Wednesday, April 16, 2014

Hobi Baru Bersama Mr. GLOBAL

Assalamualaikum dan haii..

Amboihh..berderet-deret hari kuupdate blog nampaknya. Hehe..ada masa senggang sket, aku curik-curik la masa menghapdet blog suam-suam kuku nih.

Aku punye perangai ni kan, mudah sangat terikut-ikut dengan orang lain. Contoh la, time semua orang berbento, aku pun sibuk nak berbento gak. Bila semua orang dok bersusun atur, aku pun sibuk la bersusun atur gak (tapi minat ini adalah maintain). Pastu la ni bila orang sibok dok berjahit, berkraf bagai..aku pun sibok la nak menjahit bagai gak.

Tapi kan, benda-benda yang aku mudah terpengaruh ni semuanya benda-benda yang berkaitan dengan seni yang comel-comel. Bento yang comel, kraf yang comel, susun atur dan deko yang comel..tu semua memang aku minat. Tu yang buat lagi mudah terpengaruh tu.

Paling terkini, aku da terjebak dengan hobi baru - menjahit. Bahaha..ini adalah poyo. Semuanya gara-gara aku tengok si mimi n nana menjahit macam-macam benda alah yang comel, aku pun terpengaruh. Tapi diorang jahit untuk bisnes, aku jahit untuk syok sendiri je. Actually dari dulu aku memang minat nak belaja jahit tapi sampai ke sudah tak khatam-khatam. Pernah la belaja jahit baju kurung ngan mak aku, tapi siap tang baju je, kainnye sampai da 5 tahun kemudian pun tak siap2. Bahahaha..But at least basic menjahit n menggodeh2 mesin jahit tu of course la aku tau. Kalau nak menjahit tapi nak masuk benang dalam mesin pun failed, baik tak payah kan. Ngehehe..

So nak menjahit, kena la ada mesin jahit kan. Sebelum ni aku da hampir nak beli mesin jahit comel yang harga tak sampai RM100 tu. Ye la namanya pun saja2 jahit untuk syok sendiri. Tidak la aku berangan nak mesin jahit harga ribuan. Tapi bila aku buat proposal nak beli mesin jahit comel tu, suamiku reject. Katanya "Kalau nak jahit, beli la mesin jahit betul-betul. Kalau murah sangat, nanti benang tak kuat ke apa ke, cepat rosak ke." Eh, bernas jugak kata-kata suamiku itu. Tapi kata-kata hanya tinggal kata-kata je la yang terus disapu angin lalu. Setahun berlalu, masih jugak tak muncul mesin jahit betul-betul itu. Sampai la timbul aku punye mengidam nak ada mesin jahit. Ntah ape-ape ngidamnya, nak mengabeskan duit aje. Ngehehe..

So, entah macam mana aku tergoogle tentang mesin jahit nan murah ini. Cap GLOBAL je, very the global warming gitu. Pastu ada plak beberapa review yang best tentang mesin jahit murah ini, maka napsu napsi aku pun makin tak boleh tahan nak tekan butang klik untuk beli.  So tanpa rasa bersalah sebab tak bagitau suami terlebih dahulu, aku pun terus la order. Pastu bila barang da sampai, aku tak larat bawak naik atas, ku suruh suamiku angkatkan kotak tu ke atas diiringi perasaan cuak, mesti laki aku nak bebel aku beli mesin jahit ni. Suamiku hanya menggeleng kepala dengan keborosan isterinya yang makin menjadi-jadi sejak berbadan dua kali kedua ini.

Asyik la dok sebut mesin jahit murah, mesin jahit murah..murah sangat ke haa? Bagi aku la kira murah la sebab harganya tak sampai RM200 pun. Murah kan? Bila aku cerita kat mak aku, aku beli mesin jahit tak sampai RM200, mak aku gelak je "Mesin jahit mainan apa kau beli ni..boleh ke buat jahit tu.bahaha.." Cett..mak aku ni memperkecil-kecilkan mesin jahit GLOBAL warming aku tu.

Asyik dok cerita panjang lebar, gambonye mana mama Saif oii.. ye la..ye la..ni aku nak perkenalkan kat korang la BFF aku la ni. MR GLOBAL namanya. Taraaa...

Ko tengok. Comel kan beliau. Macam mesin jahit betul. Eh..memang mesin jahit betul pun, apa mainan-mainan plak kan. Menggunakan elektrik sepenuhnya, nak guna bateri pun boleh. Ada je slot bateri kat bawah tu kot-kot la fefeeling nak menjahit tepi pantai ke, atas batu air terjun ke, so boleh la guna bateri kan. Bahaha..

Dah la comel, ada fungsi 8 jenis jahitan plak tu. Ok la tu kan, bukannya aku ada hajat nak buat sulaman indah pun..Setakat ni aku cuma guna no.6 ngan no.7 je. Maklumla nak buat jahit lurus je.

Paling best sebab boleh guna tangan je untuk control mesin tu. L untuk low speed, H untuk high speed. Mula-mula dulu aku guna fungsi ni je untuk gerakkan mesin, pastu aku cam asyik tersasul je nak OFF tapi terlajak ke H, so aku tukar pakai pedal kaki plak. Mesin ni lengkap dengan pedal kaki yang main tekan tu je. Lagi senang bagi aku. Pastu fungsi kat atas tu untuk jahit patah balik, ape ntah istilahnya tapi kiranya tak perlula nak pusing-pusingkan kain untuk jahit patah balik tu. Mesin jahit mak aku mana ada fungsi ni. Bahaha..

Mak aku tanya "Bila masanya ko nak menjahit dengan si Saif tuuuu? Dia tak mengacau ke?"

Eheiii..Saif is a good boy hokeyy..Bila aku menjahit, dia langsung tak kacau. Ada la dia kacau-kacau nak main bekas benang tapi tu je la, takde la tahap dia nak panjat naik kat pangku nak menjahit sama-sama kan. TAPI..ada tapinya..jangan la kau tinggalkan mesin jahit tu walau sekejap. Dengan sepantas kilat, dia akan ambil peluang nak menjahit plak. Bahahaha..bagus budak Saif ni. Tunggu awak besar sikit baru boleh tolong mama jahit ye.

Ni dia assistant mama..sukahati dia nak godeh-godeh..RM200 mesin jahit mama tu tauuu..jangan ngada-ngada nak rosakkan.

So apa je benda yang aku da jahit? Haha..asalnya aku berangan nak jahit sarung kusyen. Dari dulu aku dok beli kusyen je dengan angan-angan nak jahit sarung kusyen ikut taste aku tapi tergendala bertahun-tahun. Tapi idak la jugak aku menjahit sarung kusyen. Coming soon la. Setakat ni ada la aku jahit sarung bantal baby ngan barut baby. Saje poyo-poyo nak barut corak-corak plak. Guna kain English Cotton plak tu buat barut. Ngehehe..Dekat sebulan baru aku berjaya siapkan jahit barut ni. Takde masa. Masa yang ada sibuk la kemas rumah memanjangggggggg...

Aku buat 2 saiz. Saiz kecik 6 helai. Saiz besar 4 helai. Jahit tak susah, nak ukur dan potong tu yang payah dengan perut terboyot ni memang seksa aku nak bersila kat lantai pastu nak bongkok-bongkok ukur kain. Dah la aku ni jenis rigid, ukuran mesti nak sama. Pastu jarak jahit tepi tu pun nak kena ukur sama semuanya. Tu yang buat lambat siap tu. Oh ye, saiz kecik tu ada la aku test buat yang ada lekuk bawah tu tapi tak berapa nak nampak lekuknya. Bahaha..boleh la labuuuuu..

Comey tak? Bahaha..ni kalau baby dalam perut ni gegel lagi menggila aku borong kain cotton corak ballerina bagai..tapi takpe, dapat corak cupcake ni pun aku da feeling ke syurga sangat.

So far aku memang puas ati la dengan Mr GLOBAL ni. Kiranya sesuai sangat la dengan penjahit tahap amatur cam aku ni. Next project, nak jahit kain bedung plak. Lagi kacang, jahit tepi2 tu je. Ngehehe..


15 comments:

  1. ok,cer bagi link nadt beli kat mane????ayu minat jugak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nadt beli kat mudah.my je ayu. search sewing machine global. yg jual ni ada kedainya kat puchong so kalau nak bawak pi services pun xjauh bagi nadt. masa nadt beli hari tu harga dia baru RM180, tapi tadi nadt tengok harga dia cam da naik ke Rm192 la. actually kat lazada pun ada, lagi murah baru RM169 tapi selalu out of stock.

      Delete
  2. btul tu... minat ni kadang2 ikut musim kan.. cm lin, siap amik mesin jhit kat umah mak... tp blum bersentuh lg... hihiih buat semak je.. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..ikut musim kan. hahaha..orang lain buat kita pun nak buat gak. haha..

      Delete
  3. Nadt. Ttb ku rs nak ad juga satu. Hahaha. Teringin aku nak buat barut sendiri nanti. Wakakaka.

    ReplyDelete
  4. Daku bulan depan berangan nak jahit quilt untuk anak..hahaha..tunggu gaji beli kain bagai terus jahit..harap menjadi la.. :D

    ReplyDelete
  5. wah..rajin menjahit..global pon ada gunanye..

    ReplyDelete
  6. Salam saya nak tanya macamana nak buat benang kat atas sekali tu dah abis. Saya nak lilit benang atas tu mcmna ya? Sy punya mesin pun mcm awak... maksud saya benang yang atas mesin jahit tu ... please2 bgtau cara. Saya google xjumpa pula caranya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benang atas habis? Benang atas habis beli benang baru je dear ganti yg da habis tu. Xpayah susah2 nk lilit mcm bennag bawah

      Delete
  7. Salam,kak....boleh jahit langsir dan baju2 tak mesin ni?sebab mesin jahit mini,xdapat jahit baju la....

    ReplyDelete
  8. salam nk tanya. mesin ni b0leh jahit tepi.mean same mcm mesin jahit tepi yg betol2 2 ke?mcm nl blajar menjahit pulak. .

    ReplyDelete
  9. Adoyai kelakar sungguh blog nii... tergelak masa baca... hahahaha... having fun reading your Review.. keep it up!! First time ni baca blog bole tgelak..hahaha

    ReplyDelete
  10. macam best je mesin jagit global ni. ingat nak beli mesin jahit mini utk anak. anak kecik lagi, baru darjah 6 tp minat sgt nak menjahit. projek lepas UPSR tahun ni, duduk rumah belajar menjahit

    ReplyDelete
  11. Boleh saya tahun berapa harga kaki pedal ?

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...