Wednesday, April 30, 2014

Sistem Fail Rumah

Assalamualaikum dan haii..

Sementara tak berapa nak busy ni, mari kita membusykan diri dengan kerja-keja lagha yang lain. Muahaha..sesaja merajinkan diri nak kemaskini sistem fail kat rumah.

Buat cover fail dengan tulang fail sekali. Aku buat untuk 7 jenis fail : BIL PELBAGAI, RUMAH 1, RUMAH 2, RUMAH 3, KERETA, INSURANS dan RESIT & WARRANTY CARD.


Fail sebelum make over. Aku guna fail jenis clear book untuk dokumen-dokumen rumah, kereta dan resit & warranty card. 

 Untuk bil pelbagai, aku guna fail jenis keras yang color putih tu. Tebal sikit sebab macam-macam bil nak sumbat dalam ni. Fail ni aku bahagikan ikut kategori : Elektrik, Astro, Sewa rumah, Maintenance rumah, Taska, Resit buku, Notis dan Lain-lain. Aku ingat nak tambah lagi satu kategori untuk simpan dokumen keluarga contohnya sijil kahwin n sijil kelahiran anak. Aku masukkan da cuma tak label je lagi.

Contoh bil Astro yang aku da masukkan.

Fail selepas make over. Saje aku buat warna warni. Tulisan je tak cukup. Nanti laki aku mesti tanya "Ayang..roadtax kereta kat mana?" "Tu..fail Kereta." "Mana? Tak nampak pun.." "Tu..yang color hijau." Haaa..realiti sebenar kan.

 Then susun kat rak. Letak kat rak ni buat sementara sebab rak buku da penuh. Ni pun ada lagi fail yang takde. Untuk Rumah 3 dengan Insurans takde lagi fail. Fail tu kena beli kemudian. Lagipun insurans semua still dalam kotak kat stor, malas aku nak selongkar carik. Tunggu pindah lagi sekali nanti baru aku kuarkan n failkan. Heheh..


17 comments:

  1. amboi nadt!
    sistematik dan rajin.
    good job!

    ReplyDelete
  2. sangat tersusun..ain pun memang dah plan nak buat file2 rumah mcm ni once dah duduk rumah sendiri lepas raya nanti...:)

    ReplyDelete
  3. heheh.. cantik la design 2 tu..

    ReplyDelete
  4. wah 5s ni.... bagus2... senang nak carikan...

    ReplyDelete
  5. smart la awak...
    teruja i tau..
    nak tiru gak la..
    tapi sy ni busy je memanjang..

    ReplyDelete
  6. Rajennye wat fail..uma kt ni alamak ai xde sistem lngsung. Jgn ditanye bil 2,3 bln yg lpas..yg bln ni pn xtau mane..hee..sume si suami yg uruskn..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum nadt...muda2 dah byk rumah...bagus utk masa depan...;D

    salam kenal..;)

    http://cenetos.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Waa.. Baru sistematik macam ni.. Nanti nak tiru lah.. Hihihi..

    ReplyDelete
  9. Nice! Fail saya belum ada cover. Ada free printable ^_^ ?
    Paling suka, dialog suami isteri. Realiti sebenar :)

    ReplyDelete
  10. mmg comei..nk softcopy leh??emai kt mohdyassin82@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Salam... sy berminat nk dptkan template printables tu... bila google tak da yg comel.

    if ok... plz emailkan di rebellingmind@gmail.com

    ReplyDelete
  12. maaf ye. saya tak dapat nak send softcopy design sebab saya cari2 tak jumpa save kat mana.
    sorry ye.

    ReplyDelete
  13. Best la idea nadt ni...suka akak tengok..nak tiru jugak la..;)

    ReplyDelete
  14. Tersusunnyeee..baguslaa..kene contohi nih..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...