Tuesday, August 27, 2013

Spritzer Mini Water Dispenser PINK

Petang tadi minum kopi  O kawww, so da tengah malam pun rasa masih cergas so mari kita mengupdate blog.hehe..Saif pun tido lena..bagusss..

Ni nak gebang pasal water dispenser. Alaa..yang Spritzer punye color ijo tu. Dah lama da papa Saif kata nak belikan water dispenser Spritzer tu, daripada tahun lepas lagi dok gebang tapi sampai da nak tutup buku tahun ni pun tak beli-beli. Huhu..

Ni yang biasa punya color ijo - sumber : google

Nak jadik cerita, Sabtu lepas balik daripada kenduri kawen kawan papa Saif, kami singgah jap kat Petronas (Puchong Perdana kalau tak silap) nak solat. Setel solat tu, saya pusing lalu tepi kedai Mesra Petronas tu, nak beli Pearl Kacip Fatimah kekdahnya nak jana tenaga untuk pi shopping..huhu..

Tetiba dari luar lagi saya ternampak satu objek color pink dengan corak love-love yang macam comel-comel gitu. Hati da berdebor ni. Tetiba nebes plak. Huhu..macam kukenal je objek apakah itu. Cepat-cepat masuk kedai terus tuju tempat objek pink tadi dan waahhhhh...tepat telahanku. Objek itu adalah Spritzer Mini Water Dispenser color pink dan bukannya color ijo buruk yang saya tak suke tu..Terus rasa teruja macam menang Miss World 2013! #naknanges

Saya tak tau la kot selama ni memang da lama da ada design color pink tu. Mungkin saya yang ketinggalan ketapi, korang semua da tau daripada duploh tahun lepas lagi ek..mana la tau. Yang penting ini first time saya jumpa color pink tu. Siap google jap tadi ada tak yang da beli mini dispenser color pink ni. Macam takde je.

Orang Petronas tu kata la ni tengah promotion. Harga biasa jual RM32. Yang promotion ni dia jual RM30 + free sebotol air Spritzer saiz 5L tu. Memang berbaloi! Ada jugak jual yang hot n warm tu, harga promotion RM70 + free air jugak (harga asal RM80). Tapi saya tak nak yang hot n warm tu sebab bazir karen je, bukan selalu minum air panas pun. Pastu colornya ijo-so tak nak.

Dok cerita je, meh saya tunjuk buah hati pengarang jantung saya color pink tu haaa..

 Taraaa!!! Ini lah dia Spritzer Mini Water Dispenser color pink gitu..comey tak kak ton?

 Ni rupa paras bila da siap pasang. Senang je nak pasangnya. Tonyoh aje botol tu kat atas tu..

Bertambah la kaum keluarga pink di dapur mama..suka!

Oh ye, saya masuk gak page FB Spritzer. Mini dispenser bercolor-color ni actually da ada di pasaran since 2 bulan lepas (kalau tengok update kat album gambo tu la-ok la tu bukannya duploh tahun lepas kan..). Rupanye ada color lain jugak. Kalau korang tak suka color pink, ble la pilih color lain samada biru, kelabu atau ijo tadi dengan corak yang berbeza-beza. Dan dispenser yang cute ni limited edition tau! So kalau nak, cepat-cepat la korang terjah mana-mana tempat yang ada jual ni ha Petronas ke, Giant ke..ntah saya pun tak tau mana lagi.

Comey kannn?


Monday, August 26, 2013

Jamuan Raya Geng Gojes Blogger Supermom & Baby

Assalamualaikum semua..haii..

Haa..bukan main panjang dan skema tajuknye gitu. Sebelum cerita ni basi dan saya dilanda busy so better update cepat-cepat.

So semalam 25 Ogos 2013, termaktublah agenda Jamuan Raya Geng Gojes Blogger Supermom & Baby. Actually ada 2 tempat. 1st sesi pagi pukul 10 pagi kat rumah Eira Zainal kat Selayang. Sesi kedua plak pukul 3.00 petang kat rumah Aty kat Rawang.

Selayang tu kira dekat je la dengan umah hubby so sebab nak sarapan free, maka pergi.hehe..tapi bukan tu niat utamanya. Niat utamanya mesti la nak ziarah menziarahi berkenal-kenal la dengan geng yang ada. Saya sampai rumah Eira lebih kurang pukul 10 lebih. Sampai-sampai tu saya orang pertama! Plak tu da la saya ni antara cam tak cam je muka Eira, aaahh..da sampai tu redah je la. hehe..

Katanya menu sarapan tapi bukan setakat sarapan biasa2 tapi dengan nasi berlauk, nasi himpit rendang, sate dan macam-macam lagi memang best woo..memang makan habis-habisan la. Family Eira pun ramah, nice to meet uols. Lebih kurang sejam kami kat rumah Eira, tak sampai2 batang hidung geng gojes yang lain so kami pun mengundur diri la. Tambah plak Saif da meraung sebab terbalik dari ride on car Alisa (kahkah kelako mama tengok), so lagi cepat la kami nak balik. Lagipun da janji nak beraya rumah kawan yang lain plak. Terima kasih daun keladi Eira. Makan sedap sangat lagi2 gulai nasi berlauk tu. Superbb!

With Eira n Alisa yang comey malu-malu..Saif tak malu kuar masuk rumah orang je kejanya macam rumah sendiri plak..

Memandangkan gap antara agenda umah Eira dengan Aty agak jauh, so menyinggah jap rumah kawan zaman belajo dulu si Oya (oya-ko jangan tunjuk blog ni kat Min tau, wat malu aku je..ngehehe). Ni kali kedua kami raya rumah dia, n setiap kali raya mesti Saif akan tido. Raya 1st dulu Saif baru lepas pantang so tido dalam bouncer anak buah Oya. Kali ni datang Saif da besar, tido atas toto plak. Gebu, sejuk memang lena la dia tido. Senang mama papa berborak sambil makan-makan.huhu..

 Lupa plak nak ambik gambo ngan Oya. Boleh la aku letak gambo ko sipi-sipi eh oya ngan dak Amirul mucuk-mucuk tomeyy.

2 orang budak yang baru bangun tido. Agak-agak yang mana 10 bulan, yang mana 15 bulan? Hehe..

Kitorang lepak rumah Oya lama gak la sampai pukul 1.30. Then terus gerak ke Rawang. Niat hati kalau sampai awal, nak menyinggah kat AEON Rawang dulu. Otak da calculate siap2 nak beli tu, beli ni..bab menyopping tak abes2. Pi tempat orang senangnya ikut GPS la kan. Kami guna Waze. Jumpe address Nando's @ AEON Rawang. So follow je la. Follow punye follow destinationnye adalah kat depan rumah orang kat taman perumahan celah mana ntah! Sape pedajal woii letak address bukan-bukan ni. Rasa nak bakar rumah tu. Grrr..

Kali kedua set address lain plak. Masuk ke mana tu Kota Emerald, pastu masuk je jalan berbatu-batu cam jalan mati. Rasanya jalan tu maybe shortcut boleh lalu tapi tengok atas pagar cam tutup so tak berani nak redah.

Kali ni suruh papa Saif bukak GPS Papago dia plak. Setkan bebetul. Ok, kali ni rasanya jalan yang betul. Tapi dok menempuh jem plak haaa..but at least kali ni ok la sebab da nampak AEON Rawang tu. tapi tak singgah la wei sebab da lambat, da kol 4 lebih masa tu! Itu pun kami still tak jumpe exactly alamat Aty, so dengan segala kepakaran yang ada, papa Saif just guna instinct je cari jalan. And finally jumpa! Itu pun ada gak la berhenti tanya bangla jaga taman depan tu haa..Papa Saif memang pakar mencari jalan tu pasal saya sayang.hehehe..

Sampai-sampai je da penuh umat oiii dalam rumah Aty tu. Berdebor tetiba, ada tak yang saya kenal? Ada tak yang kenal saya? Terus jumpa Aty. Seb baik Aty cam oii..kalau tak mak malu terus pusing balik.ngehehe..ni kali kedua jumpe pun. Then terus salam-salam dengan yang lain. Ada yang saya kenal, ada yang antara cam tak cam gitu..hehe..maklumla urat otak banyak putus. Eh..jangan tak caya gigihnye saya dok study nama n gambo muka masing2 kat FB tau. Tapi bila da ramai2 tu saya tengok muka da lebih kurang sama je terus mak confuse.hahaha..ampun maap ye.Then terus serbu meja makan ooo banyaknye makanan weiii..Sampai terkelu nak makan mana satu. Yang penting nasi ayam pilihan utama sebab feveret Saif. Banyak Saif makan nasi ayam tu, sedap katanya. hehehe.. Makanan lain pun semua sedap. Makanan-makanan yang tiba kemudian banyak yang saya tak sempat rasa (sebenarnya control sebelum papa Saif sound saya mentekedarah..hehee)

Semua busy makan

Macam biasa saya takde ambik gambo dengan sesiapa pun. Ye la, semua tengah sebok makan n melayan anak, segan plak nak suruh ambikkan gambo. Pastu nanti saya ambik gambo dengan orang ni, tapi tak ambik gambo nga orang tu, karang ada yang kecik ati plak. So untuk berlaku adil, saya tak ambik gambo ngan semua orang.hahaha..ble gitu? Adil kan saya? hahaha..(alasan je ko kan nadt). Ngan tuan rumah si Aty pun saya tak bergambo sama tau. Seb baik Aty kata nak ambik gambo ramai2 tu sebelum saya balik, so ada la kenangannya jugak.. Tapi masa nak balik kat luar porch tu sempat la gambo jugak ngan Leenda Asyura ngan Ros Anis. N sempat gak Wawa Yusof yang baru sampai berlari2 ambik gambo jap. Hehe..

Gambo beramai wajib. Kali ni saya cari port di tengah sebab takut terkeluar frame macam gambo kat kidzoona hari tu. Ahakss..lantak la celah ketiak sape pun janji nampak muka. Ngehehe..

Dalam pada sempat berborak ngan Erina tu, ingat2 lupa plak eh da salam dia ke tak ni ek..lupa plak..ngehehe..

Ko tengok. Dalam pada Kak Mimi bagi angpau kat Saif, ble maknye lupa nak salam balik Kak Mimi. Ampun maap, da kelam kabut tak ingat ape da..

Kat luar sempat lagi bergambo ngan kak Leenda Asyura ngan Ros Anis. Seronok jumpa korang. Mesraaaaaa!!

 Ngan Wawa Yusof pun menyempat jugak. Sampai ke abes majlis tudung mama tak bagi kerjasama. Spoil!!

 So pastu terus la gerak balik. Balik Karak kekdahnya. Sampai umah pun dekat kol 8 malam. Lepas je mandikan Saif, terus Saif pun pengsan tido kekenyangan n penat.

Anyway, seronok jumpe korang semua. Ada yang kali ke-3 jumpe, ada yang kali ke-2 jumpa n ada jugak yang kali pertama jumpa but still boleh beramah mesra dan borak-borak cam da kenal lama n banyak kali jumpa.hehehe.. Insya-Allah next time kalau ada panjang umur murah rezeki, kita jumpa lagi. (^_^)

Dah..dah..pi sambung buat keja..




Friday, August 23, 2013

Anak Terlebih Manja


Mulakan entri dengan camwhore anak dan mama..
 
Malam tadi Semanis Kurma topiknya "Anak Terlebih Manja". Sebenarnya plan nak tido awal sebab Saif da mengantuk sangat masa tu tapi sebab topik yang menarik ni, so tahankan jugak Saif daripada tido. Nak tidokan dia kat ruang tamu dia takble tido ada cahaya2 ni, automatik mata dia terbukak luas nak bermain even da terhuyung hayang dengan mata merah.

Topik ni memang kena mengena la sangat dengan si Saif ni. Saif ni memang manja sangat terutamanya dengan saya la. Ye la..balik dari rumah pengasuh, dia terus berkepit ngan saya je. Jumpa papanya time cuti je. Saif manja jugak dengan papanya tapi tak semanja dengan saya la. Apa-apahal pun sikit-sikit nak kat mama, sikit-sikit nak ikut mama..

Dari segi kemanjaan ni, saya tak memanjakan Saif dari segi material sangat. Mainan Saif tak banyak mana pun, paling besar pun lion tu je. Lain-lain tu semua mainan murah yang beli online atau beli kat Tesco je. Toys R Us memang kawasan larangan. Sometimes saya teringin juga nak tengok mainan-mainan dalam Toys R Us tu tapi papa Saif tak bagi sebab tak nak jadi kebiasaan. Sebab ada kawan dia yang setiap kali pi shopping mall, anak dia akan tarik pi Toys R Us. Kopak la kalau tiap2 minggu Toys R Us kan. So pilihan kami kalau nak beli mainan adalah secara online. Bila beli online, Saif pun takkan tau kewujudan kedai mainan makanya dia pun takkan la nak mengajak beli mainan kan. Tau-tau je mainan da ada kat rumah.Hehehe..

Alaa..lagipun mainan-mainan tu semua Saif bukan main sangat pun. Budak-budak tau la kan cepat bosan. Main kejap, pastu campak. Pastu dok cari benda yang bukan mainan. Remote la, wayar laptop la, charger hp la, periuk, kuali, jug..tu yang jadik pilihan mainannya. Bakul mainan dia tu dok terperuk gitu je. Kalau saya tak tuang mainan-mainan dalam tu, memang dia tak main pun.

But actually material tu sampingan je. Tu semua pilihan masing-masing nak bagi mainan ke tak. Bagi saya mainan tu still penting untuk anak sebab dengan bermain, diorang akan membina imaginasi mereka sendiri. Otak mereka akan lebih banyak berfikir daripada jenis yang dok diam tengok TV je kan. Tapi kena pandai-pandai la pilih mainan yang sesuai. Kalau umur setahun tapi  ko belikan puzzle 1000 keping tu takde motip pun kan, jadi bahan sepah je. Ada banyak learning and development toys yang boleh kita pilih.

Err..actually saya bukan nak cerita pasal mainan pun tapi ehmm..mainan pun ble jadi medium memanjakan anak kan. Macam yang Dato' Syed cakap semalam, dia jarang dapat luangkan masa dengan anak sebab mengejar kerjaya. So dia cuba ganti masa yang hilang tu dengan belikan mainan. Itu silapnya dia sebab bila tiap kali balik anak dia akan tanya "Mana toys?"

Saif tak pandai cakap lagi so setakat ni memang tak penah la mintak mainan. Saya pun kalau boleh tak nak biasakan.

Yang saya nak cerita sebenarnya adalah tentang manjanya Saif. Saya rasa saya sangat memanjakan Saif. Sikit-sikit peluk. Sikit-sikit cium. Dia jatuh sikit, saya ambik peluk cium. Dia pandai buat sesuatu, saya ambik peluk cium. Saya marah dia, dia cebik, saya ambik peluk cium. Saya tak tau cara saya ni betul atau tidak sebab saya just follow 4 tahap pendidikan anak mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

TAHAP PERTAMA
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.


So itu la yang saya cuba buat. Memanjakan Saif dengan kasih sayang.

Kesannya - Saif jadi terlebih manja. Kepala hantuk sikit kat sofa pun nak ekk ekk.. Mama tinggalkan dia pi dapur pun nak ekk ekk.. Bila berjalan ke rumah orang, sibuk nak berkepit dengan mama.

Hari tu bawak Saif pi umah kawan, lawat baby. Sikit pun dia tak heran dengan baby tu. Bebudak lain ada jugak la kiss-kiss baby tu. Saif sikit pun takde kiss baby tu. Pandang pun tak. Suruh dia kiss,dia taknak. Sibok dia nak main remote TV rumah orang tu. Pastu bila main-main terhantuk dinding sikit, mula la heekk..mama peluk2 cium2 baru ok. Beza betul dengan anak kawan sorang lagi. Sebaya Saif. Budak tu memang gaya main sungguh kelelakian, garang plak tu. Beza tul dengan Saif yang lembut ni.   

Kawan pun kata Saif ni manja betul. Macam mana la nak ada adik ni.. Haa..tu pasal la jawapan saya kalau orang tanya apasal tak pregnant lagi. Sebabnya Saif tak ready lagi, manja sangat haaa..mama ngan papa ready je lagi-lagi papa..hehehe..

Nak tak manjakan dia rasa bersalah pulak. Ye la da seharian dok umah pengasuh, mesti la dia nak perhatian dan kasih sayang kita plak. Kalau kita buat ignore je, kesian sangat. Seriously saya sampai tahap rasa nak tak pakai langsung tab saya ni sebab tab ni buat saya adakalanya terleka nak melayan Saif. Budak tu da terjerit pekik berpaut kat kaki baru la letak tab kat tepi. Sebab tu la kalau ada orang wassap saya selalu saya lambat baca sebab tab saya simpan ntah mana-mana sebab nak tumpu melayan Saif je. Blog pun jarang update kat rumah sebab update kan kena fokus kan. Kalau nak update blog kat rumah pun hanya ketika Saif da tido.

Korang rasa Saif manja ke macam tu?


Betul ke cara saya ni ek..Ehmm...

 

Thursday, August 22, 2013

Rindu Papa

Entri ni ditaip waktu malam. Bila malam fefeeling blues lain macam sket. Ntah apasal lately makin hari makin daku dok terkenang sampai bila la nak PJJ ngan hubby ni. Selama ni jiwa macam kental. Entah apasal lately kekentalan tu da jadi tak berapa nak kental lagi da.

Kelmarin,Saif cucuk bijik mata saya sampai tak boleh bukak mata. Gurau ganas namanya sampai mencucuk bijik mata. Serius sakit sangat, cuba nak bukak mata tapi rasa macam ada benda dalam mata. So memang tak boleh nak bukak. Masa tu la mula nak touching..di saat saya memerlukan papa Saif tatkala tercucuk bijik mata, papa Saif takde. Ada la sms ngadu je tapi setakat sms tu sama la jugak macam saya cakap dengan balang kuih je. Bukan orangnya ada depan mata. Nasib baik la Saif pun behave, agaknya dia pun cuak rasa bersalah buat mama dia terguling-guling sakit mata, so dia diam je tengok mamanya. Lebih 2 jam jugak kot baru boleh bukak mata betul-betul. Kot tak boleh bukak mata langsung sampai esoknya, sapa yang nak uruskan Saif?

Petang tadi, saya biarkan Saif main-main kat porch sementara saya nak siram pokok bunga. Kebetulan ada anak jiran sebelah berdiri kat pagar yang menghubungkan umah kitorang. Beria-ia la Saif tu dok pegang pagang berborak dengan budak tu. Tetiba datang ayah budak tu kata "Jom.." Dan budak tu pun pergi ikut ayah dia naik kereta pergi mana ntah. Saif tengok je. Terpusing-pusing dia tengok kereta tu pergi. Mama pun mula la touching..kesian Saif..macam orang takde bapak plak. sobss..#nanges

Sebab tu la tiap kali papa Saif balik, beria-ia Saif mengendeng manja. Kalau time tu tengah tido, dia boleh terus terjaga n terus bangun dapatkan papa dia. Rindu kot.

Mama pun rindu...


Wednesday, August 21, 2013

Saif Dan Caca

Papa Saif tu ada campur2 Pakistan belah mak dia. Kira kuat la jugak pakistan hey dia tu. So caca ni maksudnya pakcik dalam bahasa pakistan la kot..bahasa pakistan ngan hindustan saya rasa lebih kurang sama (kottt!!). Kalau makcik plak panggilannya caci. Tapi saya tak nak anak buah saya panggil caci, cam tak best. Macam caci maki bunyinye. So suruh diorang panggil iols Aunty, glemer sket.

Ok, sekarang sebenarnya nak cerita pasal caca. Saif ada 2 orang caca (adik papa Saif). Sorang caca Kal (Aikal), sorang lagi panggilnya caca Ha (Izhar) 2-2 pun Saif ngam tapi kalau dengan si caca Kal tu ngamnye lain  macam. Biasa kalau balik kampung, Saif ni payah sebenarnya nak mesra ngan orang. Neneknye pun berkecik ati sebab Saif ni buat ignore je. Tapi dengan caca Kal ni, tak payah disuruh, dia sendiri pergi wei. Tengok je la, masa first time lancar berjalan dulu pun sebab nak berjalan dapatkan caca Kal dia tu. Tak tau la aura ape si Aikal tu ada sebab memang semua budak-budak suka kat dia.

Dengan adanya babysitter menjaga Saif di belakang, ble la mama camwhore selalu..hoho..tengok tu, peluk erat bukan main punye lentok

 
Best ke caca kepit camtu Saif?

Saya pun lagi la senang hati. Bila balik kampung, ble la lepas tangan jap pass kat caca Kal dia. Sometimes bila berjalan kalau da penat berdukung, pass jugak kat caca Kal lagi. Haa..Saif siap lentok-lentok tido senang je wei kalau dengan caca Kal dia ni. Ada sekali tu masa kat Cameron,Saif memang da ngantuk sangat tapi dia dok tahan mata masa saya dukung. Plak tu saya da penat dukung, pass la kat caca Kal dia tu. Pappp!!Tak berapa saat terus lentok tido si Saif tu. Dalam kereta pun sama, dok depan ngan saya tak reti dok diam. Pass kat caca Kal duduk belakang, paaapp!!Lentok tido! Aiksss..magic!

 See? Da ngantuk sangat tu..

 Terus paapp!! Tido!

 Jadik babysitter time mama papa melantak steamboat

 "Alololo..cakkk!"

Nak main berdukung la

Ni caca Ha. Suka main julang-julang camni


p/s : Sesuai sangat la kalau nak buat calon menantu. :p


Monday, August 19, 2013

Kisah Masam Manis Cheestart Raya

Jeles tul tengok geng gojes baraan raya ramai-ramai. Meriah betul nampaknya. Bab berjalan ni memang saya suka tapi dah kena keja nak buat camne, tension. Takpe, hopefully minggu ni punye agenda diberi kelapangan untuk join sama. Insya-Allah.

Sebab takde topik nak cerita pasal baraan, ni nak cerita pasal cheesetart raya saya ni haaa..Shell nye saya da buat siap2, memang da plan cantek baek punye nak buat filling cheese tu kat kampung. Dan-dan saya siap buat filling tu, tak dan nak hidupkan oven, tetiba blackout! Apekedehell nye blackout malam-malam raya ni hoiii!! Masa tu pukul 8 lebih. Tension merenung apa akan jadik dengan filling ni andai kata blackout berterusan lebih lama. Tension berganda sebab tak dapat tengok Setia Hujung Nyawa Raya. APTB!

Korang agak berapa lama ada balik karen?

Pukul 1.30 pagi bebbbb!!

Saif da kesedapan tido time tu. Mana tak sedapnye, mamanya tak putus berkipas sate dok kipas dia tak nak bagi panas. Mithali tak? Mithali tak? Bayang la dari start blackout tu sampai la ada karen balik, dok mengipas dia je. Papa Saif? Selamat mentido panas-panas dalam bilik, lantak la dihurung nyamuk sekalipun. Saya tak boleh tido, dok berfikir abes la tak jadik la nak buat cheesetart ni..

So bila da ada karen tu, cepat-cepat sambung buat haa..cergas tak mak?? 1.30 pagi bersekang mata buat cheesetart sampai la dekat kol 3 kot baru siap. Mak dok ketang ketung kat dapur dengan rendang n masak lodehnye pun saya tak heran da. Yang penting cheesetart mesti diselamatkan!


Dah beria-ia buat cheesetart tu sampai ke pukul 3 pagi kekdahnya, ble plak saya lupa nak hidang jamu kat orang yang datang! Memang saya buat untuk sedara mara yang nak datang pagi raya tu la kononnya, pastu da lupa nak hidang, rasa cam sia-sia giler bersekang mata sampai kol 3 pagi! Grr..

Dalam pada tu, ada plak bini sepupu saya terpandang tupperware berisi cheesetart tu kat dapur. Saya kat ruang tamu masa tu. Dia cakap ngan mak, dia berkenan ngan cheesetart tu. Pastu mak panggil saya kata ahkak tu nak order cheesetart la plak. Gulpp!! Saya ni buat main2 je kot, untuk makan sendiri ble la, nak buat untuk tempah tu cam menakutkan je. Tapi sebab dia beria-ia nak n saya dok congak bahan ada lagi, so ble la setuju buat. Yang bestnye, mak tak pelawa pun dia rasa cheesetart saya tu. Ntah-ntah tak sedap, buat rugi je order ngan saya..hahahha...

So malam tu plan siap2 la nak buat lagi ni. Da siap buat filling tu, tak dan hidup oven, blackout lagi!! Rasa nak bertukar jadik Mamee Monster, geram betullah!! Siapa YB Pagoh ni haaa pantau2 la kejadian blackout kat sini! APTB betulll!!

Seb baik blackout kali ni kejap je, dalam setengah jam kot. So sempat la siap awal. Tu pun termiss nak tengok Karlos Bolos. Hampes. Dekat kol 11 kot baru siap. Actually ahkak tu order tak banyak pun, 30 biji je. Saya is cuak, takut tak jadik n tak sedap. Takpela, test market bak kat hubby. Market la sangat, tak kuasa haku nak mengambil order bagai tauuu..

Esoknye saya pun da balik terus ke Tampin umah MIL plak. Cheesetart tu saya tinggal je kat mak untuk ahkak tu ambik nanti. Saya pun tak tau hingga kini apa komen dia, sedap ke tak. Wallahualam..saya rasa sedap je.ngehehe..

Mak ada la bagi nenek rasa cheesetart tu. Mak kata nenek makan bahagian isi je. Shell tu dia tak makan. Mak tanya "Kenapa tak makan luarnye tu?"

Nenek jawab, "Laa..boleh makan ke. Ingatkan luar tu kertasss..."

(o_0)'

Tapi pastu nenek kata, "Tapi sedap laaa.."

(^_^)

OK la tu maknanya kan. Kalau warga emas cam nenek ble terima kuih moden macam tu, maknanya ok la kan.

Amatur sangat rupe cheesetart ni kan..

So itu la cerita cheesetart raya saya. Sekian.


Thursday, August 15, 2013

Raya Sakan Oiii..

Tahun ni raya paling sakan rasanya. buat pertama kali 5 negeri dijelajahi dalam tempoh 5 hari..tak ke sakan namanya tu..Takmo citer panjang. meh layan gambar.

Day 1 - Raya umah mak kat Muar, Johor.
 Senyum manis di pagi Syawal

 
Suka giler gambo ni. Muka nampak suci berseri gitu.hehe. tema coklat kekokoan kekdahnya

 Bajet manja melentok cover perut..ahakss..

 Mak kecintaan

Aksi kegemaran papa

 Ngan mak n adik yang gediks

 Percubaan mak untuk membuat gwiyomi yang kureng menjadi

 
Saif tak nak ngan neneknya. "Tak senonoh!!" Dialog mak ketika ini. 
Tengok muncungnye tu haa..hahaha..

 Ngan abah ok plak. Ikut mood.

Ngan Aina, waktu ni da malam so tarak baju raya. Suda tukar uniform mau tido daa..

 Day 2 - Balik Tampin. Then terus beraya ke Melaka plak. Pastu naik ke KL beraya lagi..sakan hoiii..

Rumah cik Min kat Melaka

  
Tema kelabu kononnye..
 
Beraya umah mami kat Puchong plak..
 
Day 3 - Raya di Bidor melawat opah. Alang-alang tu kita naik terus ke Cameron.hehe..

 Pantang jumpe TV kat mana-mana mesti tangan tu gataii nak tekan..ni kat umah Opah papa Saif. Moyang Saif la kiranya.

 
 Suke tengok Upin Ipin plak..selalu bolayan je..

 Siap berguling-guling kat umah orang haa tak malu


 Gambar cahaya keimanan tetap ada..takde tema da time ni..

Yeahhh..da sampai Cameron!

 
With MIL kat stoberi park

  
Malamnye pekena steamboat panas-panas

 Seb baik ada babysitter ble melayan Saif sementara mama papanye melantak..hehe

  
Lepas makan, jalan kat Pasar Malam Brinchang plak. Kantoi berkurung cotton dari siang bawak ke malam nampak no tak mandi lagi..hehe..


Day 4 - Masih di Cameron..
Saif dan trademark kegemarannya "Ayooo....oooo..sape watt.."

 Berjodoh plak jumpa dengan Mokidz - geng Kelab Hamil 2012 RatuHati. Saif tido plak tak dapat ambik gambo sama Habib. Kembar sama BOD 24 Mei 2012. (^_^)

 
Nak melepaskan diri je kejanya. Mama maintain senyum riang menangkap budak ni..

 Another faveret family potrait.. :)

Fefeeling model iklan Teh Boh sebelum balik Karak

Day 5 - Hantar nenek Saif balik Tampin. Menyinggah dulu raya umah caca Nika papa Saif kat mana ekk..Hulu Langat kot..

Apa-apa pun breakfast roti canai dulu kat Karak

 Hobi kedua. Main pagar umah orang dengan harapan dapat keluar bebas


Da sampai Tampin. kasi gunting rambut panjang itu budak

Another side. Depan kedai emas bergambonye nakk..

Day 6 - Balik semula ke Karak hoiii..esoknye keja! Baju menimbun nak mendobi ni haaa... (*_*)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...