Wednesday, February 19, 2014

Uniform Saif

Assalamualaikum dan haii..

Petang tadi teacher kat taska da agih2kan uniform untuk budak2 semua. Aku suka bila pakai uniform ni sebab tak perlu kejap2 aku beli baju baru untuk Saif. Aku cepat boring tengok Saif pakai baju yang sama je.

Balik rumah terus test pakai. Merah kuning ni warna rasmi taska ni kot sbb teacher pun semua uniform merah kuning. 

Saiz paling kecik. SS. Tapi still gedoboh untuk Saif. Tak kisahlah asalkan boleh pakai.

Lagipun bila pakai uniform ni ibaratnya meng'samataraf'kan semua budak. Sebabnya aku tengok ada budak yang pakai baju terlebih lawa. Hari2 pakai jeans n baju lawa2 yang kalau Saif biasanya pakai time kuar jalan2 je. Ada plak budak yang macam anak terbiar plak dengan baju lusuh n compang camping. Yang budak perempuan plak ada yang pakai skirt pendek padahal taska tu aircond sejuk gile kot. Kesian aku tengok budak2 tu sejuk ke diorang memang spesis tak reti sejuk aku tak tau la. Ni just pandangan hati aku je yang maybe tak sama dengan korang semua. Alaaa..sukati mak paknye la kan nak pakaikan baju ape pun. Ngehehe..ok..So dengan adanya uniform ni semua budak nampak sama.

Asalnya aku beli 3 pasang baju je. Tapi bila aku fikir2 balik, aku ni bukanlah jenis bangsa yang rajin nak tonyoh baju anak hari2. Baju Saif memang basuh asing so semua aku campak mesin seminggu sekali. So tadi aku tambah beli lagi 2 pasang, cukuplah untuk cycle 5 hari. Senang, tak payah aku serabut2 nak tonyoh baju anak 2 hari sekali.

Terus basuh semua baju. Baju baru wajib basuh dulu ye.

Ok tu je aku nak cerita. Bye.

P/s: bila aku tunjuk baju ni kat papa Saif dia tak berkenan tang seluar sebab besar sangat. Nak buat camno da anak tu memang spesis kecik. Papa Saif kata weekend nanti belikan seluar tracksuit lain yang sesuai. Hehe..sukatilah..so hari ni tak rasmi lagi uniform baru.



8 comments:

  1. wah..ada uniform..
    sebut pasal tracksuit nih..1st time BS pakaikan ank aku tracksuit semalam..& aku lak cam terkejut sebab ada saiz kecik..mih2

    ReplyDelete
  2. senang kan beli byk terus...anak saya punya uniform boleh beli 2 jek...mmg jenuh ler nak membasuh hihi..

    ReplyDelete
  3. anak saya beli sehelai ajer uniform utknyer..sbb mahal lah plak..RM36 sepasang..lebih kurang mcm ni gak uniformnyer

    ReplyDelete
  4. wah setiap hari satu ye baju die... comelnya die...

    ReplyDelete
  5. ade uniform... comel je saif pakai..

    ReplyDelete
  6. bagus selaras macam ni kan? at least nampak sama rata gitu...hehe

    ReplyDelete
  7. Comel je saif..tp yelar besar sikit tang seluar tu kan

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...