Friday, December 19, 2014

Tazkirah Jumaat : Hindari Berdebat Dengan Orang Jahil

"Aku MAMPU BERHUJAH dengan 10 orang yang BERILMU, tetapi aku PASTI KALAH dengan SEORANG YANG JAHIL, karena orang yang jahil itu TIDAK PERNAH FAHAM LANDASAN ILMU."

Imam Syafi’i adalah adalah seorang ulama besar yang banyak melakukan dialog dan pandai dalam berdebat. Sampai2 Harun bin Sa’id berkata :

“Seandainya Syafi’i berdebat untuk mempertahankan pendapat bahwa tiang yang pada aslinya terbuat dari besi adalah terbuat dari kayu niscaya dia akan menang, karena kepandainnya dalam berdebat”. (Manaqib Aimmah Arbaah hlm. 109 oleh Ibnu Abdil Hadi).

Boleh saja berdebat, baik dengan lawan ataupun kawan, namun semuanya harus dalam rangka nasehat dan mencari kebenaran, bukan kemenangan. Inilah salah satu adab mulia dalam dialog atau debat yang seharusnya kita perhatikan bersama, apalagi akhir-akhir ini semakin marak dialog dan debat di sana sini.

Imam Syafi’i berkata :

مَا نَاظَرْتُ أَحَدًا قَطُّ عَلَى الْغَلَبَةِ

“Aku tidak pernah berdebat untuk mencari kemenangan” [Tawali Ta’sis hlm.113 oleh Ibnu Hajar]

Namun, jika yang kita hadapi ternyata adalah orang2 jahil, maka lain perkaranya. Bahkan Imam Syafi'i rahimahullah berkata :

"Aku MAMPU BERHUJAH dengan 10 orang yang BERILMU, tetapi aku PASTI KALAH dengan SEORANG YANG JAHIL, karena orang yang jahil itu TIDAK PERNAH FAHAM LANDASAN ILMU."

Maka dari itu, kita mending MENGALAH saja dengan orang yang jahil. Jika tidak, maka kita akan sama2 TURUT JAHIL. Maka DIAM saja itu PENYELAMAT, daripada diteruskan saling berbantahan yang TIADA KESUDAHAN.

Lengkapnya dari Imam Syafi'i Rahimahullah dalam SIKAP MENGHADAPI ORANG-ORANG JAHIL :

ﺍِﺫَﺍ ﻧَﻄَﻖَ ﺍﻟﺴَّﻔِﻴْﻪُ ﻭَﺗُﺠِﻴْﺒُﻬُﻔَﺦٌﺮْﻳَ ﻣِﻦْ ﺍِﺟَﺎﺑَﺘِﻪِ ﺍﻟﺴُّﻜُﻮْﺕُ

"Apabila orang bodoh mengajak berdebat denganmu, maka sikap yang terbaik adalah diam, tidak menanggapi"

ﻓَﺎِﻥْ ﻛَﻠِﻤَﺘَﻪُ ﻓَﺮَّﺟْﺖَ ﻋَﻨْﻬُﻮَﺍِﻥْ ﺧَﻠَّﻴْﺘُﻪُ ﻛَﻤَﺪًﺍ ﻳَﻤُﻮْﺕُ

"Apabila kamu melayani, maka kamu akan susah sendiri. Dan bila kamu berteman dengannya, maka ia akan selalu menyakiti hati"

ﻗَﺎﻟُﻮْﺍ ﺳَﻜَﺖَّ ﻭَﻗَﺪْ ﺧُﻮْﺻِﻤَﺖْ ﻗُﻠْﺖُ ﻟَﻬُﻤْﺎِﻥَّ ﺍﻟْﺠَﻮَﺍﺏَ ﻟِﺒَﺎﺏِ ﺍﻟﺸَّﺮِ ﻣِﻔْﺘَﺎﺡُ

"Apabila ada orang bertanya kepadaku,“jika ditantang oleh musuh, apakah engkau diam ??” 

Jawabku kepadanya : “Sesungguhnya untuk menangkal pintu-pintu kejahatan itu ada kuncinya.”

ﻭَﺍﻟﺼُّﻤْﺖُ ﻋَﻦْ ﺟَﺎﻫِﻞٍ ﺃَﻭْ ﺃَﺣْﻤَﻖٍ ﺷَﺮَﻓٌﻮَﻓِﻴْﻪِ ﺃَﻳْﻀًﺎ ﻟِﺼَﻮْﻥِ ﺍﻟْﻌِﺮْﺽِ ﺍِﺻْﻠَﺎﺡُ

"Sikap diam terhadap orang yang bodoh adalah suatu kemuliaan. Begitu pula diam untuk menjaga kehormatan adalah suatu kebaikan"

Lalu Imam Syafi'i berkata :

ﻭَﺍﻟﻜَﻠﺐُ ﻳُﺨْﺴَﻰ ﻟَﻌَﻤْﺮِﻯْ ﻭَﻫُﻮَ ﻧَﺒَّﺎﺡُ

"Apakah kamu tidak melihat bahwa seekor singa itu ditakuti lantaran ia pendiam ?? Sedangkan seekor anjing dibuat permainan karena ia suka menggonggong ??"

[“Diwan As-Syafi’i” karya Yusuf Asy-Syekh Muhammad Al-Baqa’i]

Beliau rahimahullah menambahkan :

"Orang pandir mencercaku dengan kata-kata jelek
Maka aku tidak ingin untuk menjawabnya. Dia bertambah pandir dan aku bertambah lembut, seperti kayu wangi yang dibakar malah menambah wangi" [Diwan Asy-Syafi’i hal. 156]

Maka : Tidak perlu kita berdebat dengan orang2 yang nantinya hanya akan menghinakan diri kita sendiri, bahkan bisa jadi juga menghinakan para ulama.

Untuk itu Imam Syafi'i berkata kepada orang jahil yang menantangnya berdebat :

"Berkatalah sekehendakmu untuk menghina kehormatanku, toh diamku dari orang hina adalah suatu jawaban. Bukanlah artinya aku tidak mempunyai jawaban, tetapi tidak pantas bagi Singa meladeni anjing"

Dan Nabi Muhammad shållallåhu ‘alayhi wa sallam juga telah bersabda :

“Aku akan menjamin sebuah rumah di dasar surga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia berada dalam pihak yang benar. Dan aku menjamin sebuah rumah di tengah surga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dalam keadaan bercanda. Dan aku akan menjamin sebuah rumah di bagian teratas surga bagi orang yang membaguskan akhlaknya.” [HR. Abu Dawud dalam Kitab al-Adab, hadits no 4167. Dihasankan oleh al-Albani dalam as-Shahihah [273] as-Syamilah].

Sudaraku.. Berdebat tidaklah terlarang secara mutlak, karena terkadang untuk meluruskan sebuah syubhat memang harus dilalui dengan berdebat. Dan debat itu terkadang terpuji, terkadang tercela, terkadang membawa mafsadat (kerusakan), dan terkadang membawa mashlahat (kebaikan), terkadang merupakan sesuatu yang haq dan terkadang merupakan sesuatu yang bathil. Namun jika debat dilakukan orang jahil, maka jelas hanya mafsadat-lah yang akan tertampil sebagai hasil.

Allah subhanahu wa ta'ala berfirman :

خُذِ العَفْوَ وَأْمُرْ بِالعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الجَاهِلِيْنَ

"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang jahil" (QS. Al-A’raf: 199)

Semoga bermanfaat. Hanya pada Allah kita memohon petunjuk.

Wallahu Ta'ala A'lam bish showaab..

-AM-

Sumber : FB Kami Sayang Ulama

Monday, December 8, 2014

Clear Items!

Assalamualaikum dan haii..

Aku ada beberapa preloved items nak jual murah-murah ni.Nak bagi clear barang-barang kat rumah ni yang da penuh sesak bagai..

ITEM 1 : POOL (termasuk pam elektrik)
~current status : SOLD~ 
Harga beli : RM250
Harga nak jual : RM200
Condition : 9.5/10 (letak dalam rumah je anak buat main, tak pernah isi air pun)
Reason jual : Nak clear space kat rumah. Pool ni baru 2 bulan beli. Encik suami beli sebab nak bagi anak main slide tu. Motip nak bagi main slide tapi beli pool besar begini? Condition memang ok just habuk-habuk sikit la tak kuasa da aku nak lap hari2. Kalau tengok dalm gambar ni, encik suami tak pam betul-betul so tak berapa mantap sangat kelihatannya.


ITEM 2 : IKEA children's tent
~current status : SOLD~
Harga beli : RM69
Harga nak jual : RM50
Condition : 10/10
Reason jual : Beli dan pasang sekejap je masa dok Karak dulu. Tak lama pastu pindah dan tak pernah pasang lagi tent ni. So nak jual lagi bagi clear sket ruang dalam stor tu.


ITEM 3 : Meja Belajar
~current status : BOOKED~ 
Harga beli : RM105
Harga nak jual : RM80
Condition : 9/10(ada kesan calar sket-sket n kesan color pencil tapi boleh hilang bila lap)
Reason jual :Anak terlalu obses dengan meja ni sampaikan nak angkut bawak tidur sekali atas katil. Maka mama terpaksa bertindak kejam bungkus semula meja ni masuk kotak, simpan n now time to let it go.


ITEM 4 : Handbag ELLE
~current status : SOLD~ 
Harga beli : RM399
Harga nak jual : RM150
Condition : 8/10(ada kesan calar sket dan terkopek sket side tepi, rujuk gambar seterusnya)
Reason jual : Banyak sangat handbag so nak bagi clear la. Handbag ni masa aku beli new arrival so tu pasal harga dia agak mahal. Beg ni besar boleh muat nak masuk tablet or ipad. Aku sumbat NOTE 10.0 pun muat. Beg ni ada kesan terkopek kat bahagian tepi-tepi dia dan kesan lekuk terlipat. Kalau kau rasa kau fussy buyer aku nasihatkan tak payah beli. Ikutkan aku yang tak fussy ni handbag ni still condition 10/10..kehkeh..


Ada 3 compartment di dalam. 

Bahagian tepi ada terkopek n kesan lekuk sebab beg terlipat. Tapi mata aku tengok ok je ni.

Kesan calar sket

ITEM 5 : Jeans LEVIS (Original-beli kat butik)
Harga beli : RM290
Harga nak jual : RM100
Condition :9.5/10
Reason jual :  Dah tak muat pakai sebab aku makin kurus kan (sambil nangis empat bucu katil). Ni bukan sekadar preloved tapi still in love punya items. Sayang nak let go tapi kalau da tak bermanfaat untuk aku, dengan berat hati lepaskanlah. Jeans ni straight cut, potongan paras atas pinggul. Saiz pinggang 27. Oh ye, aku ada hantar potong sket kakinya so sesuai la untuk orang yang rendang macam aku berketinggian 150cm.




All prices are excluding postage. Harga still boleh kawtim asalkan munasabah. Postage aku kira RM10 bagi setiap item. Kalau ada yang ambil lebih dari satu item nanti aku kawtim harga postage. Kalau ada yang nak COD or self pick up lagi bagus area Putrajaya ye.

So sapa yang berminat, boleh la email aku : 
nadiabintihairi@gmail.com


Thursday, December 4, 2014

First Cheque From Nuffnang

Assalamualaikum dan haii..

 

Alhamdulillah rezeki..first time cash out tabung nuffnang, hari ni sampai da cheque nye. Tak banyak mana, maklumla blogger suam2 kuku syok sendiri. Apapun rezeki untuk anak2 la ni.

Thanx Nuffnang. Semangat nak menulis lagi nih..

Monday, December 1, 2014

My Aidijuma After 2 Years

Assalamualaikum dan haii..

Sekarang ni tudung Aidijuma dah jadi fenomena sangat kan? Selain cantik, harga tudung ni sangatlah affordable ikut warna label. Ramai geng-geng gojes yang meracun tapi kutahan jebat jugak sehingga akhirnya tewas jugak minggu yang sudah.

Actually ni adalah tudung Aidijuma kedua yang aku beli selepas 2 tahun. Tudung Aidijuma pertama aku beli masa Pesta Konvo UTHM tahun 2012. Aku beli yang plain je, harga pun baru RM10 je masa tu. Masa tu AJ tak femes sangat macam sekarang. Then minggu lepas ramai yang up design baru yang nak release hari Sabtu (lepas), maka tewaslah aku. Aku terjatuh cinta dengan Flower Blossom dengan Traveller tu. Cantik sangat. Yang lain-lain cantik jugak tapi takdelah aku nak beli semua. Boleh beli tapi lepas tu puasa 20 hari berturut-turut lah aku. Huuhu..

Nak jadi cerita, hari Sabtu tu, igshop yang aku order tudung tu wassap aku bagitau yang tudung aku ada benang lebih. Allah..benang lebih sekelumit tu risau sungguh dia takut customer tak nak. Tu kalau dia tak bagitau aku tu, belum tentu pun aku tau ada benang lebih. Huhu.. Sebab pernah gak aku baca kat dalam group AJ, memang ada yang tak puas hati kalau ada benang lebih atau benang putih kesan tarik tu kan. Datin Juma jugak yang dipersalahkan. Allah..kalau tudung tu koyak ke berlubang ke boleh la nak argue. Tapi kalau setakat secoet sket buat tak nampak sudah. Takde sape akan tegur pun. Bagi aku, kalau sedikit 'kecacatan' dapat kat aku, aku terima je la 'kecacatan' tu sebagai balasan atau kifarah atas dosa kecil aku. Kifarah tu boleh datang dalam macam-macam bentuk kan. Even tudung terlebih benang tu aku terima je la, tu bahagian yang Allah da tentukan untuk aku. Bukan nak kata aku ni baik sangat la cuma kekadang kita lupa setiap yang berlaku tu mesti ada sebabnya. Bayangkan la, dia ni bukan beli sehelai je tudung khas untuk aku. Berhelai-helai. Tapi boleh plak satu helai yang 'cacat' sikit tu dapat kat aku. Terima je la dengan hati terbuka. 


So hari ni aku terima dah tudung Aidijuma aku. Cantik sangat! Dan yang bestnya, benang lebih yang dikatakan tu langsung tak nampak! Puas aku belek mana la aihh yang benang lebih ni. Dia salah bagi tudung ke. Ada la aku nampak macam benang terkeluar sikit, halus je. Allah..kot ada yang komplen ni tak tau la nak sempurna tahap mana lagi dah. Ni pun da cukup sempurna da bagi aku.


Lepas ni tak tau la nak beli lagi ke tak. Mengawal diri je nih. Hehehe..Oh ye, aku nak ucapkan syabas dan tahniah jugak kat igshop ni thefatinsshope sebab berlaku jujur pada customer. Tak le customer meroyan lepas dapat parcel kan. Nasib baik la jugak ko dapat customer tak banyak songeh cam aku. Hehehe..ok la..tu je. byeee..

p/s : tazabarrrrr nak pakaiiii.....




Thursday, November 27, 2014

Saif Masuk Emergency

Assalamualaikum dan haii..

Selalu kita dengar keluhan mak-mak tentang lasaknya anak-anak yang tengah membesar ni. Lagi-lagi anak lelaki. Aku pun tak terkecuali. Saif tu nampak je macam soft, tersengih-sengih tapi lasaknya mak aiiihh...asyik la nak buat aku bertempik-tempik.

Perkara yang aku paling tak suka dia buat ialah panjat sofa then main terjun-terjun. Kot panjat takat tempat duduk tu ok lagi la. Ni dia panjat sampai ke atas tempat headrest tu. Pastu dok bertenggek situ. Sakit jantung tiap kali tengok.

Dan akhirnya musibah pun terjadi. Satu hari tu, waktu maghrib, aku naik atas untuk solat dan bersiap sebab malam tu nak keluar beli handphone baru. handphone aku kan rosak termasuk dalam lubang jamban! Hampes! So tengah dok bersiap tu, tetiba aku dengar bunyi POOOMMM! dari bawah. Cepat-cepat aku jenguk dari tangga atas ke bawah, aku sangkakan kerusi yang jatuh ke. Rupa-rupanya Saif yang jatuh!

Ko bayangkan betapa kuat dia jatuh terhentak tu sampai bunyi POMMM!!! tu aku boleh dengar kat tingkat atas. Pastu tambah pulak dengan meraung-raungnya. Puas pujuk lama-lama dia diam. Penat menangis agaknya.

So ingatkan dia ok je la kan. So kitorang teruskan agenda nak keluar beli handphone tu. Pi kat kedai kat Subang. Aku tunggu je dalam kereta sementara Encik Suami masuk kedai beli. Leceh la nak angkut 2-2 anak kecik masuk kedai. So baik aku tunggu je dalam kereta. Masa on the way tadi Saif tidur. Dia kat seat belakang masa tu. Aku duduk kat seat depan. But then tetiba dia bangun nangis-nangis. Dia pergi kat aku kat depan pastu muntah!

Ok. Aku da biasa dengan muntah anak so aku tak kisah pun dia nak muntah tapi panik jugak la aku. Sebab dia baru jatuh tadi and then muntah! Kalau dia tak muntah, kurang la risaunya. Sebab muntah selepas jatuh tu antara tanda gegaran otak. Aku da tak senang duduk. Lama plak Encik Suami kat kedai plak. Saifnya dok merengek-rengek plak. Sakit agaknya. Dalam 5 minit kemudian, Encik Suami sampai. Aku bagitau dia yang Saif muntah. Kitorang pun macam tak tau nak buat apa. On the way balik tu, Saif muntah lagi. Aku pasrah je seat kereta berlumuran muntah.

Then Encik Suami kata "Kita pi hospital terus la."

Aku pun setuju je.

So terus speed ke Hospital Putrajaya. Terus ke bahagian Emergency. Kat triage tu, aku bagitau yang Saif jatuh tu pukul 8 malam dan antara waktu nak sampai ke hospital tu (pukul 10.00 malam) dia da muntah 3x dalam kereta. Then staf kat situ dudukkan Saif kat wheelchair terus masuk ke dalam zon kecemasan. Aku je yang teman Saif masuk dalam. Encik Suami tunggu kat luar dengan Safir. Allah..kesian plak bila teringat Safir kena menunggu kat luar tanpa mama. Sobss..

So doktor kata nak buat ctscan takut ada kecederaan dalaman kat kepala. Aku redha je la. So untuk buat ctscan tu diorang kena buat Saif tidur dulu sebab takut dia meronta-ronta dalam mesin ctscan tu. So diorang bagi makan ubat tido. First trial bagi, Saif muntahkan semula semua ubat. Then try bagi 2nd time, ok dia boleh telan. Tapi tak lama pastu dia muntah lagi. Dah la kitorang datang hospital dengan sehelai sepinggang tak bawak baju spare semua. so bukak baju Saif n pakaikan baju hospital hijau yang orang dewasa punya tu ha..jadik la asal pakai baju kalau tak sejuk.

Pastu bagi lagi ubat tido untuk kali ketiga. Ok. Kali ni baru la dia telan betul. Tapi lama jugak nak tunggu dia tido. rasanya dekat pukul 12 tengah malam jugak baru dia tido. So da tido tu, terus sorong dia ke bilik xray untuk buat ctscan. First time tu aku tengok mesin tu depan bijik mata. Selalu tengok dalam drama tv je. Alaa..mesin yang mcam terowong tu pastu ada cahaya mcam laser yang akan scan. So da baringkan Saif kat mesin tu, aku kena keluar time mesin tu on. Aku tak sempat keluar, tetiba Saif bangun dan muntah kat dalam mesin tu! Adohaiii..tak sempat nak scan da muntah pulak. So terpaksa sorong dia balik ke emergency untuk ditidokan semula.

Bilik untuk buat CT Scan

Kali ni bagi ubat tido secara drip kat tangan. Bagus sangat doktor yang buat tu sebab Saif sikit pun tak berbunyi, nangis ke apa ke tak time doktor tu pasal jarum drip kat tangan dia. Karang kalau dia nangis lagi payah keja aku nak control dia. Aku mintak nurse panggil Encik Suami masuk dalam sebab aku da tak larat nak dukung dia. Dia nak tido berdukung, mengada-ngada plak. Kesian safir masa tu dengan tak menyusunya. Seb baik safir spesis tahan lapar. So aku ambik port nyusukan safir, Encik Suami amik alih dukung tidokan Saif.

Tapi tu pun tak tido-tido jugak. Dia da lalok tapi tak nak tido. Dia macam orang bangun. Menjerit-jerit pastu cuba nak bangun dari katil, nak berdiri tapi tak boleh. Terhuyung hayang jatuh. Da sejam tak tdo2, doktor drip dos ubat tido kali kedua. Pun tak jalan. Adoiii.. masa tu da pukul 1 pagi kot. Then try bagi makan ubat tido lagi. Aku minta pindah katil sebab kat situ terang, Saif tak biasa tido bukak lampu. So nurse pindahkan Saif ke bilik sebelah macam wad sementara kot. Tutup lampu kat situ. Aku pulak la yang dodoi-dodoikan dia sampai la akhirnya dia tertido. Masa tu da pukul 2 pagi. Bawak ke bilik xray sekali lagi, kali ni baru la dapat scan. Memang lena betul la dia masa tu. Then pindah semula ke katil wad sementara tadi. Doktor kata tunggu sampai pukul 6 pagi dia nak observe. So bermalam la kitorang kat hospital! Aku, Saif n Safir hokeyy!. Encik Suami terpaksa balik rumah nak ambik baju Saif sekali la dia tido terus sampai pukul 6 lebih aku call baru dia nak bangun. Bukan main sedap dia tido, aku bersekang mata dengan tido berhimpit ngan Saif ngan sambil nak menidokan Safir. Safir tido dalam baby cot yang buat letak baby newborn tu. Tetiba fefeeling newborn plak.

Sampai tertonggeng tido gini haa..

No photography tapi aku nak jugak ambik gambar sebagai bukti. Ngehehe..
Macam sedih pulak tengok gambo ni macam orang sakit kritikal padahal tido je pun. Tu wayar oksigen kena pakai sebab banyak sangat ubat tido masuk. Elok je dia tak tanggalkan wayar tu. Siap kalau tertanggal dia pasang semula sendiri.

Safir pun terjebak tido kat hospital. Ting tong kepala aku tak cukup tido sebab nak tidokan budak 2 orang ni..Dia asyik meronta-ronta menendang-nendang cot tu time tido sebab sempit. Sudahnya angkat dia tido atas katil je. Mama berkorban tido duduk celah-celah bucu katil je. Sobsss..

Da pagi cam sejuk plak, so balut dengan kain hospital. Alololo..cian anak mama ni. Macam dia pulak yang sakit.

So pagi tu doktor datang bagitau result scan ok. Takde kecederaan ke apa la. Tapi still kena observe dalam seminggu sebab otak budak still padat so kalau ada kecederaan maybe lambat akan trace. Saif pun da takde muntah lagi so doktor kata boleh balik la. Observe kat rumah je la. But so far lepas balik dari hospital tu, Saif ok ceria so aku anggapkan memang ok la.

Tu je la aku nak cerita pengalaman aku stay kat wad emergency ngan Saif n Safir. Safir pun tergedik-gedik jadik rebutan nurse dengan doktor kat situ yang geram dengan rambut cacak-cacak n pipi bulat dia tu. Tapi balik dari hospital terus aku cukur rambut cacak-cacak tu. Huhuu..

And aku nak share sikit maklumat yang doktor bagi iaitu nasihat penting mengenai kecederaan kepala :

a) Kebingungan, kurang sedar atau keresahan
b) Mengadu sakit kepala berterusan
c) Muntah
d) Mengalami lemah anggota
e) Penglihatan jadi kabur dan lihat sesuatu benda menjadi dua
f) Pengsan atau sawan

So kalau ada tanda-tanda ni, cepat-cepat la ke hospital. Kalau takde tanda-tanda ni, tak payah la pi hospital tapi pantau je la keaktifan dan keceriaan anak tu.


p/s : Jangan bagitau mak aku mahupun mak mentua aku tauuu. Aku tak bagitau diorang pun. Tak nak diorang risau + bebel "macam mana la boleh jatuuhhhhh tu sampai masuk hospitalllllllllll??????

p/s lagi : On the way balik dari hospital, Saifnye jatuh tergolek pulak dalam kereta. Cantik berbekas kesan alas kaki dalam kereta kat muka dia. Alahaiii..*facepalm.



Wednesday, November 26, 2014

Jaga Mata, Jaga Hati

Assalamualaikum dan haii..

Ahad lepas yang sudah-sudah, aku berkesempatan lepak-lepak dengan TV bersama Encik Suami. Layan Legenda Budak Setan 3. Kot siapa yang da tengok cerita ni mungkin da tau jalan ceritanya macam mana. Salah satu plot cerita adalah si Ayu Raudhah yang da bersuami masih tergila-gilakan si Farid Kamil yang aku pun da lupa apa nama watak dia.. owh..Akashah..Akashah nama watak dia.

"Ayu tu da kahwin kan?" Tanya Encik Suami (merujuk pada watak dalam cerita tu).

"Ye la.."

"Dia dah kahwin kan. Apasal dia boleh nak suka kat orang lain lagi? Kat suami orang lain pulak tu.." Tanya Encik Suami lagi.

Aku hampir-hampir menjawab "Biasalah tu bang.."

Tapi aku tak jadi cakap ayat tu. Silap haribulan dia akan fikir yang aku punya persepsi bahawa skandal antara isteri orang dengan suami orang tu adalah sesuatu perkara biasa yang normal. Nauzubillah.

So aku jawab "Alahh..kan suami dia tu jahat. Sebab tu dia nak terhegeh-hegeh harap simpati kat orang lain pulak."

Ok. Isunya kat sini adalah skandal isteri orang dengan suami orang. Tak pun skandal antara isteri/suami orang dengan pasangan yang belum berkahwin.

Aku selalu baca isu ni dalam majalah atau mana-mana media. Tapi aku tak sangka benda ni sekarang macam da jadi sesuatu yang common. Biasanya melibatkan orang yang bekerja la. Mana-mana tempat kerja mesti ada isu macam ni.

Aiihhh..tu la masalah paling besar bila berada dalam alam pekerjaan. Dan perkara ni bukannya berlaku kat orang yang bekerja kat pejabat je. Yang keja cikgu pun boleh terjebak, yang keja tukang kebun pun boleh terjebak, yang tak keja apa-apa pun boleh terjebak dengan orang yang bekerja.

Tapi membaca dan mendengar cerita dari mulut orang tu lain daripada dengan benda yang berlaku depan mata sendiri. Selalu dengar orang bercerita je kan..tak pun tengok drama tv je kan..ni bila benda ni berlaku depan biji mata sendiri..aiih..

Kita cuba fikir positif la. Mungkin diorang selalu berdua sebab skop kerja yang sama memerlukan diorang selalu bersama berdua ke mana-mana.

Tapi..

Bila tengok waktu sarapan pun berdua..

Lunch pun berdua..

Dok kat meja paling hujung yang tersorok nun..

Ehmm..kau rasa?

Yang perempuan takkan takde kawan perempuan lain kot? Ada ramai je perempuan kat opis ni.

Yang lelaki takkan takde kawan lelaki lain kot? Ada ramai je lelaki kat opis ni.


Lagi pulak, aku rasa bagi orang yang da berkahwin akan jadi automatik rasa janggal untuk berdua dengan rakan sekerja berlainan jantina. Tak kisah la orang tu da kahwin atau masih bujang.

Kot maybe la..maybe..positif kan..sehari dua begitu mungkin la diorang memerlukan ruang waktu berdua untuk membincangkan kerja melibatkan diorang berdua.

Tapi..

Kalau da berhari-hari bawak bulan ke bulan. Aiihh..lain macam pulak rasanya.

Lagipun kalau ada benda nak dibincangkan, bincang kat meja kubikel sendiri sudah la kan. Apa kaitannya nak bincang time breakfast dan lunch kan.

Sebab tu aku kata JAGA MATA, JAGA HATI.

Kita boleh kawal mata kita kan. Kalau da tau orang tu hensem/cantik, jangan la ditenung lama-lama. kalau perlu ada perbincangan, kita tengok la meja ke, kertas ke, dinding ke. Jangan sampai bertentang mata wei. Bahaya..silap haribulan terpanah terus masuk ke hati.

Dan hati tu pun kuatkanlah imannya. Fikir lah suami/isteri dan anak-anak. Jangan ikutkan nafsu tu.

Kalau mata hati tu da buta sangat, da tak boleh nampak suami/isteri atau anak lagi, ingatlah Allah masih ada. Allah perhati je. Tinggal lagi Allah tak turunkan bala kat orang macam ni sebab nak bagi peluang bertaubat.

So..ingat. JAGA MATA JAGA HATI. Ada yang memerhati.


Tuesday, November 25, 2014

Baby Batuk

Assalamualaikum dan haii..

Safir start batuk masa umur 2 bulan lebih. Sejak tu macam-macam kaedah remedi aku da cuba untuk sembuhkan batuk tu. Percussion, steam, minyak bawang putih, madu stc.

Doktor? Da 3 klinik aku pergi. Klinik pertama pergi kat area rumah aku. Dia kata dada takde bunyi so should be ok, just pantau je. Ubat tak diberi sebab memang tak elok untuk baby kan. Doktor tu suruh sapu Vicks je. Dalam hati aku kata "eleh sapu Vicks tu aku pun tau.."

Then pergi klinik kedua, klinik femes ames iaitu Klinik Wangsa. Jumpa Dr.Nadir. Pi klinik ni of course cara rawatan dia bagi neb and sedut kahak. Ku tahan je jebat bila si Safir tu meraung-raung kena neb. Tapi condition lepas tu still sama. Ada kurang kekerapan batuk tapi batuk tu still kuat lagi.

Then last week aku bagi plak pergi klinik kesihatan kat Putrajaya. Pun doktor kata ok, dada takde bunyi even nafas berbunyi. Tambah plak lagi si Safir tergedik-gedik sengih aktif bagai memang takde rupa orang sakit so doktor kata ok.

Aku sebagai mak-mak rasa tak puas hati. Ye la, baby batuk terkohol-kohol gitu. Tak sedap hati aku dengarnya.

So tadi aku bawak pergi hospital plak. Dengan harapan doktor hospital punye treatment better la kan. Aku pergi Az-Zahra, Bangi. Tempat beranakkan Safir dulu.

Bila jumpa doktor, first mesti la doktor check dada dia. Tergedik-gedik geli si Safir tu sebab stetoskop tu sejuk kan. Doktor kata lung clear, takde bunyi. Yang nafas dia berbunyi tu rupanya sebab dari tekak. Kahak tu melekat kat tekak sebab tu berbunyi. Lagi plak baby, tekak masih lembut so tak dapat serap kahak tu. Doktor kata kalau baby da besar, tekak mengeras so dapat serap kahak tu. Doktor kata pantau tahap keaktifan, kekerapan menyusu. Kalau sampai dia tak nak menyusu atau menyusu kejap-kejap stop maknanya pernafasan da tersekat. So cepat bawa ke hospital. Dan check jugak kalau-kalau bawah dada dia tenggelam kena cepat-cepat bawa ke hospital.

So Safir? Ok je. Takde masalah. Aku je la kena bertahan bersabar tunggu batuk dia tu sembuh sendiri. Sementara tu aku teruskan je apa-apa remedi yang sesuai untuk dia.

Friday, November 21, 2014

Aku dan Lipstick

Assalamualaikum dan haii..

Aku ni kan spesis perempuan yang tak suka pakai lipstick. Aku suka mekap-mekap. Macam-macam barang mekap aku ada tapi lipstick je yang aku takde. Pernah jugak la beli tapi sekadar beli je la lepas tu terperam tak digunakan. Paling-paling pun aku akan guna lipbalm je.

Pernah suatu pagi di dalam lif, seorang perempuan India menegur kawan perempuan yang sorang lagi.

"Eh..you tak pakai lipstik ke?" Tegur perempuan India yang aku namakan sebagai Sathia (bukan nama sebenar)

"Ehm..malas la. Tak sempat nak pakai. Nak cepat." Jawab kawannya malas. Kawan dia ni aku namakan sebagai Siti (bukan nama sebenar).

"Heyy..you dah pakai bedak mekap tebal-tebal lepas tu you tak pakai lipstick. Langsung takde seri la muka you. Macam muka hantu Kak Limah. Hahahahah.." Sathia terkekek-kekek gelak.

Aku? Spontan mengetap bibir. Muka aku palingkan menghadap dinding lif. Dengan harapan dia tak perasan bibir aku yang pucat macam hantu Kak Limah.

Lif berhenti di tingkat enam. Aku cepat-cepat keluar. Sebaik sampai di meja, aku mencapai cermin. Membelek bibir yang kering dan pucat.

Ehm..memang macam Kak Limah. Tapi tak nak jadi macam Mah.

Aku ni macam baru terima wake up call. Dengan lajunya tetiba aku bukak blog list dan terpandang kak Mimi tengah bukak Pre-order Nyx. Dengan tamaknya aku terus order. Bukan satu, bukan dua, tapi tiga lipstick Nyx Soft Matte tu! Aku beli San Paulo, Ibiza dan Cannes. Nampak tak bila nafsu menguasai diri, jari akan laju je klik kat Transfer to New 3rd Party Account.

Tapi disebabkan kesilapan alamat, aku hanya menerima parcel Nyx aku tu selepas naik keja cuti bersalin. Maknanya sepanjang 3 bulan lebih cuti tu aku bersabar je tak dapat pakai lipstick baru.

Naik kerja, aku terus pakai lipstick baru dan-dan masa tu jugak. My review? Best sangat lipstick ni weiii.. first time pakai lipstick matte aku da jatuh cinta. Dan yang penting sekali baunya sedap sangat! Actually punca aku tak suka pakai lipstick pun sebab tak suka dengan bau lipstick yang tak berapa best tu la. Tapi Nyx ni, bau nya sedap sangat. Pastu bila sapu kat bibir, rasa lembut sangat. Serius jatuh cinta doblas kali.

Lepas tu, boleh tak bos-bos department lain bila datang department aku, diorang tanya "Orang baru ke?" Makk aiihh..nampak tak lipstick tu mampu merubah imej sampaikan orang yang tak perasan kau sebelum ni mula perasan kewujudan kau. Ye la.sebelum ni aku badan kembang, muka kembang, pucat tak berseri pulak tu macam Kak Limah, sebab tu takde orang nak ambik kisah kewujudan aku. Antara wujud tak wujud pun. Melampau bonar. Nampak sangat people do judge book by its cover kan?

Naik-naik cuti je pakai lipstick terus orang recognize. Nampak tak imej tu memainkan peranan? Tapi ingat! Niat tu biar betul. Pakai lipstick bukan sebab nak menarik perhatian orang tau. Tapi lebih kepada keyakinan diri. Aku pakai lipstick ni pun aku akan tekap ngan tisu bagi pudar sikit warnanya. Kalau tak, aku takut orang terconfuse antara aku dengan Megan Fox. Eh?



p/s : Rasanya kat rumah pun kalau aku pakai lipstick, tak salah kan? Baru betul gojes!


Thursday, November 20, 2014

Biasakan Yang Betul

 Assalamualaikum dan haii..

Semalam aku cuti. Ambik kesempatan pi shopping sorang-sorang. Syok oo shopping sorang-sorang. Ikut suka aku nak test segala jenis kasut berapa lama pun yang aku nak. Pastu boleh melaram dari satu handbag ke satu handbag yang lain. Antara pulus ada tak ada je. Gaji tak masuk lagi kan tapi ada hati bershopping bagai. Huhuhu..

Da penat mengabiskan duit, moh makan KFC je la. Jimat sikit. Aku order menu Bombay set Combo A yang ada 2 ketul ayam, roti, wedges dan air mangga. Aku order ni pun sebab air mangga tu, malas nak order set lain yang air bikarbonat nak kena tukar-tukar pastu tambah-tambah duit plak. Koser, order yang ada air jus n mintak tak mau ais.

Aku pun duduk kat meja yang ada 4 kerusi. Baru nak gigit wedges, ada akak sorang ni nak tumpang duduk sama kat meja aku. Aku toleh kiri kanan, ehmm memang orang agak ramai, meja lain memang da penuh. So dengan ikhlas hati aku persilakan la akak tu join meja tu. Kak Liza namanya.

Akak tu pun peramah. Dok borak-borak pasal kerja, pasal hias-hias rumah..macam-macam la. Aku layankan je sambil meratah ayam. Kulit ayam aku kuis tolak ke tepi. Orang yang da biasa makan KFC sama-sama aku mesti da faham yang aku memang tak makan kulit ayam. Aku tak suka makan benda lembik-lembik gitu. Selalunya laki aku la dok perabihkan kulit ayam tu. Sebab tu kau tengok dia sekarang membesar bagaikan johan.

"Eh, tak makan kulit ayam tu?" Kak Liza tanya.

"Tak. Saya tak suka."

"Eh..bukan ke orang makan KFC sebab nak makan kulit ayam yang rangup tu? Kulit ayam tu la yang paling sedap, garing...rangup.."

"Saya makan KFC sebab saya lapar."

Dah sengkek sebenarnya sebab terboros belanja beli kasut kat AEON dan barang kat Lovely Lace. Ikut nafsu aku nak makan Kenny Rogers sebenarnya. Kuikuikuiii..

"Patut la awak ni kurus je..Kulit ayam pun awak tak makan. Jaga kesihatan betul." kata Kak Liza lagi.

"Saya memang health conscious tapi tak bermakna saya sihat sangat pun. Percaya tak kalau saya kata kolestrol saya tinggi even saya jaga makan?" Balas aku.

"Eh..awak yang jaga makan ni pun boleh kolestrol tinggi..biar betul. Akak yang makan sesedap rasa ni entah-entah pun tinggi kolestrol.  Akak tak pernah check. eiii..takut.." Kak Liza buat muka takut lalu meletakkan kulit ayam yang sedang diratahnya tadi ke tepi.

Selesai makan, aku kemas bahagian meja aku dan bangun sambil angkat tray.

"Eh, nak bawak ke mana tray tu?" Tanya Kak Liza.

"Tuu.." saya menunjuk ke arah tong berlabel WASTE dan TRAY.

"Nanti kan ada pekerja yang kutip tray tu."

"Takpe. Dah kenyang makan, exercise sket. Bawak tray pergi buang sisa makanan je pun."

Aku tuang sisa makanan dan letakkan tray di tempatnya sebelum kembali ke meja.

"Patut la kurus je..." Kak Liza mengulang kata-katanya tadi.

Aku senyum je. Dalam hati kata "Semua orang berimpian nak kurus, tapi nak bangun buang sampah pun malas. Nak minum air pun malas sebab malas kejap-kejap nak pergi toilet. Sedangkan tu semua salah satu bentuk exercise - berjalan."

Oleh kerana aku ada appointment dengan orang lain lepas tu so cepat-cepat aku minta diri. Masa nak keluar dari pintu, aku toleh ke arah Kak Liza, dia sedang mengangkat tray. Aku senyum. Berjaya jugak aku mentarbiahkan orang.

 sumber : google.com

 p/s : da lama tak tulis blog tetiba penulisan da jadi macam menulis cerpen plak. Huhu..eh..kepsi bukan good good sangat punye food. Sesekali boleh la nak layan..


Friday, November 14, 2014

Stop Blogging?



Ehm..asyik berfikir-fikir macam nak stop blogging. Kat opis busy dengan kerja. Kat rumah busy dengan anak-anak n kerja rumah yang macam tak pernah habis-habis. Bila masanya nak tulis blog. Nak blogwalking pun tak menyempat da sekarang.

Tapi sayang nak berhenti blogging. Aku suka menulis. Tak kisah la tulis tentang apa pun. Lagipun orang berlatarbelakang pendidik macam aku ni memang kena menulis. Tambah plak lagi aku da lama tak update apa pun tapi still tabung nuffnang aku bertambah. Huuu..tu yang syok tengok tu.

Cari mood dulu..kena susun balik time management.

Monday, October 20, 2014

Warm Up

Assalamualaikum dan haii..

Lama tak update blog kan sejak beranak pinak ni. Jadik seorang mak bukan kerja mudah. Jadik seorang mak kepada 2 orang anak lagilah bukan kerja mudah.

Tapi awesome!

Maka bersyukurlah..

Walaupun aku selalu jugak nak bertukar jadi simba the white lion bila si adik buat perangai atau si abam buat nakal. Hooohhh..masa ni la aku nak praktis sejauh mana aku boleh positif.

Ok..tak tau nak cerita apa lagi. Cukup la tu entri warm up lepas naik keja. Hoho..

Nah..belanja gambo sekeping..


Ok..sambung buat kerja..


Sunday, August 31, 2014

Saif Yang Dulu Bukanlah Saif Yang Sekarang

Assalamualaikum dan haii..

Kawan-kawan yang selalu jumpa Saif memang tau Saif ni jenis yang macam mana. Jenis behave..lemah lembut..manja..Manja sangat. Sampaikan aku pun risau gak camne la nanti bila da ada adik, camne dia nak bermanja2 macam selalu. Jenis tido awal, bangun awal. Pastu Saif mainan kegemaran dia main masak2. Memang jenis budak yang lembut la tapi bukan auuww tau..

Tapi...tu duluuuuuu....duluuuuu sebelum ada adik..

Sekarang?



Terlajak lasak!

Hari2 kitorang kat rumah ni terjerit pekik nak marahkan Saif. Mana taknya, semua benda nak dipanjatnya. Hari tu da jatuh sampai benjol n berbekas kesan tikar. Menangis sakit sampai tertido. Tuu..tingkap kaca tu plak sukahati dia nak bukak guna tangan je, silap haribulan boleh terbelah plak tangan.

Pastu perangai dia jadik kasar sangat. Kucing kat rumah ni, dia angkat main tarik je mana dia sempat capai. Kalau sempat capai telinga dulu, dia tarik la telinga kucing tu dari dapur ke ruang tamu. Kalau dapat ekor dulu, ekor la ditariknya keliling rumah. Kadang2 dia dukung kucing tapi tangannya main tarik je kulit kucing tu. Kucing tu da la kucing parsi, habis tercabut2 bulunya. Saif nak main dengan kucing tu tapi dia tak tau cara dia salah. Dia sepak kucing tu macam bola, imagine? Then duduk atas kucing sampai penyek, imagine? Angkat kucing tu then banting, imagine? Histeria mak aku tiap2 hari setiap kali nampak Saif dengan kucing.

Tu kucing. Mak aku sendiri pun jadi mangsa penderaan jugak, tiap2 malam kena gusyi/belasah. Tiap2 malam memang mak akan temankan kitorang tido. Saifnye plak segar bugar tak nak tido even da pukul 12 tengah malam. Dia dok melompat atas neneknya, dia ambik bantal golek pi hempuk neneknya sekuat hati. Even Saif ni budak kecik tapi tenaga dia kuat sangat tau. Ada sekali tu dia cuba pukul guna bantal, aku tahan pakai tangan, termelantun dia sampai tergolek jatuh katil. Maknanya tenaga dia memang kuat sampai diri sendiri boleh terpelanting. Bila tak bagi dia pukul, dia nak gigit plak. Pastu dia suka menjerit2 menbebel2 ntah apa2 sampai baby tak boleh tido, terkejut. Tiap2 malam tido pukul 1-2 pagi, tu pun lepas aku mengamuk cubit dia. Baru la dia tido sebab merajuk kena marah.

Pastu dia suka main tembak2 plak. Semua benda dia jadikan pistol peng!peng! Pembaris jadik pistol, lego jadik pistol, tikar evamatik pun boleh jadik pistol. Tak tau la dari mana dia belaja benda2 ganas, tembak2 gini. Aku rasa cerita paling ganas dia tengok pun cuma kartun Boboiboy. Aiihhh...

Bab makan..dulu senang je nak bagi dia makan. Dia duduk then makan. La ni punye la susah nak bagi makan. Berlari sana sini. Mananye aku nak kejar dengan tengah pantang ni. Dah tu sudahnya tak makan langsung la. Kalau dia lapar, dia mintak susu atau makan maruku. Haa..yg lagi buat aku geram..suruh makan nasi bukan main payah tapi yang dia suka makan apa tau? Tisu!! Pantang jumpa tisu cepat2 dia sumbat masuk dalam mulut. Satu keja plak aku nak korek mulut dia keluarkan tisu tu.

Selalunya nak bagi dia senyap supaya tak kacau kucing atau panjat sana sini, aku bagi dia main tab atau hp. Aku tak nak bagi dia main tab atau hp sebenarnya, takut dia addicted.  Tapi tu je cara untuk buat dia senyap. Aku tengah berpantang ni bukannya boleh nak jerit2 ke, nak berlari2 kejar dia ke..itupun biasanya aku bagi dia main tab sementara aku guna hp untuk online. Seb baik umah mak aku ni ada wifi. Biasanya aku bagi dia tengok kartun pocoyo atau boboiboy yang da siap2 download. Dia pun khayal la tengok, main2 sampai habis bateri tab tu. Dah habis bateri tab tu, tau apa dia buat? Dia terus rampas hp aku, tengok pocoyo kat hp aku plak. Tak ke geram dibuatnya. Kot ye pun nak, mintak la elok2. Puas aku ajar dia supaya cakap "Mama..nak.." Tapi dia macam biasa la tak nak ikut apa yang aku cakap. Dia lagi rela menangis kena cubit daripada cakap "Mama..nak.."

Aku kalau boleh tak nak la asyik marah dia tapi da tak tau nak buat apa. Aku cakap elok2 pun, dia buat dek je. Kalau papa dia ada, boleh jugak control dia. Ni aku dengan nak handle baby lagi. Mana la sempat nak kejar dia sana sini. Most of the time, aku just let it go lah. Sukahati ko lah nak buat apa. Tapi pastu neneknya plak yang histeria setiap hari dok jerit "Saif!! No! No! No!"

Hopefully da balik rumah sendiri nanti, dia berubah perangai semula la. Aku jadik hijau karang baru tauuuu..



Saturday, August 30, 2014

Beza Bersalinkan Anak Pertama Dan Kedua

Assalamualaikum dan haii..

Pengalaman melahirkan setiap anak memang berbeza-bezakan. Aku pun macam tu jugak. Anak pertama masih takde pengalaman lagi so everything macam menakutkan bagi aku. Nasib baik masa bersalinkan Saif dulu, nurse tak bagi pakai cermin mata, takut patah katanya. So bila tak pakai cermin mata, rasa macam eh ye ye oo je apa yang aku buat ni..apa doktor tengah buat pun tak nampak. Anak da keluar letak atas perut pun tak nampak.  Macam ntah ape2.

Bersalinkan Safir pulak, aku pakai cermin mata sepanjang masa so aku rasa proses bersalin tu lebih real. Aku nampak apa doktor buat, aku nampak baby segedebuk atas perut. Feel tu pun rasa lebih kuat.

Bersalinkan Saif, aku serba serbi tak tau..tak ready. So bila buat VE, sakit. Bila contraction datang, sesak nafas tercungap2 sampai kena ambik oksigen. Bila sakit mencucuk2, tak tau nak buat apa..harapkan nurse pandai2 diorang urutkan belakang aku. Nak mintak ubat tahan sakit pun time tu tak tau ubat jenis apa yang ada so nak mintak pun tak tau.

Bersalinkan Safir, da ada pengalaman maka fizikal dan mental lebih bersedia. Wat VE, tak sakit pun. Even doktor masukkan speculum pun aku boleh tahan. Apa yang aku boleh simpulkan, segalanya bergantung pada macam mana kita control pernafasan. Time VE kena control nafas. Time sakit contraction datang pun kena control pernafasan. Kali ni da terer sikit boleh buat teknik bernafas tarik nafas dalam2..tahannnnn..hembussss..memang agak membantu walaupun sakit tak berkurang pun. Tapi sekurang2nya ia membantu aku jadik tenang. Sampaikan negro sebelah aku cakap dengan kawan dia "the lady beside..she's so quiet and calm. I dont know how she control her pain." Bangga sekejap. Negro tu..midwife buat VE pun dia da menjerit2 sekuatnya. Time tu still dlm wad. Aku ni cam bersalin kat luar negara plak. Sebelah katil aku negro, katil hujung plak arab yg beranak twin tu.

Pastu dalam labor room kali ni aku sorang2. Da sorang2 tu pandai2 la kan nak tahan sakit camne pun. Oleh sebab aku da boleh control pernafasan,  so aku pun dapat berzikir lebih tenang. Kalau time Saif dulu, satu hapah zikir pun tak kuar, mulut meracau yang ntah apa2. Tenang2 pun, bila sakit sangat, sebelah tangan pegang besi katil, sebelah lagi urut pinggang sambil terkepit2 takut terberanak sebab doktor tak sampai lagi. Feel nak beranak tu pun lebih real. Dan kali ni da pandai sikit, da kaji siap2 pro n cons segala ubat tahan sakit yang ada so membantu la aku untuk tak sakit. Bagi aku penting woo tak rasa sakit ni sebab kalau sakit sangat boleh jadi trauma plak tak nak beranak lagi. Ni sebab tak sakit, nak beranak 10 lagi pun ok je cuma aku je malas nak mengandung.. bahahahh.. ni terpulang pendapat masing2 okehh sebab lain orang lain tahap sakit masing2. Ada orang sakit biasa2, ada orang sakit gila2. Ikut bahagian rezeki masing2.

Dah bersalin, Alhamdulillah Safir pun takde masalah pape so boleh checkout awal petang hari yang sama. Time Saif dulu dekat seminggu berkampung kat hospital sampai masuk angin badan aku dibuatnya.

Pastu berpantang kali ni rasa lebih cergas.  Tak tau la sebab time anak kedua memang semua orang rasa cmtu. Tapi serius la tak rasa letih pun. Even sakit pun takde la sakit sangat. Aku boleh turun naik katil sendiri berbanding dulu kena berpapah2 sebab sakit sangat. Kali ni luka bersalin tu pun sekejap je da elok, rasanya tak sampai seminggu da tak rasa sakit ape da cuma still kena jaga jahitan tu la. Jahitan pun kali ni sebab sikit je so tak sampai 2 minggu pun da elok.

Cuma..cuma..untuk Safir, kali ni aku rasa susu tak semeriah dulu. Kalau dulu, kejap2 kena pam sebab sentiasa bengkak je. Maybe jugak sebab Saif dulu tak kuat sangat menyusu kot. Safir ni kuat menyusu sampaikan aku tak sempat langsung nak pam. Satu hapah stok pun tak buat lagi sebab memang Safir dok mengempeng je 24 jam. Tidonya pun kejap2 je, pening kepala aku.

Anak ketiga nanti ntah camne plak ek. Eh?




Tuesday, August 26, 2014

Kos Bersalin di Az-zahra

Assalamualaikum dan hai..

Sekarang pukul 6.50 pagi. Sementara mata segar bugar dan kedua-dua anakanda masih lena di alam mimpi, meh mama update blog lagi eh.

Dulu..sebaik saja bersalinkan Saif, aku memang berazam nak bersalin anak kedua kat hospital private plak. Eceh..time sakit konon tobat tak nak beranak lagi..bila anak da keluar, ble plak terus plan nak beranakkan anak kedua kat mana. Ngehehe..Actually aku takde masalah pun sepanjang proses bersalinkan Saif kat Hospital Segamat dulu. Everything good, layanan doktor dan nurse semuanya ok. Just aku nak rasa pengalaman lain plak kalau bersalin kat private.

Apa yang boleh aku rasakan, pengalaman bersalin kat goverment dengan private memang berbeza. Kat Az-zahra, segalanya aku puas hati sangat dari mula2 checkup, admit, proses bersalin, lepas bersalin semuanya aku thumbs up! Dari mula2 admit aku disorong dengan wheelchair, sampaikan time aku nak balik tu, diorang sorong wheelchair aku sampai ke kereta! Siap bukakan pintu kereta lagi! Terharu mak! Fefeeling ke langit sekejap. Mesti korang nak kata, "Eleh..hospital bayar memanglah semuanya best!" Haaa...memang itu pun pointnya kan. Zaman sekarang ni, ko nak benda best memang la kena kuar duit lebih kan. Ngehehe..

Ok, berbalik pada kos, kat Az-zahra ni, aku ambik pakej jimat je, bilik 4 katil. Aku tak kisah sangat pun bab sharing bilik tu sebab bukan nak dok berkampung lama2 kat situ kan. Tapi bila admit aku dapat bilik 3 katil. Bilik 4 katil penuh kot. N nasib baik la bersalin kali ni takde masalah pape so boleh balik awal. Aku bersalin pagi, petang aku da boleh keluar. Pakej 4 bilik ni aku lupa da apa nama dia, kos starting RM1400++ lebih kurang. Lupa plak, brochure pun da hilang. Tapi untuk keseluruhan kos aku bersalin kat sini adalah RM2700. Tolak deposit RM300, so bayar baki lagi RM2400 la.

Apokobonda yang buat kos tu jadik up? Haa..sebabnya aku admit waktu pagi2 buta pukul 3 pagi, so nak panggil doktor datang kena la bayar extra, kira diorang punya OT la. Doktor yang sambut baby (Dr.Fazlina) dan doktor bius yang cucukkan epidural tu. Pastu aku kena induce, da tambah kos. Aku minta ubat tahan sakit yang cucuk kat punggung tu, tambah kos lagi. Aku minta epidural, lagi la tambah kos. Pastu ada la kos2 lain aku tak ingat yang kecik2, tu yang jadik bertambah-tambah.

Tapi tak kisah sangat pun sebab semua kos ni ble claim balik kat company papa Saif. Muahahaha..

Kalau boleh, anak ketiga pun nak bersalin kat sini jugak. Eh?

P/s: entri ini sekadar untuk perkongsian info sahaja. Takde niat nak riak bersalin kat private ke apa ke. Sharing is caring kan.



Sunday, August 24, 2014

Kronologi Kelahiran Muhammad Safir Nuruddin Part 2

Assalamualaikum dan haii..

Sambung citer hari tu.. #Part 1. Suspen tak..suspen tak..hahaha..

Pukul 5 lebih, aku tak tahan sakit sangat da. Aku panggil nurse lagi. Kali ni aku mintak epidural! Wahahaha..ubat keramat! Walaupun aku memang da plan nak epidural tapi aku cuba tahankan jugak la sakit tu selagi boleh tahan sampai tahap tak boleh tahan baru la aku mintak. Ko tau la kembar darah da memang sakit, induce pun sakit..so aku punye sakit ni da jadik double triple sakit rasanya. Orang pun kata sakit bersalin induce memang berbeza dengan sakit bersalin biasa. Aku da cuba tahankan tapi tak boleh tahan gak nak buat camno kan.  Tapi sebelum tu mesti la aku da google dulu pro n cons nye baru la berani decide nak ambik.

So sebelum diberi epidural, midwife wat VE lagi, kali ni da 6cm. Tak sampai sejam pun da 6cm. Midwife terus siap2kan labour room. Pukul 6 gitu, aku da masuk labour room. Dalam labour room pun sempat lagi aku dok sms papa Saif dok update da berapa cm. Aku da tak sabar nak epidural ni, sakit sangat oii..aku tanya la "Bila ble dapat epidural ni?" Midwife jawab "tunggu doktor datang, dia da on the way." Dalam hati aku kata "WHATT?? On the way?? Bukan ke doktor sepatutnya sentiasa ada kat hospital??" Seriously time tu memang aku menggelupur sorang2 dlm labour room tanpa ditemani sesiapa. Papa Saif dok tunggu kat luar dengan Saif berdua je. Takkan la nak bawak Saif sekali masuk labour room kot. Kebetulan labour room depan pun ada pompuan arab nak bersalin. Nurse n midwife dok sibuk handle pompuan arab tu la. Tanjat aku tetiba dengar pompuan arab tu menjerit2, meraung2. Xtau la apa yg dijeritkannya tu dalam bahasa arab tu.

Aku sakit jugak tapi dok control2 lagi. Zikir Lailahaillaanta subhanakainni kuntuminazzalimin memang tak putus2 la. Tapi rasa cam kelakor gak bila datang sakit contraction jadik berlagu2 zikir aku. Lailahaillaantaaaaaa subhaaaaaanakainniiiiii kuntuminazzaliminnnnnnnnn (sambil tangan urut belakang sendiri, da takde sape nak tolong urutkan kan..kaki kejang2 da macam kena sawan)

Lebih kurang dekat kol 7 gitu baru la doktor bius sampai. Terus diorang get ready nak cucuk epidural.  Actually time tu da 8cm, biasanya 8cm diorg da xcucuk sebab takut ubat tak sempat jalan. Tapi aku kata nak jugak. Menggigil2 aku time nak cucuk tu. Bukan menggigil sakit ke takut ke sebab nak cucuk tapi menggigil tahan sakit contraction sambil cuba bongkokkan diri peluk bantal sebab doktor nak cucuk kat belakang. Orang kata cucuk epidural tu sakit tapi ntah aku tak rasa apa pun time cucuk tu selain daripada contraction yang dasyat.

Aku tanya doktor tu berapa lama ubat nak berkesan. Doktor kata ubat ambik masa 10 minit. Oh my..10 minit tu aku rasa lama sangat sebab aku takut ubat tak sempat jalan n aku da terberanak. Masa aku dok layan sakit tu, tetiba midwife datang bawak masuk baby tumpang baby cot kat labour room aku. Rupanya pompuan arab tadi tu bersalin baby twin so salah sorang baby tu tumpang la tabung baby kat labour room aku. Time tu tetiba cam rasa hilang sakit jap tengok baby tu. Huhu..

Tak lama pastu Dr Fazlina masuk. Baby twin arab tadi tu dia la yang sambut. Lepas sambut baby twin tu dia berkejar ke labour room aku plak. Time ni aku cam cuak eh epidural tadi da jalan ke tak eh. Aku rasa kaki aku kebas tapi sakit contraction tu still ada lagi tapi tak sekuat sebelum ni. Doc duduk depan aku je, wat VE then terus je suruh aku teran. Aku macam eh? Da boleh teran da ke tapi macam takde rasa nak teran je. Time ni aku tau la yg epidural tu da jalan. Seb baik sempat jalan oii. So aku pun teran based on arahan midwife kat tepi. Susah gak nak teran kalau takde rasa nak teran. Aku rasa macam tengah berlakon babak beranak plak sebab takde rasa nak meneran tu. Bagus sangat midwife n doktor tu bagi instruction bila masa nak tarik nafas, bila masa nak teran.

Dalam pada sibuk dok teran tu, aku dengar doktor sebut "Allahuakbar.." Aku agak mesti baby da keluar ni. Dan ye, segedebuk baby diletakkan atas perut aku. Wooo..aku rasa amazing sungguh. Rasa macam real sangat bersalin kali ni sebab kali ni aku pakai cermin mata so everything aku boleh nampak dan betul2 real. Aku nampak baby bersih je macam da siap2 mandi.hehe..atas perut aku tu jugak la midwife dok sedut lendir2 baby sampai la baby uwekk uwekk melalak. Alhamdulillah..lahir seorang lagi zuriat.

Rasa macam sekejap je proses meneran kali ni. Kalau tak silap doktor masuk pukul 7.20, pukul 7.30 pagi baby da keluar. Alhamdulillah sekejap je. So lepas tu macam biasa la doktor keluarkan uri then jahit. Doktor ada gunting sket kat parut lama dulu then jahit pun sikit je. Oleh kerana kesan epidural tu masih ada, so rileks je aku kena jahit, tak sakit langsung. Bahaha..Sempat la borak2 pasal persiapan nak balik raya. Actually hari tu sepatutnya doktor cuti tapi sebab waktu aku nak bersalin tu belum pukul 8 pagi so dia kena datang jugak la. Fuuhh..seb baik sempat gak Dr Fazlina ni sampai n sambut baby aku. Doktor ni memang baik sangat, very recommended.

Oh ye, nurse bawak baby keluar untuk papa Saif azankan. Oleh sebab takde orang untuk jaga Saif, so nurse dukung baby, papa Saif dukung Saif then azankan baby. Nak buat camne, ni la pengorbanan yang kitorang terpaksa hadapi bila bersalin tetiba time da nak raya, family semua tiada di sisi. Sobss..

Tapi tak lama pastu mak mentua dengan adik ipar aku sampai dari Tampin. Aku still kat labour room, tunggu nak dipindahkan ke wad. Mak mentua aku masuk dalam borak2 ngan aku. Oh ye sempat jugak aku call mak aku. Time call tu, mak aku macam rileks je. Rupa2nya dia tak baca sms yang aku bagi pukul 4 pagi tu. Bila aku bagitau da bersalin, tanjat dia terus gelabah. Haha..

So tu la dia kronologi kelahiran anak kedua kami Muhammad Safir Nuruddin. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Dan petang tu jugak kitorang da boleh check out. Petang tu jugak terus balik Johor dan bermulalah episod berpantang yang mencabar.



Friday, August 22, 2014

Kronologi Kelahiran Muhammad Safir Nuruddin

Assalamualaikum dan haii..

Selamat hari raya semua! Dah raya keberapa puluh baru nak wish.da nk abes raya da pun! ngehehe..apakan daya dah jadik mak beranak dua ni, nak online update status pun tak menyempat. Ok, actually saje je aku nk update citer bersalin kali kedua ni lambat sket. Ye la, korang semua kan tengah mood beraya sakan.ngehehe..

So putera kedua aku ni namanya Muhammad Safir Nuruddin. Alhamdulillah proses nak melahirkannya tu jauh lebih senang dan pantas even sakitnya tetap nauzubillah.

25 Julai 2014. Pukul 9.00 malam. Aku dok siap2 packing baju masuk bag untuk balik Tampin. Plannye esok pagi lepas Subuh nak terus gerak balik Tampin. Balik rayo! Siap pack, beg semua siap2 masuk dalam kereta so esok pagi takde la nak kelam kabut sumbat barang kononnye. Gigih aku ngemas dengan perut boyot.

26 Julai 2014. Pukul 12.00 tengah malam. Aku tak mengantuk. Leka layan fb. Papa Saif suruh tido. Aku pun masuk bilik tapi tak tido pun. Sambung online lagi. Dalam kol 1.00 pagi, sakit contraction datang. Aku rekod waktu contraction tu guna contraction counter yg da install siap2. Tengok timing contraction selang 10 minit gitu. Eh, nak bersalin ke eh? Actually aku da rasa cam instinct da dekat nak bersalin sebab petang tu time mandi ada kuar lendir2 putih yang banyak. Contraction kali ni rasa lagi kuat tapi aku still tahankan lagi sebab nak tunggu tanda lain samada air ketuban atau darah yg kuar. Aku dok harap2 kali ni biar la air ketuban pecah dulu. Da merasa bersalinkan Saif dulu kembar darah, sakitnya Tuhan je yang tau.

Pukul 2 lebih time aku dok berkerut menahan sakit  contraction tetiba blupp! Aku rasa ada something kuar. Dalam hati aku kata 'alaaa..mesti kuar darah ni.' Aku pi toilet n betul. Selambak darah kuar. Kembar darah lagi! Terus aku kejut papa Saif "abang, jom pi hospital. Da kuar darah la."

Sempat la aku mandi dulu then siap2. Seb baik beg semua memang da sumbat dalam kereta. Then papa Saif dukung Saif pi ke kereta. Aku tunggu depan kaki lima tempat parking tunggu papa Saif ambik. Sambil tunggu, aku xhenti lagi record contraction. Makin sakit ooiii.. on the way tu papa Saif sempat pesan "kalau diorang suruh warded, ayg warded je k."

Lebih kurang pukul 3 pagi da sampai kat hospital Az zahra. Papa Saif drop aku depan hospital sementara dia nak pi parking kereta. Dalam pada sakit tu aku dok gagahkan cuba berjalan gak. Dah sorang2 namanya kan pandai2 ko la gagahkan diri. Seb baik ada pakcik atendan yg baik hati ambikkan wheelchair n tolak aku naik ke tingkat 2.

Then ada sorang nurse terus sambut aku n minta masuk ke bilik prosedur. Cam biasa la mesti la nak wat VE. Sebelum tu pasang ctg dulu. Kali ni aku da pandai sket la nak baca ctg cmne. Time tak sakit, bacaan ctg tu rendah je setakat 8%, 10%. Tapi bila contraction datang, mencanak nombor tu naik sampai 100%!! Memang patut pun sakit cam nak mati oii!

Then midwife masuk wat VE. Bila check katanya 2cm. Dia tanya nak warded ke tak. Kalau nak warded, diorang akan induce sebab kalau nak tunggu takut lambat. Oleh kerana papa Saif pesan supaya warded so aku setuju je la walaupun kena induce. Ko tengok, hari tu kemain aku ngelak taknak induce, sudahnya kena induce jugak.

Aku terus pergi ke wad. Wad tu dekat je, 5,6 tapak je dari bilik prosedur tadi. Aku jumpa papa Saif, bagitau untuk ambik beg aku semua. Papa Saif pun bagitau dia nak balik rumah dulu sebab Saif da kencing tembus seluar sampaikan baju papa Saif pun terkena basah sekali. Katanya lepas Subuh dia datang balik. Aku pun tak kisah la sebab kesian jugak takde sape untuk handle Saif. Aku kesiankan kat Saif je. So diorang pun balik. Tinggal aku sorang2 kat wad. Aku ambik pakej yang 4 katil tu tapi wad yang aku duduk ni 3 katil. Aku tak kisah pun bab sharing wad ni sebab bukannya nak dok lama kan.

Pukuk 3.50 pagi, midwife masukkan ubat induce. Aku tak boleh bangun selama sejam, so baring je la layan sakit yang makin sakit. Midwife tu sempat kata "Induce ni ambik masa 6-8 jam. Nanti pukul 9.50 pagi saya check bukaan lagi ye."

Da sorang2 kat wad tu, aku sempat la update bagitau da admitted kat group gojes. Hahaha..sempat lagi tu. Aku pun ada sms mak kat Johor tapi mak tak reply pun, biasa la waktu orang tengah khusyuk tido mana la perasan bunyi sms. Then nak kurangkan sakit, aku baca surah Maryam. Pada masa sama aku tak putus record waktu contraction. Tiap kali sakit, aku stop baca surah Maryam, record contraction then sambung baca balik. Waktu ni contraction da selang 5 minit n sakit tu dalam 2 minit. Maknanya aku ada masa free 3 minit je yang tak berapa nak sakit.

Pukul 4.40 pagi aku da sakit sangat rasa cam nam terberak terkencing semua ada. Patutnya 4.50 pagi aku baru ble bangun tapi sebab da tak tahan sangat, aku bangun jugak pi toilet. Tapi da pi toilet pun, sakit tak hilang2. Tak boleh jadik ni, aku panggil nurse. Mintak ubat tahan sakit. Nurse panggil midwife wat VE dulu, check2 da 4 cm. Midwife tu pun tanjat "eh, cepatnya da 4cm." Then dia bagi ubat tahan sakit yang cucuk kat punggung tu. Actually ubat ni untuk bagi mengantuk tapi sebab sakit sangat, aku xble nak layan da ngantuk tu. Layan sakit tu lagi kuat.

Panjang sangat je cerita ni..sambung lagi nanti eh..daaa..


Saturday, July 26, 2014

Selamat Sudah

Assalamualaikum dan haii..


Alhamdulillah selamat melahirkan putera kedua kami pada  pukul 7.30 pagi 26 Julai 2014 di Hospital Azzahra Bangi.

Thursday, July 24, 2014

Tentang Raya

Assalamualaikum dan haii..

Rasa macam sekejap je masa berlalu kan. Tup..tup..lagi 3 hari je dah nak raya. Syukur setakat ni belum bersalin lagi makanya boleh la bertahan nak puasa penuh.

Walaupun fefeeling nak raya tu agak kureng bagi aku (sebab asyik dok risau bila la nak baby nak keluar ni), tapi bab persiapan rasanya semua da setel. Baju raya Saif lama da aku setelkan sebelum puasa lagi. Baju raya laki aku je yg takde sebab dia memang tak suka pakai baju raya. Lantakkan..aku pun confirm la xde baju raya. Maybe akan pakai je nursing dress yang aku beli 2 tahun lepas je. Jadik la tu. Tema-tema memamg takde la ye.

Bab kuih raya..pun setel. Actually xde la kuih sangat pun, banyak kerepek mepek je. Aku da beli kerepek, tup tup papa Saif pun beli kerepek jugak berkodi-kodi. Takpe, beli banyak2 pastu nanti bagi je la kat mak sana sikit, mak sini sikit. Tahun ni satu2nya kuih yang aku buat hanyalah popia nestum. Tu pun da 2nd round aku buat pun macam da tinggal serdak je sebab hari2 aku dok lantak lepas buka puasa. Hari tu mak aku datang, bawakkan kuih tart nenas ngan semperit susu. Perghh..kuih yang mak buat jugak yang paling best. Kot la tak bersalin lagi raya nnt, ble la hadap kuih raya banyak2 lagi.hehe..

Bab duit raya n sampul, papa Saif da setelkan. Duit da tukar, sampul dapat free je banyak bank yang bagi sampul kat company papa Saif so hangkut je la. Tak payah susah2 beli sampul duit raya.

Bab packing baju nak balik kampung raya, aku da setelkan kelmarin. Tu pun sebab aku da rasa cam nak terberanak masa tu dengan sakit perut sebab contraction (every 2 minutes!) so cepat2 aku pack semua baju dalam bag. Tapi lepas siap pack baju, contraction tu makin hilang plak. So bag yang sama akan aku hangkut balik raya dan bag yang sama juga akan aku hangkut in case terbersalin awal terus bawak balik untuk berpantang kat umah mak aku. Oh ye, raya kali ni balik umah MIL aku la jawabnye kat Tampin kalau aku tak bersalin lagi. Kot da bersalin awal zupppp kita balik Lenga lah..hehe..

Bab kereta, awal2 da hantar servis da. Servis kereta tu penting ye sebelum memulakan perjalanan jauh (even xdela jauh sgt pun). Tak nak la ada kereta yang tersadai kat highway, dah la confirm jem nak balik raya ni.

Ehmm..apa lagi yang tak setel? Rumah? Rumah xde ape nak disetelkan. Lagi aku pack semua barang masuk kotak ada la. InsyaAllah kalau takde aral, lepas abes berpantang nanti, kitorang akan pindah rumah sewa baru. Aku da tak tahan dok umah ni lagi lama2! Huhuuhu..

Papa Saif plan nak balik Tampin hari Sabtu pagi lepas Subuh kononnya nak elak jem la. Hopefully tak jem. Agak2 jem tak? Aku risaunya kalau sangkut kat jem, time tu plak aku sakit nak terberanak buat naya je. Bukannya ble sukahati nak u-turn mana2 kat highway tu. Balik raya ni pun tak lama, raya kedua hari Selasa tu balik semula da. Papa Saif tak ambik cuti sebab nak spare utk waktu aku bersalin nanti. Ikutkan aku raya pertama Isnin tu aku nak balik da. Bukannya apa, at least bila da balik umah sendiri, anytime aku da ble ready nak bersalin. Ni selagi dok kat kampung beraya, selagi tu la hati aku tak tenteram. Takut tak sempat nak balik bersalin. Abes burn deposit aku karang. Tapi yg utamanya sebab aku nak sangat bersalin kat hospital private kali ni.

So tu je la serba sikit persiapan raya aku untuk kali ni. Korang punye persiapan raya mesti havoc kan? Hii..



Tuesday, July 22, 2014

Tak Jadi Induce

Assalamualaikum dan haii..

Hari tu kan aku da citer pasal keputusan aku nak induce lebih awal dari EDD disebabkan faktor2 yang aku da nyatakan. Tapi hati serius tak tenang beb.

Asalnya aku cuba sedapkan hati, beranak mana yang tak sakit kan. In case induce failed pun then end up with czer pun da ketentuan Allah. Tapi tu sekadar kata2 penyedap hati je sedangkan hakikat sebenar serius aku takut.

Makin dekat dengan hari checkup, aku makin berdebor. Aku memang da makin kerap alami contraction even sekadar Braxton Hicks. Aku tanya kawan2 aku, ada yang bertuah tak rasa sakit pape, pi checkup tau2 je da bukak 5, 6 cm. Aku pun harap2 dengan contraction yang aku da rasa sekarang, maybe da ada jalan 3, 4 cm ke. Hari tu pun doktor kata maybe da ada jalan sbb anak kedua n aku da selalu alami contraction.

Hari2 aku dok belek buku merah aku, dok kaji EDD based on scan dengan EDD based on LMP. Memang ada beza seminggu lewat EDD scan. Then aku belek2 buku merah time Saif dulu, dok banding EDD Saif plak. Time Saif pun ada beza beberapa hari lewat EDD scan banding ngan EDD LMP. Instinct aku rasa macam baby ni pun tak akan kuar awal jugak sama macam Saif. Bila aku tanya papa Saif, dia pun rasa aku mcm takkan beranak awal. Eleh..dia tu nak balik raya Tampin mesti la semangat tak nak aku beranak awal dulu.ngehehe..

Aku cakap ngan papa Saif "Kita pi checkup Selasa ni, kita tengok dulu in case da ada jalan even sikit pun, proceed induce. Kalau takde jalan, cancel induce, kita raya dulu. Hopefully tak terberanak tengah jalan.huuu.."

So checkup hari ni kat Azzahra, doktor tu ingat lagi muka aku yang dia suggest untuk induce. Dia tanya "Macam mana, da buat keputusan ke nak induce ke tak?" Aku jawab "Ehm..ntah la ek doktor." Doktor tu senyum je. "Takpe, kita scan dulu. Nanti kita buat VE."

Ok, hasil scan macam biasala ok. Kepala baby memang da kat bawah je (cephalic). Then buat VE. Eh, beza tau kalau kita da ready utk buat VE dengan tak ready. Kali ni bila aku ready, tak sakit pun buat VE tu. Huhu..ke sebab doktor tu yang memang terer buat VE tanpa rasa sakit. Oh ye..sekadar info, tak batal tau pose bila buat VE ni sbb atas faktor perubatan.

Hasil VE, jalan takde lagi! Nak kata 1cm pun payah sebab satu jari dia pun tak lepas. Hooo..lega aku. Terus aku kata "Takde jalan lagi, tak jadik induce la."

Doktor senyum je. "Lambat lagi rasanya ni. Maybe dia nak ikut macam yang sebelum ni, keluar lambat."

So, dengan hasil checkup hari ni, muktamadnya aku tak jadik la nak beranak awal. Hoho..mak aku da siap2 datang dari kampung semalam in case aku jadik beranak hari ni tapi cancel sudahnya. Mak aku datang siap bawak lauk pauk raya ketupat, rendang,  sambal kacang etc konon takut aku terliur kalau terberanak awal. Hahaha..so la ni aku just doa la mintak2 baby kuat bertahan untuk keluar lepas raya.  Time tu ok la da ble adjust sape yg nak jaga Saif nnt time aku berjuang kat hospital.

Dan dapatla aku pose penuh tahun ni. Doakan mudah-mudahan...



Friday, July 18, 2014

Tudung Raya Happylifeshoppe

Assalamualaikum dan haii..

Walaupun memang da pasti, tahun ni aku memang tak beraya tapi semangat nak shopping raya tu tetap ada. Baju aku takde beli pun tapi tudung wajib beli. Aku suka sangat beli tudung tak kisahla jenis bawal ke, shawl ke, tudung sarung segera ke..aku suka pelbagai supaya boleh disesuaikan ikut situasi. Situasi tu lebih kurang camni la, time aku ada banyak masa ble la lilit2 shawl. Tapi kot time nak cepat, tudung sarung segera lebih memudahkan.

So antara online shop yang aku suka untuk beli tudung adalah kat Happylifeshoppe. Semalam (Khamis) aku tengok kat FB, ada tudung baru. Lacey Adeena nama dia. Cantik hoii ada lace-lace. Aku suka benda alah ada lace-lace ni bak kata Che Ta, lace is sexy. Ngehehe..

Ni la tudung Lacey Adeena tuuuu..aku tengok yang model ni pakai la terus jatuh hati n terus terklik beli. Eh? Aku beli sebijik yang color ni la. Tudung ni jenis soft awning. Aku memang prefer soft awning sebab senang nak basuh tak perlu risau awning patah.
Sumber gambar : FB Happylifeshoppe

Servis dia pun sangat bagus. Aku order hari Khamis pagi(semalam), tengahari ni (Jumaat), abang PosLaju da ketuk pintu hantar parcel. Wahhhh..teruja mak!

Belum bukak plastik lagi da teruja dengan cantiknya tudung ni..

Dapat free sampul angpow raya plak tu!Suka!Suka!Suka!

Lace tudung ni memang cantik sangat weii..memang nampak sangat berkualiti setanding harganya. Tudung ni size M, memang labuh da tutup dada macam model tu pakai. Size L pun ada gak kalau yang nak extra labuh.

Gambar aku pakai? Tadak..hahaha..sebab mak yong malu nak pamer muka kembang berminyak tengahari panas buta ni. Takpe, tengok gambo model tu pakai je pun memang tau da memang cantik. Raya nanti kot aku pakai, aku share haa.. Tapi apa yang pasti memang puas hati dengan produk n servis daripada Happylifeshoppe. So korang kalau nak beli gak or nak cuci2 mata je ke boleh la pi FB dia :

atau website dia :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...