Tuesday, February 11, 2014

Word By Word

Assalamualaikum dan haii..

Eh..petang ni aku macam takde keja plak. Meh nyambung blogging. ngeheheh..

Sebelum ni penah aku cite kan pasal kerisauan papa Saif sebab Saif tak pandai cakap lagi. [sini] Tapi sikit pun aku tak risau. Masa tu Saif baru 1 tahun 4 bulan. Actually sejak Saif newborn lagi aku memang pokk pekk pokk pekk setiap hari bercakap dengan Saif dengan harapan dapat merangsang dia untuk bercakap awal macam kakak-kakak sepupu dia. Kakak2 sepupu dia umur setahun lebih da bercakap lancar bersambung-sambung ayat walau pelat. Si Hasya belum setahun da pandai mintak susu. Tapi tu la..da Saif tak nak bercakap nak buat camne. Paksa camne pun, herot berot mulut kau sebut APPLE depan muka dia, dia buat selamba je. Aku anggapkan ini semua faktor DNA lelaki.

So la ni Saif da 1 tahun 8 bulan. Eh, maknanya 4 bulan perkembangan dia aku tak update eh? Kuii..terbukti ke'busy'an di situ. So bila da masuk 1 tahun 8 bulan ni aku perasan makin banyak perkataan yang tetiba dia boleh sebut tanpa disuruh.

Contohnya..ada sekali tu, aku suap la Saif madu Qaseh Junior tu. Suap sesudu je la then aku cakap ngan dia "One only. One only."sambil jari telunjuk tegak tunjuk satu. Tetiba Saif cakap "One..tu..tii..fo..(one, two, three, four) " dengan jari senget benget dia nak tunjukkan 1,2,3,4 tu. Gile tak terperanjat aku. Selama ni kering tekak aku mengajar 1,2,3,4... tapi dia buat dek je. Langsung tak mengikut. Tetiba hari tu, dia sebut tanpa disuruh. Dan dia faham apa maksudnya. Serius touching giler aku masa tu tahap nak menangis kesyahduan sebab terharu sangat dengan kebijaksanaan anak sendiri. Kehkehkeh..La ni kalau turun naik tangga pun dia sebut "one..tu..tii..fooo..". Kalau sebut sampai five, nanti dia terus give me five. Hii..comey giler. Dasar mama syok sendiri.

Pastu kan..dari kecik dulu memang setiap kali df, aku akan sebut "Susu." Tapi takdenya dia menyebut. Buat dek je. Pastu bila da besar, dia nak mintak susu, dia akan tepuk2 je sebagai isyarat nak susu, tapi nak menyebutnya jangan kau harap. Kekadang aku siap main lari-lari tak nk bagi dia susu selagi dia tak sebut susu, tapi jangan kau harap.

Sampai la baru-baru ni, setelah puas kena buli ngan mama dia ni selalu, akhirnya terkeluar jugak ayat keramat tu dari mulut dia. Susah gile nak sebut kot..dia sebut pelan je..bunyik "ssss..sss.." pastu bila aku push lagi untuk dia cakap akhirnya dia sebut jugak "Tutuuuu..." Ok la tu kan, at least ada bunyi. Kekadang bunyi macam "Cucuuu.." kekadang ada masanya dia sebut dengan betul "Susuuu.." But kebanyakannya sebut "Tutuu.." laa..

La ni setiap kali nak susu dia akan tepuk2 then tanya "Ape ni?" Pastu aku tanya dia balik "Ni ape?" Then dia jawab "Tutu.." Aku pun balas balik "Susu." Kiranya jawapan dia tu betul la. Pastu dengan excitednya dia akan minum susu, konon-konon happy sebab dia dapat jawab betul la tu. Syok giler. Tu pasal aku lagi makin sayang nak wean off.

Apa lagi ek? Oh ye..bila aku pakai tudung je mesti dia kata "Tikk..(cantik)" Tak ke kembang kempis hidung mama kau. Padahal aku tak pernah ajar pun. Hehehe... Kalau sakit plak dia akan sebut "Titt..(sakit)"

Oh ye..baru ingat. Semalam time aku bersin, aku sebut la "Alhamdulillah". Tetiba Saif pun sebut "Alamlullahh.." Aku ulang lagi sebut Alhamdulillah sebab nak confirmkan betul ke dia  ikut apa yang aku cakap. Pastu dia pun ikut ulang. Syukur. Tambah lagi zikir di mulut dia selepas "Allahuakbar" walaupun pelat. Allahuakbar dia akan sebut "Allah" setiap kali dengar azan.

Actually banyak lagi perkataan lain yg dia da sebut lama da macam cat, tak(air kotak), nek (nenek), bo (ball), buah(epal ke oren ke anggur ke semua dia sebut buah), tup(tutup), kak(bukak), lik(bilik), pah(tumpah) dan macam2 lagi la. Perkataan lain banyak yang tak berapa nak paham tapi banyak jugak la yang dia dok bebel-bebel. Kekadang tu beria-ia siap berkerut muka dia bercakap nak bagi kita paham, tapi idok la jugak aku paham. Haha..tapi takpe. Mula perlahan-lahan word by word. Lama-lama bertambah la vocab dia kan. Aku pun xde letak target ape2 sbb kalau target tak tercapai nanti sendiri yang kecewa. Tapi aku tak takkan stop mengajar dia menyebut satu demi satu perkataan. Yang penting effort tu ada walau masih pelat-pelat manja.

3 comments:

  1. princess pon gitu.dh mengikut je apa org ckp.sampai ku panggil laki ku syg pon dia ikut.yangg~ sabo jelah~

    ReplyDelete
  2. nia pun baru pandai ckp sikit2....ayu xde la push sgt nia bercakap..apepun,ayu lets Nia do it herself,lets it happen naturally...

    ReplyDelete
  3. faiq pun x pandai ckp lagi sobb.. semua benda dia sebut aiss, nak nen pun ais ais.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...