Wednesday, January 29, 2014

Kesian Kat Anak

Assalamualaikum dan haii..

Hari ni ada masa melangok sikit meh update blog yang makin bersawang ni.

Alhamdulillah..Saif dapat sesuaikan diri kat taska baru ni agak cepat. Mungkin da biasa kena tinggal. Aku da lama tak buat bento untuk Saif, mood ke laut sejak ada orang baru menetap dalam perut. Tapi tiap-tiap hari aku tak miss la bekalkan kudapan untuk Saif cam KokoKrunch atau kismis. Kudapan ni penting sebagai rasuah supaya dia tak nangis. Pagi-pagi bila sampai tu aku akan terus dudukkan dia depan TV, kalau teacher tak bukak lagi video, aku pandai-pandai selongkar cd pasang video..hahaha..pastu bukak bekal kudapan dia. Saif akan senyap tengok tv sambil mengunyah kudapan. Senang aku nak chow senyap-senyap. Ngehhehe...

Ni aku nak share sket la ragam mak bapak yang hantar anak kat taska ni. Kot ada yang baca dan terasa..bagus la moga jadik pedoman.

Pagi tadi..macam biasa la aku akan terhegeh-hegeh pimpin Saif naik tangga ke bilik taska dia tu. Then ada sorang budak ni baya Saif la lebih kurang naik tangga jugak. Bila budak tu sampai kat anak tangga yang sama ngan Saif, dia berhenti tengok mak dia kat belakang. Datang mak dia..tau apa mak dia buat? Mak dia pi tonyoh kepala budak tu dan kata "Cepatlah naik! Paham bahasa ke tak!"

Aku kat sebelah tu tergamam tengok mak budak tu boleh buat macam tu kat anak dia. Budak tu kecik lagi kot baya Saif gitu memang la tak reti bahasa tapi maknya yang da besar panjang paham bahasa tu tak reti beradab ke macam orang yang reti bahasa. Budak kecik biasa la memang suka dok berhenti menyinggah sana sini. Tapi tak perlu la nak kasar sampai ditonyoh plak kepala budak tu.

Tu kejadian pagi tadi. Tapi kejadian paling biasa yang selalu aku tengok adalah waktu balik ambik anak kat taska tu. Setiap kali aku ambik Saif, memang aku selamba terjah masuk dalam bilik tu dan akan depang tangan sambil panggil "Saiffff..." then Saif akan berlari sambil jerit "Mamaaaa..." then terus peluk aku. Sungguh drama. Aku pun kiss kiss dia sket.

Pastu ada sorang budak pompuan ni mesti akan datang n join peluk kiss aku sama. Aku pun peluk je la n kiss balik. Budak ni cam kesian sket la sebab badan n muka dia merah-merah berkudis kesan gatal-gatal. Maybe ekzema.

Tak lama pastu mak budak pompuan tu datang. Dari luar pintu dia da panggil.."Liana..cepat! Jom balik!" Terkedek-kedek budak tu datang kat mak dia, mak dia terus suruh dia angkat beg sendiri. Budak tu pun sangkut beg sendiri n terkedek-kedek turun tangga sendiri. Maknye da menonong laju jalan turun ke bawah.

Hampir setiap petang aku tengok situasi ni. Aku sedih..touching la plak. Ye la, lebih kurang 8 jam kita tinggalkan anak kita kat tempat yang asing, bila tiba waktu balik dilayan macam tu pulak. Mesti anak kita mengharapkan kita rasa rindu kat dia sebagaimana dia rindu kat kita.

Tak tau la apa pemikiran mak budak-budak tu masa tu. Mungkin diorang rasa anak diorang da cukup besar, da boleh berdikari..semuanya boleh buat sendiri. Tak salah pun nak ajar anak berdikari tapi aku harap pendekatan tu biar la mesra alam sket, jangan la kasar-kasar, biar la dengan pemantauan. Even Saif ni pun sebenarnya terlebih berdikari semua nak buat sendiri tapi tak semudah tu aku biar je. Ko bayang kalau aku tak pegang tangan dia, dia nak turun tangga da macam nak terjun tiruk gayanye. Bayangkan la kalau aku ni jenis main biar je, confirm da tergolek Saif tu sampai ke bawah.

Ada satu hari tu plak, masa aku dalam lif nak balik umah, ada satu couple suami isteri ni masuk lif gak la. Pastu si isteri tanya kat laki dia "Eh, tak tekan tingkat 3 ke? Nak ambik anak?"

Laki dia jawab "Biarlah budak2 tu dulu. Pukul 7 nanti kita ambik la balik. Ni ada masa kita balik rumah dulu rehat-rehat. Nanti bayar je la OT lebih."

Tak tau la apasal aku ni sikit-sikit nak touching tapi aku da terbayang-bayang wajah kerinduan anak-anak diorang yang tengah menunggu sambil pegang pintu grill rumah pengasuh. Mungkin anak-anak diorang mengharapkan mak bapak diorang ambik diorang secepat mungkin-diorang rindu-tapi mak paknye rilex je balik rumah rehat-rehat dulu, nnt bayar OT je kat pengasuh. Tak kesian ke kat anak tertunggu-tunggu. Apa salah ambik je la anak tu, pastu balik rumah rehat je la. Aku ni pun penat jugak, balik rumah terus terbongkang. Saif nak buat apa pun buat la, nak tunggang terbalikkan rumah pun tak kisah la..yang penting dia da ada depan mata aku.

Kes lain - Ada la sorang ahkak ni nak melancong pi oversea uolsss..tapi anak tak nak bawak dengan alasan anak dia akan MENGGANGGU nak berjalan sana sini. Padahal anak dia da besar umur 3 ngan 4 tahun gitu. Umur gitu memang best la dibawak berjalan, budak2 pun nak tengok dunia luar tapi kesian maknya anggap anak sebagai PENGGANGGU. Seminggu mak paknya pi jalan-jalan oversea, seminggu la si anak-anak dok menumpang kasih kat rumah pengasuh. Lepas seminggu, maknya datang nak ambik balik, anak dia tak nak balik. Merajuk. Ko tengok? Ingat budak kecik takde hati dan perasaan ke?

Entah..aku memang rasa annoying bila berhadapan dengan situasi macam ni. Maybe aku ni spesis mak-mak yang terlebih manjakan anak..sebab tu pemikiran aku macam ni.


18 comments:

  1. Saya sokong nadt.. lagi2 part yg mak pak nak relax2 dulu kat umah or pegi bercuti tak bawa anak2.. mmg sgt x setuju.. susah macamana pun bawak la anak2 tu kan.. biar lah terpisah sementara ngan anak2 time kite pergi keje jer.. selain tu biarla anak sentiasa ngan kita kan..

    ReplyDelete
  2. mostly yang anka dah ramai... kalau kita ckp, tegur..dia akan ckp, anak sorng boleh lah..ditatang..
    no comment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak sorang ke anak ramai ke xble la buat mcm tu. Kasih sayang tu tak luak pun diberi kat anak.

      Delete
  3. nadt..mamilisa pon touching baca cite nadt ni..memang tak boleh dengar orang layan anak camtu..kita tinggal kejap pon memang dah rindu sangat kat anak..nak tangan kan pon pikir 100x..tepuk2 manja je..
    kalo orang lain yang marah anak mamilisa confirm mamilisa lagi kuat teriaknya..huhu..

    ReplyDelete
  4. seppp Nadt.....ayu pun,spesis manjakan anak...hehehehe...but hopefully in a right way.....tak sanggup nak jauh2 dgn anak lama2...cukup lah dah berjauh time kerja...tak pernah ayu tinggal Nia kalau bukan sebab ada urusan rasmi.....

    ReplyDelete
  5. alahai.. sedih hati baca.. hurmm kadang3 tengah drive pun terbayang2 kanak2 tu tengah dok tunggu kita.. nampak je kita sampai umah pengasuh terus sengih2 mama mama sambil cari slipar..

    ReplyDelete
  6. dear...

    sedihnya baca cite macam tu..
    lin klu boleh nak balik cepat amik anak cium dorang.
    even pastu kitorang gaduh2 manja.. jerit2... tapi tak jumpa rindu...

    bab mak tonyoh pale anak tu, masih ada lg zaman2 ni yek..
    lin ingtkan zaman ni zaman ibu sayang anak... yelah... macam2 pendedahan da ada...
    susu ibu... baby carrier... sume tu benda yg terbaik untuk anak... da kenapa mak2 tonyoh macam tu... gaduh ngn apak kot... ermmm..

    ReplyDelete
  7. salam singgah!

    saya sedih jugak dgr kes2 yg awak hadapi ni.
    saya ada 2 org anak.sorg dh masuk tadika,dan sorg lagi hantar kat umah babysitter.
    every minute,every second,saya mmg rindu sgt kat diorg..kat ofis pun asyik telek gambar jer
    sebb bila tgk anak,hati saya akan sayu memikirkan sekejap jer diorg nak bermanja dgn kita..kang dh besar nak ke diorg manja2 macam ni?*spesis mak2 yg emo*

    ReplyDelete
  8. hmm sy walaupun belom jadi mak tapi touching jgk ni :)..bile Allah dah bagi amanah tu semoga dapatlah jaga elok2 amanah Allah.sy belom berpeluang lg tuk dpt anak huhukk tlg doakan sy..eh emo lak haha..

    ReplyDelete
  9. pernah dgr itulah antara sebab Allah ajarkan doa utk ibubapa "ya Allah kasihanilah ibubapaku SEBAGAIMANA mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil"...what goes around comes around...what u give u get back...semoga kita semua selamat dari sikap sedemikian rupa..

    ReplyDelete
  10. Semua situasi yg sis citer tu akk pun xblh hadam dik..pelik btul pmikiran mk ayh skg ek..gitu punya peel pun hado..huhu

    ReplyDelete
  11. aku pun buat benda yg sama masa kt taska dulu. dan skrg kt bs pun, masih sama. walaupun tak larat nk dukung dia, aku cuba untuk dukung jugak. walapun ada kasut dalam kete. senak pun senak lah, janji aku dukung. masa mula mula dukung dari gate tu, aku cium. rutin aku. masa kt taska aku depakan tangan gak...panggil...umar raihan. bahahahahahah....

    ReplyDelete
  12. Ya Allah! kejam nya.ada ke mak mak gitu.hmm kenapa eh,kesiannya kat anak.aku ni nadt.jam 5 je trus aku berdesup g amik anak.xsbr nk jumpa dia.

    ReplyDelete
  13. sedih aku baca entri ko ni nadt.. aku pernah tinggalkan anak aku 1 malam je sebab aku kena join dinner & balik lewat sangat..pengasuh aku pesan biar Aisyah tidur umah dia & asben lak shift malam..sangat bahaya aku sorang2 nanti jemput anak bagai..
    itu pon cukuplah sekali je nadt..tak sanggup dah..sebab pngasuh aku cite..anak aku tunggu aku depan pintu petang2 cam selalu..aduhaii..sedih kan..takde up entri sebab sendiri rasa kecil..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sbb ada urusan yg xble dielakkan xpela, nk buat cmne. Yg penting jgn saje2 tinggalkan. Aku memang xsetuju jenis parents yg saje2 tinggalkan anak sbb nak berduaan je kononnye nak privacy time holiday.

      Delete
  14. salam kenal.. baru baca blog awak.. nak tny.. hantar saif kat kpt presint 5 erk? husband syuha keje sana. ingat nak hantar baby (2bulan) kat sana.. ok tak taska sana? syuha penah kje kontrak kat kpt jgk.. tapi ms tue tgh pregnant. now da bersalin da quit. tp da nak start keje baru kat bangi. so caner erk? mmg ok erk taska c2?

    ReplyDelete
  15. haah saya hantar kat taska KPT presint 5. La ni da tukar management baru under Taska Cahaya Min Rizki. Ok sangat. Masa management lama, anak nangis2 tiap kali hantar. Tapi sekarang sejak tukar managemnt taska baru, ceria je dia bila pi taska. siap berlari2 peluk teacher tiap kali hantar. So memang saya recommend la kalau awak nak hantar anak ke sana. tapi saya suggest awak datang tengok2 dulu camne. Kalau ok, mintak husband syuha ambik borang pendaftaran kat bahagian khidmat pengurusan sektor KPT aras 3 dengan puan zarina.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...