Wednesday, February 12, 2014

Taska Baru Saif

Assalamualaikum dan haii..

Asyik-asyik cerita pasal taska ek. Hehe..saje nak share taska Saif kat KPT tu da tukar management baru. Minggu lepas tukarnya. Nama pun da bertukar. Sebelum ni nama Taska De Sayang, la ni tukar jadi Taska Cahaya Min Rizki. Lokasi masih sama.

So bila tukar management baru, maknanya harganya pun serba baru la ek. Sebelum ni yuran RM180, la ni da up jadik RM250. Banyak kenaikan tu, RM70 jugak la kenaikannya. Tapi takpela, still affordable. Dulu hantar Saif kat pengasuh pun RM250. Pastu ada uniform pulak kena pakai setiap hari tapi uniform tu tak dapat lagi. Masa daftar hari tu, aku beli 3 helai je, la ni tetiba aku rasa macam tak cukup plak sebab kalau datang malas aku nak basuh baju, tak cukup plak 3 helai tu ek. Total bayar masa pendaftaran hari tu termasuk baju 3 helai da RM361.

So bila da up harga ni, aku harap diorang punya service pun up jugak la. Bila tukar management baru ni, teacher semua pun orang baru. Dan teacher baru ni kebanyakannya semua muda-muda. Teacher yang jaga budak 2 tahun rasanya paling muda, aku rasa teacher 2 orang tu macam budak lepasan SPM je. Tapi tak kisah la, umur tu bukan penentu baik buruknya khidmat tu kan. Yang penting diorang layan budak2 kat taska tu elok-elok cukup la.

Dan Saif nampaknya sangat suka dengan teacher baru ni. Cepat je dia sesuaikan diri. Tau je la Saif tu memang suka dengan pompuan muda kan. So bila dapat teacher muda ni, suka la dia. Setiap hari aku hantar dia, teacher da tunggu nak ambik dia. Saif pun dengan rela hati hulur tangan pergi kat teacher dia. Takde da drama-drama menangis lagi. La ni aku tak perlu lagi da naik tangga hantar Saif naik kelas dia kat atas. Teacher da siap-siap tunggu kat bawah, aku tinggal pass je Saif ngan beg kat dia, dia bawak naik atas. Satu kelegaan bagi aku tak perlu turun naik tangga lagi tapi yang tak bestnya aku tak dapat tengok rupa bilik dia yang baru. Nak jugak aku tengok kot ada pertambahan mainan baru ke sebab aku tengok ruang bagi budak 3-4 tahun kat bawah ni ada banyak mainan baru. Kalau la kat atas tambah mainan baru jugak, memang patut la Saif suka sangat bila pi taska.

Waktu balik pun sama. Teacher da cam aku ni mama Saif, nanti dia cepat2 naik atas ambik Saif bawak turun. Tengok muka Saif yang ceria je bila turun, aku yakin dia enjoy dok kat taska. Setiap hari jugak aku akan tanya dia makan ok tak, minum susu ok tak, ada nangis tak. Biasanya teacher mesti jawab semua ok. Tak tau la kot tu adalah jawapan standard untuk jaga hati parents kan. Tapi aku rasa memang ok. Kekadang nangis gaduh-gaduh ngan kawan tu biasa. Aku pun bukan lah nak kata anak aku tu baik sangat tak pernah buat orang tapi kebiasaannya sebelum ni yang aku tengok orang buat dia ada la. Ye la, ada budak umur 2 tahun yang memang da besar, Saif plak kecik, umur pun belum genap 2 tahun. Bila berebut sesuatu, confirm la Saif kena tolak sekali je terus tergolek. Ni bukan fitnah tau, aku nampak sendiri bila aku bukak je bekal cococrunch Saif, budak yang lagi besar datang nak ambik cococrunch tu selamba je tolak anak aku. Melalak la si Saif tu, da la dia tu kedekut. kuikui..La ni aku tak bekal da kudapan ape ke sebab nak elakkan perebutan tu la. Lagipun waktu breakfast dia da awal sket, 8.30 da breakfast. Dulu kol 9.00 baru breakfast tu pasal aku bekal kudapan dulu.

Bila dok taska ni jugak, aku tengok dia punya perkembangan makin baik. Dia makin banyak bercakap. Dan makin banyak jugak aksi-aksi yang tiba-tiba dia buat, kitorang tengok pun geli hati. Kitorang mesti kata "Ni belajar kat taska la ni." Contohnya, kitorang bukak learning application ni, ada la lagu-lagu. Bila dia dengar lagu tu tetiba dia berlari ke pintu, pastu patah balik kat kitorang, pastu berlari lagi ke pintu. Agaknya kat taska, teacher bukak lagu then suruh budak-budak berlari kot. Hehe..Pastu aksi berjoget dia da makin macam-macam. Gelihati tengok.

Dan sebab taska tu ada tangga, Saif pun da pandai turun tangga. Sebelum ni dia tak pernah turun naik tangga, ye la rumah takde tangga.  Masuk taska tu la baru dia belajar turun naik tangga. Awal-awal dulu dia naik turun kena pegang tepi, susah nak kawan badan. La ni kalau turun, dia da tak pegang tepi pun takpe, ok da boleh turun dengan stabil tapi still aku pegang tangan dia sebelah. Aku still tak confident nak lepaskan dia turun tangga sendiri sebab dia ni tak boleh diduga. Tetiba karang dia terjun sukahati dia.

Aku harap kekal la prestasi yang baik kat taska tu. Serius aku memang rasa sangat berbaloi hantar Saif ke situ even aku kena drive jauh sikit. Aku nasihatkan korang kalau pilih taska tu jangan la sebab murah semata je tau, service diorang pun kena pastikan tip top jugak. Dan rajin-rajin la berborak dengan teacher tentang aktiviti dan perkembangan anak kat taska.


5 comments:

  1. semoga saif ok kat taska baru.
    semoga berjalan lancar semua urusan kamu jugak.

    ReplyDelete
  2. daripada cerita nadt ni taska tu ok untuk saif. bukan semua taska ni blacklist.ada yg betul2 ok. budak2 pun happy.

    ReplyDelete
  3. Bagus ye service taska KPT baru. Boleh la saya cuba hantar baby saya kt sana.

    ReplyDelete
  4. salam..tumpang tanya..taska KPT tu utk warga KPT je ke atau org luar pun boleh hantar..
    ada cntct no taska tu x..harap sudi membantu..tq

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...