Thursday, April 17, 2014

Officially Success Wean Off Saif

Assalamualaikum dan haii..

Dah lama aku nak buat entri ni tapi aku bersabar dulu sehingga benar-benar pasti yang aku da berjaya wean off Saif. So dengan rasminya aku nak umumkan aku da berjaya wean off Saif (sebulan je lagi nak 2 tahun..sobsss..).


Proses wean off atau cerai susu ni bukan suatu perkara yang mudah. Bagi aku la. Tambahan plak anak aku tu spesis reject botol, memang wean off tu suatu perkara yang aku rasa macam mustahil je nak buat. Tapi bila hati da tetap nak tu, Insya-Allah Allah akan bantu permudahkan usaha kita (walaupun masih tak mudah bagi aku..sobss..). Aku takde buat kaedah sapu-sapu garam ke, sirap ke, lipstick ke, nescafe ke..memang naturally wean off la kiranya ni.

Aku mulakan proses wean off sejak mula pregnant kali kedua ni. Masa tu Saif setahun 6 bulan, lebih kurang la. Actually hormon time mengandung tu jugak yang membantu proses wean off ni. Tidak la secara mendadak berhenti terus, meroyan budak tu karang. Tak mudah tapi aku nak share jugak la apa yang aku da buat sepanjang proses wean off ni.

 1. Biasakan dengan meminum susu selain susu ibu
- Saif ni susah nak minum botol. Fresh milk segala memang tak jalan. Jadi aku cuba bagi dia minum susu kotak Kid tu sebagai alternatif susu. Aku rasa penting untuk tetap bagi susu sebab umur dia waktu ni sangat penting nak develop tubuh badan so sumber kalsium tu penting. Bila dia da biasa minum susu kotak Kid (perasa coklat-lain2 perasa dia reject), aku mula introduce susu FM berperisa coklat. Pilihanku pastilah susu Dutch Lady 123 perisa coklat tu. 2 bulan pertama tu, susu-susu yang aku bancuh semuanya buang gitu je. Sabooo urut dada mak ko ni haaa..

2. Biasakan minum susu menggunakan botol(puting/straw)
- Bagi budak kuat ngempeng macam Saif ni, penting bagi aku untuk ajar dia minum guna botol tak kisahlah botol tu botol puting atau straw. Tujuannya supaya bila dia nak tidur, dia boleh tonggak botol tu ikut sesedap rasa. Kalau guna cawan atau air kotak je confirm la akan tumpah kan bila budak tu nak tidur sambil minum susu. Step ni memang susah bagi aku. Ambil masa berbulan-bulan untuk dia boleh minum guna botol. Entah apabenda yang dia anti sangat dengan botol tu. Aku pernah tuang air kotak Kid tu masuk dalam botol (depan bijik mata dia), dengan harapan dia nak minum la. Abes dibalingnya botol tu. Ada hati mama nak tipu aku, kata Saif. Cess..sabo je la.

3. Never offer but never refuse
- Ini memang step wajib. Walaupun nak wean off, jangan secara mendadak. Bila dia nak tu bagi je, walaupun nak meleleh air mata aku tahan sakit. Tapi tak pernah aku offer kat dia "Saif nak susu? Meh nenen ngan mama mehhh.." Memang takkan berjaya la jawabnya. Macam aku ni sebab pregnant kan automatik susu akan drop dan rasanya jadi masin. So dia nak, aku bagi je la. Nanti dia insaf sendiri tak nak mintak lagi bila rasa susu tu masin..bahaha..Ada sekali tu da 2 hari aku tak bagi dia ngempeng langsung. Ingatkan la da berjaya wean off masa tu. Sekali tu hari ke-3 Saif demam. Nangis-nangis dia nak nenen. Dengan berat hati aku bagi jugak la. Dia elok je demam, aku tak bagi lagi.

4.  Alih perhatian dengan makanan/minuman lain.
- Masuk bulan ke-3 gitu (Februari 2014), Saif da fully tak menyusu waktu siang. Waktu siang aku akan bagi dia fully air kotak Kid/Nutrigen/Calciyum dan biskut-biskut. Di samping tu aku still tak putus asa ajar dia minum FM guna botol walau sedikit. Time ni aku just buat 3-4 oz je susu. Biasanya dia minum dalam 1 oz je. Biasanya tak minum langsung. Cess..sabo lagiiiiii...

5. Pujuk
- Walaupun Saif da fully tak menyusu waktu siang, tapi waktu malam bila dia nak tido dia still mencari-cari aku nak ngempeng la apa lagi. Aku bagi jugak la. Never refuse la katakan. Tapi sebelum bagi tu aku pura-pura nangis dulu "woo..mama sakit.." Tapi dia apa pedulik kan. Actually masa ni susu memang da takde da, dia  hisap juz nak lepas gian je. So aku tukar ayat "Susu mama da abes.." sambil goyang tangan tanda da abes. Tapi dia apa pedulik kan. Dia hisap jugak. Takpe, aku bagi. Tapi lama-lama dia akan percaya yang susu mama betul-betul da abes. Bila dia nak dan aku kata susu da abes, terus dia pusing golek2 tido sendiri. Time ni da mula nampak bayang-bayang kejayaan.

6. Pelbagaikan corak botol
- Aku da beli macam-macam botol yang murah yang mahal. Then aku perasan dia suka botol yang warna warni ada gambar. So aku beli la macam-macam botol warna warni yang bergambar. Bila aku bagi botol, dia akan belek botol tu then minum sket. Berhenti tengok botol then sambung minum lagi. Pastu dia jadik suka bila tiba masa aku nak bancuhkan susu dia sebab FM dispenser dia tu comel, dan dia tau tu bekas susu dia. Bila dia nak susu, dia ambik sendiri dispenser tu then bagi kat aku "Mama..susu" katanya. Gila tak happy bila Saif mintak susu sendiri.

7. Pengorbanan waktu malam
- Bila dia mula terima hakikat susu mama da abes, aku pun mula introduce bagi botol waktu nak tido malam. Ni step paling susah. Dia punye mengamuk-ngamuk tu aku sabo je urut dada selaluuuuuu.. Waktu ni papa perlu mainkan peranan untuk pujuk anak. So papa la yang kena usaha tidokan anak walau cara macam mana sekali pun. Biasanya papa Saif ni akan pangku Saif cam baby, dodoi-dodoi..tido haa budak tu. Tapi kalau dia terjaga pukul 2,3 pagi mengamuk-ngamuk..ko memang kena tahan azab je la. Time ni aku fikir pahala berjaga malam menjaga anak je. Syukur la papa Saif ada bangun pujuk anak jugak. La ni bila dia da terima minum botol, malam-malam just bangun untuk bancuh susu je la. No big deal pun sebab sebelum ni pun memang sentiasa kerap bangun malam bila Saif nak ngempeng.

8. Jadikan rutin
- Walaupun dia mengamuk-ngamuk, jangan putus asa. Ulang rutin yang sama setiap hari. Setiap kali nak masuk tido tu, aku akan kata "Saif..nah susu botol." Awal-awalnya dia buat donno je. Lama-lama dia pun ambik botol tu, minum sikit. Seteguk pun jadik la. Lama-lama dia sendiri yang mintak susu setiap kali nak masuk tido!


Rutin aku setiap malam kini. Prepare 3 biji botol da siap2 isi air 4 oz so anytime dia terjaga tengah malam karang aku tinggal tambah air panas 1 oz lagi bagi suam-suam kuku. Cukup la bagi 5 oz bagi setiap sesi. Kekadang aku buat lebih 6-7 oz. Tu pun kalau dia bangun mintak. Kadang2 lena terus sampai ke pagi. Dispenser tu pun aku da siap2 isi 4 scoop FM setiap satu. Dan la ni kalau Saif terjaga pukul 2,3 pagi ke, dia sendiri yang pergi meja ni mintak aku bancuhkan susu. Tu ko tengok sampai terpercik-percik susu ke dinding sebab mamai-mamai bancuh susu dalam gelap. Bahaha..

9. Keep on bonding
- Salah satu sebab aku rasa susah nak wean off ni sebab bonding antara ibu dan anak tu da jadi sangat kuat, susah nak pisahkan. Aku sendiri rasa sayang nak wean off sebab seronok dengan moment2 bila dia menyusu tu. Tapi kena kuatkan hati. Even da tak menyusu lagi, jangan putuskan bonding tu. Keep on bonding. Maksudnya bila nak tido tu, ko baring sama-sama dengan dia. Belai-belai dia, peluk-peluk dia, cium-cium dia. Percayalah..masa bonding tu la yang anak dambakan sangat. Terpaksa gak la aku korbankan aktiviti menengok TV waktu malam sebab nak kena golek-golek kat bilik sampai Saif tido.

10. Usaha, doa dan tawakal
- Bila da buat semua cara bagai, jangan lupa doa minta dilembutkan hati anak untuk mudah wean off. Aku tak tipu ni, aku doa aku minta spesifik "Ya Allah, ko lembutkan hati anak aku supaya dia mudah minum susu botol banyak-banyak." Dan ya Allah makbulkan. Mula-mula dulu Saif punye susah nak minum susu botol kan. Nak abes 1 oz pun payah. La ni dia boleh minum susu botol panjang tu-penuh! Minggu lepas, aku da buatkan 7 oz, abes! Dia mintak lagi! Aku bancuh lagi 4 oz, pun habes! Maknanya dia minum sampai 11 oz! Happy gila aku. Pastu dia macam nak mintak lagi tapi aku malas nak bagi sebab bila dia kuat minum, maknanya dia akan kuat kencing. Kejap2 nak kena tukar pampers plak. Bahahaha..

So tu la cara aku wean off Saif. Dalam 5 bulan jugak la aku ambik masa nak  wean off ni. Lain budak lain kaedah dan tempoh masanya. Ada yang seminggu or sebulan da boleh fully wean off. Saif ni ambik masa berbulan-bulan tapi Alhamdulillah hasilnya sangat menggembirakan. Even tinggal sebulan je lagi nak 2 tahun tapi aku tak menyesal sebab apa yang Allah tentukan ni adalah yang terbaik untuk aku dan Saif.

 "Mama..nak susuuuuu.."

16 comments:

  1. hwaaaaa,ayu xsegigih itu...lepas ni kene cekalkan hati jugak lah.....hehehehe

    ReplyDelete
  2. Nad.... TQ TQ TQ..!

    Entry yg sangat membantu aku yg acah2 syahdu nak wean off ni. kekekeh.
    Niat hati mmg nak wean-off tp peel si anak tu yg buat aku.. alahaaaiiii.....

    TQ !!

    ReplyDelete
  3. Sis..akk suka baca entry ni sbb nk jadikan panduan nk wean off dak Aish..sbb dak Aish lgsg xmo botol tau..dan pesen pyhnya nk pujuk..paksaan apatah lg..aish ni pongoih

    ReplyDelete
  4. Congrats nadt.. bukan senang nak wean off anak kan.. fizikal dan mental kena betul2 kuat baru boleh berjaya.. memang kena sabar banyak2.. saya pun dah alaminya masa anak 1st dulu.. memang sedih sgt la.. rasa sayu jer bila dia pandang kita dgn harapan nak ngempeng lagi.. tp dia tak mintak.. so sy pun tahan hati la dari offer kat dia.. mmg sedih sgt la...

    ReplyDelete
  5. hikhik..comel je saif..Aisyah haritu wean off pun yana tak perasan..sbb susu drop preggy..skrg kalau dia ngamuk je baru offer..tu pun kejap je lekat dia sendiri taknak..masin agaknye..kihkih..yeahh saif da besar tak ngempeng ;)

    ReplyDelete
  6. alahai...rasa sayu bc ni..dulu i wean off ilyaas masa dia umur 14bulan.
    sebab pregnant.tiap kali df rasa contraction.mmg kena stop mcm mana pon.
    mcm saif gakla, drama bukan main nangis2 bagai..
    kita mak dia pon sedih n nangis..

    apepun peranan ayah dia bnyk membantu gak kan:)

    tahniah nadt...

    ReplyDelete
  7. tQ entry ni nadt.. berguna nanti utk wean off rania.. :)

    ReplyDelete
  8. wah lama juga yea twin lg 6bulan masuk 2tahun siang boleh lg botol cuma malam si adik susu nk terima botol si abg senang jea...kdg bukan nk minum susu sgt cuma nk mgepeng jea drg nie..

    ReplyDelete
  9. Hai..salam kenal..congrats sis dah berjaya wean off.. mmg tough kan proses wean off ni..sebab tulah ank saya tu sampai sekarang dah 2th lebih masih lagi tak berjaya nak lepaskan nenen..

    ReplyDelete
  10. anak ko..makan malam jam berapa?sebab anak aku kan baya2 anak ko kan..kalo dia makan malam banyak, sampai ke pagi la nyenyak..kalo dia x makan malam (kadang2 dia dah tido dlam kete kul 8 malam), menjawab la aku kena bangun malam2 sebab dia tiba-tiba menjerit nak susu..tapi bangun sekali jela..
    apa pun tahniah sebab berjaya bf saif

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak aku makan malam lepas maghrib gitu. sekarang ni memang dia makan banyak. tapi makan banyak pun kalau dia rasa nak bangun mintak susu, sukati dia je nak bangun mintak susu tapi minum 2,3 teguk pastu sambung tido balik. pastu bangun lagi, minum 2,3 teguk lagi smabung tido lagi..gitu je la.

      Delete
  11. Assalam. wah bestnye dah berjaya wean off ye. salam kenal. best sgt blog u ni. :) susu fm tu nadt mmg bg susu dutchlady choc yer. perasan ank sy ni kurg sket susu putih ori tu. klu air kotak milo die minum ajer.

    ReplyDelete
  12. Bestnyer.. Sekrg ni pun tgh usaha nak wean off.. Harap2 tak de lah sampai berbulan-bulan.. Hehe

    ReplyDelete
  13. Ank sy sbji perangai mcm saif,xmau susu tpg,klau ltk dln botol lgla xmau...susu segar n sgala air kotk utk kalsium xmau cume soya je xpnh try bg lg..pas2 xpndai isap gune straw... mnm dlm glas je pndai...lg 2 bln lbh sy nk bersln skrg tgh mgepeng lg..puting sy tahan jela skit pn,klau x mngs mcm 1 dunia dgr haha..xth nk bt cmne utk wean off...umur skrg 1thn sbln...hrp sis Nadt dpt tnjk ajar cmne nk wean off...skrg usha sy dgn bg je susu dlm botol susu tnpa mmksa n bdoa je smga allah kbul doa sy utk ank sy pndai susu botol n wean off...

    ReplyDelete
  14. Ank sy sbji perangai mcm Saif,xpndai isap susu dlm botol n xmau isap susu tpg...sgala air susu segar dlm kotak smua xnk..n xpndai isap gune straw..skrg umur sthn sebln lg 2 bln lbh sy akn bersln xth nk wean off cmne...klau xbg ngempeng almtnya nngs mcm 1 dunia dgr haha..cume skrg ni slalu bt susu dlm botol susu bg je dia tnpa paksa...di gigit je botol susu 2 bkn isap..klau pksa nngs..hrp dgn usaha cm2 n sntiasa doa smga Allah kabul doa sy ank sy cpt wean off n isap susu dlm botol susu. Sis Nadt hrp dpt bntu dgn bg pndpt huhu

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...