Monday, February 10, 2014

Stress Dengan Rumah

Assalamualaikum dan haii..

Sebelum mula membebel hari ni, nak minta maaf dulu la kat sapa2 yang ada komen tapi ku tak sempat reply. Seriously perkataan busy dan aku kini ibarat irama dan lagu, isi dan kuku juga aur dan tebing. Ni time lunch hour baru la sempat menyelit-nyelit bukak blog. Kalau sempat, aku blogwalking..kalau tak, jawabnye balik umah la baru bukak blog dan facebook. Tapi kat rumah pun sebolehnya aku limitkan masa untuk online sebab nak lebihkan masa berkualiti dengan anak dan suami gituuu..

Ni nak cerita pasal rumah yang aku dok la ni. Memang agak kerap la aku membebel ngan papa Saif tak puas hati tu tak puas hati ni. Dan macam biasa lah ayat klise papa Saif adalah "Bersyukurrrrr.."

Iyolah.

Actually aku takde masalah dengan keadaan rumah yang kecik ni. Seriously tak kisah pun. Cuma yang menjadi masalahnya adalah sebab barang2 aku terlalu banyak semasa pindah masuk dulu. Kawan2 yang penah pi umah aku kat wijaya, karak dulu tau la betapa banyak barang aku. Segala sudut penuh. Perabot semua kira lengkap la. So bila perabot yang terlalu banyak disumbat dalam rumah kecik, jadik padat gile rasanya rumah tu wooo..Sesak nafas aku lagi-lagi bila nak pi dapur. Sesak bertingkek-tingkek.

Rumah ni ada 3 bilik. 1 bilik completely jadi stor yang padat tahap kau hanya boleh melangkah masuk 2 tapak je dari pintu. Aku malas nak kuarkan semua barang, kebanyakannya masih dibiar dalam kotak (dengan harapan tak payah susah2 nak kemas lagi kalau dapat pindah kuarters cepat). Bilik ke-2 kononnya aku jadikan bilik tamu + workspace papa saif + tempat iron + tempat simpan baju yang da terlebih-terlebih tak muat nak simpan dalam almari lagi. Akibatnya bilik ke-2 pun jadi sesak. Tiap kali aku masuk nak iron baju, rasa sesak nafas aku nak alih benda tu ke sana dulu, alih benda ni ke sini pulak. Sesak..sesak..

Pastu yang buat aku stress masa mula-mula pindah dulu sebabnya rumah ni takde tiles dan dialas dengan tikar getah color merah. Walaupun aku suka color merah, tapi bila color merah ni menyelubungi seluruh rumah, aku rasa sesak nafas. Sakit mata. Setiap kali balik rumah, aku terus stress, sakit kepala. Nak tukar tikar getah lain, malas pulak rasanya nak angkat2 perabot semua. Maka terpaksa la terus bertabah.

Dan terkini aku stress dengan dinding rumah ni!! Sebabnya atas dasar untuk mencantikkan susun atur dalam rumah, aku dengan semangatnya beli la rak dinding. 2 bijik lagi aku beli tu. Tiba masa nak gantung kat dinding, papa Saif drill2 tak lut! Gile keras dinding ni! Konkrit kot. Aku da mula stress, mula la aku rasa nak campak je rak tu dari tingkat 9 ni. Tapi papa Saif cool. "Takpe, nanti kita pi beli drill yang matanya lagi besar, kot boleh." Pujuk papa Saif. Sejuk sikit hati aku.

Dengan malasnya pi jugak beli drill tu. Sekali tokey kedai tu kata apa tau "Putrajaya memang keras woo..semuanya pun dinding konkrit. Kalau guna drill biasa, memang susah nak lepas. Kalau nak buat jugak cuba la 3, 4 jam baru boleh lepas kot. Biasanya orang akan upah je kedai untuk buat drill, kedai tak guna drill biasa. Kena guna heavy drill punye, macam yang buat tebuk jalan tar tu. Tapi kalau u nak beli jugak mata drill ni boleh la u cuba, kalau tak nanti bini u merajuk plak."

Ok, ayat terakhir tu saje je papa Saif menambah-nambah. Mendengar penceritaan semula dialog tokey oleh papa Saif buat aku stress balik. So apa kesudahannya rak dinding aku tu? Punye la semangat aku nak menghias rumah sudahnya tak boleh? Eh, maknanya aku punya rak untuk gantung kunci tu pun tak boleh la sangkut? Grrrr...bayar sewa mahal untuk rumah dinding konkrit murahan yang tak boleh didrill memang buat aku stress. Macam mana penghuni rumah lain boleh bertahan tak drill dinding rumah haaa?

Adoiii..rasa nak bakor je..


8 comments:

  1. kihkuhkih..sabo nadt, aku rasa hormon pregnant mmg gitu, rimas manjang..sbb akak dulu pun gitu. cer sewa drill je boleh dok, xyah beli, rugi pulak.

    ReplyDelete
  2. Sabor dear saborrr...tarik nafas dlm2...bykkan google utk atasi masalah nak pasang rak tanpa drill...rasa Umi QI pernah tgk org pasang tanpa skru...x tau lah web mana...nanti cer google eh

    ReplyDelete
  3. kalau rumah tak memuaskan hati, memang sesak kepala ini..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah.dh kenapa buat dinding gitu.hahaha bertabahlah nadt.mu jgn stress2 dh lah preggy.sian baby tu!

    ReplyDelete
  5. alololo..ciannya awak...sy penah alami benda ni...byk kali pindah rumah dan keadaan rumah sewa tu bykkkk sgt masalah sampai rasa stress sgt..sy fhm sgt...cuma betul tu kata suami nadt...kena bykkan bersabar...insyaAllah kalau kita sabar, Allah akan ganjarkan dgn keadaan yg jauhhhh lebih baik daripada yg skrg..chillax ok...kami semua doakan yg terbaik utk nadt =)

    ReplyDelete
  6. rumah putrajaya mmg keras kematu dinding.. ktorang upah sorg brother ni .. rm3 je 1 lubang dia ambil. mmg lengkap peralatan driller dia.. minimum 5-10 lubang baru dia amek upah. tak besepah dgn habuk2. recommended. klu nak, syuha blh bg phone.no dia. brother ni ddk presint 9.

    ReplyDelete
  7. SY ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PEMASANGAN SHOWER WATER HEATER (PEMANAS AIR MANDIAN) DAN DRILL LUBANG SKRU DINDING /, PEMASANGAN BRAKET TV LCD / LED, DAN KERJA2 BERKAITAN DENGAN DRILL UNTUK KAWASAN PUTRAJAYA DAN KAWASAN SEKITARNYA. MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI BLOG SAYA DI:
    http://shower-heater.blogspot.com/
    BOLEH CALL / SMS SY TERUS UNTUK KETERANGAN LANJUT: 0176431977
    TQ.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...