Monday, March 3, 2014

Accident

Assalamualaikum dan haii..

Masa mula-mula aku pindah Putrajaya ni, aku selalu tertanya-tanya, ada tak accident yang berlaku kat Putrajaya ni ek. Sebabnya condition jalanraya kat sini semuanya tip top. Maklumla, jalanraya kat sini kan tempat menteri-menteri lalu. So mesti la tip top selalu. Lekuk sikit je, sepanjang jalan tu terus ditarnya. Tambah plak lagi, jalan kat sini kebanyakannya luas, 2, 3 lane. Traffic light pun berlambak. Supposely takde accident la yang akan berlaku kan melainkan atas kecuaian pengguna jalanraya tu sendiri.

Nak jadi cerita pagi ni, macam biasa la aku memang selalu 'ter'keluar rumah lambat. Maklum je la, pagi2 nak berperang dengan Saif yang moody tak nak bangun tido la, tak nak mandi la, tu pasal jadi lambat. Tapi lambat macam mana pun, drive kereta tetap kena hati-hati wooo. Lagi plak dengan anak dok sebelah, lagi la kena extra careful.

So masa kat depan apartment yang kat Presint 11, yang dekat ngan traffic light tu (ala semua apartment dekat ngan traffic light)..jalan jem. Ahhh..sudah..apasal plak ni. Lambat sangat ke aku keluar pagi ni sampaikan ble jem plak. Sekali nampak ada kereta kat tepi, haaa...tu dia. Ada accident! Alaaa..accident kan. Apa de hal. Biasa la tu accident. Tu pun nak kecoh aku ni kan.

Tak laa..aku nak cerita ni. Aku nampak kat tepi jalan, ada la beberapa orang tengah duduk. Sekali aku nampak..aku ternampak..seorang budak perempuan, sekolah rendah kot..terkulai-kulai kat pangkuan orang yang kat tepi jalan tu. Tersentak aku. Terus jantung aku berdegup laju. Tak tau la samada budak tu pengsan je ke atau... Ya Allah..moga takde perkara buruk yang berlaku. Aku doa sangat-sangat moga budak tu tak apa-apa. Aku nampak ada seorang lelaki macam tua sket kat situ, maybe ayah dia. Tak tau la apa perasaan ayah dia time tu. Tak jauh depan tu, aku nampak satu motor skuter terbaring tepi jalan. Tengok rupa motor tak teruk tapi tak tau jugak la teruk ke tidak accident yang berlaku tu kan. Aku suspect accident keta langgar moto atau moto langgar keta, gitu lah.

Terus la sepanjang jalan tu, aku dok teringat-ingat kat kejadian tadi. Rasa cam nak nangis pun ada sebab aku terbayang-bayang perasaan mak ayah budak tu. Semoga anak-anak kita sentiasa berada dalam lindungan Allah.


7 comments:

  1. salam..

    nak cerita jugak. dulu pernah terserempak dengan accident sebelum roundabout batu caves, motor dengan apa tak tau tapi macam kes langgar lari. mangsa accident (si bapa) terbaring kat tepi jalan dengan keadaan muka facing jln tar, banyak darah... dan dia bawak anak kecik baya-baya anak kita. alhamdulillah budak tu tak apa2 tapi menangis tepi jalan. nasib baik ada suami isteri naik kreta brhenti tepi jalan dan peluk anak tu.. allahuakbar.. sedih btl bila ingat balik. tak sure apa condition bapak budak tu... moga selamat lah hendaknya

    ReplyDelete
  2. semoga tiada yang serius..semoga Allah masih panjangkan umur budak tu..

    ReplyDelete
  3. Ya allah..semoga budak tu x ada apa2...risaunya kan

    ReplyDelete
  4. takutnya... semoga selamat....

    ReplyDelete
  5. ada xcident pelumba basikal pun berlaku kat putrajaya kan.

    ajal maut tak kenal tmpat

    ReplyDelete
  6. Aku yg debar2 sekali nadt. =_=
    semoga semuanya baik2 aje.

    ReplyDelete
  7. semoga semuanya selamat// dan kite extra hati-hati yer

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...