafsu nafsi duniawi ni. Takpe, nak buat hadiah kat mak katanya kan. Huhuhu..

 
Essential je pun jadik la. Hopefully makin sedap la lempengku nanti. Huhu..

SAIFFFFFF!!!!!

Bakal MasterChef..

Tuesday, May 21, 2013

Kek Gula Hangus

Haiii..tuan puan..kakak kakak..adik adik..makcik makcik..kita bertemu lagi dalam episod baru Jom Taram Bersama Mama Saif dengan resepinya...Kek Gula Hangussss..Ada yang panggil kek sarang semut. Ada yang panggil kek sarang lebah. Tak kisah la apa nama pun ye. Kek ni memang la faveret makcik makcik semua kan, saya tau sebab mak saya pun suka buat kek ni. Buat kek ni sangat la senang. So tanpa membuang masa jom kita tengok apakah bahan-bahan dan cara-cara nak buat kek ni. (Kelasss kau berbahasa macam chef kan..)

Actually, papa Saif la request suruh saya buat kek untuk bawak ke potluck office kekdahnya. Plan asal nak buat cheese cake tapi sebab malas keluar rumah nak beli cheese so tukar plan buat kek lain yang bahannya memang da tersedia ada kat rumah la. So bila check bahan apa ada kat rumah, maka plingggg!! Keluar mentol idea buat kek gula hangus ni.

Amboii..panjang pulak mak jemah ni bebel. Ok.ok..jom kita tengok apa bahannya dulu. Bahan semua adalah senang disediakan sebab pakai sukatan cawan je, tak payah main timbang-timbang ye.

Bahan-bahannya :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu butter (tapi saya guna marjerin pun ok)
4 biji telur
1 cawan susu pekat manis (kira-kira 250 ml)
1 cawan tepung naik sendiri (tepung kek dalam kotak tu)
1 sudu kecil soda bikarbonat (ayak dan gaul terus bersama tepung)
Esen vanilla

Korang tengok bahan ni macam banyak kan. Sebabnya saya buat 2 adunan so bahan semua jadik double. Korang buat 1 adunan, ikut je resipi kat atas, jangan derhaka ye. Owh..gambar soda bikarbonat takde ye sebab saya da siap2 ayak dan campur dalam tepung.

1. Masak gula hingga cair dan menjadi keperangan. Ikut resipi dia suruh masak dalam periuk tapi saya lagi suka masak dalam kuali. Terpulang ikut mudah masing-masing.

Ni dia rupa gula yang da cair ye. Ni la gula hangusnya atau nak glemer sket kita sebut karamel.

2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit. Kamu test masuk dalam anggaran sesudu. Hati-hati sebab ia akan meletus berbuih ala-ala gunung berapi. Kamu tengok gambo tu berbuih-buih kan. Pastikan anak tak dok dekat dapur time ni, takut terpercik. Saya pun terperanjat bila karamel tu meletus even da diberi warning dalam resipi. hehe..Ok, just masukkan air sampai abes ye.

3. Ok, bila karamel da dicampur air, masukkan pula butter/marjerin. Gaul hingga cair.

Ni rupa karamel + air + butter/marjerin tadi. Tutup api. Biarkan je sementara kita buat part lain.

4. Ok..next step is kita kena pukul telur hingga kembang. Sape yang takde mixer jangan sedih hantuk kepala kat dinding ye. Boleh guna blender. :)

Pukul sampai betul-betul kembang dan pekat. Nak tau da kembang ke tak, telur tu jadik color putih sket dan pekat. Macam yang saya buat ni, dia kembang naik sampai jadi separuh bekas. So gunakan bekas yang besar ye.

Rupa telur yang da kembang dan pekat.

5. Then masukkan susu pekat manis pulak. Gaul rata.

6. Then masukkan tepung plak. Gaul sebati cara kaup balik. Masa ni secara magicnya adunan telur tu macam turun sebab ruang udara dah diisi oleh tepung. Jangan sedih, memang lumrah dia begitu. Gaul tu perlahan-lahan ye, jangan gaul beria-ia sangat dikhuatiri kek akan jadik terlebih mampat (tips ni).

7. Dah sebati tu, ble la titikkan 2,3 titik esen vanilla bagi wangi.

8. Then kita campur karamel kita tadi dalam adunan ni.

Ni dia rupa adunan kita secara keseluruhan.

9. Gris loyang dengan butter/marjerin. Tau sebab pe kan. Tak nak bagi lekat ye adik-adik.

10. Buh anggaran separuh loyang la sebab kek ni akan naik. Tapi oppssss..jangan terus bakar. Kena perap dulu dalam 2,3 jam. Kononnya nak bagi sarang tu naik. Lagi lama perap lagi banyak sarangnya (katanya la). Tapi jangan lama sangat sampai 3,4 hari pulak ye. Jangan kata sarang lebah, segala macam sarang lipas dan cicak pun ble jadik.

11. Da perap 2,3 jam gitu baru la ble bakar. Suhu saya set 160 darjah, bakar selama 1 jam. Tips lagi, untuk tempoh 35 minit pertama tu, bakar guna api bawah je. Dah lepas 35 minit tu baru on kan api atas plak. Maknanya api atas bawah la tu smpai masak. Nak tau da masak ke tak, cucuk dengan lidi or garpu. Kalau tak melekat, maknanya da masak la tu. 

12. Siap! Korang jangan nangis plak tengok kek korang rupa hangus rentung gini. Dah namanya pun kek gula hangus harusla rupanya hitam hangus kan. Asalkan bukan betul-betul keras rentung udah la ye.

Presenting...kek gula hangus kita. See the saranghae? hehe..

Sms daripada papa Saif selepas potluck.. :)


p/s : 2 jam semata nak buat post ni..pergghhh..siput sedut betul internet ni..

*update : lupa nak mention, kalau xde oven, boleh bakar guna pemanggang ajaib yang glemer tu. tapi tempoh dan teknik membakarnya tu kena la rujuk buku manual ye.


Monday, May 20, 2013

Menjelang Saif 1 Tahun

Rasa macam lama tak update cerita pasal budak bertuah ni kan..haa..la ni da takde kelas, ble la tarik nafas panjang..legaaa..kepala rasa ringan da walaupun ada lagi paper yang tak abes bertanda tapi tu semua tolak tepi dulu, eden nak bertenang dulu buat sementara waktu..

Sekejap je hari ni da 20 Mei..maknanya lagi 4 hari je lagi Saif nak masuk setahun. Owh...how time flies kan..rasa macam terbayang-bayang lagi masa Saif kecik cinonet baru lahir yang kerjanya hanyalah ngempeng dan tido..Tapi la ni dengan aktifnya memanjat sana memanjat sini, selongkar sana selongkar sini..memang itulah realitinya seorang anak kecil kan.

So nak imbas balik la zaman2 Saif kecil-kecilan dulu..rindu bau newborn..bau syurgawiiii..mmmm

 Hari ke-2 baru dapat tengok Saif..sungguh touching masa ni..ini rupanya budak yang suka kick dalam perut mamanya..berat pun 2.9kg je padahal time scan doc kata maybe 3.8kg..hishh..

Bila tido ternganga macam ni mak kata sebiik macam saya! Saya pun rasa macam tu. Tapi papa saif keep on saying.."Takk..ikut muka abang la.." Ok. Fine.

Wajah suci sebelum dibenarkan keluar hospital pada hari ke-5 or ke-6 lupa plak. Eh..apasal touching plak tengok gambo-gambo newborn ni..skkk..

Masa dalam pantang..tak tau la apasal tiap kali tengok gambo ni mesti terbayang muka Jins Samsuddin. Tang kerut kening tu kot.hahaha..

Masa cucuk sebulan. Saif takmo pacifier sebenarnya tapi masa hari ni tetiba elok plak dia nyotttt nyott hisap sambil tido. Tapi sekali tu je la, pastu semua dibuangnya..

 Waktu akikah part 1 kat umah mak. Masa ni masih dalam pantang. Spesis kuat tido masa ni. Tengok la tengah2 panas, orang dok arak dia sana sini pun dia maintain tido nyenyak. Tak ingat masa bila ni, hari ke 40 kot. Adoii..berapa banyak urat putuihhh nii..

Ni plak masa akikah part 2 kat rumah MIL pulak. Pun masa orang dok kerumun cium2 pun dia maintain tido lena. Tapi gambo ni masa dia da berjaga la.

Budak botak. Montel sket. Kulit masih gelap masa ni. Confirm semua orang claim muka papa la sebab mama putih.Hahaha..masa ni dah lepas pantang.

 Masa hari raya 2012..da 3 bulan masa ni..makin bijak. senyum manis bikin hati cair..

Gambo masa kat hospital. Warded sebab demam panas cecah 40 celcius. Alhamdulillah sihat daa..masa ni mulutnya bukan main becok suka berbual dengan mesin drip air tu..aaa..uuu..aaa katanya..

4 bulan..gaya macho seorang lelaki bila tido..

Hari pertama ditinggalkan di rumah pengasuh. Mama touching tapi still control macho depan papa..hsskkk..rindu anak mama..

Alololo..montel la kamu masa ni.

Saif nak adik? Cian..sampai sekarang tak dapat-dapat..hehehe..

Mama suka sangat gambar ni..innocent sangat..waktu mula-mula belajar meniarap..4 bulan jugak masa ni..

5 bulan. Bawak dia pi jamuan alumni universiti. Bising oii mulut dia dalam dewan tu. Ada plak aweks-aweks main agah2 kat belakang lagi la dia menggeletis macam ulat bulu naik daun..haha..

6 bulan. Ramai yang kata gambo ni macam big boy sesangat da..huhu..padahal bila jumpe live mesti orang kata "alahaiii..kecik je.."

Bila tengok gambo ni, makcik kata macam muka Shahnaz Ahmad. Mak pulak kata macam Syah Iskandar. Amboii..komersial value muka kau ye nak. Tapi semua tu mama tak setuju. Kamu tetap Saif Ali Khan mama..huhu..

7 bulan..rajin tolong mama kemas rumah..tu tengah tolong sisihkan katalog dan surat-surat yang da tak perlu disimpan..hehe..

 8 bulan..kulit makin cerah sket.makin hensem anak mama ni..saje biar rambut panjang ala-ala KPop..huhu..eh, ada aweks lalu. cepat-cepat kontrol hensem.
 
9 bulan..Suka tengok Saif khusyuk bermain..

Suka tengok muka hensem sendiri kat cermin..kejap2 nak pi tengok cermin

 10 bulan..mama tak sabar nak bagi hadiah besday..bagi in advance pasni jangan tuntut lagi ye..

11 bulan..akal makin bijak. Mulut makin bising. Tapi belum berjalan lagi. Takpe..take your time..slowly ye learn your step..

12 bulan? Coming Soon...

Meniti detik demi detik perkembangan Saif dan Jumaat ini Insya-Allah Saif akan genap setahun. Seronok 24 Mei tahun ni satu Malaysia cuti meraikan birthday Saif. Hehehe..Tak de plan nak buat birthday pasty whateva, just nak sambut kecil-kecil 3 beranak je kot. Owh...rindu anak mama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...