Tuesday, April 1, 2014

Big Bad Wolf 2014

Assalamualaikum dan haii..



Rasanya macam baru je lagi saya pi Big Bad Wolf yang lepas, eh tetiba ada Big Bad Wolf lagi?? Tak boleh dengar ada jualan buku murah-murah, mulalah menggeletar. Hari tu punya PC Fair kat PICC dapat bertahan tak pi, tapi yang kali ni punya Big Bad Wolf memang tak boleh tahan la.  Sebabnya kali ni lagi best dengan promotion Big Bad Box! Bergigih mak buyong drive sorang-sorang ke Mines berpandukan Waze je.

Apa tu Big Bad Box? Kali ni jualan dibuat secara per kotak. Ada 2 jenis kotak, saiz sederhana -RM79.90, saiz besar - RM99.90. Then sukahati korang la nak sumbat banyak mana pun buku yang korang nak dalam kotak tu selagi boleh muat. Sangat-sangat berbaloi! Ada kawan yang dapat sumbat sampai berpuluh-puluh buku dalam satu kotak. Aku pun menggila main grab je segala buku yang berkenan di mata papp papp campak masuk kotak. Paling gila tengok buku budak-budak la. Memang tu je la yang paling banyak aku grab. Niat hati nak bagi kat anak-anak buah sekali.

Ok..meh nak share buku-buku yang aku dapat. Aku tak dapat sumbat banyak sangat buku sebab buku yang aku pilih kebanyakannya saiz besar dan kulit tebal. Tapi rasanya ada la dalam 20 buah buku dapat aku sumbatkan.  Buku budak-budak je yang aku ambik banyak. Buku aku cuma 3 bijik je. Bila kira-kira total cost keseluruhan buku almost RM200 tapi aku cuma bayar RM99.90 je. Ok la tu kan?

Budak tu da tak sabar-sabar tunggu papanya bukak kotak 

 Bukak je kotak, bukan main gelojoh selongkar!

 Budak excited! Siap susun-susun buku atas sofa.

 Rasa happy sangat bila Saif suka buku.. :)

 Ok..rasanya pasni kalau ada Big Bad Wolf lagi da tak pi lagi kot sebab rasanya semua buku budak-budak yang best aku da borong. Hehehe..



13 comments:

  1. untuk tahun, lin stop dlu...huhuh

    ReplyDelete
  2. alahai bestnya seronok tgk buku bdk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. best. pi la..menggila tengok buku budak2..

      Delete
  3. Sama la kite. Borong buku Arissa jek. 21 pcs. Hahaha. Tapi sbb dah pergi lambat yg havoc2 nadt dah ambil. Eh? Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sorry ye kite da abeskan buku2 yg best dulu.hehe..

      Delete
  4. baucar buku terima tak nadt?

    ReplyDelete
  5. ramai yg bercerita rasa teringin sgt..
    bukan ulat buku..hih..
    cuma rasa nk beli buku kat anak..org kata murah

    ReplyDelete
  6. Best la saif dapat banyak buku..

    ReplyDelete
  7. dear, camne nk tau bila expo ni akan di adakan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tau daripada kawan2 je. tapi kalau tak silap big bad wolf ni ada page FB dia sendiri. So ble la subscribe kalau nak tau latest event bila.

      Delete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...