Tuesday, April 29, 2014

Book Of This Month

Assalamualaikum dan haii..

Da jadi habit aku bila lalu depan kedai buku mesti menggeletar lutut nak singgah beli buku. Ni buku yang aku beli untuk bulan ni. Dah lama hajat nak beli kedua-dua buku ni cuma baru la ni dapat jumpa.


CERITA CINTA AHMAD AMAR
- kisah anak muda yang menjadi inspirasi untuk generasi masa kini. Ramai yang baca kata best.  Cover buku tu pun tulis Best Seller. So aku beli. Beli saja dulu. Tak baca lagi..hehe..bagi laluan pada buku satu lagi dulu. Kalau da baca nanti, aku review. Kalau sempat la..

CENDOL PULUT SANTAN LEBIH
- aku memang suka dengan penulisan Abd.Jalil Ali ni. Aku start baca artikel dia dalam majalah Seri Dewi & Keluarga. Sungguh ke'emak'-'emak'an aku ni kan. Dia banyak menulis tentang hal-hal kekeluargaan dan tentang perempuan terutamanya. Yang buat aku suka sebab penulisan dia sempoi yang boleh buat aku gelak terbahak-bahak sorang-sorang. Laki aku tak paham macam mana aku boleh gelak baca buku tebal gini yang covernya adalah seorang lelaki tua. Gila tak gelak kalau dia tulis gini "Di saat kita sedang menikmati pemandangan yang indah, tiba-tiba pandangan kita dihalang oleh manusia bersaiz TV LCD." Bahahaha..lawak kan. Terbayang-bayang aku kepala orang dengan badan TV LCD. Err..tak lawak ke. Ok..fine. Eh, satu lagi aku suka sebab Abd.Jalil Ali ni walaupun da tua tapi aku rasa dia masih ada segaknya. Bahahaaa.. Haa..semua buku penulisan dia ni aku da beli dan baca. Start dari Asam Garam, Gula Dan Kopi, Kopi O Tanpa Gula, Teh Tarik Kurang Manis, Dari Menara KL dan latest buku ni la Cendol Pulut Santan Lebih. Eh, dia ada tulis novel jugak tapi dia guna nama samaran lain. Ariff Affandy kot, kalau tak silap. Pendek kata, aku memang suka lah dia ni. Maksud aku penulisan dia la.

Ok, tu je aku nak review untuk Book Of This Month. Ada lagi beberapa buku lain yang da lama aku beli or papa Saif beli, da baca tapi tak dan nak review lagi. Nanti-nanti aku review lagi eh. K, bye.


8 comments:

  1. teringin nak baca buku ammar ahmad ni... belum berkesempatan lg nk cari

    ReplyDelete
  2. Buku cerita cinta ahmad ammar 2 best..Da lame bace..tp xsempat2 nk review..

    ReplyDelete
  3. nad... bgus nya suka baca buku ilmiah.. lin hantu novel cinta... hohohooh kuat berangan je.

    ReplyDelete
  4. buku yang ammar ahmad ni pun termasuk dalam list buku yang nak dibeli
    tggu ada budget nanti
    budget dah larik beli kain raya
    kahkahkah

    ReplyDelete
  5. ok nak g mph mlm ni. menarik perhatian betul novel abd jalil ali tu.. heh

    ReplyDelete
  6. ramai gak dah kongsi kata buku en jalil nie best, so ini macam kalu, nak pergi kedai buku esok

    ReplyDelete
  7. nak baca buku ahmad ammar tu..best seller kan..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...