Tuesday, December 31, 2013

Penutup Tirai 2013


sumber : google

Ramai yang buat entri penutup 2013 so aku ikut je la buat. Dasar pentiru. hahaha..

Pagi-pagi buta otak aku da pening. Aku da thumbprint in pukul 7.45 pagi. Pukul 7.55 pagi aku nak kuar breakfast, aku 'ter'thumbout. hahaha..aku ingatkan aku dok touch pass keluar rupanya terthumbout. Seb baik belum kol 8. Aku thumbprint in balik.hehehe..pening sistem tu dibuat dek aku.

Ehmm..apa yang aku nak buat kesimpulan tahun 2013 ni ek? Aku belek-belek entri aku sepanjang 2013 ni..memanjang cerita pasal anak jeeee..tak pun pasal susun atur.muahaha..

Ciknaa cerita pasal rezeki, ok la aku tiru dia je la senang. Muahaha..Cerita pasal rezeki. Rezeki ni ada macam-macam bentuk. Dari segi aset, Alhamdulillah..sikit demi sikit kami tambah. Insya-Allah dalam proses untuk rumah yang ke...ke berapa? ke-2? ke-3? ke-4? Tu nanti aku cerita bila betul-betul da ada dalam tangan tapi confirm tu InsyaAllah.

Dari segi kesihatan..Alhamdulillah tahun ni takde peristiwa warded di hospital. Demam-demam penghapus dosa tu biasa. Saif pun Alhamdulillah membesar dengan sihat dan aktif even kurang makan, kurang susu. Tak tau nak buat camno lagi dah.

Dari segi kerjaya..Alhamdulillah akhirnya permohonan ke-4 aku untuk berpindah diluluskan. Even happy akhirnya da tak PJJ, dapat hidup lengkap sebuah family..tapi aku sedih jugak tau tinggalkan kolej terchinta tu. Dah..dah..takmo dikenang lagi. Aku nak nangis ni.

Dari segi keluarga..Alhamdulillah bila da tak PJJ terus Allah tambah bilangan ahli keluarga aku hahahaha..Aku selalu dok sebut2 ngan kawan2.."Selagi aku PJJ, selagi tu aku takmo peknen lagi. Dulu aku peknen sorang2 pun da seksa. Ni kalau peknen lagi dengan nak handle Saifnya lagi, taktau la aku ni mampu ke tak." Allah tu Maha Mendengar kau tau. On the spot aku pindah Putrajaya, minggu depannya tu terus peknen. Hebat tak? Aku nak gelakkan diri aku sendiri ni. Kahkahkah..

La ni segala urusan rumah tangga aku serah kat papa Saif. Terpaksa redha je dia tu. Ngehehe.. hari-hari balik keja aku terus terbongkang. Layankan bongkang aku ni, maunya Saif tu kebulur tak makan ape. So balik keja, papa Saif la yang layan Saif tu main..makan..Oh ye..makan malam pun semua papa Saif sediakan. Beli je la jawabnya. Aku tak lalu nak masak. Nak suruh papa Saif masak pun aku tak lalu sebab aku tak suka bau menumis tu semua. Redha je la papa Saif. Mesti dia bajet bila da tak PJJ, dia ble makan homemade food yang sedap2 tapi rupanya tidak. Ngehehe..Bertabahla sampai mabuk ni hilang.

Saif pulak da setahun 7 bulan. Macam cepat je budak ni besor tapi kitorang still anggap dia baby lagi. Still main geletek2 "alaalalala baby..alalala baby.." Saif pun suka fefeeling baby lagi. Kekadang tetiba dia merangkak-rangkak macam baby. Bahahah..Tengok ar..adik da kuar nanti dia membabykan dirinya lagi tak.

Tahun baru ni jugak Saif akan tukar taska baru. Hari ni hari terakhir dia la kiranya kat Taska Yusma tu. Aku rasa cam sayang plak nak tukarkan dia sebab taska baru jauh sket. Heheh..even Saif still melalak beria tiap kali tinggal kat taska tapi da ada perkembangan sikit la, da kurang menangisnya even setiap kali aku datang jemput dia akan buat drama terjerit pekik dulu. Taska ni ok je.

Eh..cerita pasal taska plak. ok..ok..banyak da aku bebel ni. Tu je la yang dapat aku recall sepanjang 2013 ni. Tu la masalah aku asyik hilang ingatan je. Moga kita semua terus dipanjangkan umur menikmati rezeki di bumi Allah pada tahun-tahun mendatang dan terus dikurniakan kesihatan yang baik dan keluarga yang bahagia. Insya-Allah..


Monday, December 30, 2013

Pregnant + Breastfeed

Syukur sangat la pregnancy kali ni aku diberi lebih kekuatan. Masa mengandungkan Saif dulu, 1st trimester hazab nauzubillah sampaikan aku tobat tak nak ngandung lagi. Tapi bila masuk 2nd trimester automatik terus ok, terus rasa..boleh lagi ngandung lagi ni..bahaaha..sebab tu boleh termengandung adik Saif ni plak.haha..

Even kali ni kurang mabuknya banding dulu tapi cabarannya pulak berbeza. Mengandung kali kedua dengan masih bfkan Saif. Serius rasa mencabar mental dan fizikal aku.

Mengandung dan still bf-bermakna diri aku ni da jadik 3. Satu untuk diri sendiri, satu untuk baby dan satu lagi untuk Saif. Means mental dan fizikal aku ni kena bersedia untuk 3 jasad ni. Aku rasa sebab tu Allah kurangkan mabuk2 aku tu so aku boleh teruskan bf Saif. Allah tu adil kan.

Ikutkan sebenarnya susu memang da tak banyak pun. Kekadang tu aku rasa Saif tu bf just sebab nak lepas gian je. Tapi mengamuk-ngamuk gak la budak tu tengah2 malam kalau dia rasa tak puas bf. Aku memang takboleh nak buat pe. Ni semua hormon, mak pak milk booster pun da tak ble membantu. Pastu bila susu da tak banyak, bila Saif bf, memang sakit sungguh la weiii.. pahala...pahala...pahala...

Aku ada rasa macam nak wean-off je tapi sayang plak rasanya lagi 5 bulan je lagi dia nak 2 tahun. Lagipun susah nak wean-off Saif ni sebab dia memang reject botol bila kt umah. Kat taska elok je boleh minum siap taska request botol panjang lagi sebab minum tak cukup. Kat rumah jangan harap la, lagi rela dia berlapar daripada kena minum susu guna botol. Aku ada cuba bagi guna botol straw tapi dia sedut 2,3 kali je dahhh..

Tambah cabaran lagi sebab Saif masih belum pandai cakap nak mintak susu ke, nak cakap lapar ke..Yang dia tau bila nak susu dia akan buat bunyi "ehekkk..ehekkk.." sambil kaki menggelitik ketagih tak sabar. So aku nak bagi dia susu botol pun aku tak tau bila masa nak bagi. Bangun pagi aku bagi, dia buat dek. Tengahari aku buat lagi, dia buat dek. Malam buat lagi pun dia buat dek. Susu habis buang gitu je. Dia tetap nak yang mama dia punye jugak.

Sekarang ni baby bump tak ketara sangat lagi. Tapi aku risau gak setiap kali Saif nak susu, dia main terjah melompat kat perut ni. Kadang sambil bf sambil kaki tak reti diam tendang perut. Adohaiii..

Aku ada baca artikel yang kata, bila pregnant susu akan berubah rasa jadi masin disebabkan hormon gitu la. Tapi Saif relax je enjoy minum lagi. Mungkin belum cukup masin lagi.

Aku nak pelbagaikan makanan untuk Saif pun aku tak berapa nak mampu. Ye la even aku tak mabuk teruk macam dulu, tapi still bau-bauan dapur dan makanan tu ibarat satu penyeksaan bagi aku. Aku taip perkataan 'makanan' ni pun aku da rasa loya nak muntah. Wekk..so macam mana aku nak sediakan makanan untuk Saif. Paling-paling pun aku bagi dia coco crunch. Tak pun keropok ikan feveret dia. Kalau papa dia memanjang bagi coklat je. Alahaiii..kesian anak aku mana nak dapat khasiat.

Macam malam tadi, aku demam. Tak larat langsung. Aku bagi je coco crunch as dinner Saif. Sudahnya tengah2 malam budak tu bangun mengamuk lapar kot. Aku offer bf pun dia tak nak, da kering kontang agaknya. Terpaksa la bangun bagi dia minum air kotak Kid. Baru la senyap budak tu. Hari-hari biasa, papanya la terpaksa je la tapau makan malam. Kesian anak ngan laki aku tak dapat makan homemade food. Tunggu mama sihat nanti mama masak sedap2 eh.

Hari-hari aku dia supaya Allah terus murahkan rezeki Saif, moga dia dapat terus bf sampai 2 tahun. Aku pun harap aku dapat terus survive. Insya-Allah..


Saturday, December 28, 2013

Bila Aku Reset Minda

Banyak kali aku ulang baca post aku semalam. Terima kasih pada yang komen bagi semangat. Tapi apa yang aku tulis semalam tu dok terbayang2 kat otak aku. Kebetulan semalam aku letih gile, sangkut jem kat parking area punye pasal, balik umah aku terus collapse. Aku biar je papa Saif layan karenah Saif yang macam2 tu. Malas nak ambik port, kepala aku sengal.

Collapse2 pun, kepala yang sengal ni tetap tak boleh henti berfikir. Aku fikir macam2. Aku cuba 'reset' minda aku. Bunyi macam positif tapi serabut gak otak aku ni.

Lama fikir, baru aku sedar. Aku ni termasuk dalam golongan orang2 yang tak bersyukur. Macam mana nak bersyukur kalau aku asyik dok banding diri aku dengan orang yang nasibnya lagi baik daripada aku. Tak pulak aku nak banding diri aku dengan orang yang lagi susah dari aku.

Hidup orang lain lagi heaven daripada aku, apasal aku nak sakit hati plak kan. Orang tu nak balik keja lambat ke, orang tu nak ada bibik yang siap2 mandikan anak dia ke..apa nak kisah kan. Tu pilihan yang dia buat untuk mudahkan hidup dia. Aku..aku sendiri yang pilih tak nak ada bibik, pastu nak sakit hati sebab orang lain senang ada bibik. Alah..orang lain pun takde bibik, takde pun nak bising macam aku..Apa punye teruk aku ni kan.

Aku 'reset' minda aku lagi. Ikutkan..kalau pun aku kena balik lambat, aku still dapat tatap senyum manis anak aku setiap kali aku balik rumah (walau wajib melalak dulu kat pintu taska). Cer banding plak dengan orang yang balik lambat tapi tiada senyum manis yang menanti sebab masih belum dikurniakan rezeki anak ataupun anak da takde(al-fatihah). Tu pun aku nak sakit hati ke. Ape punye teruk aku ni kan.

Aku baru je kena balik lambat sejam dua pun da bising. Camne plak orang yang keja doktor kena stay on call 24 jam? Lagi kesian kan. Ish..ish..apasal aku tak ble fikir ek?

Aku mungkin kena outstation sampai seminggu. Baru 'MUNGKIN'. Tapi aku da paranoid macam2. Tu la masalah utama aku-paranoid. Orang lain keja pramugari kena fly 2 minggu direct pun takde merungut macam aku ni. Ape daa..

Aku jadik lemah satu je sebabnya-ANAK. Aku memang tak boleh dan tak pernah berpisah dengan Saif. Even aku nak tinggalkan dia kat taska pun aku da meleleh air mata apatah lagi kalau kena tinggal lama. Setakat ni selagi boleh seret ke mana pun aku akan tetap seret Saif. Biar aku bersusah payah asalkan aku tak susah hati.

Dulu masa kursus PPK, aku tebalkan muka mintak tolong kawan yang bawak bibik, mintak bibik dia jagakan anak aku sekali. Kesian bibik tu nak kena handle 2 baby. Hii.. Masa kursus CPCM plak, aku heret mak aku dok hotel sekali untuk jaga Saif sementara aku berkursus. Kali ni kalau lakiku tak dapat ikut, kira confirm la aku akan heret mak aku lagi. Hiii..

Aku tak kisah la orang nak judge aku ni demand ke, mengada2 ke..lantak la. Aku tak boleh halang orang daripada judge life orang lain. Sebab aku sendiri pun adakalanya terkhilaf 'ter'judge orang lain macam post aku semalam kan.
(-_-)

Aku beranikan diri tanya kat orang opis, "ehm..kalau meeting yang jauh2 lama tu boleh ke bawak family?"

"BOLEH. BOS PUN BAWAK FAMILY DIA JUGAK."

Serius aku lega sangat bila dengar jawapan tu. Aku mula nampak sisi-sisi positif keja aku ni. Tapi aku akan lagi lega kalau tak perlu pi meeting tu semua. Muahaha!

Sebelum ni aku selalu rasa aku ni supermom. Di saat kawan2 mengeluh macam2 perihal kerja dan family, aku takde plak nak mengeluh. Serius xpenah stress pun. Semua benda aku take it easy, positif je. Tapi sekarang ntah apasal aku ni makin lemah, da macam loser. Padahal aku baru je dok sini sebulan tapi macam2 aku dok judge. Entah2 kat sini ada 1001 perkara yang lebih baik, mana la tau kan.Ok..boleh tak aku nak salahkan hormon2 yang mengganggu emosi aku yang secara kebetulan muncul serentak bila aku start life baru kat sini. Hiii..tapi kamu baby yang baik sebab kurang buat mama muntah selalu. Kalau tak, confirm lagi stress.

Aku tak nak jadi loser, aku nak jadi supermom.


P/s: aku da delete post semalam yang sungguh negatif tu. Aku minta maaf kalau ada yang terasa.

Friday, December 27, 2013

Diskaun 15% Pembelian Tudung2U

Assalamualaikum dan haii...

Hari ni ada benda baeekkkk punye saya nak share!

Tudung2u la ni tengah buat promosi best punye untuk pembelian tudung. Macam-macam jenis tudung ada kat sini. Sebut je nak tudung jenis apa..bawal..halfmoon..shawl labuh ke..shawl biasa ke..semua ada. Harganya pulak memang sangatlahhhhhh berpatutannnn...

Setakat cakap je sape2 pun boleh gebang kan. Ok..meh kita layan sikit koleksi tudung yang ada kat Tudung2u ni haaa...

Shawl halfmoon

Shawl labuh..haaa..nak lilit banyak mana pun lilit laa..

Tudung bawal. Bawal Kelantan mariiii tauuu..

Tudung awning pun ada..

Kat atas ni hanyalah sikit koleksi produk tudung yang ada kat Tudung2u. So maii la terjah Tudung2u, beli tudung banyak2. Yang bestnya lagiiiiii....jeng..jeng...jeng...

Pembaca sayepunyebelog akan mendapat tambahan diskaun 15% dengan menggunakan voucher di bawah..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AMU2013
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So sesiapa yang nak beli tudung di Tudung2U boleh guna kod voucher ni. Dapat 15% diskaun!! Harga lagi murah dari harga yang di tawarkan. Tawaran ni sah sebelum 31 Januari 2014. Jom cepat shopping!

Terjah TUDUNG2U sekarang!


Thursday, December 26, 2013

Borang Bantuan RM180 Untuk Taska

Sesiapa yang memenuhi terma dan syarat, silalah apply cepat-cepat sebelum 31 Disember ni. Setakat ni syarat utamanya penjawat awam dengan pendapatan isi rumah maksimum RM5000, umur anak tak lebih 4 tahun. Lain-lain syarat korang bacalah pekeliling tu ye.

http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp382013.pdf

Aku tak layak. Cissss!!

Wednesday, December 18, 2013

Saif Tantrum

Minggu ni kiranya da masuk minggu ke-3 la kan Saif dok taska. Maknanya da masuk 3 minggu jugak la dia mengtantrumkan dirinya. Saif bukan jenis boy yang lasak ganas2 gitu. Saif ni jenis yang lembut n senyummmmm jeee..so bila tetiba tantrum tu rasa macam alahaiiii..anakku..nape ni sayang oiii...

Errr..mungkin jugak sebab nak dapat adik ni kan sebab tu perangai tantrum tu makin menjadi.

Saya takde la syak taska tu ada dera Saif ke apa ke. Memang dia menangis-nangis setiap kali dihantar dan dijemput balik. Tapi dalam pada menangis tu, bila saya suruh bye bye kat budak taska tu, ok je dia bye bye. Maknanya ok la tu kan. Kat rumah pun ok je main-main macam biasa, sengih-sengih macam biasa. Budak kalau trauma ke apa ke dia akan tukar watak biasa jadik pasif n asyik nangis. Saif ok, macam biasa. Pernah saya try sekodeng waktu tengahari tapi tak nampak pape sebab langsir tutup semua kan. Tapi suasana senyap je masa tu, takde plak suara Saif nangis (sebab budak taska tu kata Saif nangis dari pagi sampai petang). Pastu dengar plak owner taska tu dok berzikir menidokan budak, so saya rasa ok la tu kot. Naluri keibuan saya ni pun rasa Saif selamat dan ok di situ cuma dia sedih je tak dapat melekat dengan mamanya 24 jam.

Cuma entah la mungkin dia nak tunjuk protes sebab kena tinggal kat taska, makanya bila kat rumah selalu gak la tetiba je dia nak meleding-leding mengamuk. Tau meleding tu camne. Tu haaa..dia dongakkan kepala dia sampai melengkung badan. Kalau tak disambut memang berdentum terlentang ke lantai. Asal ada benda tak dapat je nak meleding. Penah sekali tu saya jemput dia balik. Dalam kereta biasala borak2 dengan dia. Biasanya dia akan sengih2 la. Tapi time tu Saif bolayan je, siap muka tu tengok luar tingkap keta, tak pandang mama pun. Muka masam. Merajuk!

Tak dapat bukak pintu bilik. Dia melalak2 siap menyelit celah-celah tu.

Pastu sejak peknen ni, susu makin kureng tapi Saif still df. Malam-malam buta kalau dia mengempeng tak dapat susu, tengah malam buta tu jugak la dia mengamuk. Cam malam tadi, pukul 3 pagi, dia mengamuk2. Ingatkan sebab dia tak jumpa nenen ke apa, tapi bila bagi dia mengamuk2 tolak siap merajuk pi penjuru katil telekup muka nangis. Alahaiii..jenuh mama papanya dok pujuk. Lama pujuk..baru la dia diam. Try offer nenen lagi, dia nak plak. Baru la tido semula. Mama papanya plak bijak bestari da tau kena ajar anak botol, tapi tak ready pape. Nak bancuh susu pun air panas pun takde. Nak masak air panas tang tu jugak lagi la mengamuk anak teruna tu karang. Seb baik la dia terima gak offer nenen tu walau ntah susu ada ke takde.

Pagi-pagi hantar dia ke taska, bila parking je depan taska tu, dia tau dah. Dia start da resah dan berbunyi ehekk..ehekk..Bila serah je kat budak taska terus waaaa...melalak tak ingat dunia sampai merah-merah muka. Mama ni keraskan hati je la, nak buat camne da terpaksa. Kalau la mama boleh jadi suri rumah, memang mama lagi rela dok umah hadap kamu 24 jam je sayang oiii...

1hb Jan 2014 nanti akan hantar Saif ke taska baru. Taska KPT. Hopefully Saif dapat la sesuaikan diri kat sana. Takmo tantrum lagi.


Tuesday, December 17, 2013

Selepas sebulan

Assalamualaikum dan haiiii...

Lama kan saya tak update blog. Bila lama tak update apekah ertinye? Ada 2 sebab je. Samada busy atau malas. Hehe..

So diam tak diam da sebulan saya berhijrah ke tempat baru memulakan penghidupan baru bersama papa Saif. Rutin harian automatik juga berubah. Ye la dulu uruskan diri sendiri ngan Saif je. La ni tambah plak papa Saif. 

2 minggu pertama hari tu best la sebab mak ada. Hari2 balik umah makanan da tersedia. Siap basuhkan baju n sidai lengkap pakej lipat semua. Memang terbaek! Hahaha..But then bila mak da balik, mulala rutin semua kena buat sendiri ye.

Mula2 ok je. Balik keja, masak..tu takde masalah. Semua keja no hal ble tanggung beres. Niat hati nak merajakan suami. 

Tapi start minggu lepas bila da start mabuk2...melepek je la kejanya. Actually kali ni rasa lagi kuat banding masa peknenkan Saif dulu, muntah2 setakat ni takde. Tapi badan dok berangin je, perut pun kembung bergelodak macam nak muntah tapi ble tahan lagi. Asal balik keja je, terus melepek. Energy totally out. Nak masak pun tak lalu sebab tak tahan bau minyak n menumis semua. Cuba jugak masak dengan bernafas guna mulut pastu saya sendiri gak yang mengah tak cukup napas.hahaha..

So terpaksa la meminta jasa baik papa Saif untuk bekerjasama buat kerja rumah bersama. Maknanya tak dapat la papa Saif fefeeling raja lagi ye. Mama nak iron baju keja sendiri pun tak lalu apatah lagi nak tolong ironkan baju papa. Semuanya sdn.bhd ye. Cuma bab basuh baju, sidai n lipat tu still tanggungjawab mama sepenuhnya. Papa surrender awal2. Takut tak menepati piawaian kononnya. Yela tu. Takpe la asalkan papa rela cuci pinggan mangkuk kuali periuk semua.

Bab masak je la ni jadi masalah..saya memang tak lalu nak makan, apatah lagi nak masak. Tapi takkan nak dibiar papa Saif tak makan jugak kan. Nak suh masak sendiri cam kesian bebenor. Da la sampai umah lmbat pastu nak kena masak plak. Hiii..serupa takde bini kat umah.

Cubalah..saya cuba masak petang ni..tapi xtau nak masak pe. Kalau makan cempedak goreng je as dinner, ok tak? Tu je yg lalu di tekak.hiiii...


Monday, December 16, 2013

Pam Spectra 3 dan Spectra M1 To Let Go [sticky post]

Assalamualaikum dan haii..

Dengan berat hatinya saya nak war-warkan di sini bahawa saya nak letgo pam kesayangan saya both Spectra 3 dan Spectra M1. Kedua-duanya terutamanya Spectra 3 sangat-sangat banyak membantu breastfeeding journey saya selama lebih setahun ini. Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan saya nak letgo kedua-dua pam ni.

Spectra 3-sangat best. Sangat berjasa. Usia da lebih setahun. Saya da pernah servis sekali so conditionnya Insya-Allah still tip top. Tapi sayangnya sejak pindah ke Putrajaya, saya tak dapat port yang sesuai untuk pam sebab Spectra 3 kan pakai elektrik. Boleh plak surau kat opis saya ni takde plug point. Arghh..seminggu saya tak mengepam tauuu..tengahari je balik rumah df Saif terus. Makanya saya beli Spectra M1 yang ada rechargable battery. Da ada pam baru, so nak letgo la pam lama.

Aksesori semua lengkap untuk double pump. Aksesori semua pun still baru sebab tukar semua sekali masa servis hari tu. Kotak pun still ada. Tu storage bottle hanya sebagai contoh je.

 
Saya siap tambah filter to prevent backflow

Harga beli : RM388 (double pump) + filter RM15
Harga letgo : RM200 + free 5 storage bottle BumbleBee (baru punya tak pernah guna) + free postage 
update : SOLD to zai

Spectra M1-pam keluaran baru yang sangat best jugak terutamanya sebab function rechargable battery tu. Lagi pam ni ringan sangat. Baru 500gm je berat dia. Saiz dia lagi kecik dari smartphone. Saingan terkini kepada FS. Nak beli FS tak mampu la kan ribu riban so beli la Spectra M1 ni. Function tambahan yang best adalah dia ada massage mode. So sebelum pam tu, massage2 dulu untuk stimulate susu. Pastu ble tukar la pada suction mode untuk pam susu macam biasa. Ada 5 level boleh adjust. Memang best. Lagi dia da siap2 ada filter to prevent backflow so lebih hygiene di situ. Tapi sayangnya saya terpaksa juga letgo pam ni. Sebabnya sehari selepas saya beli pam ni, saya positif pregnant 2nd. Automatic susu merudum dasyat so saya buat keputusan untuk stop pam di opis. Tapi saya akan teruskan bf Saif di rumah-InsyaAllah. Saya guna pam ni baru 4 kali je. Ikutkan boleh je kalau saya nak simpan je pam ni sampai bersalin tahun depan tapi masa tu nanti warranty da tak laku plak. So sementara usianya baru seminggu jagung ni, baik saya letgo sementara warranty masih fresh.hehe..

Aksesori semua lengkap untuk double pump. Kotak pun still ada tapi tak masuk dalam gambar. Sangat-sangat baru. Baru minggu lepas beli ni.

Perbandingan antara motor pam Spectra M1 dan Lenovo saya. Comey je kan?

Harga beli : RM480
Harga letgo : RM470 + free 5 botol BumbleBee (baru punya tak pernah guna) + free postage
Update: SOLD

Nak tau lagi lanjut tentang Spectra M1 boleh tengok video ni

Sesiapa yang berminat, boleh e-mail saya ye : didie_kawaii@yahoo.com 

Tuesday, December 3, 2013

Saif Kat Taska

Assalamualaikum dan haii..

Tadi baca Rara post pasal princess 2nd day kat taska, saya pun nak post gak la.hehe..

Sebelum tu, nak cerita dulu pasal hari pertama. Semalam tak sempat nak citer (da mula busy kononnya..). Semalam mula-mula hantar Saif, dia senyap je. Budak taska tu ambik dia pun dia senyap je, masih blur lagi kot tambah mamai baru bangun tido. Tapi bila dia da dibawak masuk, saya pulak bye bye dari pintu, mulalah dia melalak. Waaa..mama tak sanggup dengar lama-lama. Kiss kiss kejap pastu mama cepat-cepat blah. Hati mama memang tisu..

Tengahari tu call taska, owner tu kata Saif nangis. Tapi bila bukak cd Upin Ipin dia senyap gelak-gelak. Pastu bila cd da abes, suasana jadik senyap, dia teringat mama dia, dia nangis lagi. Kejap-kejap senyap, kejap-kejap teringat mama nangis lagi. Lepas je end call dengan taska, terus berderai-derai air mata mama Saif ni. Mesti budak sebelah meja ni pelik tengok tetiba nangis. Hiii..

Menjelang petang, rasa tak sabar sangat nak ambik dia. Agak-agak nangis lagi tak ek. Masa sampai, dia tengah senyap dalam rumah. Bila nampak je mama, terus dia bangun jerit "Maaaa!!" Waaa..sungguh touching perasaan itu. Masa ambik tu, dia macam dedar nak demam. Agaknya stress sangat kena tinggal sampaikan nak demam kot. Hii..tapi bila balik rumah terus hilang dedar, bukan main ceria main itu ini.

So hari ni hari kedua hantar Saif ke taska. Hopefully better than yesterday la. Masa dalam kereta dia dok behave lagi. Tak tau lagi nak kena hantar taska lagi kot. Sampai taska, dukung dia..masa nak serah kat budak taska tu..Saif da mula melalak. Siap peluk saya kuat-kuat lagi tak nak lepas. Cam kelako pun ada sebab dia peluk guna tangan dan kaki kuat-kuat. Tapi budak tu ambik jugak dia, dia melalak. Budak tu cepat-cepat bawak masuk dalam, buka cd kartun, terus senyap. Hiii..

Budak anak owner tu kata Saif minum susu ok, habis dia minum. Waaahh..sungguh surprise. Macam tak caya je, siap kata tak cukup lagi. Maybe ye jugak kot sebab maybe dia tengok semua budak minum botol so dia pun minum la jugak. But budak tu kata Saif macam susah nak minum susu. Dia banyak gigit2 puting botol tu. Maybe sebab puting botol keras dan lubang kecik, susu susah keluar. Yang saya guna tu brand Pureen ngan Spectra. Saiz M. Saya pun baru tersedar, maybe tu puncanya selama ni dia kureng minum susu. Dia susah nak minum, dia jadik malas nak minum. So budak tu cadangkan tukar puting yang lagi lembut n lubang besar.

Celah mana kat putrajaya ni nak cari puting botol anak pulak eh..jawabnya tengahari nanti keluar merayap lagi la jawabnya cari puting botol anak. Korang ada cadangan tak puting brand apa yang sesuai yang lembut?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...