Thursday, June 27, 2013

Cheesekut

Haiii..atas permintaan ramai (#mata ke atas), maka saya nak sharekan resepi cheesekut yang sedap yang saya bawak masa gathering hari tu. Asal namanya cheesecake biskut tapi saje je nak memendekkan namanya maka jadiklah cheesekut. Nak buatnya amat lah senang.

So bahan-bahannya adalah seperti berikut (macam chef..muahaha) :

  • 1 paket biskut Deluxe Crackers
  • Sedikit fresh milk
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 250gm cream cheese
Untuk makluman, resepi ni sebenarnya takde sukatan tertentu, semuanya ikut citarasa sendiri. Macam susu pekat manis tu saya guna 1/2 tin saja (resepi asal guna 1 tin) sebab tak suka manis sangat. Sape suka manis lebih boleh buh lebih. Then creamcheese yang saya guna untuk tutorial ni adalah brand Tatura. Brand Tatura ni kurang sket masamnya. Satu lagi brand yang saya suka guna adalah Philadelphia, yang ni masam sket. Harga pun beza, Tatura dalam RM6 lebih manakala Philadelphia plak paling murah pun RM10 tapi susah nak dapat harga ni biasanya dalam belas2 gitu la. Tapi Philadelphia memang lebih sedap la so tepuk dada ikut selera nak yang murah ke mahal, nak yang sedap ke atau yang biasa2 je.
 Ni rupa Philadelphia cream cheese. Jangan salah beli cheddar block plak sebab packaging nya sama je cuma nama je lain.


Susu pekat manis tu pun saya lebih suka guna F&N sebab rasanya kurang manis sket berbanding brand lain macam Teapot ke, Goldcoin ke dll.

Tapi biskut tu memang kena guna Deluxe Crackers. Biasanya saya jumpa yang brand Hup Seng ni je. Jangan tersilap beli cream crackers plak. Deluxe crackers ni rasanya memang da lemak-lemak masin gitu so itu yang membangkitkan kesedapan cheesekut ni.

Panjang ceritanya pasal bahan ek. Jom tengok step plak.


 1. Pukul creamcheese guna mixer sehingga kembang. Kalau takde mixer, guna blender pun boleh. Kembang tu means creamcheese tu da jadik lembut la pastu color dia jadik cerah sket.

2. Masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Tuang sikit-sikit. Rasa dulu, kalau kurang manis baru tambah lagi.  Pukul lagi.

3.  Tambah sket fresh milk anggaran satu sudu ke 2 sudu. Tengok kepekatan bancuhan tu. Jangan cair sebab nanti kek jadik lembik susah nak potong. Kalau pekat sangat plak nanti bancuhan jadik sket plak so lapisan kek pun tak dapat buat banyak. So ikut naluri masing-masing la ye.

4. Ni dia bancuhan yang da siap. Tak pekat sangat n tak cair. Senang je kan.

5. Pastu ambik biskut n celup dalam fresh milk. Celup tu means dalam sesaat je sudah. Diingatkan celup je tau, bukannya rendam. Dah celup tu terus susun dalam bekas. Jangan korang susun dalam mulut korang plak ye.

6. Susun biskut2 yang da dicelup tu macam ni. Susun lebih kurang je. Ni bekas pun saya just guna bekas putih plastik tu je. Baking paper tu tak payah letak pun takpe. Saje saya letak baking paper tu supaya senang nak kuarkan n potong. Tapi setakat nak makan sendiri, potong terus je la then korek je macam korang buat masa gathering hari tu. heheh..

7. Then lapiskan dengan bancuhan creamcheese tadi.

8. Macam ni. Tak payah tebal sangat. Cukup sekadar menutupi.

9. Then lapis lagi biskut2 yang da dicelup atasnya plak. Time lapis biskut ni tekan2 sket bagi dia mampat sket. Ulang lagi step 8 dan 9 sampai abes bancuhan creamcheese tadi.

10. Atas sekali mesti lapisan creamcheese ye. Macam ni. Bancuhan saya sket sebab creamcheese saya guna tu tak sampai 250gm pun so tak dapat banyak layer. It's ok.

11. Tutup then simpan dalam peti ais. Biar semalaman ye bagi dia keras sket senang nak potong. 

12. Sok pagi bukak peti ais, taraaaa!!! Hasilnya..

Selamat mencuba! Da buat nanti korang upload plak hasilnye eh. Bye, da pukul 5 nak ambik Saif..


Wednesday, June 26, 2013

Saif 13 Bulan

Haiii..nama saya Saif. Saya da besar!

Budak kecik ni da 13 bulan atau setahun sebulan. Da setahun ni kira da toddler ke. Saif tu halus manja orangnye, masih rasa dia baby2 lagi. pun selalu main gomol2 dia sambil kala "ala lala baby ...alalala baby ..." Comel manja sangat!

Disebabkan fefeeling baby tu, la ni dia takmo makan nasi. Bukan takmo makan nasi lgsung tapi kureng la. La ni selera dia back macam baby2..nak makan bubur plak! Buatkan bubur bukan main selera confrm abes. Senang keja mama la ni setiap hari buat bekal bubur je. Makan je la bubur pagi, tengahari n malam. Muahaha..

Yang tak bestnya dia buat perangai baby-baby dia dulu, reject botol susu plak da! Sebelum ni saya bekalkan 3oz X 4 botol fresh ebm setiap hari. Frozen ebm dia tak bape suka, so gigih la mamanya ni mengepam demi nak bagi yang fresh je. Tapi entah nape 2, 3 menjak ni berubah angin takmo plak. Bagi 4 botol tu, setiap botol tu cuma luak 1oz je. Tu pun dipaksa2 minum. So saya sayang nak membazir, so bekalkan 3 botol X 2oz plak. Pun tak abes, luak sket je tu pun just 2 botol je. Kemudian saya cut lagi bekalan jadik 2 botol X 2oz, pun tak luak jugak. Just luak antara 0.5 - 1 oz je. Risau mamanya ada tak cukup susu ni ha. Camno nak buek ni. Tapi balik dari rumah bs petang tu, memang terus melekap bergantung aje sampai terus tertido. Rekod kelmarin dia tido dari pukul 5.30 petang hingga 7 pagi! Lebih 12 jam tu! Qada' susu punye pasal + qada' tido siang sebab waktu siang dia sangat susah nak tido kat umah bs, asyik nak main je. Tidonya cuma sekali je, tu pun setengah jam je. Adoii..ini budak ingat main ajeee..

Tapi semalam saya test bagi semula botol lama dia kot dia nak minum susu guna botol lama tu kan (sebab saya baru tukar puting n botol-sebelum ni ok je). Dan-dan dia nak plak! Botol pertama susu 2oz tu abes. Tapi botol kedua luak sket je. Amboii nak, rindu botol lama ke..sentimental value betul kau ye nakk.. Perlu ke mama belikan botol baru yang sama. Dah la mahal botol tu, mama baru nak berjimat..ngehehe..

Err..disebabkan Saif reject botol n mama cut susu, makanya tetiba stok ebm dalam freezer jadik bertambah. Alhamdulillah la jugak..sebelum ni risau stok tak cukup. Dalam pada kata sebelum ni nak bagi fm tapi saya hold n hold sampai sekarang da 13 bulan still bertahan. Alhamdulillah..masih ada rezeki.

Alhamdulillah..kira ok la ni kan. sebelum ni tinggal 4 paket 4oz je. La ni da bertambah sket.

Pastu sebab fefeeling baby lagi makanya dia tak berjalan lg. Org kata badan kecik patutnya cepat jalan tapi idak jugak. Camno nak jalan kalau asyik nak gelak je bila berdiri. Excited lebey..

Malam tadi neneknya call. Tiap kali call mesti tanya "Da jalan belum? Haah! belum jalan lagi?? Bila nak jalan ni??" Berdarah telinga mama dengornye. Tapi mama rilex je,alaaa... awal lagi.

Neneknya bagi petua, "Pukul lutut Saif tu dgn sabut kelapa. Nanti cepat jalannya."

Eh,nape tak pernah dengar pun petua ni. Pastu mana plak nak cari sabut kelapa. Kalau kat kampung senang la cariknya. Ehmm..mama dok kerah otak. Apa signifikannya sabut dgn kaki.. Benda lain tak boleh ke ...

Tetiba saya nampak remote kipas...Saya ambik remote tu dan ketuk lutut saif yg tengah berdiri tu dan kata,"cepat jalan!" Macam bagi arahan kawat plak.

Saif gelak.

Dalam pd gelak tu tu, Saif menapak! 1..2..3..4..5..6..7!!

Haaah! Berjaya la jugak 7 tapak! Proud giler! Terus call papa Saif bagitau. Fuhh... cepat la jalan ye nak oiii! Mama target raya nanti da bole jalan tau.. Korang pun doakan Saif cepat jalan ye...

Gambo budak eksyen tak bagi orang pegang bila jalan2 depan rumah..Tu kunci tu tak lepas tu..dasar budak obses kunci rumah..

Lelaki dan poligami

Apehal tetiba malam-malam buta ni nak citer pasal poligami plak . .. tak suka hokey kalau nak cerita bab poligami ni. Kalau cerita bab poligami ni dengan laki ku,boleh cetus perang besar. Sebab saya pembangkang tegar bab ni but hubby plak menyokong dengan alasan 'perkara halal'.

Masalahnya banyak lagi perkara halal lain boleh dibuat tapi biasanya lelaki tak buat pun. Contoh paling senang perkara halal yg boleh dibuat-tolong isteri basuh baju,lipat baju,ironkan baju,sapu rumah,mop lantai,tanam pokok bunga,basuh simen garaj,mandikan anak,masak n macam2 lagi la. Kalau tak reti buat semua benda tu at least sediakan maid supaya isteri boleh tumpu jaga anak je. 

Jangan plak kata nak mengikut sunnah kalau doa makan pun kau tak amal. Qiamulail jauh sekali even set alarm kol 3 pagi sebab nak tengok bola.(Alhandulillah lakiku tak layan bola 3pagi-layan bini lg bagus)

So, rasanya layak ke?

Dah kenapa tetiba bangkitkan hal ni plak nadt oii .. sebabnya kawan saya baru je cerita pasal kakak dia kena cerai dgn laki dia Sebab lakinya da menggatal merenyam ngan pompuan lain. Tp asalnya tak nak ceraikan si kakak tu konon masih sayang. Tapi pompuan mana yg rela bermadu. Bini muda hasut suruh cerai ,sudahnya cerai jugak. Cerai pun perkara halal pe tapi dimurkai Allah,para suami kena ingat tu. 

Cerita sama yg klise juga penah berlaku pd sedara terdekat saya sendiri cuma tak tahap cerai. Jodoh masih panjang dan utuh-mungkin.

Maka, apa sebab sebenarnya nak ada lebih drpd seorang?

Nak elak maksiat? Kalau kau sendiri tak hampiri perkara maksiat,camne maksiat bole berlaku kan? Cakap je la nak penuhi tuntutan nafsu yg tak reti mencukup. Apa kata kalau buat puasa sunat,puasa mampu mengawal nafsu kan? Akal ada,banyak cara lain nak elak maksiat. 

Point saya senang je,kalau bini kau bekerja sama-sama menanggung nafkah,tak payah berangan la nak ada bini lain sebab ternyata kau memang tak mampu. Kot bini kau tak keja dok umah jaga anak urus rumahtangga lagila kau kejam ada hati kat pompuan lain kat luar. Serius saya bangkang.Memangla ada yg bahagia tapi statistiknya yg tak bahagia lg ramai drpd yg bahagia. Ada yg nampak je cam bahagia tapi hati didalam menangis sape yg tau.. Alah sedangkan ngan adik beradik sendiri boleh masam2 muka rebut barang.lnikan plak merebut laki dengan orang luar ? Memang tak la.

Tapi lelaki ni ntah apasal memang Suka jadikan poligami sebagai topik perbualan. Contoh perbualan sebenar. 

Lakiku bawak mpv pi kelas. Kawannya menegur "Kau ni, anak sorang pun pakai kereta besar."

Kawan seorg lagi menyampuk,"Anak dia memang la sorang. Cuba kau tanya bini dia ada berapa.."

(-_-)

Korang tengok? See the point?

Berani dia buat lawak tak kelakar macam tu dengan lakiku.

Pastu berani plak lakiku cerita semula lawak tak kelakar tu dengan aku.

Serius mencari nahas!

Tu dia point sebenar cerita aku malam ni. Sekian.. juz my 2cents.

p/s:maaf kata ganti diri aku kau digunakan untuk luahan pendapat serius yg lebih mesra alam..

Monday, June 24, 2013

All About Gathering Gojes Blogger Supermom & Baby At AEON AU2,Setiawangsa

Haaa..hambik kau tajuk sikit punya panjang macam la da tak cukup ruang kat sini nak menulis. hahaha.. by the way, seronok sangat dapat jumpe korang semua. but sorry sesangat kalau ada yang saya tak tertegur, tak tersalam, tak terpeluk muah muah, tak tersenyum dan segala tak la..sorry sangat. serius bila da ramai-ramai tu saya pun confuse mana satu la gojes2 mom, mana satu la orang luar.. so muka2 familiar cam Leenda Asyura, Ciknaa and Erin yang saya serbu dulu..huhu..pastu baru la makin merapati yang lain..sengih2 buat muka tak malu kan..malu rugiii..

Dalam pada tu tak sempat jugak bak berborak beria sebab terlebih teruja melayan si Saif tu bermain. First time masuk Kidzoona ni, kejakunan mak..eh kena bukak kasut eh? Betul ke kasut kena letak dalam bakul ni, muat ke? Tanyaku pada budak kaunter itu. Nampak sangat mak jakun kan. Pastu jakun lagi bawak Saif kejap main tu, kejap main ni..haaa..mengah mak. Saif pun teruja tau padahal depan pintu Kidzoona tu dia still tido lagi dalam stroller. Masuk je dalam terus terbutang biji mata segar bugar ke sana ke mari.

Mainan pertama dituju adalah ball oren yang ada tanduk dua tu..diseretnya ke sana sini. pastu naik keta plak..eksyen pusing2 stereng haa macam tau2 je..

 Main cak cak dalam gelung..

Antara anak-anak gojes yang sempat disnap. Atas sekali Hannah yg cekci n cute. Atas kanan plak si Aish-bila saya tegur dia tengah main terus dia pusing ehekk ehekk kat papa dia..hahaha... bawah kiri plak si Airell motak huhu..last sekali Zafirah-nangis tak nak share mainan tu haaa maknya kena beli satu untuk Zafirah ye..hehehe..

 Antara aktiviti mak-mak gojes..

Dapat hadiah no.7..my faveret number

 Birthday Qaleef..tak sempat nak rasa kek..sobss..

 Goodies birthdat Qaleef..comey sangat. Nak terus tampal tapi kena sound ngan papa Saif 'macam takde hari esok'. Terus mak sentap n simpan tak jadik tampal. Thank you Aty.

  
 Ni dia hadiah cabutan no.7 tadi. Saif da mengoyak dengan rakus dari dalam kereta lagi. Seb baik sempat selamatkan tag nama tu.

 Isi hadiah. Feeding set untuk Saif n frame khat kufi untuk mama! Yeahh! Suka sangat! Terima kasih Ekin!

 Terus letak kat rak gambar..dasar tak menyempat kan..huhu..

 Cantekkk!! Korang kena beli tau dengan Ekin..

Oh ye..takde gambar pun dengan mommies sume kan. Tu la da bawak dslr tapi papa Saif malas nak bawak keluar plak. Sudahnya pakai tab kejap2 nak simpan dalam handbag pastu malas nak kuarkan sebab bagak besar..sudahnya malas nak ambik gambo sendiri. Harapkan korang-korang je la yang nak bergambar ngan saya (bajet daku ni retis ke-#mata ke atas), saya takde pun ambik gambo ngan korang. Pengajaran, next time, my dslr-mesti bawak!

Takde rezeki nak lepak lama-lama sebab nak terus ke rumah sewa, ada agenda mengecat rumah la plak. Pastu nak terus balik Karak plak. Sorry waktu balik tu ada yg sempat muah muah, ada yg sempat salam gitu2 je n ada yang saya just kata "Ok..Nadt balik dulu ye..jumpa lagi..bye" dan terus blah laju-laju. Huhu.. But korang dapat rasa kan cheesekut yang Nadt buat tu..seb baik ada agenda makan-makan tu ble la kuarkan cheesekut tu, ingat da nak sembunyi je bawak balik kalau takde orang lain bawak pape.hehehe..

Anyway..geng Gojes Blogger Supermom & Baby memang best! Terbaek! Insya-Allah panjang umur murah rezeki..jumpa lagi akan datang.. (^_^)

Rak buku

Rasa macam da tahap kritikal gak meroyannya ni nak rak buku. Hari-hari dok hadap google carik idea rak buku yang best tapi affordable..buat masa sekarang buku-buku saya diletak atas rak dinding ikea.

Macam ni...

Sekarang ni semua barang kena letak tempat tinggi nak elak daripada dicapai dak Saif.

Tapi seiring pertambahan koleksi buku saya,risau rak tu tak mampu menampung berat buku tu semua. Takut tetiba satu hari busshhh rak tu jatuh. So memang perlu sangat rak buku sekarang ni.

Ciri utama yg penting,rak tu mesti ada bahagian bertutup kat bawah. Tau je la kalau open concept maunye menangis mak nak kemas tiap tiap hari sebab Saif sepahkan. (sepertimana yg berlaku kat dapur saya sekarang.. sobss..) So bahagian bertutup tu ble simpan mainan Saif yg besar-besar. Bahagian rak atas je buat letak buku.

Berkenan dengan yang ini di IKEA..tapi harganya mmmm..confirm papa Saif tak approve.
RM587

atau ini...
RM538

Ada yang murah sket macam ni tapi atas tu tak bertutup cam tak berkenan plak.
RM379

Ada lagi murah tapi semua tak bertutup. Confirm jadik tempat Saif menyepah.

RM169

Kalau ikutkan papa Saif,dia nak yang macam ni je..

RM75


Kedek...Sungguh tak berkenan.Tak sama tema langsung. Kalau boleh saya nak perabot kat ruang tamu saya semua color putih. (masih tak puas hati dengan meja komputer kelabu yg papa Saif beli)

Tapi tu yg baru survey kat IKEA je. lngat nak tengok kat Giant and Tesco kot ada yg lebih kurang sama tapi harga more affordable and valuable.

Misi rak buku bermula!


Wednesday, June 19, 2013

Jom Senam Bersama Saif!

Hai kawan-kawan semua, hari saya nak ajak awak semua bersenam ala-ala yoga bersama saya. Follow tau step by step ni..

1. Cari mana-mana penjuru sofa dan naikkan kaki atas rak tv. Posisi badan kita umpama jambatan penyambung rak tv dan sofa ye.

2. Tonggengkan montot dan tenyehkan muka ke sofa. Ye..macam tuuu..pandai..

3. Rehatkan badan seketika. Buat senaman lidah plak dengan menjilat sofa.

4. Seterusnya tangan bawak ke depan, kaki tu bagi silang ye. Ni nak bagi regang urat-urat dan otot-otot yang penat main je kejanya tu..

5. Tangan 2-2 bawak ke depan pastu pumping 33x ye. Sambil-sambil tu bawak-bawak la berzikir 33x seiring pumping tu.

6. Then kaki kiri juntaikan ke bawah.

7.  Langkah akhir adalah luruskan kedua-dua kaki ke belakang. Sambil-sambil tu jilat sofa lagi.

 8. Ok..meh kita uji daya kekuatan kita hasil senaman tadi dengan mengangkat TV ni..yeahhh!! (eii..potong lidah tu karang..)
 

p/s : Tak tau la apasal Saif suka sangat baring kat penjuru sofa macam tu padahal sofa sket punya luas ble baring. Panjat rak TV tu memang da hobi. Da tak daya nak jadi tarzan jerit pekik suruh turun. Sighh...


Art Therapy

Saya memang suka benda-benda berkaitan art ni. Masa sekolah dulu even dok kelas sains tapi sanggup ambik subjek tambahan seni. Sanggup dok sorang2 dalam bilik seni layan lukisan. Kadang-kadang cikgu seni bawak saya masuk kelas dia, saya dok kat meja hujung, melukis. Dan murid-murid lain akan kerumun saya macam tengah tengok animal show dekat zoo. Eh apa da mula melalut ni memang suka mukadimah panjang2 kan.

So beberapa minggu sudah saya ada pos beberapa gambar kat facebook kan tentang kursus Art Therapy yang saya join tu. Kot korang ada add friend ngan saya ada la kot boleh nampak. Mana yang tak dapat tengok tu meh ni saya share kat blog pulak.

Art Therapy ni biasanya kita suruh budak-budak buat. Mak budak pun boleh buat. Ok, biasanya kita suruh budak buat sebab kita nak tengok luahan perasaan dia dalam bentuk art. Ala biasa kan kalau kita tengok cerita CSI tu, kalau mangsa tu adalah kanak-kanak, pakar psikologi akan suruh budak tu lukis. Then budak tu lukis la apa yang dia rasa masa tu. Contoh la macam gambar kat bawah ni. Korang rasa apa perasaan budak tu masa tu. Mungkin marah? Violence? 

 sumber : margaretgriffin.files.wordpress.com

Sesi pertama adalah melukis pada kertas lukisan menggunakan crayon. Watercolor pun disediakan tapi saya lagi suka guna crayon.huhu..So just lukis apa yang kita rasa. Oleh kerana otak saya ni totally dok ingat Saif je so makanya lukis la gambo Saif kononnya.

Tudung bulat bulat tu pegawai kaunseling tempat kitorang..dia la yang mengajarnya. Tu anak-anak staf pun ada yang join..

Antara hasil lukisan

Lagi..

Hasil kerja tangan..

Sesi kedua pulak lukis pada batu. Sama jugak konsepnya tapi yang ni rasa lebih damai kot. Sebab batu kan kecik dan kita kena fokus nak melukis dan mewarna guna watercolor tu. Release segala stress. Serius.

Berlakon..hehe..

Batu art

Antara hasil kerja tangan rakan-rakan..kratif..

Sesi ketiga plak playing with clay. Buat la ape2 bentuk pun guna clay. Oleh kerana saya ni jiwa berbunga-bunga riang je so buat la bunga. Pastu orang sebelah buat karipap, saya plak buat donut kononnya donut Big Apple la tu.huhu.. Pastu pakat-pakat dengan orang sebelah jugak buat set hantaran pulak kononnya. huhuhu..

Mak-mak tengah ajar anak masing-masing nak buat clay

Hasil kerja tangan semua..kreatif sangat anak-anak ni tau..

Hasil keja tgn bersama member sebelah..set hantaran beg chanel, high heel jimmychoo n cincin berlian kak semah..ngeheeehee

Hasil keja tanganku..bunga ros n donut Big Apple..ngeheee..

Art Therapy ni biasanya apply untuk budak umur 2 tahun ke atas la sebab diorang da boleh pegang pensel n color dengan betul. Anak-anak kita yang baya-baya umur setahun ni selayaknya buat Play Therapy je. Memang tahap umur diorang sekarang adalah untuk main je. Ekspresi perasaan pun cuma reti secara melalak aje. Silap haribulan color crayon tu dia sumbat dalam mulut fefeeling Rocky Stick. (Tau da sebab Saif memang da penah makan crayon Kak Hasya dia (-_-)' )

So korang pun ble la apply untuk anak-anak korang nanti. Clay tu ble ganti dengan homemade clay yang guna tepung apa ek lupa da nanti korang google la eh. Lebih selamat untuk bebudak.

Enjoy your art!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...