Monday, September 30, 2013

Food Processor

Di saat semua orang sedang rancak bercerita keindahan majlis merisik Cik Ta, saya plak sibuk nak ajak korang masuk ke dapur cerita pasal food processor kekdahnya.

Food processor a.k.a lesung batu moden.

Perkara paling malas saya nak buat bila memasak adalah menumbuk lesung batu. Berat satu hal, ketang ketung bunyi sampai rumah jiran satu hal, Saif mengacau lagi lah dua tiga hal. Sudahnya lesung batu terperuk nun di belakang dapur gara-gara tak nak bagi Saif buat main. Bukan pe, takut terhempap tangan ke kaki ke, mama jugak yang kena pujuk nanti.

Blender adalah salah satu alternatif sesuai tapi kapasiti blender agak besar so kalau saya masukkan 2,3 biji bawang dalam tu confirm bawang tu berterbangan je dalam tu. Saya ada mini blender Philips Avent tapi xmau la campur blend bawang dalam tu. Even sekarang da jarang gunakan but next time still nak guna untuk adik Saif kan (berzaman lagi adik Saif nak keluar..huhu). So da lama dok aim nak beli food processor tapi dok tahan-tahan sebab tak rasa ia satu keperluan.

Makanya semua masakan saya main cincang-cincang je. Senang keja! Huhu..

Sampailah bila papa Saif suruh saya redeem kat Superbuy, saya check tengok point saya cukup untuk redeem food processor. Wahhh..pucuk dicita ulam mendatang!

Bila food processor da sampai, memang rasa teruja sangat! Terus test blend bawang cili semua. Hasilnya...pada permulaan ia seakan tidak dikisar sempurna. Macam just cincang-cincang gitu. Then saya tambah sikit air dalam sesudu je,tak nak la jadik cair, tak best nak tumis cair-cair. So hasilnya bawang cili semua diblend sempurna. Tidak sehalus blender maybe sebab pisaunye pun ada gerigi gitu tapi sudah cukup memuaskan hati saya. Alaa..kalau tumbuk pakai lesung pun lumat mana aje la kan.

Comey je. Bekasnya tu adalah besar mug. Sesuai la untuk blend sikit-sikit.

 View dari dalam

 
Da blend. Perfecto..ready untuk menumis.

Kalau ada yang nak tau harga, sori la ye awal-awal saya bagitau saya tak sure exactly harganya berapa. Redeem free kekdahnya. hehe.. Tapi rasanya tak la mahal sangat dalam 100 lebih kot ikut brand la. Dulu kononnya berkenan ngan food processor tupperware tu tapi mahai benor, telan air liur je la tengok. Ni bila ada peluang redeem, so baru la dapat.

Tapi orang kata tumbuk guna lesung lagi sedap kekdahnya. Betul jugak tapi kena tengok cara masaknya jugak ye. Apa-apapun kini tak perlu lagi ketang ketung di awal subuh nak sediakan rencah nasi goreng untuk anak.


Friday, September 27, 2013

Makeover Meja Kerja


Masa mula-mula papa Saif bawak balik meja ni, saya rasa macam nak marah pun ada sebab meja ni warna kelabu yang memang tak berapa berkenan. Lagipun design nye nampak sangat macam meja komputer kat makmal sekolah. Tapi da beli nak buat camne, redha je la. Nak memudahkan dia buat kerja. Meja ni letaknya di ruang tamu sebab sambil buat kerja boleh sambil tengok TV sambil boleh layan Saif panjat-panjat kerusi. Rumahku pejabatku kekdahnya.

So saya alaskan meja ni dengan kain pua kumbu yang beli kat Sarawak. Sungguh la warna biru tu tak masuk sungguh dengan tema ruang tamu saya (hitam + putih + merah). Tapi nak buat camne tu je yang ada daripada tak beralas.

Semalam masa saya merayau-rayau dalam kedai House DIY ( sementara tunggu kerja printing siap), terjumpa satu gulung pembalut ni. Saya fikir ini alas biasa selalu buat alas dalam laci tu kan. So beli. Bila bukak plastiknya, owhh rupanya ni alas yang ble lekat cam sticker gitu. Eh, first time jumpa benda ni. Terus blinggg!! Idea muncul!

 Bahagian bawah ada panduan macam mana nak tampal. Tape guna untuk ukur meja then potong je alas ni ikut garisan yang da ada tu. Tak perlu risau senget benget.

 See? Boleh kopek macam sticker biasa. Then lekatkan je macam biasa. Just kena hati-hati la sebab tak nak senget dan tak nak ada gelembung udara.

 Da siap lekat!

Barulah serasi dengan tema!


p/s : Alas ni materialnya nak kata plastik macam kertas, nak kata kertas macam plastik. Tapi teksturnya licin je. Best! Da macam corak meja betul!

Thursday, September 26, 2013

Susunatur Terkini Baju Saif

Hari minggu sudah kan saya buat projek mengemas bilik utama bersama Saif. Ingat lagi tak gambar ni?

Saif a.k.a Tuan Adudu berkepala kotak sedang menolong mama mengemas bilik

Haaa..cerita minggu sudah hari ni baru sempat nak cerita. Sebenarnya saya buat projek besar-besaran mengemaskini susunatur pakaian dalam bilik utama. Mencabar tau mengemas bilik dengan Saif berkeliaran sana sini. Seb baik masa kemas almari mama tu, dia da tertidur lepak kepenatan. Tapi nak jadi cerita, bila sampai part mengemas almari saya tu, bateri kamera abes plak. Aiii..so hanya part kemaskini susunatur baju Saif je yang sempat dirakam.

Keadaan sebelum. Baju disusun secara bertindih. Nak cari baju kena korek-korek bawah tu..

Keluarkan semua baju

 Lipat semula baju sebab cara lipatan sebelum ni tak sesuai untuk susun baju secara menegak

 Siap lipat..Fuuhhh!! Lap peluh kat dahi..

 
 Susun kembali secara tegak begini..senang nak cari kan

 Owhhh..i really love this viewwww..


Drawer bawah pun dikemaskini semula. Wet tissue yang kat luar kotak tu adalah yang telah dibuka. Dalam kotak adalah stok barangan baru yang belum digunakan.

 Tak jemu mata memandang..aiihhhh..

 Baju jalan Saif digantung tapi tumpang almari mama la sebab almari Saif takde tempat gantung. Boleh la baju jalan Saif tak banyak mana.

Wednesday, September 25, 2013

It's all about HOW..



Menjelang jam 11 malam tadi semasa saya mericih sayur untuk memasak hari esok, kedengaran orang belakang rumah tung tang tung tang di dapur juga. Kedengaran seakan bunyi mericih sayuran juga barangkali.

Seawal jam 6 pagi apabila saya memetik api dapur untuk memasak bekalan anak, kedengaran juga orang belakang rumah memetik api dapur dan tung tang tung tang kuali dan sudip berlaga. Goreng nasi barangkali.

Bezanya kami - dia adalah surirumah manakala saya suri bekerja.

Walaupun skop kerja kami mungkin berbeza, namun PERANAN dan RUTIN kami tetap sama.

Family & Parenting - It's not about WHERE and WHO you are, but it's all about HOW.

Oklah..to my dear little Saif..hari ni mama sediakan tomyam sayur dan ayam. Tak lupa juga buah pear kegemaran Saif. Walaupun mama bekerja, Saif tetap dapat merasa air tangan mama maka kasih sayang kita takkan pernah terputus. Oh ye jangan malas-malas minum susu yang mama bekalkan tu ye..


p/s : bz betul..copy paste aje status dari facebook..hoho.. 

Tuesday, September 24, 2013

Bento Mak & Anak

Pagi ni bangun awal sikit, pukul 6 gitu. Sebabnya nak masak spageti kekdahnya. Tak tau la Saif ni nak makan ape. Bubur da jemu, nasi pun makan sikit je. Semalam siap buat nasi ayam lagi tapi nan hado jugak tak makan. So hari ni try spageti pulak kot dia nak. Biasa hujung minggu kat rumah Saif suka je makan spageti. Kat rumah bs tak tau la macam mana. Sibuk nak main aje.

Buat bento ni tak semestinya nak kena cantik-cantik. Yang penting usaha dan perasaan kasih sayang semasa menyediakan bento ni. Walaupun anak dok rumah bs tapi saya still nak dia merasa makanan air tangan mama dia sendiri. Barulah kasih sayang tu sampai gituuu..


Sempena kenaikan harga barang kini, mama pun berbento jugaklah ke tempat kerja. Jimat la sikit dan yang pentingnya takde la jemu makan makanan yang sama saja di cafe.



Monday, September 23, 2013

Terapi Ala Mak Mak

Korang suka tanam pokok bunga tak?

Saya suka. Maybe diwarisi daripada hobi mak saya. Rasa tenang je bila tengok pokok segar bugar. Macam terapi gituu..Sebelum kawen ada la beberapa pokok bunga yang saya angkut dari rumah mak. Tapi bila mengandung, kemalasan melambung so banyak pokok yang mati. Cuti bersalin 3 bulan kot, sape yang nak jaga pokok tu ye dak.

So, berkuatkuasa balik daripada Cameron raya hari tu, saya mulakan balik hobi menanam pokok ni. Tapi saya tak suka sangat pokok yang berbunga-bunga. Saya lagi suka pokok jenis berdaun. Nampak hijau je. Satu-satunya pokok bunga yang saya ada hanyalah pokok bunga ros yang beli kat Cameron hari tu. Alhamdulillah, masih segar bugar hingga kini.

Saya takdela beria sangat jaga pokok ni. Just siram 2 hari sekali. Kalau musim hujan lagi senang tak payah siram..huhu..pastu kalau tengok ada banyak rumput rampai menyemak dalam pasu barulah saya merumput sikit-sikit then gembur-gemburkan. Tu je.

Sekarang tengah aim nak tanam pokok untuk masak cam serai, daun kesum, limau purut, pudina tu semua. Tapi tak berkesempatan lagi nak pi nursery cari pokok so memadailah dengan yang ada sekarang.

Ros merah

Pandan ambik kat umah jiran MIL. Seb baik hidup.

Daun kunyit baru bertunas. Yeah!

Sejuk hati tengok pemandangan ni..

  Tak sah kalau takde kaktus bila da sampai Cameron kan

Tambah seronok bila Saif pun join main tanah sama! Takpe..biar terkena kotoran demi pengalaman (macam tagline sabun basuh baju).

Kaut tanah pakai tangan..

Masuk dalam pasu kosong..(kepala tu terpusing-pusing tengok motor lalu)

Then tuang semula..yeahhh! Dan ulang dan ulang lagi..abes seluar baju berlumuran tanah..

p/s : Jangan lupa cuci tangan dan kaki bersih-bersih dengan sabun antibakteria. Mandi terus senang.


Rutin Mengelap Dapur

Ni baru cerita pasal mengelap dapur. Belum lagi cerita pasal membersihkan dapur secara keseluruhannya. Menyapu, mengemop tu tak masuk dalam ini bab. Ini tentang lap saja. Mengelap dapur lebih ringkas, setiap malam mesti dilakukan. Ye la waktu malam je la yang dapur da clear semua takde nak masak-masak or makan-makan lagi kan yang akan buat tambah kecah dapur.

Bagi saya tujuan utama lap dapur selain nak bagi bersih adalah sebab nak elakkan semut. Sometimes missed lap dapur, paginya tengok da berderet semut atas meja. Aihhh..rumah ni memang banyak semut.

Lap dapur - hanya perlu tuala untuk lap dan bahan pencuci. Masa diperlukan cuma 10-15 minit, bergantung berapa besar dapur (merangkumi KC, meja makan, dapur memasak, sink).

 Set meja makan berwarna putih memang perlu bersihkan selalu. Benda wajib atas meja adalah botol sos, mayonis dan bakul untuk isi roti dan makanan kudap. Saya tak suka meja terlalu kosong, rasa macam tak bermanfaat..huhu

 Tiada KC ribu riban, hanya kabinet murah je tapi sangat membantu susunatur lebih kemas. Saya spesis suka display barang2 yang guna selalu. Tak suka nak bongkok-bongkok ambik barang dalam kabinet. Dalam kabinet hanya untuk simpan stok makanan dan tupperware-tupperware. Tu pun saya nak rombak susunaturnya kemudian. InsyaAllah tunggu kesempatan masa je.

 Bahan pencuci yang biasa digunakan. Actually tak suka sangat bau yang serai wangi ni sebab cam bau pencuci lantai. Prefer guna yang tengah tu KiwiKleen. Febreeze wajib ada untuk hilangkan bau kat fabrik. Cif sebagai pembantu untuk menyental kotoran degil di sink dan dapur memasak. Ambi Pur untuk hilangkan bau selepas memasak. Dan yang kecik tu of course la clog remover kan. Saya suka try macam2 jenis pencuci, mana yang lagi best. Ni tak masuk lagi bab pencuci lantai dan tandas lagi. Banyak koleksi pencuci kat rumah ni rupanya.hoho..

p/s : Patutnya September ni nak join cabaran "BILIK UTAMA" susunatur sioca tapi sebab kerja susun atur hanya dibuat waktu malam time anak da tido so tak dapat nak ambik gambar dalam bilik utama, gelap la kan anak tido tutup lampu. So, kemas dapur je la yang dapat. Takpela, simpan entri dapur ni untuk cabaran akan datang - maybe. :)


Saturday, September 21, 2013

Aktiviti Hujung Minggu Mak dan Anak


Jalan-jalan kedai depan rumah je la. Pandai da tuju rak coklat. Tuju je takpe, nak beli no no no..da berlambak biskut n coklat kat rumah tu..

Saif tolong mama kemas bilik

Da penat kemas bilik, kita makan sama-sama ye. Portion besar tu mama punye, portion kecik Saif punye. 

Kat rumah pun asyik la tarik tangan mama ajak pi dapur pastu dok tunjuk tupperware biskut dia. Ok la..nak biskut ye, layankan je asalkan tak mintak bukak peti ais..

Petang lepas makan nasi, makan buah plak.  Barulah balance khasiat pemakanan. 


P/s: Masa berkualiti bersama anak..


Thursday, September 19, 2013

Rutin Membersihkan Sink

Berapa kali agaknya kita membersihkan sink? Seminggu sekali? Sebulan sekali? Setahun sekali? Tak pernahhhhh??? #pitam

Kalau setakat bersihkan bahagian dalam sink tu of course la setiap hari kan. Ye la, setiap kali basuh pinggan mestilah automatik bersihkan dalam sink tu sekali. Cuma tang keseluruhan sink tu yang selalu terlepas pandang. Tau-tau da berlumut je bawah dish drainer tu..errkk..(bukan saya ye..). Tak pun tengok-tengok je sink pun jadi berkarat. Grr..

Saya sentiasa ingat ayat mak setiap kali balik dari rumah kawan dia Cik Kam tu. Ayat mak saya yang dia asyik dok ulang tu lebih kurang macam ni :

"Mak tengok sink rumah Cik Kam tu punyelah bersih. Berkilattttt! Macam sink baru! Sebab dia rajin sental. Haaa..kau pun jangan nak malas sental sink tu!"

Sampai sekarang saya ingat walaupun tu ayat masa saya masih sekolah menengah dulu. Maklumla zaman sekolah dulu 'rajin' sket.

Eh, malas la nak cerita panjang. Saya ni memang suka bebel mukadimah panjang-panjang. Ok, back to topic - bersihkan sink. Sejujurnya saya takdelah rajin sangat nak sental keseluruhan sink setiap hari. Tapi paling koman pun sebulan sekali mesti bersihkan. Tambahan pula saya guna dish drainer color putih so kalau malas bersihkan confirm la berdaki berlumut..eiii..gelii..

Saya gunakan pembersih CIF (hasil terpengaruh dengan Amy Mastura), just tuang sikit, buh air sikit then sental guna berus. Then bilas, setel. Dish drainer cuci guna pencuci pinggan biasa je tapi still guna berus jugak sebab ada celah-celah tu yang nak kena sental.




Jatuh cinta dengan clog remover ni. Sangat membantu untuk bagi clear sink tersumbat. Tau je la sometimes ada je sisa makanan yang terlepas ke dalam sink dan buat tersumbat pulak. So clog remover ni saya akan tuang seminggu sekali je pun da cukup.


Oh ye, selain daripada bahan pencuci dan clog remover, saya ada juga gunakan soda bikarbonat untuk bersihkan kesan-kesan kotoran degil macam karat. Tak tau la macam mana boleh berkarat pulak (maklum la sink murah). Tapi memang berkesan la soda bikarbonat tu. Hilang kesan karat apatah lagi daki-daki kat celah-celah jalur sink tu kan.

So tu je la cerita rutin bersihkan sink saya. Enteng je pun. Korang macam mana?



Wednesday, September 18, 2013

Superbuy dan TreatPoints Maybank

Awas! Ini adalah entri super berjela sebab saya nak beri explanation sepenuhnya supaya takde yang terkeliru.

Masa saya post pasal iron steamer yang dapat free tu ada yang tanya macam mana nak dapat tu kan. Saya da jawab siap-siap - redeem menerusi Superdeal. Silap sebenarnya. Bukan Superdeal tapi Superbuy. Patut la pueh saya taip url superdeal tapi nan hado.huhu..

So apakah itu Superbuy tu?

Actually Superbuy ni adalah online shopping mall yang mana korang ble beli macam2 kat sini. Alaa..sama je konsepnye macam Lelong.my gitu. Cuma bestnya kat Superbuy ni, kita boleh redeem Maybank Points kita kat sini. Diulangi - MAYBANK Points - sahaja. Tang redeem tu la yang dapat free tu. huhu..

Nampak tak kat atas tu ada link Redeem Your Maybank Points Here

Lain-lain bank tak laku di sini.huhu..

Saya percaya kebanyakan daripada kita mesti ada Kad Maybank kan? Tak kisah la debit card or credit card. Setiap perbelanjaan kita menggunakan kad tu ada dapat point so daripada point tu la kita boleh redeem macam-macam jenis barang.

Macam mana nak cek points? Login M2U, pi klik kat link Redeem tepi tu. Nanti dia akan kuarkan berapa banyak points korang da ada. Points ni dia akan calculate total debit card + credit card. Korang tak payah susah-susah nak kira sendiri.

Tak banyak mana points saya yang tinggal sebab da redeem bulan lepas

Saya nak cerita, macam mana nak dapatkan points untuk redemption tu. Ok, saya bagi contoh saya punya iron steamer tu. Ok, ni contoh je tau sebab saya tak tau berapa banyak point yang papa Saif redeem masa tu. So kita andaikan nak redeem iron steamer tu memerlukan point sebanyak 25000 points. Bunyinya macam kita kena belanja RM25000 kah untuk dapat 25000 points? Tidak. Bukan macam tu. Secara mudahnya meh kita rujuk nilai points kat gambo di bawah.


Faham kan apa yang gambo tu maksudkan. Ok la saya bagi contoh kat sini. Andaikan setiap minggu papa Saif isi minyak keta RM50. Isi minyak kereta RM50 sahaja tapi dapat point 250points. Sebulan ada 4 minggu, 4 kali isi minyak keta RM50 = RM200 = 1000points. See? Betapa mudahnya mengumpul points. Tu baru points tang isi minyak. Points tang perbelanjaan lain?

Tambahan plak lagi papa Saif guna kan American Express Card a.k.a AMEX so kelebihannya di sini adalah tak kisahla swipe anytime anywhere automatik dapat 2x points. Kalau swipe waktu weekend ble dapat 5x points (ada masa tertentu boleh dapat 10x points).Contoh la saya shopping mopping kat IKEA total RM200. Swipe guna AMEX dapatla 1000points. Tak cukup tu, kalau swipe on weekend, dapat pulak rebat 5%. Apa plak rebat 5% tu? Contoh la da belanja RM200 tu dia akan bagi rebat 5% means macam diskaun RM10 la. Maknanya kita hanya perlu bayar RM180 je untuk barang bernilai RM200. Points dapat, rebat pun dapat. Tak ke untung?

Saya seronok shopping hari Sabtu sebab papa Saif akan offer untuk swipe kad dia. Yahoo! (pastu buat-buat lupa nak bayar balik..hahaha)

Tapi tu untuk AMEX Card je la. Maybankcard biasa tak dapat kelebihan macam tu. Cuma kurengnya AMEX Card ni tak semua tempat provide. Mostly prefer Mastercard or Visa kan.

Ramai orang sangka penggunaan kad kredit ni akan menyusahkan dan menjerat diri. Ye, memang betul jika anda tidak bijak mengawalnya. Saya pun pada asalnya tak suka guna kad kredit. Tapi papa Saif keep on galakkan saya guna kad kredit. Belanja kat pasaraya TF yang bape hengget tu pun nak guna kad kredit. Sebelum ni kan papa Saif keja Maybank, department kad kredit plak tu so sebab tu dia tau selok belok nak manipulate penggunaan kad kredit tu untuk dapat keuntungan semula kat kita.

Ada sorang staf kat department papa Saif dulu tu, setiap kali dia nak kuar beli barang contoh kat MYDIN ke, dia akan tanya sapa-sapa ada nak kirim beli barang tak. So dengan pembelian barang orang lain, dia swipe kad dia, dia dapat point. Pastu tuntut balik duit kat orang yang mengirim tadi. Tu cara mudah la nak kumpul point.

Bayangkan la masa TreatsFair, ada yang datang dengan berjuta-juta points. Juta-juta points tu kalau diredeem boleh la kot dapat kereta sebijik (tapi bank tak offer kereta..hehe). Padahal orang tu bukannya nak redeem sangat pun dah namanya kaya ble swipe juta-juta apalah sangat redeem2 bagai tu. Tapi da alang-alang peluang diberi dapat barang free, sapa tak nak kan.

Kebanyakan orang da target awal-awal barang apa dia nak. Then start la kumpul points. Sometimes nak dapat 50000 points tu kena kumpul selama 5 tahun baru dapat points sebanyak tu. Ni contoh je la. Saya tak pernah target nak barang apa-apa pun. Bila-bila masa saya nak beli barang, saya akan terus tolak je nilai points yang saya ada. Tak kuasa nak kumpul lama-lama. Lagi plak sekarang ni bank da limitkan tempoh redemption selama 3 tahun je. Lebih 3 tahun kira expired la, da tak boleh redeem.

Pastu pemilihan kedai pun penting. Pilih kedai yang ada menawarkan EzyPay 0% Installment. Contoh kedai yang ada tawarkan EzyPay ni macam SengHeng. Means kalau kamu swipe RM2K, so memang exactly RM2K tu sahaja la yang kamu perlu bayar, takdenye interest2 or riba2 bagai. RM2K tu biasanya ble buat installment hingga 2 tahun. So bahagi la 2K dengan 24 bulan. So setiap bulan bayar la fix RM83 sebulan. Ini contoh je la.Kalau nak cepat habis bayar, boleh pilih nak bayar dalam tempoh 12 bulan atau 6 bulan. Kalau tak silap saya, kalau kita bayar abis lebih awal pun boleh dapat rebat.

Saya bagi contoh lain lagi. TV harga RM1K lebih. Tolak points yang ada + rebat penggunaan American Express, kami dapat beli TV dengan harga RM700 lebih je. Untung ke tak untung?

Eh bestnya SengHeng or SenQ ni, kalau jadi ahli dapat points jugak. So tolak nilai points kad maybank + points kad keahlian SengHeng + rebat = lagi banyak diskaun dapat.

Saya tau ada yang pasti akan kata tak suka berhutang. But contoh la macam kes perlukan duit secara mengejut. Selalunya time servis kereta la. Da spare siap-siap RM300 untuk servis kereta. Tupp tupp bila da siap servis, total bil RM1000! Tak terkujat mak tengok bil tinggi gitu? Celah mana nak ada RM1000 selepuk sekelip mata? Bukannya boleh masuk buku 555 pun. Takkan tetiba nak pinjam duit kat mak bapak kot semata-mata sebab nak bayar duit servis kereta. Sori la saya memang takkan sesekali pinjam duit ngan mak bapak. Savings? Celah mananya hoiii tetiba nak kuarkan savings dengan tak bawak buku akaun bagai. Pinjam ngan kawan-kawan? Saya lagi rela makan Maggi setiap hari tapi nak pinjam duit dengan kawan memang takkan sama sekali, boleh kerat jari.

So di sini pentingnya kad kredit tu. Time emergency macam ni la perlu guna. Bukannya tetiba nampak ada beg Coach new arrival dan dan ko terus swipe, tu memang sengaja bikin hutang. Kecualilah duit gaji korang memang cukup banyak malah berlebih-lebih untuk setel bayar abes setiap bulan.

Cuma sukacita diingatkan di sini, bila da guna tu jangan tak bayar plak. Apa yang saya selalu buat setiap kali da swipe tu, balik rumah terus login M2U check da masuk ke tak apa yang kita swipe tadi. Kalau da masuk, terus je bayar habis. Setel. Saya sentiasa beringat. Guna kad kredit sebab nak POINT sahaja dan bukannya sebab saja-saja nak buat hutang. Saya pun tak suka kalau ada nilai kat outstanding balance tu, cepat-cepat saya akan clearkan tinggal 0.00 je.

Ikutkan nafsu, boleh aje saya nak borong satu IKEA tu. Tapi pastu terduduk nak bayar bulan-bulan? Jangan cari pasal.

Kenapa tak guna debit card saja?

Penggunaan RM1 debit card cuma dapat 1x point sahaja. Means kalau nak kumpul 30000 point, kamu kena spend RM30000. Mampu? So mana lagi untung, swipe dapat 1x point saja atau swipe dapat 2x / 5x points?

Mana lagi untung beli barang saja-saja atau beli barang pastu boleh redeem barang lain FREE?

Ubah mindset yang kad kredit ni untuk berhutang. Salah. Kad kredit hanyalah medium pembayaran.

Dulu-dulu saya kurang senang jugak sebab setiap kali nak bayar barang kat kaunter, kena menunggu orang depan yang tengah swipe kad kredit. Kebanyakannya chinese la. Dalam hati saya kata "Takde duit tapi nak beli barang jugak pastu asyik swipe je."

Tapi sekarang bila saya da tau macam mana nak manipulate dan uruskan kad kredit tu, baru la saya faham kenapa ramai yang memilih untuk swipe saja. 

Selain daripada penggunaan direct swipe di kedai, kita boleh jugak dapat points dengan setkan pembayaran bil secara auto kredit. Contoh saya setkan untuk bil Celcom saya. Nanti setiap 8hb, tetiba saya dapat sms daripada Celcom "Thank you for your payment". Maknanya bank da kreditkan la tu. Point dapat, bil tak miss bayar. Just bayar balik je bil yang dikreditkan tu.

Tapi ada jugak yang saya buat auto debit. Macam insurans, saya buat auto debit. Auto debit memang betul-betul tolak amount dalam akaun kita. Pun dapat point jugak tapi kureng sket la.

Auto kredit ke, auto debit ke..ni semua papa Saif yang buatkan. Dia yang ambik borang, saya isi je, then dia yang hantar untuk proses. Dah namanya keja bank, senang la kan. Tapi tu dulu la. Sekarang da tak keja bank da. huhu..

Da melalut cerita pasal kad kredit plak. Hoho..sebenarnya nak sampaikan tentang macam mana nak kumpul points yang banyak tu. Ok, saya nak berbalik kembali pada Superbuy tadi. Cuma yang tak berapa best sekarang, maybe bank pun nak untung lebih so dia naikkan rate redemption points tu. Sebelum ni rate untuk redeem bagi setiap 100points=RM1 (kalau tak silap). Tapi sekarang bank da naikkan rate tu jadi 250points=RM1. Rugi 150 points di situ. Baru berkuatkuasa baru-baru ni. Means kalau sebelum ni nak redeem barang harga RM100, saya cuma perlukan points sebanyak 10000points. Tapi dengan rate sekarang, saya perlukan 25000 points untuk redeem barang bernilai RM100. Faham tak?

Ko tengok sekarang ni nak redeem iron steamer ni perlukan points lebih 60K. Gulpp!! Hari tu papa Saif redeem tak sampai 30K points pun rasanya.

Sebab tu hari tu papa Saif cepat-cepat redeem segala points dia yg ada tu dapatla iron steamer. Saya pun redeem segala points yang saya ada dapat la food processor dengan weight scale digital. Ok la kan, sape nak bagi barang free.

TAPI sekali lagi saya nak ingatkan, kalau kamu bukan jenis yang boleh control nafsu perbelanjaan, sila say bye bye to kad kredit. Anda hanya menempah lubang hutang free.

p/s : Entri ini bukan nak galakkan korang guna kad kredit tapi sekadar memberi pencerahan tentang macam mana nak manipulate penggunaan kad kredit untuk dapatkan points supaya boleh redeem barang free.

Tuesday, September 17, 2013

Apa Perlu Buat Bila Anak Demam

Beberapa hari ni menyepi seketika sebab Saif tak sihat. Khamis malam tu Saif muntah berlambak-lambak atas sofa..waaaaa!! Salah saya jugak kot sebab bagi dia makan macam-macam. Dia tak nak makan nasi so saya bagi biskut, roti dan vitagen. Abes je minum vitagen tu dia main gigit-gigit straw. Agaknya terjolok tekak terus bluweeekkkk!! Mama tak sempat nak buat pape da. Pasrah...

Esok paginye macam dedar sikit. Check suhu ok. So hantar jugak Saif ke rumah bs sebab saya pun ada keja nak kena setelkan. Ikut hati memang nak je cuti. Tengahari tu, bs sms bagitau badan Saif makin panas lepas bangun tido. Ahhh..sudah..hati tak tenang terus ambik Saif balik. Memang panas berbahang badannya. Saif pun monyok je dok melepek kat mama je termenung tengok TV. So saya tuam-tuam badannya dengan kain lampin basah. Turun sikit suhunya, Saif pun mula nak cergas balik da boleh main-main kereta semua.

Sabtu petang tu balik Tampin. Da bagi ubat semua so Saif macam ok. Boleh main kejar-kejar bagai dengan Kakak Asha n Isha. Tapi pada masa sama masih dedar. Kejap-kejap cek suhu still demam.

Malamnya tu adalah episod yang cukup merisaukan saya. Saya bawak Saif masuk tido lebih kurang pukul 11 gitu. Macam biasa la dia susah nak tido bila kat rumah orang, pikir nak main je. Tapi dalam pukul 12 gitu dia da tido. TAPI!! Haa..ada tapi. Setiap 10 minit dia akan menangis meraung-raung tersedu-sedu tapi mata masih pejam. Macam meracau-racau gitu. Puas saya dukung, dodoi semua pun dia still menangis kuat. Kaki dia macam menolak-nolak. Saya takut kalau-kalau sampai kena sawan, so saya pegang kaki dia. Peluk dia. Then tetiba je dia senyap tido. Lega. Lega sekejap je. 10 minit pastu dia ulang lagi nangis kuat lagi. Puas la dok berdukung bagi nak bagi senyap tapi menangis jugak macam sakit sangat. Hati risau sangat. Dok berulang la tido nangis, tido nangis tu sampai la kol 2 pagi kot baru dia tido lena. Tu pun lepas saya sapu vicks kat tapak kaki dia n gosok-gosok mild.

Pukul 4 pagi saya terjaga sebab rasa badan Saif panas sangat. Cek suhu da lebih 38 celcius. Terus kejut papa Saif minta ambikkan mangkuk isi air. Terus tuam dengan tuala basah. Menangis-nangis la budak tecit tu kesejukan. Tapi sambil tuam tu sambil saya peluk dia so dia tenang sikit. Dengan saya sekali la basah tu. Bila dia da tenang sikit, saya masukkan ubat montot plak. Tuam lagi sampai suhu turun sket, Saif pun tenang, nyusukan then dia tido lena semula.

Bangun pagi Saif macam da ok. Cek suhu pun da ok. Berkesan nampaknya ubat montot tu. Terus budak tecit tu turun katil nak kuar bilik. Lega mama awak da sihat nak oiii..

Berdasarkan cerita panjang berjela kat atas tu, meh saya nak buat kesimpulan sket apa yang kita perlu buat bila anak demam.

1. Sentiasa monitor suhu
    - termometer wajib ada di setiap rumah ye. Cuba turunkan suhu dengan tuam seluruh badan menggunakan tuala/kain lampin basah. Gunakan air suam ye (bukan air paip dikhuatiri tak bersih)dan bukannya air sejuk sebab air sejuk boleh buat anak terkejut dan seterusnya menyebabkan sawan. Oh ye, sentiasa periksa jugak kalau kepala anak panas tapi tapak kakinya sejuk, itu pun boleh jadi tanda-tanda akan kena sawan (based on hasil google). Biarkan anak pakai baju yang ada pengaliran udara. Tak nak pakaikan baju pun boleh tapi kipas tu jangan ko tala sampai maximum no.5 nak sejukkan anak kekdahnya. Kesian budak tu gigil sebab tak pakai baju tu pun dia da rasa sejuk. Korang tau je la kalau korang demam apa korang rasa? Sejuk gigil berselubung dengan selimut kan. Mandikan bila perlu.

2. Pantau tahap keaktifan anak
    - sometimes budak ni bila demam tapi aktif cergas macam biasa should be ok. Bukan bermakna tak perlu risau tapi maknanya less worried la. Tapi kalau anak monyok je takde mood memang sakit betul la tu.

3. Ambik cuti jaga anak
    - Untuk ibu yang bekerja kalau boleh ambik la cuti jaga anak. Pengasuh memang boleh jaga tapi tahap caring tu beza. Bila ibu sentiasa ada dengan anak, keep on peluk caring anak, anak pun akan lebih bersemangat.

4. Sentiasa standby ubat demam
    - Pesen saya bila anak da monyok baru bagi ubat sebab kalau boleh saya nak dia heal sendiri. Lagipun since Saif still full bf so susu tu sendiri da ada antibodi sendiri. Antibiotik memang saya tak bagi even klinik bagi. Demam ni sebenarnya cara badan dia membina antibodi sendiri untuk melawan penyakit. Ubat ni wajib bawak bila pi travel sebab kita tak tau bila-bila masa je anak boleh jatuh sakit.

5. Standby ubat montot
    - Bila da terlalu panas lebih 38 celcius, memang saya masuk je ubat montot ni. Biasanya memang akan terus kebah. Kalau bawak pi hospital pun memang ubat montot ni jugak yang akan disumbatnya. So stok ubat montot kena sentiasa ada.

6. Kerapkan menyusu dan bagi air masak
    -  Air penting untuk elakkan dehidrasi dan pada masa sama boleh bantu turunkan suhu. Bila banyak minum, anak akan kerap kencing so panas badan dia tu akan keluar bersama air kencing. Memang time demam ni, pampers cepat je penuh asyik kencing la tu. Pampers pun rasa panas je.

7. Berkorban
    - Anak merengek nangis demam, jangan ko bantai tido mati sampai tak dengar anak menangis. Bila anak tak sihat ni memang diorang akan cranky sangat sebab diorang nak kan perhatian kita. Apalah sangat tak tido satu dua malam..jangan abaikan anak. Sentiasa peluk anak.

8. Ke hospital
    - Kalau dalam tempoh 3 hari semua cara tak berkesan, cepat-cepat bawa ke hospital. Mungkin anak ada masalah penyakit yang lebih serius.

9. Terus pantau tahap kesihatan anak
    - Even anak da sihat, tapi dalam 2,3 hari tu sentiasa monitor jugak suhu dia takut-takut suhu naik semula. 

10. Doa
    - Jangan putus-putus berdoa semoga anak cepat sembuh dan terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur.

Selain daripada kaedah yang saya bagitau ni, boleh jugak cuba kaedah natural remedi. Antaranya guna stokin basah atau letak bawang putih di tapak kaki. Boleh rujuk sini -> Natural Remedi. Saya tak cuba kaedah ni kat Saif sebab kalau boleh saya nak test kat diri saya dulu, kalau berkesan baru boleh apply. Tapi saya jarang demam so tak dapat nak test lagi. huhu..Tapi saya ada sapu Vicks kat tapak kaki Saif konon-konon macam bawang putih la kan, ada rasa warm gitu. huhu..Vicks yang untuk baby tu tau bukan Vicks biasa tu untuk orang tua tu, pijar karang.

Oh ye, lepas ni no more minuman kultur. Opismate saya pernah bagitau doc tak bagi minuman kultur sebab boleh menyebabkan batuk. Anak opismate tu sampai warded sebab semput n doc tu kata minuman kultur antara puncanya. Walaupun da tau (penah juga baca kat group solid food) tapi saya tak ambik kisah dan bagi jugak kat Saif. Hambik kau sofa jadik mangsa. Dan memang Saif masih batuk tapi da check doc kata takde jangkitan kuman so lega. Just pantau, bagi makan madu dan buat tepuk cupping nak bagi kahak tu longgar.

So tu la yang saya akan buat kalau Saif demam. Tapi lain orang lain caranya dan ini cara saya.

p/s : Sejak demam tu, Saif jadik perangai makin mengada-ngada plak..takpe la nak. Asalkan sihat..




Friday, September 13, 2013

Iron

Gila simple n direct punya tajuk.

Masa mengandungkan Saif dulu, kerja paling malas saya nak buat adalah iron baju. Sebab penat nak kena berdiri sakit pinggang menonyoh iron baju. Sudahnya most of the time saya pergi kerja dengan baju tak iron. Seb baik kebanyakan baju kurung saya jenis yang tak mudah renyuk - selamat.

So saya pun dok merungut la ngan papa Saif - penatnya iron baju, sakit pinggang la. Dengan harapan saya akan dapat iron steamer yang macam senang je tu. Kalau masuk butik Ariani tu, sometimes nampak la pekerja dia iron tudung guna steamer tu. Sekali lalu je terus licin..fuuuhhh..nak yang macam tu laa..saya yakin mesti ramai yang nak steamer camtu kan..

Papa Saif memang sangat memahami keperitan sakit pinggang saya tu so dia cuba meringankan beban saya itu dengan membelikan..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 
 Kerusi plastik Tesco!

Kata sakit pinggang kan sebab berdiri lama nak iron baju. So penyelesaiannya duduklah! Dan kerusi plastik Tesco yang harganya tak sampai seploh hengget ni la pilihan paling terbaik.

Terima kasih abang atas keprihatinanmu.
-ingat lagi tak kisah kura-kura dan hamster?-

Redha..

So kerusi tu berterusan la saya gunakan sampaila sekarang. Ok ape, memang tak penat pun iron sambil duduk kan.

Entah kenapa pada suatu hari yang hening, tetiba papa Saif tanya "Ok tak kalau abang belikan ni?" sambil menunjuk kat website Superdeal. Terpampang gambo iron steamer. Saya pun apa lagi, perasaan teruja pun meluap-luap mesti la nak! Anak da setahun lebih baru nak belikan iron steamer ni mimpi apekah. Tak nak tanya lebih-lebih, dia da offer so grab aje la.

So beberapa hari lepas tu sampai la iron steamer tu. Teruja! Tak sabo nak guna. Lepas je Saif tido terus test guna. Ambik baju kurung test iron. Wahhhhh...mabeles! Memula kekok jugak la sebab nak sebelah tangan nak kena pegang baju, sebelah tangan lagi nak kena pegang handle steamer tu. Tapi ok la, memang licin baju. Senyum lebar saya dibuatnya.


Cuma yang tak bestnya steamer ni paling berkesan bila iron baju jenis kain licin atau chiffon. Kalau cotton yang tebal agak kureng. Berpeluh gak dibuatnya masa saya cuba iron baju kurung English cotton saya. Tau je la English cotton tu tebal sket banding cotton lain. Cotton silk pun tak berapa licin. Tapi kalau cam tudung layer2 chiffon tu memang mabeles la licin je, tak perlu risau teriron penyek bahagian ombak-ombak tu.

Baju ni jenis licin, kalau iron biasa mesti melekat-lekat. Guna steamer, mudah aje. huhu..

 Senang nak iron baju yang manik-manik penuh ni..

Kesudahannya, iron lama jugak yang masih berjasa. Actually saya gunakan 2-2. Baju kurung mostly saya iron guna steamer. Iron lama untuk kemeja n seluar papa Saif. Actually ble guna steamer tu tapi tang nak buat line tajam tu masih tak berapa mahir. Ada disediakan penyepit untuk buat line tajam tu tapi saya tak berapa reti, asyik jadik double triple line je. Kena praktis banyak lagi. So sudahnya guna iron lama jugak la.huhu..

Tau kenapa tetiba papa Saif nak belikan iron steamer ni? Actually bukan beli pun sebab ianya adalah FREE! Camno dapat free? Redeem treatspoint la kat Superdeal. Huhu..



Thursday, September 12, 2013

Perbualan Bapak-Bapak

Sumber : google.com

Hari tu papa Saif jumpa ngan kawannya kat OU. (Nyampah jumpe kat OU macam berdating plak). So papa Saif cerita la hasil borak2 dengan kawan dia tu.

Si kawan tu dok cerita pasal anak dia tak nak makan (anak dia sebaya Saif beza beberapa hari je). Bagi macam2 pun tak nak makan. Kalau bawak keluar berjalan bila nak singgah makan, dia akan makan dulu sementara tu bini dia bawak anak dia jalan2. Dia abes makan tukar shift, dia plak bawak anak dia jalan2 sementara bini dia plak nak makan.

Papa Saif plak cerita dengan bangga uuuuu Saif ok je makan. Even Saif makan sikit2 tapi atleast ada makan la jugak. Kalau makan luar pun Saif elok je boleh duduk kat babychair hadap makan. Tapi dengan syarat tak lebih sejam. Kalau sampai sejam, mula la dia resah nak turun.

Dapat saya bayangkan mesti papa Saif cerita dengan bangga sambil kembang kempis hidung.hehe..jangan marah ye bang.hehe..

Pastu papa Saif tanya saya "Mainan fisher price tu memang bagus eh?"

Saya jawab la "Memang bagus la sebab mainan berkualiti."

"Saif ada mainan fisher price kan? Lion tu fisher price kan?" Tanya papa Saif lagi.

"Haa..ye la. Nape?"

"Takdela, kawan abang tu kata dia pun belikan anak dia mainan fisher price".

Eceeehhh...bapak2 pun taknak kalah. Ingatkan mak2 je yang suka up kan anak masing2. Nak tergelak rasa. Tak sangka plak bapak2 pun bila jumpa ceritanya pasal anak jugak. Ingatkan tau citer hal politik jaa..


Wednesday, September 11, 2013

Addicted

Tak tau la ini dikira sebagai addicted ke tak. Setiap hari mesti nak masuk blog-blog yang cerita pasal organizing atau deko-deko. Sibuk macam mana pun mesti nak selitkan masa meninjau idea-idea terkini. Even yang tak terkini pun saya ulang baca tanpa jemu.

Sungguh la saya kagum dengan semangat mereka-mereka ni yang bersungguh buat segala mak nenek organizing dan mendeko-deko. Sedikit sebanyak beri inspirasi pada saya untuk aplikasikannya di rumah saya pula (ayat sungguh la ilmiah!!)

Kebetulan petang tadi kawan opis dok pening-pening pasal bos mintak run jugak projek 5S padahal tempoh validasi untuk pensijilan tu tinggal sebulan je lagi. Tapi satu hapah pun semua orang tak gerak apa lagi.

Bos kata "Kita kena run jugak 5S ni. Kita ni bekerja dalam bidang professional. Kebanyakan yang ada kat sini semuanya degree holder. Malu la kalau tak boleh nak buat 5S."

Korang dapat tangkap tak apa yang bos tu cuba sampaikan?

Maksudnya tak guna la kalau belajar tinggi-tinggi sampai degree tapi bab organizing ke lautttt..tau je la salah satu elemen utama 5S kan SUSUN. Tapi kebanyakannya jenis endah tak endah bab susun menyusun ni. Ramai yang berpegang kepada konsep 'Meja yang bersepah itu tandanya busy..'

Ada betulnya jugak kan. Tapi jangan la melampau sangat sampaikan ruang kerja tu boleh jadi port kucing beranak.

Heavennya kalau workspace kita rupa gini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...